Fabulous fc

Monday, February 9, 2009

day four-paris

sejak pukul 8 pagi lagi lagi kami dah bersedia menanti van untuk membawa kami ke Versailles,sebuah istana lama di tengah2 kawasan hutan yang dahulunya dibina oleh Louis ke 14 bagi meraikan pemerintahannya..istana ini juga pernah didiami oleh marie antoinette,permaisuri yang ditangkap dan dipancung setelah rakyat perancis memberontak ketika 
french revolution.. istana ini memang menakjubkan!!

pintu pagar ni baru dibina semula dan siap pada tahun lepas setelah roboh dimusnahkan ketika pemberontakan rakyat perancis pada pemerintahan beraja..

the royal chapel

one the drawing room,seram bulu roma bila lalu kat bilik2 macam ni..

istana ni dikelilingi oleh tingkap yang tinggi,salah satu punca cahaya ketika waktu siang..

setiap drawing roomnya ada lukisan siling yang memaparkan dewa2 mereka,penghuni istana kerap kali take a bow bila melintasi bilik2 ini..

kasut but ni mmg nampak cantik  tapi kaki tu meronta kesakitan,tuhan saja yang tahu..kalau louis vuitton ada jual kaki,memang saya dah beli baru..

typical french garden..everything is symetrical..kalau masa summer ni cantik,tapi dorang tutup sebab salji tebal!anyway its still stunning!



the great hall of mirrors!


kamar king louis..dulu kala setiap pagi siap ada morning ceremony setiap kali rajanya bangun tidur..kalau you all tak percaya boleh tengok cerita marie antoinette arahan sophia coppola lakonan kirsten dunst.. drape tapestry ni memerlukan masa 30 tahun untuk disiapkan.! kalau kita sekarang beli kat ikea je lah..


ni pulak bilik pengawal bersebelahan bilik tidur king louis..


bilik marie antoinette,bilik ni juga pernah melahirkan 19 putera puteri france..kat sebelah katil tu pula ada bilik rahsia di mana marie melarikan diri ketika pemberontakan..ni malam2 kat sini mesti boleh nampak ngan dengar macam2 kan..yelah dah beribu2 tahun umur istana ni..


ni lah marie antoinette,dengar cerita ketika hidup beliau suka makan biskut..lalu biskut itu dinamakan biskut marie! :p

ni kat puncak bukit di montmarte..ada gereja sacre cour

kita orang masuk kat dalam gereja tu..menyeramkan sambil berzikir takut terpesong iman..


makan malam kami dekat restoran pakistan kat sebelah hotel..sedap tandoori ngan cheese nan dia..tapi semuanya mahal2 kat paris ni,sekali makan dah rm300,hot chocolate satu cawan rm20,naik teksi rm50,roti satu keping rm10..bilik hotel satu malam rm1000..balik kl makan pasir..

2 comments:

Helmi Lassim said...

amazing castle!!!...

1000tahun pon blom tentu saya dapat jejak kan kaki kesana...
hehehe...

i want to be u...
berjaya dalam kerjaya..
boleh jelajah satu dunia..
insyaAllah...

MJ said...

Next time, if you guys ever wanna visit Amsterdam pulak... I can show you around. :-)

Spring and Summer should be the best season to be here.

Kiss-kiss,
Maria.
Amsterdam.