Fabulous fc

Wednesday, September 30, 2009

entry terpanjang

hari ini saya meraikan hari raya 'puasa enam'. hari ini juga kami di RIZALMAN mula masuk bertugas setelah cuti sekian lama. naik bengong juga kepala hotak setelah lama tak bekerja. sebelum bercuti raya juga saya serta staf semua berjanji nak buat majlis hari raya di ofis secara 'pot luck'(selalunya saya saja yang masak segala juadah). Tapi kali ini semua bersetuju nak bawak makanan masing2. Tapi masalahnya kami lupa yang semua staf di Rizalman ada 22 orang kesemuanya..alamatnya ada 22 jenis makanan(tidak termasuk 3 jenis dari saya). sebab tulah makan dah meliputi seluruh meja!
siapa nak jawab?!
"tolong baca doa makan, Umar".

dengan segala berbesar hatinya kali ini saya berkongsi sedikit ilmu masakan dengan anda semua. ini pun disebabkan segala juadah yang saya bawa habis licin dibedal dek dorang yang macam tak pernah makan setahun(semuanya macam baru balik dari luar negeri dan tak pernah jumpa rendang ,laksa dan ayam masak merah). 

tapi sebelum memasak,pastikan anda mempunyai kelengkapan memasak seperti dibawah serta bahan2nya. Arahan memasak seterusnya akan dikelolakan dalam bahasa utara(survey mengatakan versi utara saya sungguh mengasyikkan).

sapa sangka rhumah pereka peshen ada pereghiuk lagu ni? hangpa jangan tak tau

menu pertama- rhendang pak brahim. Mola2, nyoq kukoq sebijik untuk nak buat keghisik( cheq tak main keghisik beli na, tak pior)
 
lepaih tu goreng jintan putih,jintan maneh dan bijik ketumbaq. Toksah boh minyak..goreng sampai naik bau.

dah angkat,tumbuk bagi haluih. (nampak kerisik tang tepi tu? tu kaler paling perfect untuk buat keghisik,jangan bagi ghentong,nanti dia pait)

daging 2 kilo

bahan2 untuk di mishin- serai,lengkuaih,halia,daun limau pughut dan daun kunyit(oghang lain tak mishin daun2 tu,tapi percayalah mishin saja..lagi sedap.

bahan2 lain untuk dimishin jugak-bawang putih,besaq,merah dengan cabai melaka.

dah mishin semua,terap ataih daging tadi. lepaih tu bubuh cabai mishin dalam 5 camca besaq.

goi bagi rata..dan buh tokyu sikit. Biaq dia sat, buat benda lain dulu.

buh belanga ataih dapoq, masak santan (dalam sebijik setengah lagu tu) sampai naik minyak sikit. jangan lupa kacau! satgi dia jadi berkepala.

bila santan tu nampak macam likat sikit,buh daging tadi. api kena pelan..baru dia pecah minyak elok.( masa ni cheq dan pi tidoq sat,dan suruh maid cheq tulung jaga).

masa dok rhendang daging tu, lepaih masuk lagi daun limau dengan daun kunyit lagi. Buh jugak asam gelugoq dalam dua tiga keping,perah ayaq asam, buah keraih sikit dan ayaq gula merah serta garam secukup rasa.

bila dah nak masak ni,jangan dok pi bersembang ka,pi panchoq ka.. sebab dia senang hangit..kena dok kacau selalu. Kacau punya kacau sampai la dia jadi lagu ni.
okey, dah siap da!



menu kedua- laksa sungai nibong. bahan2 dia..bunga kantan,bawang merah,putih dan bawang besaq,asam gelugoq pun.

daun cenohom( kl panggil daun kesom). kalu takdak daun ni toksah dok buat laksa langsung.

otak udang yang dibancuh dengan ayaq hangat

ayaq asam jawa- lagi banyak lagi sedap. biaq dia masam sampai berpinau

belacan bakaq. Laksa ni kalau sapa2 ada ghesedong, memang mampuih lepaih ni garu idong!

mishin semua bahan2 tadi dan buh dalam peghiuk besaq. Lepaih tu mishin jugak sardin satu tin kecik.

ikan termenung rebuih (ikan yang macam mata cheq). Amik isi dia saja,dan lepaih tu mishin bagi hanchoq.

