Fabulous fc

Friday, June 5, 2009

untitled

setelah enam hari pulang dari tanah suci,ni lah baru adanya masa nak bercerita..mana nak punggah begnya,mana nak dibagi2kan ole2nya lagi pada sedare mare,mana nak habiskan baju2 customer yang nak disiapkan lagi..aduh! semuanya terkejar2,saling tak tumpah macam berlari2 anak di lampu hijau ketika bersaie..(cuma tak berihram jer).
Walauapapun,alhamdulillah..selamat pergi dan selamat pula dikembalikan kami ke tanah air pada sanak saudara serta anak yang comel ini(yang terlalu dirindui..). 
Seperti biasa saudara terdekat menghantar kami ke airport.. Umar dipeluk,di cium untuk buat bekalan nanti kat sana bagi melepaskan gian rindu..( toy untuknya dah standby,takut dia nangis,tapi yang nangis bukannya dia..tapi babahnye).

bukannya ini kali pertama saya ke sana,tapi sudah kali ke lima..tapi perasaannya kali ini sungguh berbeza..kerana ada sesuatu yang amat menyentuh hati.... Allah swt saja yang mengetahui..
Untuk meninggalkan Umar yang sudah tahu erti rindu(serta tahu ber sms melalui telefon bibik nya),melepaskan tanggungjawab terhadap butik yang tempahannya bertimbun,membawa satu hajat yang amat saya dambakan kepada Allah swt, serta membawa Faizul untuk bersama2 mengerjakan umrah tak dapat nak digambarkan perasaannya..
saya juga sempat bertanya kepada Umar jikalau dia inginkan seorang 'adik'?(kerna Umar juga lahir selepas saya meminta doa di hadapan Kaabah, 8 tahun lalu). Jawapnya 'ya'. Apa nama yang nak diberikan? 'Ah Meng'!.

pelukan demi pelukan..serta airmata yang berjuraian..(mmg kaki nangis,tengok drama rashid sibir ngan rancangan bersamamu pun sama). Kami pun selamat berlepas. Tapi sebelum tu,masa di airport lagi saya dah siap2 pakai kacamata,supaya jemaah lain tak perasan sangat saya,,tapi hampeh! jejak kaki je  kat group yang dah berkumpul tu,terus masing2 berbisik2..rizalman! rizalman!. Sampaikan kakak saya pun terus menyamar,pergi duduk dekat dgn dorang,sambil pasang telinga. Antara yang dialognya- 'eh! dia dah nampak kurus skit..dulu bulat'!(sebab pakai jubah hitam kak oi..cuba timbang tengok). Ramai yang dah standby camera,tapi tak berani nak klik!.

antara ayat yang kerap diguna-'muka you ni macam pernah nampaklah?'. Jawap saya-'i kerap berlakun drama..' hehe.. 'nama saya rizalman'. 'OOhhh..! pesen designer tu ye..' Bagus2!.
kenal pulak? ke saje je buat2 tak kenal..
"baguslah...,rasanyer tak ramai designer yang nak pegi mekah kan?' kata seorang jemaah. Aikk? fashion designer ni agaknye tanggapan orang kuat sosial agaknye kut? sampai tak ingat akhirat.
Mungkin yang lain tak sampai seru lagi kut pakcik..

kumpulan kami ke madinah dulu selama 3 hari..buat ibadah sebanyak mungkin(dan shopping juga sebanyak mungkin). Di sini,saya dan jemaah lain dah mula menjadi kawan..best bersembang ngan dorang..hilang semua kerisauan pasal kerja.

perjalanan pergi ke Mekah dari Madinah. Singgah di restoran tgh2 padang pasir untuk makan dalam talam ramai2..yang pentingnye masa ni tgh berihram..duduk pula bersila. Tingkap jangan ada yang terbuka yer..tak termakan kang jemaah lain. (tangan yang tengah kepak kepala ikan tu mungkin si Faizul, tak pasti).

antara sebab saya pergi kali ini menggunakan pakej biasa bukannya vip, sebab untuk merasai pengalaman2 macam2 ni lah..lagipun Umar tak ikut,so takpayahlah nak special2 sangat. Kalau macam ni kita banyak bergaul dan dapat ramai kawan. Dah tua2 ni.. rasa nak bertukar angin la..

salah satu bukit dimana Nabi kita Muhammad saw pernah melakukan sujud syukur.(lupa nama tempat ni). Terdapat juga bekas tapak kaki Baginda pada batu bukit tersebut.

