ingat lagi rumah pemenang pertama di bukit beruntung yang saya ubahsuaikan sebelum hari raya hari tu? Inilah keadaannya. Nama pemenang serta tuan rumah ni, kak ina. Kata kak ina dia memang tak sangka sungguh untuk memenangi peraduan deko!deko!deko! ni..dia masuk peraduan ni pun main2 je, tup2 dapat! Seminggu sebelum tu saya berkunjung ke rumahnya untuk membuat persiapan mengubahsuai dan berlakon sikit2 untuk promo nanti di tv3. Sampai je saya kat pintu rumah, anak kecik dia dah menjerit2, 'Mak! mat deko! mat deko! dalam tv tu!'
pada 17hb,hari khamis, saya dan team terus tercegat di pintu rumah seawal 9 pagi(sebab kena siapkan sebelum pukul 6 petang). Tuhan saja yang tahu betapa penatnye buat kerja macam ni dalam bulan puasa!! Ampun tak nak lagi (saya ada lagi 9 buah rumah lagi nak kena deko kan).
hasilnya.....
BERBALOI-BALOI!!!!
(kak ina sendiri pun dah tak kenal rumah dia dah! Ye lah kak ooi..memang lah tak kenal, tengoklah sebelum diubahsuai macamana rupanya pulak....)
p/s : untuk pengetahuan, kak ina da dapat kos pengubahsuaian bernilai hampir 30 ribu! (ini termasuklah segala kelengkapan elektrik,lantai,perabot untuk ruang tamu beliau). apa tunggu lagi? mungkin kali ini rezeki anda. (siapa nak bagi 30 ribu dan2 tu.. pemenang tempat ketiga AF pun dapat 1 ribu je walaupun dah penat melalak sampai 3 bulan).