buh ikan tadi dalam peghiuk jugak,dan mishin sebijik nangnaih..pun lempaq masuk dalam peghiuk.

dua senduk cabai mishin.

masukkan otak udang,ayaq asam,daun cenohom dan last sekali tauk masuk bunga kantan lagi dua kuntum yang dibelah dua. Garam dan gula secukup rasa. Rebuih naik sampai la satu ghumah bau laksa..kalau tak bau,maknanya hangpa punya laksa tak jadi.



amboi penat pak aji taip menu ni tengah2 malam.. kita punya last menu- ayam masak cabai idup mak esyah (mak cheq). 2 ekoq ayam,maknanya 20 bijik cabai idup(cili merah), dimishin.

yang ni pun bahan2 untuk dimishin (hangpa tengok sendirilah,tak larat nak taip nama depa).

bahan2 untuk tomeh- bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu maneh,serai dan sikit daun pudina

buah badam dan buah keraih yang ditumbuk

tomeh bahan2 tomeh sampai naik bau..tutup peghiuk masa lepaih tomeh,jangan bagi bau dia laghi. (tomeh guna minyak sapi tau).

bila dah naik bau dia,buh pulak cabai idup tadi,sikit cabai kering mishin, tomato soup(brand heinz saja..brand lain tak sedap) dan biaq sampai dia masak. Lepaih tu bubuh ayam(elok digoreng sedikit supaya tak hancoq). Bila dah pekat sikit, masukkan santan,susu cayaq,ayaq asam,asam gelugoq,buah keraih dan badam. Masak sampai pecah minyak.

dah pun masak. sebelum tutup api dapoq tu,buh sikit lagi daun pudina ataih ayam,tutup api dan tutup periuk tu(bagi bau dia tak keluaq). Tapi jangan tutup bagi habih..nanti basi pulak!

selamat mencoba dan mentekedaghah!
kalau sedap, cheq pun nak buat buku resipi.

p/s: nak habaq bagi,masa cheq pi market kat keramat tu,abang juai ayam tu siap tanya panggil lagi cheq dengan nama deko!deko!deko! :0

99 comments:

Nor said...

Assalamualaikum w.b.t;

Tuan Sheikh (off-course Sheikh Umar Nail too)...

i rasa lepas nie boleh lah produce rancangan you sendiri.
3-in-1 manshow = deko2+masak2+ fashion2.bring along Encik Penambah Rasa i.e. Umar yang geboo.

kasik gegaq satu Malaya...hehehe.
Semoga business Tuan Sheikh sekeluaraga terus-menerus majujaya,ameen.

My Life My World said...

Well Done, suker ler dengan post kali ni. Step by step cara memasak. Tak sangka lepas jadi mcm Eric Leong boleh gak jadi mcm Chef Wan. Acik sukaaaa sangat. Nanti nak resepi yang lain pulak ek.

SHAHRON NAWI said...

Tengok gambar dah tau sedap...mmmm terliur cheq na....

ms. diya said...

mak aihh... tiga resepi teruih hang kasi naa.. hehehe..

ni memang duk pulun semua neh.. abes la chef wan tutup periuk! :P

P/s: sejuk nengok Umar baca doa..

Niza @ Anis said...

owhhhh.ini full resipi nih.buleh cubaaa weekend ni,nampak menarikkkk *wink*

if sedappp,u bleh proceed on cooking shows pulak =)

nor said...

amboi ehhh..teliuq cheq yang dok kat doha ni baca entry hampa buat laksa png n ayam merah..bila baca hampa punye resipi rhasa macam mak cheq yang dok cakap kat dapur tu hehe...
tapi tak pa aritu balik raya minggu lepas pun cheq dan makan semua yang hampa buat tu..bukan tu saja mak cheq pun siap packed daun chenehom,kantan so that cheq pun boleh buat kat sini..boleh kata kan tiap2 bulan cheq nanti buat laksa png panggil geng2 mai makan laksa cheq yang trangkat tu hehehe..mmg betui kalau buat laksa png kuah tu mesti nak kena bau satu rumah dan juga otak udang tu mmg penting..kalau xdak otak udang toksah dok panggil laksa penang..
ni cheq nak cherita adalah masa aritu bila cheq dok bland isi ikan kat rumah cheq sini, kawan cheq yang pak arab ni dia kata"hang ni dok bland isi ikan ni nak buat juice ka?xpernah aku tengok orang dok bland isi ikan hehehe...then bila kuah dah dok naik bau tiba2 kawan cheq yang pak arab ni teroih bagitau yang dia xboleh tahan bau n teruih dia nak balik..hehe magkuk ayun betui..dia tak tau yang rasa laksa penang ni terangkkat....perrghhh

miSs inTerpReted said...