suhu di Mekah tidaklah sepanas yang kami jangka..(saya pernah merasai suhunya yang lebih panas drpd ini). Perasaan ketika di Mekah- priceless! Apatah lagi jadi lebih seronok sbb jadi tour guide pada Faizul. Bila tgk budak2 kecik yang comel2 kat sini,terus teringat  Umar.

amacam? pak arab campur jawa?? ok?

tak sangka time kitaorg pergi,Mekah ramai orang.. bersesak2 juga lah masa nak balik hotel setiap kali selepas solat. So langkah bijak-kita shopping dulu!

bermiqat sebelum mengerjakan umrah..

saya sukakan kesenian senibina Islam..

kalau la kat KL bole pakai jubah gi kerja,kan best..takyah nak pikir banyak. Cuma kalau angin bertiup dari depan je yang kurang enak pemandangannya.

berehat di ladang kurma,sambil beli kurma dan minum teh kurma.
Ada satu jemaah ni mmg tak senyum langsung dengan saya dari hari mula berjumpa,tapi tiba2 kat sini dia bole bukak cerita kat mutawif kami yang saya ni famous kat kl dan cerita2kan latarbelakang saya..kelakar! ingatkan tak kenal.

satu arab habshi,satu lagi arab baru nak jadi.
(tulah drebar bas kitaorg)

time jalan2..

kat Jabal Thur..

ni pulak kat muzium Mekah,kat belakang tu tangga ke pintu Kaabah

jengah sekejap ke ladang unta..
salah styling saya masa tu,pergi ladang unta tapi pakai jubah cokelat,dah sama kaler ngan unta tu. Terpaksa buat efek kat gambar ni.

di medan magnet. kat sini ada satu area tu,walaupun enjin bas diberhentikan,tapi bas akan tetap boleh berjalan pada kelajuan yang mencecah 120km/h! SubhanAllah..
Gemuknye aku!

budak2 arab..pandai berniaga dorang ni..

kat masjid terapung di laut merah
angin yang kuat menyebabkan jubah ni nampak mcm kurung pesak gantung pulak!

bergambar ngan unta2 dan peminat
dan peminat..

dan peminat..

dan peminat..(yang mencuri mengambil gambar saya dari jauh).
 Kat sini ustad kami cakap antara tempat yang mustajab untuk berdoa..tapi empat kali saya cuba berdoa tapi tak dapat,sebab jemaah sibuk nak mengambil gambar..Haha! Dan yang paling kelakar,antara jemaah2 tu..ada yang baca blog saya! 'pasni bole la update blog dgn gambar2 umrah kan'?
moga tanda di dahi ku,menandakan sujud dan ibadah ku diterima..Amin.

51 comments:

RoSe_violeTe said...

TQ sbb kongsi gmbar2 di sana..
mengubat sedikit kerinduan sy~~

teringat mse di masjid terapung tu,
sy mkn bakso oleh warga indonesia(xtaula jemaah haji ke, x)..
mrk buka hamparan kain n jual mknn kt atas tu..sape nk mkn, dok je bersila...hehehe

bila la bleh g lagi..hmmmm..

Kaseh Hidayah said...

wow...rizalman u did went with the travel agent dat i suggested...andalusia travels....sayangnya i went 2 weeks earlier than you if not blh berkenalan kat sana...huhuhu..

andalusia travels is the top 5 best travels these days...mutawif dia pun bagus2...so, did u manage to climb the gua nur...the place where our prophet got the wahyu...

next time nak sgt pergi wt u la....

syera...

Anonymous said...

hey rizalman..im ur silent reader and ever since u posted up bout ur umrah trip..i was speechless..because im always fond with andalusia travel.they're the best and the mutawir r the best and educated.in fact i am seeing one of them and insyallah if ada rezeki,ada jodoh..
have a pleasant weekend ahead

Kaseh Hidayah said...

So many things to share with you lah...The place dkat masjid terapung is so windy....kuat betul angin nya...

Btw who is yr mutawif...the mutawif r maindailings rite...they r students from indonesia....

And in makkah u stay at Abeer Garden or Royal Sultan....

Sorry ya...i think i'm getting excited....

