Fabulous fc

Tuesday, September 8, 2009

takde tajuk

"eh Umar!, assalamualaikum..". Kami diterjah kat pasar ramadan Setiawangsa. 
Peminat la kot agaknya. Nak tegur umar ke.. babah dia?  Penuhnya orang!. Inilah kali pertama saya ke pasar ramadan sepanjang nak masuk 3 minggu kita berpuasa. Memang lumrahnya saya kurang gemar nak ke bazar2 ni,sebab makan bukannya banyak pun..setakat berbuka jer,umar pun setakat hanya makan roti canai untuk berbuka dan coco crunch je masa sahur. Saya pulak hanya minum soya aje. Mana tak kurus badan macamni,setakat ni dah hilang 6 kilo!(seluar lama dah punggah balik, Umar pun turun sekilo..tapi pipi dia tetap maintain). Seperti biasa waktu2 dah masuk minggu ketiga ramadan ni,saya dah jadi tak keruan..bila dengar lagu raya mula berputar kat radio, terus jadi gelabah! raya dah dekat!!.Baju2 client bertimbun2, semua orang nak baju dia siap sebelum raya..mana2 yang regular2 client yang manja2 tu baru lah terhegeh2 nak hantar kain untuk buat baju raya. nak tak nak kena terima sebab dah jadi kawan2..lagipun pulus jangan ditolak kan? Lagipun boleh jugak buat bagi duit raya anak2 sedara. Tapi dalam banyak tahun2 raya,inilah yang paling tak termampu saya nak habiskan tempahan. Baju2 tu pulak bukannya baju2 kurung bodoh tapi yang mampan design dan sulam maniknya. Ingatkan bila saya dah siapkan baju2 yang siap jahit untuk memudahkan pelanggan beli terus tanpa perlu menempah, tak payahlah saya nak sibuk menjahit..itupun meleset..rak saya dah kosong disapunya dek pelanggan2. Pada masa yang sama kena pulak buat deko untuk pelanggan Celcom berbaloi-baloi yang baru menang untuk minggu yang pertama bertempat di Bukit Beruntung. Nasib baiklah dekat jugak dengan KL, kalau dibuatnya pemenangnya di Kudat atau Tawau tak kena naya kena pergi ke situ! kalaulah pemenangnya rumah panjang kat Sarawak lagi haru!(sebab ruang tamunya dikira sepanjang2 rumah panjang tu). Kerja gila tu. 

Nasib baik jugaklah baju2 raya Umar saya sediakan awal2. Cuma tinggal baju bibiknye aje yang belum beli. Rumah pemenang Celcom tu pulak kena sediakan pada 18hb ni..(dah kira nak masuk petang raya tu),ntah2 saya mungkin beraya kat highway sebab tak sempat balik(mintak simpang sangat). Mana lagi nak perhatikan Umar lagi supaya dia tak curi2 makan di siang hari(hari pertama puasa saya jumpa balang kuih raya sampel kat dalam almari baju dia!!). Tapi semuanya ini mungkin rahmat Ilahi yang memberikan saya rezeki yang amat mencurah2..sehinggakan saya malu sendiri denganNYA kerana tidak dapat membalasnya dengan ibadah yang setimpal. Beberapa hari sebelum ini saya ada menerima beberapa keping kad raya dari blogger yang mengirimkan kepada saya..terimakasih! maaf sebab tak sempat nak membalas..kalau anda sedang membaca post ini..ni dah kira balasannye lah ye. Tak pun tengok aje muka saya kat akhbar untuk iklan Celcom yang keluar hari2 tu sambil imagine saya berkata 'selamat hari raya' instead of berbaloi-baloi! (boleh!).

Walaubagaimanapun saya ucapkan terimakasih pada semua kerana tak jemu2 menjenguk ke blog ni walaupun tak berupdate selalu. hajat hati memang nak nak letak gambar2..tapi nak angkat jari untuk petik punat kamera pun tak larat.... (melampau).

24 comments:

diyadeary said...

salam rizalman..

terhibur saya baca entri tentang si umar.. ;)

alhamdulillah. rezeki makin mencurah2. hrp berterusan hendaknya..

tak sabar nak tengok deco! deco! deco rizalman.. huhu..

take care ya.

y u z said...

ahahah.
dari jauh yg nampak si Umar,then nampak purse LV,baru teringat patutnya tegur babahnya dulu.

malu alah jadinya.ampun. =")

Nor Baizura Hj Abu Bakar said...

Rezeki kurniaan NYA memang hanya DIA yang tahu. Tahniah dan Selamat menyambut Aidilfitri buat Hj Rizalman, Umar Nail, FAizul, team Rizalman Ibrahim buat all bloggers.

b0b0y said...

hahahaha..siap jumpa balang kueh..camner tu..tp umar tetap maintain cute even kurang sekilo..hek3

My Life My World said...