u made it look so easy and yummylicious.

i wish ada barang2 tu semua kat vienna ni...

n yes...buatla buku resepi...jadi all rounder gittew!

Hells Design said...

salam.. u r very talented. sume leh buat. alangkah bagusnye if they found u 1st not that chinese botak guy. so adalah muke org melayu jadi ikutan dalam deko.....nyway congrats and keep on a good work dude! :)

deloress said...

ok.. nak try..

btw.. TOKYU tu ape? *garu kapla*

♥ Selamat Hari Raya Rizalman & lovely Umar =)

Azfa said...

mak cheq ajaq kalau buat ayam cabai idup, masa tomeh tu boh daun pandan, satgi bau dia wangi satu dapoq..

honey bedazzled said...

superb aaaa terer nak loghat terbaikkkkkk... hehehehe cik orang utara gak tapi tak gheti nak tuleh, cakap bole la dulu laaa dok utagha la pindah mai kl balik. pok cik jual abeh balik umah kat perlis nuuuu, duk setiawangsa hahahah

||alis|| said...

salam...

waaaa.... habeh laa chef2 kat mesia tak buleh carik makan lagu gini, kekeke!

ira abadi said...

amboi tuan haji. semua hampa nak sapu no! designer, house decorator dan skang chef pulak dah.. hehehe.. gurau je tuan haji, saya ni separuh kedah, separuh johor, saje nak test cakap utara yang tak berapa nak reghti ni. amponn ye! btw, bravo tuan haji, serba boleh!. kalau dah berdarah seni tu, semuanya pasti menjadi

Cnidaria said...

amboi tuan aji oi....telioq cheq aihhhh......!!

BeeBiees said...

salam....tengok peghiok pun dah nampak sedap.....

lum tgk menu lagi....

pasti sedap...

CikMin said...

salam...wah..x sabaq nak terai masak laksa tu...

Kaiserin Sisi said...

Looking at the food made me drool... Kat Cebu mana nak cari lemang dan rendang! Nak masak sendiri pun susah... bahan2 susah nak cari kat sini :-(

Diana (Mama Adam Mukhriz) said...

multitasking ler mr. rizalman nie .. aduhai terliur tgk menu2 nieh semua .. utg staff.. leh rasa air tgn boss masak ;-)

JaJa'Z said...

really fun baca entry u tau...hehhe..tang lorat utara yang tak tahan tu...part tokyu, panchoq..hehheh..really fun...so, yummy tgk esp ur rendang tu..pekena ngan lemang ka, memang tiptop la...hehhehe...

Isha said...

Hmmm! sedap and mesti masyuk bila makan... btw ...Tok yu is kicap ... heheh!Cheq pun orang Kedah jugak ;)

N.M.Ibrahim said...

ya ampun, kecuq ayag lioq dok tengok gambaq2 n3 ni...first time dengar org guna tomato soup utk ayam masak merah..nak kena cuba ni..

rizalman atelier said...

ghendang tu lagi peghangat lagi sedap..kalau daging dia dah habih, seghedak2 dia tu kapit dengan ghoti..pun sedap! makan pulak depan tv

Lazyf... said...

Marvellicious....hehehe
Bole bukak kedai makan pasnih...

p/s : Cheq suka ya amat ghendang daging tu. Kalau lagi keghing (kering) lagi cheq suka...hehehe

MaiRa_AiNas said...

sedapnya...hingga menjilat jari yang membaca blog you ni pun....