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

flipping thru ur pictures makes me cry...not for sadness, but for i miss ALL the precious moment i had last year...priceless indeed...
thanx for the remembrance ;)

Niza @ Anis said...

thanks for all the precious pics!~i missed makkah too!i'm supposed to fly with Andalusia as well.but ended up,we gotta postpone for the nx trip.insyaALLAH so soon.ameen

rizalman atelier said...

rakan2blog ku..terimakasih byk2 atas komen2 serta doa2 uolls.. i know when u started going to Mekah,mmg uoll akan rasa rindunye..bila tgk gambar2 atau dengar azannya pun jadilah kan? i stayed at the Abeer Garden in Mekah and Firdaous in Medinah. kalau ada antara uoll yang da mampu dari segi kewangan tu pergi jelah haji,lebih best lagi!! pergi muda2 lagi senang daripada pergi di usia lewat..dan sentiasalah berdoa supaya Allah sentiasa menjemput kita lagi.. and i think am going back there very soon too. Agaknya apa jadi kalau i bukak agent pergi umrah kan?

rizalman atelier said...

chup! lagipun mana ada bank kat dunia ni yang bg interest mcm Allah bagi kat mekah,sekali sembahyang kat Haram dah dapat pahala selama 273 tahun(100,000kali ganda/365hari).Umur kita pun tak sampai 100thn.Bayangkan.Tabung la pahala kita byk2..takut nanti timbangan dosa lagi berat dari pahala..Lupa nak cerita satu benda,bukan kata pergi Mekah je peminat ada,masa i pergi mendaftar kat pejabat Andalusia pun,staffnya dah start ambil gambar!

Anonymous said...

kaseh,

hey..yea my mutawir studied in syria for 5 yrs then went to mekah to continue study n at the same time he works with andalusia...
hes coming to melbourne next mth to c me..n last week he was in msia with my family..
yea in mekah i stayed at Abeer Garden..im going again next January..its always nice to go in January cos its cold :) who was ur mutawir?

rizalman atelier said...

whoaa!! lady m! u dpt jodoh dgn mutawir? sejukk..rumahtangga u. Congrats! mesti doa kt jabal rahmah kan? mutawir i kt dalam gambar yg last sekali tu. Yg pakai kopiah tajam mcm tudung periuk kukus tu.

Kaseh Hidayah said...

Lady M,
Yeah, d mutawif r vr young & educated...d one that handled my group is a mutawif from Medan, Indo...still a student in makkah & will pursue his studies in UIA...

Rizalman,
U doa di jabal rahmah jg la...mana tau dpt ustazah plak....tenang & aman keluarga...

Bout d travel agent..bagus idea tu...nanti u nk buka jgn lupa inform i ye...nak juga join venture...hehehe

Rizalman Travels...

Anonymous said...

oh well..i didnt plan for it to happened tho..he was the one who approached me dkat Jaranah :) mudah mudahan..amin.. :)
Kaseh,
Yea mine is from Medan too..would love to share so many stories with u..
xxx

Norr said...

Salam -

Umar gud boy,x nanges.Mr Designer Babah,i'm ur silent reader.i terus tahu you g ngan Andalusia dr kaler sling beg you tu. i pun dulu pegi ngan Andalusia. yup,agree service Andalusia bagus.dapat pulak berguru ngan Ustaz Daud,memang best.Mutawiff you i.e. Ustaz Khaldun was my mutawiff somewhere back early 2007. masa tu kurus and single ( + hensem).Semoga semua doa you di Tanah Suci,ALLAH makbulkan,ameen.....*Lady M,semoga jodohnya dimudahkan...i lah yang tanya you pasal kasul Sevatore F that day....Nor@Wangsa Maju,KL

rizalman atelier said...

skrang pun ust khaldun kurus lagi.. kasut ferragamo mana ni?

Anonymous said...

ciknorwangsa...

thank u so much..oh u were the one yg tanya kasut ferragamo..ic..i just bought ferragamo loafer,.they're having 40% here in melbourne..go n get one!its really comfy

Norr said...

Designer B,kasut ferragamo tu i tanya dr Lady M.bukan you. that day i tgk kat her blog,so cantik....
......
time i pegi dulu, Mama Juwie a.k.a ex-wartawan hiburan tu pun ada sekali. puas lah my brother menyakat dia. tp dia baik. x kisah kalau orang nak ambik gambar...senyum jer.like yourself...nasib baik time you berdoa,diaorang x ambik gambar...k time nangis2 tinggalkan Umar...hehehe...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

thanx and im honoured for having u dropg by my blog...owh that one yg macam paperbag tue chanel 31 rue cambon...huhuhu tue la if mmg dah byk sangat duit mmg dh lame beli ;p hehehe...n wahhhhhhhh...unlimited!!!! yg metallic silver tue kan!! nice catch dude! so whcih one will u be getting? mesti u amek yg sling tote tue kannnn ;D dont forget to upload once dh dapat kay ;D
(sorry out of ur entry topic skets ye)

Jolie Mendes said...

indahnya pegi umrah.
ur pics are beautiful n ur writings r "pure" from the heart.