Selamat Berpuasa Umar...ececeh, untuk Babah dia sebenarnya. Hahahaha... so comel 'Balang Kuih Sampel Raya Dalam Lemari', tak per Umar kan kecik lagi, tapi tak baik tau makan sorok sorok. Terus terang jer dengan Babah, kata tak larat posa. Babah kan sporting.

kibod murah said...

ahahah comel giler umarr...

waa suke la bace blog rizalman nih..bro im ur biggest fann..blehh..haha

MrMiEZ said...

love your life...

best kan jadi rizalman...

comey tul Omar kan... tingatk zaman kanak2 dulu time pose... bukan takat balang kuih dalam almari... siap paket mee segera lagi tau...

anyway... teruskan usaha anda. Moga Allah SWT memberkati anda dan keluarga. Amin

Suzie said...

erkkk very hectic nya u punya schedule...tp jgn sampai tak beraya pulak nnti tau..hehe..

Shikin Hussain said...

Bestnyer dapat turun 6 kilo...kalau nak buat rendang raya mesti kurang sikit harganya sebab dah kurang kilo ekk?? Kelakar la Umar, boleh bayangkan dia makan kuih raya sambil menyorok dalam locker..Comel..

Selamat Hari Raya Rizalman, moga dilimpahi rezeki berlipat ganda dan kesihatn yang baik.

RoSe_violeTe said...

Salam...
Alhamdulillah...murah rezeki di bulan Ramadhan....

bestnye!!
tempah baju raye ngan Rizalman..
*berharap satu hri nnt sy pn bleh tempah jgk...InsyaAllah*

Liyana said...

Terserempak you & Umar di masjid Setiawangsa untuk bertarawikh. Handsome anak beranak pakai jubah :)

Filla said...

ololooooo..comelnyer umar sorok balang kuih raya... hehe.. baguslah umar ni puasa penuh ye..
suke gak tgk iklan berbaloi-baloi kat tv.. tetiba bangga sbb i baca blog u... huhu..

CORELLE LOVER said...

hahaa.. rizalman mmg fab!.. design baju boleh.. deco rumah boleh.. menulis pun boleh.. Pulak tu menulis blog sehingga meninggalkan kesan! Addicted pulak baca blog u..

azieazah said...

Salam UMAR dan BABAHnya...

Moga Ramadhan kali ini sangat membahagiakan.. Kerja penat pun asal ikhlas tetap terasa nikmat rezekinya... Moga terus diberi kesihatan yang baik utk bekerja...

*Lama tak nampak U kat porch...

Hafiz Hamid said...

umar sgt comel..hihi

food journal said...

huish 6 kilo banyak tuuuu...

eh...lupa lak

Salam ramadhan Rizalman,


nak tanya la,makan ape yang sampai turun banyak sangat tuu?huiiish..6 kg kooo!!!jeles aii..

macam saya ari2 makan meehun sup je,tapix turun-turun pun....waaaaa

ada buat senaman ke?

nanti kasi la menu2 yang rizalman selalu berbuka.Nak tau juga tips nak turunkan berat badan.Leceh la gemok2 nih..nak jalan2 cepat letih...:(

wassalam~

didi said...

umar patut jadi pelakon...dan model iklan

Norr said...

Salam -

Tuan Haji Maman & Umar - Selamat Meneruskan Ibadah Puasa....Umar,kalau x larat puasa,call Babah cakap terus-terang.Paling penting,solat jgn tinggal tau.Babah ada beli bunga api tak?...
Tuan Haji - we'r now dah masuk phase ke-3 Ramadhan@pelepasan dari api neraka serta kemuncak Ramadhan i.e. Malam Al-Qadr.Semoga kita diizinkan utk dipertemukan dgn Malam Al-Qadr.Semoga terus gigih beribadat....ameen.

Khairulius said...

hehehe..melampau sgt penat dan busynya sampaikan punat kamera pun x larat nak petik hehe...

apa2 pun ..murah rezeki kan

AS I AM... said...

Salam rizalman,
Semoga dapat menyambut aidilfitri bersama keluarga...
salam aidilfitri untuk Umar dan babah

Unknown said...

Salam RI,

Wah bz terlampau..ape2 rezeki dari tuhan kan...

Saya x smpt nak layangkan kad raya jadik layangkan ucapan raya jelar kat sini.. ok kan..

" Selamat Hari Raya buat RI & Umar
x lupa buat Faizul sekali.. Maaf Zahir Batin (kalo ade hehehe)"

farahk said...

asik diterjah ,terterjah,menerjah je kan skrg ni.hehe
apepun,umar sgt2 cute!
dan semoga di 10 mlm terakhir ramadhan ini,tak kira sesiapa pun, dapat bertemu dengan malam lailatul qadar.insyallah.
amin..

aina_amirah said...

umar simpan biskut eh?chomel jerk!~ haha

Rodziah said...

I have browsed your recipes, rendang and laksa...i love the laksa. Just to forego the preparation and if you don't mind the drive, there is a stall @ Putrajaya selling laksa Kuala Perlis..true Kuala Perlis.