Iza Ismail said...

cheq posa 6 last ari nih.. meleleh ayaq lioq tengok resepi Pak Aji..

tootsie said...

sukaaaa betui la entry haq neh..bahasa utara hangpa mmg the gedebannn best!!

ms deloress: TOKYU TU = KICAP daaaa!! :)

nas said...

hari ni cek nak buat laksa sg.nibong ikut hampa punya resepi..nanti siap kami mai qumah kami kat gurney noo..

nas said...

lupa nak cakap raya hari tu kami pun buat rendang daging dgn ayam masak merah..sedap betoi bila dapat makan ayam masak merah dgn ketupat pulut..

POSH76 said...

mmg kelas....tak sangka u pandai masak...hehe

POSH76 said...

nanti letak resepi lagi yer..hehe

jenuh nak translate ada ayat tak faham..huhu

Hells Design said...

tapi nak wat camner, org lagi suke tgk bende bende camtuh..dah rezeki dia...nyway good luck mr designer

catyelia said...

Haha lawak nak mampuih..Best sgt aii baca entry ni..Bila2 pun best lah..

hani said...

Assalamualaikum,

seghonok sungguh baca pak aji tulih dlm bahasa penang.. rasa macam kat kampung.. pandai pak aji masak, no.. chek baca entry ni pun dah tau rasanya sedap sebab semua bahan pak aji bubuh tu sebijik macam yg mak chek selalu dok ajaq:)

lagi satu, nak habaq mai, chek tumpang bangga, ada jugak anak penang yg berjaya macam pak aji ni:)

apple said...

eh nangnaih tu ape? maaf bukan org utara.. nak salin resepi last2 tak tau ape tu nangnaih!! :P tp mmg nak sedap & meletop!!! ley la jamu tetamu dtg umah! hihihiih

akuladiva said...

Apa kata Pak Aji kembangkan bisnes buat catering sama. Muleh la bila anak chek nak kawin sok panggil Pak Aji mai masak. Tgk gambaq ja dah terlioq meleleh sampai ke dagu dah ni....he..he...

che'puan Idot said...

incik ada keja kosong?
jeles plak dgn 22 staf tu.
i nak join jadi yg 23.

rizalman atelier said...

laa.. awat hangpa ni.. enty kali ni laju ja komen masuk macam ayaq pancoq! suka ya cheq dok masak2 ni?

rizalman atelier said...

laa.. awat hangpa ni.. enty kali ni laju ja komen masuk macam ayaq pancoq! suka ya cheq dok masak2 ni?

Cath J said...

Tak de kata lain.... selain dari ..

RESPECT!!!!


and thank you for the recipe...

Ceritera Kaseh Diari Hatiku... said...

salam...

baguih3..
kita pekenai loghat utara yg mmg best..sure sedap..mmg ptt lh licin depa sapu..hehe..umar pun makin tembam+comey sb ayah dia pandai masak.. :)
mmg betoi kata nor..kena produce rancangan baghu..
tambah 1 lg bidang..masak..

KaY FaiZaL said...

cheq yang dok jauh ni dok rasa lapaq sungguh la tengok gambaq makanan...huhu.

fitty's pinky rose cottage said...

salam pak aji.. tu dia.. bnyk sunggoh noooo dia punyai makanan.. air liuq cheq meleleh.. hehehehe..

lepaih ni pak aji bleh bukak restoran lah camni.. hehehehe.. dan buat lagi satu blog utk resipi2 fave famili pak brahim.. am sure mesti ramai yg suka..

iskh.. balik nak gi cari bahan2.. bleh buat.. thanks for sharing!

AnaKku SaYaNG D'BuTiquE said...

mesti la suka...sape nk bagi tutor ajaq one by one...leh try open house sabtu ni...meh la umah kami di melaka...

rad said...

Salam tuan,
cheq nak tanya sikit ni - cheq asai n9 baru ja bermastautin di utagha.
Tang perap daging rendang letak TOKYU tu - apa menda ni?