Anonymous said...

Salam, kagum dengan keajaiban medan magnet tu...Harap2 suatu hari boleh sampai kat sana jugak :)

Anonymous said...

sonoknyerr jalan jalannns.. salamms

MamaTiaMia said...

salam,alhamdulillah..so cute itu budak cute:)

SaSsYAnGeL said...

Alhamdulillah ...
suka tgk Rizalman n ur life style .. i mean apart of being famous-stylish-rish, u tak lupa kerjakan tanggungjawab u sbg umat Islam n ingat kat Allah ... applause applause ... im proud of u Rizalman ... keep up the gud work and keep on doing gud things in ur life, so that lebih berkat and termakbul segala doa ...

"saya juga sempat bertanya kepada Umar jikalau dia inginkan seorang 'adik'?(kerna Umar juga lahir selepas saya meminta doa di hadapan Kaabah, 8 tahun lalu). Jawapnya 'ya'. Apa nama yang nak diberikan? 'Ah Meng'!."

Umar is so adorably-cute !! but hey, what if Umar ask for a mother ??? what say u Rizalman ??

eheheheh .. just teasing u here ... no heart feelings yah !

take care !

salam.

Norr said...

Salam -
Sassyangle - i'm thinking of the same q from Umar@ muka anak orang senang ,cutegebu jer.
k itu doa Babah depan Kaabah?...ameen.

Anonymous said...

meriah :)
seronoknya perjalanan ke mekah.
syukur semuanya selamat.

Kaseh Hidayah said...

Lady M,
I think i knoe yr mutawif...izzit arvan...betul x..Yeah,lots of things to share dear...join me at facebook..syeraz77@yahoo.com aka kaseh hidayah...

sarahH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kaseh,
Babe how do u know???msg me in facebook ok

Norr said...

Salam -

KasehHidayah;

ingin jugak tengok si mutawiff yang bertuah@bertakhta dihati Lady M itu...
Sorry Designer Babah - tumpang lalu...hehehe

kaseh said...

My Fav Designer,

Syukur u dah kembali dengan selamatnya. I m in tears tengok gambar-gambar u kat tanah teristimewa di atas muka bumiNya ini...Mase i pregnantkan my arwah my hubby went for work trip and buat umrah sekali last year March, he did pray for moga kami dikurniakan seorang anak perempuan...our doa been makbul by Allah..the doa was so special, in such a special place and i think she is very special, maka itu Allah mengambilnya kembali...Moga di tempatkan dia di tempat yang istimewa di sisi Nya.

I am so happy that u dah banyak kali ke sana...bila kita sentiasa ingat kepadaNya pasti Allah sentiasa ingat kepada kita juga. Sebab tulah rezeki u murah. Moga suatu hari Allah akan membuka jalan dan pintu buat i dan family ke sana.

Amin.

Kaseh Hidayah said...

Lady M..babe i gotta know it from my mutawif...they r closely related...

wah3 ciknorwangsa jg minat ye bab mutawif nie...hehehe
lets join facebook...lady m da add da my facebook....Fuyooo,mmg byk la gmbr mutawif yg bertakhta di hatinya...

rizalman,apa lagi...lets facebook jg la...blh tgk photos umrah i...btw,yr mutawif dat day was ustaz naja rite,just a small sized guy...dia pakai kopiah tajam tu to make him look taller....

Norr said...

Salam -

KasehH - add me kay..almostfame_303@yahoo.com...
mutawiff2 tu semua muka bersih jer...i bru khatam baca blog Haji Designer Babah...compare from day 1 you blog kan HDB,gambar the latest nielah paling berseri2 macam pengantin baru..serious k.x dapat harga durian runtuh pun x per, sure i x berkemampuan sarung baju you...hehehe...paling suka ur tag"lelaki makin simple makin hensem,makin meraban,makin poyo...:)

rizalman atelier said...

wah22 uol ni..ingat i punye blog tempat share2 jodoh ye..xpe i sedekahkan ruangan ini.. suka bila uoll y pas nisukakan blog i nie.. tunggu entry pas nie..lagi best!!