Meaning pi PANCHOQ? coz kat n9 ada nama tpt Panchor hehehe

Otak Udang - mana nak dapat/beli?
Terima kaseh nooo for sharing - cheq minat sungguh nak choba pasni. -RAD-

rizalman atelier said...
This comment has been removed by the author.
rizalman atelier said...

nangnaih tu nenas la,tokyu tu kicap..panchoq tu tandas.

aina_amirah said...

humang aihhhh~~memalam baca entry pasal resepi ni...perot berkeroncong tau~hebat abg rizalman..memang tangan seni la..berdeko..berfashion design..bermasak...:D..sangat seni!~

qaseh_suci said...

salam..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lidah adalah duta hati, jika engkau ingin mengetahui hati seseorang, lihatlah apa yang biasa dia ucapkan. Sesungguhnya itu akan menyingkap apa yang dihatinya, suka atau tidak suka.
Karena hati itu seperti kuali yang mendidih, lidah adalah sendoknya. Perhatikanlah ketika seseorang berbicara, sesungguhnya ia sedang menyendokkan isi hatinya kepadamu, dengan beragam rasa, pahit, manis, asam, pedas dan lainnya. Sebagaimana engkau dapat merasakan masakan dalam kuali dengan lidah. Engkau juga dapat merasakan hati lawan bicaramu dengan gerak lidahnya ketika bertutur-kata. Allahualam. Astaghfirullahalazim..
renung-renungkan dan selamat beramal,,,//

QM said...

Terima kasih la atas kesudian pereka fesyen tersohor bersusah payah tulis dan posting gambar siap step by step. Saya sendiri yang ada blog masakan pun tak buat "lagu" tu sebab memang tau leceh sangat...so I salute u :)

Saya ni asal orang Johor dan suami orang utara. Tiap kali raya je dia tarik muncung seribu sebab semuanya masak kicap dan dia tak berapa suka lodeh. Dengan ada resipi ni bolehlah try kut dia senyum sampai ke telinga :D

minamie said...

alahai..terbelit2 org kuantan nak baca entry kali nie tapi seronok.
ada gak benda x paham, thanx for e translation.

buah keraih = buah keras ker?, otak udang 2 nak beli kat maner?

thanx sbb berkongsi ilmu,semua nampak sedap, step by step laks 2, kalah program masakan,

nyanyi or berlakon x nak try ker :)

Khairulius said...

balik nie chek nak cuba lah..

rizalman atelier said...

otak udang tu petis. ada jual kat supermarket

AnaKku SaYaNG D'BuTiquE said...

xde ke entry tntg baju2 raya yg ditempah last raya...nk gak kami tengok fesyen2 baru utk raya tahun depan...nk booking dgn rizalman insyallah bila dh naik pangkat nnt la kot..if panjang umur...

akuladiva said...

ayaq panchoq a.k.a air pili

Filla ~ Kasih Aleeya said...

salam,
abg rizalman, buat lah lagi entry masak2 mcm nie.... konpem beribu2 orang masuk blog abg sbb nak kepoci cedok resipi...heheh...tp serioussss...nampak sgt sedap...menitik2 ayaq liuq cek nih.. hahaha
*saya adore abg lah..terror sumer mende..deco umah, masak, jaga umar, fashion, pandai tulis blog!!!keep it up bro!

CORELLE LOVER said...

cayokk cayokk!!!.. tak sangka serba boleh tuan deko tuan reka pesyen tokeh masak.. segala-galanya di tangan anda..!

anna said...

perrgh terliur tengok resepi tuan aji....nak try buat gak laa...nampak pun cam seedap je..kalau nak tau laksa tu sedap ke tak,tengok kepekatan kuah..kadang2 kite tengok chef chef masak,atau kat pasar malam kuah cair...ala2 kedekut bahan...yang ni nampak sedaap..deh deh...dah la tengah diet nih..x leh tahan xleh tahan menengok resepi-resepi tuan aji..nanti raya taun depan buat la lagi,saya teringin nak rasa laksa,hihihi,tahun depan cheq gi kulim nooo,tumpang merasa je..nyum nyum mesti sedap...take care~kim salam kat umar nail~

me said...

hi i've been your silent reader for a while

tapi you ni memang dahsyat la. fashion + ID + cooking! apa je yang you tak tau? *sujuuudd*

IceStar said...

uih,sedapnya laksa..
teringin nk makan nih..
buh tokyu..mmg mantap..^_^

kaseh said...

Salam,

Adui kecoq ayaq lioq cik tengok juadah utara ni. Esp rendang & laksa tu. Kalau dah berseni kan...semua yang disentuh memang menjadi punyakan.

MAK TEH said...

amboooi....pak aji,sedap sangat aaiih...ayam tu bukan org penang panggey masak cabai idup ka?mak teh nak coba la chagha pak aji masak semua ni...dalam Syawal utk pak aji dan Umaq yg come tu.selamat berjaya.

frappe_crush said...

aku terlambat ghupanya..tudia awang, sedapnya hang masak...jadi lagi sedap sebab recipe dalam loghat ni..

Naddiea said...

bro,sedap betul nampak rendang tu.utk org2 yg x pandai masak rendang macam ai ni mmg kene blajar dgn u.i copy ur resepi ok bro.anyway,u got a handsome son in da house!Selamat Hari Raya!!!

haniekunie said...

amboi.. memang meletop bahase utare u.. tak sangke.. kalau dengaq live lagi mahsyukk kot.. hehehe.. rendang dangan laksa tu nampak sangat sedap!! boleh la try lepas ni..

QillaTheCurve said...

abg rizalman berkebolehan
serba serbi pandai.
btol kate nor,
da bole buat rancangan msk+fashion+deko..
selamat hari raya,to abg rizalman and umar.
=)

annhuzi said...

baru beberapa kali jenguk2 sini.
1st time saya nak komen. terpanggil dgn kursus memasak siap gambar. Best sangat. Nak cuba walaupun saya ni org 'pulausinga' dan tak faham bahasa utara, tapi i cn try figure out la. looks like i've 'fallen in love' with ur blog :)

Cik Ninie said...

Tuan Haji ,
kami dh sasalin 3 resepi tu.dh cube masak kt rumah.Laksa tu nmpk mcm sedap je.Pas tu nk tanya 'TOKYU' tu ape? heehheh

Hani said...

salam RI,

Wah syokknya tgk makanan2 tu suma.. lapar perut tgk.. huhuhuh.. agak2 bile lar kami dpt merasa ek.

HasneY said...

Salamm....
ala cheq pun terliuq tgk....rendang...tuh....nanti cheq try tgk noo...lagi satu...ketupat daun palasss tu..tawon ni cheq raya kt selatan..tak dak ketupat tuuu..balik utara pun dah raya ketiga...semua dah pakat perabihhh.....hu..hu..kempunan gak laa..

yaniex5 said...

alamak...tokyu tu kicap kan en.rizalman..klu x salah sy la..

Auzs said...

you've made my day encik rizalman. hehehe. kelakar baca entry masak memasak ni dlm loghat utara. siap bergambau tu. kalau ada masa kita nak cuba.

Parisian girl said...

omg!!panjangnya!!hehe,salut!!lama tak berborak2. meriahnya :D

Nor said...

Assalamualaikum w.b.t;

Tuan Sheikh, memang muka you bersepah2 sekarang nie.malam tadi "Tangkap Muat"...siap boleh propose kasut nak dapat anak? amboi2..kata orang pelakon air mata...ada persamaan kah dgn Tuan Sheikh? Nie dalam Mag Apartment latest issue,masuk lagi muka Tuan Sheikh....Berbaloi2...All The Best...

mrs SyeDiz said...

best!
resepi ayam masak merah plak!

errr.
tp rasanya orang utagha xpanggey rhentong, tapi hanguih/hangit kan?

;)

azieazah said...

Tudiaaaaa.. punya nala periyok dia adaaa... Masak pun sedap tak sangga.. mau tingai calat tongkoi ja tuh..

Tang Laksa tu cheq setuju, takdak daun cenohom memang tak cukup syarat la.. Tapi ada gak oghang buat tak boh bawang putih, tp lengkuas skit..

Syabasssss.....

azieazah said...

ada gak sebelah utagha makan Laksa mesti dgn toyu.. sedap aih...

kaseh said...

Salam,

Selepas membaca satu comment pembaca kat entry ni, i rase u should really be in your own tv show, something like = A day life of Rizalman." Ade segmen fesyen, deco and masakan! Harus tak? Hmmm...hopefully there will be more company like Celcom yang dapat highlight this very talented Rizalman Ibrahim yang sebenarnya, I really admire u lah. Semoga Allah terus memberikan semagat untuk u terus mewarnai Malaysia.