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

aaaaaaaaa...I KNOWWWWWWW!!! i know which one!
its from the paris-moscou collection kannnnnn!!! yg ade emboss rue cammbon n chanel all over tue kannnn!
goshhhhhh thats the limited edition dudeeeeeeee!!! n seriously im soooo jealousssss!!!
u take black ke?! owh sgt jealous!

sile tempek bile dh dapat! ;D

Kaseh Hidayah said...

Rizalman jgn la marah2 ye...bab jodoh ni is considered as a "hot topic"...join la skali..i think andalusia klw buat agensi cari jodoh pun laku ni....hehehe

Neway,thanks for sedekah yr blog to us kay...yeah,can't wait fr yr next post..mesti hebat ni...

Unknown said...

selamat kembali

dr kami wakil di andalusia ;)

Norr said...

Salam -

amboi,siap dapat wish lagi dari Andalusia.

Unknown said...

ahaks.... yela tgk org puji2 andalusia nie, rase cm sonok je dgr

Norr said...

Salam -

Era, itu maknanya Andalusia kena fully-sponsored tuan punya blog for his next Umrah. tak pun jadi Duta 4 Andalusia Travel.
HDBabah mmg nak g lagi in the nearest time nie...better you cepat2 tanya Tuan Haji Ibrahim...heheheh.

era zainal said...

yela kak, ari tu Hj ibrahim xkenal rizalman, sembang beria ble sy tanye hj kenal x saper tue, die kate xtau, ble sya ckp baru la die tau

rizalman atelier said...

abis tu era..apa lagi? cepat tanya hj ibrahim tu..hehe.Elok benar la cadangan akak kita tu.

Norr said...

Salam -

Era - senang citer ko suruh jer Tuan Haji tu baca blog nie ( plus comment2 nya sekali)....

era zainal said...

rizalman
- huhuhu, nanti i usul kan cadangan akak kite tue, nanti ble la pergi ngan we all lg ekk, mintak discount kt hj ibrahim. last year i pergi bulan puasa, best sgt, u pernah rasa puasa di sana x, i sabar nak pergi sana lg, i'allah kalau ada rezeki.

kak warna
- boss sy bkn tau sgt kak pasal internet2 nie, huhuhu, manual jer, tp masyuk gak

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

sorry dude, tumpang ur comment box jap...

era : can u accept my YM invitation to chat? as i nd to ask u a favor regarding the next rombongan Andalusia to Mecca ;D thanx in advance

era zainal said...

verde... my YM misz_lavenda@yahoo.com

indahnya said...

assalamualaikom w.b.t

rizalman ibrahim-

hmm, i'm yr silent reader etc.
xbyk yg nak saya nulih since dis iz my 1st time menulih kat blog nih...

alhamdullillah selamat tiba...


rizalman, do u still remember wedding kat dewan felda; anak tan sri org perlis tu dimana adibah noor nyanyi utk pengantin? saiful baharim ada skali. nah,agong pun siap datang skali tu... pergh!! hehee

me- the guy who assist u to monitored all the 'ikea' candles headin' to aisle...
:)


frankly, many things i learnt from yr gr8 team- tq.



wassalam//andrea.riedza

kaydeenasa said...

salam,rizalman
kamu nampak sangat tenang je memakai jubah tu :)

tumpang tnye pasal faizol :)
faizol sihat ek..
faizol pon pegi umrah ek
alhamdulillah....


kirim salam pada faizul k
dah lost contact mase zmn uni kat perak

A.H.A.D said...

abg rizalman ni pndai wat lawak gak upenye heheh..

sya 1st time baca blog ni...suka pulak..

anak abg pun dh bsr..dulu kt mane ekk sy tgk mjlh ke tv..kecik lg..

btw, slm knl..saya gee :)

(bilala ble tempah baju ngn rizalman ni :P)

Unknown said...

Alamak terasa kwn!

Unknown said...

Saje je buat tak kenal. Takut nanti awak telebih pulak. Kan nak pegi umrah! Anyway saya dah jumpa siti Khatijah Yand dicari2. Berkat doa di Jabal Rahmah kot! Nanti bolelah designkan baju kahwin saya.

catyelia said...

salam singgah sj ja i n husband baca blog u best u tulis mcm2...nice.. keep it up k..semoga diberi jemputan istimewa dr Yg Maha Esa ke sana lg ..salam juga dr kami wat faizul..-sahabat umrah utara-(igt dak?)

FazMelati said...

Bestnya pic-pic ni...