LiNa said...

cheq suka resipi ni....dan yg buat lagi suka pasai dalam loghat utagha...me laikit!!!!

zurayda said...

Assalamualikum tuan aji,

Nak tanya.. masak ayam tu, brapa sukatan untuk cili kisar, tomato sup, santan & susu cair?

Takut x jadi klau main buhh jeee.

Ms Red Hat said...

Salam

You should seriously consider writing a recipe and a decor book for the malaysian market. my salam to Umar too.

Your client who's now staying in Perth.

Shue said...

Akum, Pak Haji!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
The receipes nampak best (sbb tak rasa kan) insya allah mau try.

take care!

shue

ComeyBelako said...

arini tetiba terbabaih mai blog ni. tak sengaja. 1st time. memang teliuq aih baca. lepaih memang konpom chef wan payah nak caghi makan la...best!best!best!

ni nak pi add dalam blog list ni.

yaniex5 said...

salam..ahad lps sy dh try wat ayam masak merah tu..tgk rupa sm kot tp rs x tau la sm ker x coz bhn2 sy agak2 jer..sy sendri rs mmg la sdp..hehe..(msuk bakul angkat sendri nih)tq mr.rizalman..bg la recipi ala cart plak..cpt dimask sdp dimkn..

Nor said...

Assalamualaikum w.b.t;

Tuan Sheikh & lil Sheikh Umar N;

kalau buku deco & recipe itu materialised - booking 1 yang ada your signature hokeh.

bila agak2 boleh issue?..before your next birthdate?..ameen.

D|R|E|A|M|S|I|E|S said...

hua hua mmg best entri dlm loghat utara..mmg pior abeh..kami rasa mcm adik beradik hampa pulak..

mcm tu ghopanya buat laksa penang..boh nangnaih blend sekali..laksa kedah bhn dia simple ja..mesti coba nih..

kak ilya said...

dear rizalman ..

u r superb bro, all package he he.. semua boleh, kemas rumah, fesyen , dan masak..
dan daddy yang baik..
moga tuhan merahmati anda dan umar

keep up good work

p/s: teringin nak tempah baju but cannot afford lah .. he he
jemput singgah kat my blog ibuadam.blogspot.

thanks

~ShaFeRLicioUS~ said...

Chek bangga aih oghang Penang nih styli-mylo on Tv, Magz, Runway & Kat Dapoq..RESPECT!!
Jenuh suma org bulan nih makan laksa, ayam masak merah ngan rendang Pak AJi..
Paling best..chek berkenan la periuk beradik Pak AJi tuh..
:)

rina said...

Salam Rizalman

I have been yr silent blog reader of yours!

No offence intended... but I tak sangka you can cook.

Your blog is genuine. No pretence.

Keep blogging.

Cheers!
Rina

Parisian girl said...

when r u going to update,Mr. busy bee? :)

BuTtErFlyInFraMe said...

mmg syok habes baca loghat utara.. :)

yan said...

rendang tu i dah cuba last week time wat open house...1st time cuba..nsbaik mnjd...sedap bangat..abih licin...

yaniex5 said...

salam..wah! so bz eh..rezeki.lm x update blog nih.

JuLie said...

ish la...sedap sungguh nampak laksa yg hangpa buat tu..kami teringin la...tobat minggu depan kami buat di ghumah kami pulak..

Norana Johar said...

Saya dah try ayam masak merah dan asam laksa. Dua-dua sangat sedap. Rendang belum lagi. Thanks for the recipe.

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN said...

Amboi..x sangka no..rizalman pandai speaking utara...he..he..

CheYahChomel said...

Salam Cik Rizal....

Kalo cek masak ayam lagu nih kami panggey ayam masak rose....taktau la pasepa padahai bukan rona rose pon....

Laksa tu kalo tak boh ayaq asam xpa ka? Kami laksa perlih tak boh nangnaih pon...boh asam gelugoq ja...

sue said...

terliur cheq tengok! lapaq rasa

suffyan razzaq said...

memang terbaiklah masakannye, tuan..cuka ceq~

Juliana Fredly said...

i was googling for rendang recipe and found ur blog. impressed that u could deco, design nice fashion/clothes and u can even cook! its almost 3am and those rendang pics really making me hungry. well done! :)