Fabulous fc

Sunday, September 26, 2010

wawancara




Pereka jangan jadi lanun seni - Rizalman
pancaindera,mingguan malaysia-26 sept 2010


SIAPA yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Menjadi ikon dalam industri fesyen tanah air, anak kelahiran Pulau Pinang itu pasti diingati apabila memberikan kejutan melalui rekaannya terutama fesyen tradisional kontemporari.

Itulah kehebatan lelaki berusia 39 tahun ini yang mampu menjadi contoh kepada anak muda lain terutamanya yang berminat memilih karier pereka fesyen.

Apatah lagi dia berjaya membeli bangunan tiga tingkat di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekali gus membuktikan kejayaan seorang anak Melayu di kawasan segi tiga emas itu.

Namun dalam diam, Rizalman memendamkan perasaan apabila melihat senario industri fesyen tanah air yang semakin menjadi tidak sihat.

Dakwanya, kini terdapat segelintir pelapis pereka fesyen dalam industri yang menggunakan jalan salah untuk cepat popular di mata masyarakat.

“Apa yang digeruni apabila segelintir mereka mencedok idea pereka lain tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri.

“Akibatnya, industri tidak berkembang malah terdapat pereka fesyen lain pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak," katanya berterus-terang.

Bagi mendapatkan gambaran jelas apa yang terbuku di hati Rizalman, wartawan ARIF NIZAM dan jurugambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN berkunjung ke butik mewahnya dan berbual panjang baru-baru ini.


Sebagai pereka fesyen senior, apakah pandangan anda tentang perkembangan industri fesyen pada hari ini?


Industri fesyen di Malaysia sudah banyak berubah dalam masa 15 tahun ini apabila pantas berkembang. Permintaan terhadap rekaan fesyen terkini serta percambahan pereka baru menyemarakkan lagi senario fesyen tempatan. Bukan setakat itu, pendedahan terhadap barangan berjenama sekali gus memberi kesedaran terhadap mutu rekaan yang lebih tinggi. Kehadiran barangan serta jenama antarabangsa memberikan satu persaingan sengit serta sihat kepada masyarakat tempatan, pereka serta pengguna.


Tempoh 16 tahun berada dalam industri, adakah anda berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan?



Pengalaman hampir dua dekad ini memang telah membawa saya ke platform yang berbeza tahun demi tahun. Kecuaian yang sedikit pun mampu menjerumuskan saya ke arah tidak sihat. Namun saya sedaya upaya sentiasa memperingati diri sendiri akan tugas serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai anak jati Melayu untuk memartabatkan nilai serta seni budaya bangsa supaya dipandang tinggi. Sebagai contoh, rekaan tradisional itu telah diperbaiki dan diolah untuk kesesuaian peredaran zaman dan mencari jalan untuk menjana ekonomi masyarakat Melayu. Hasilnya, rekaan kita diterima masyarakat dan masyarakat pula dapat menikmati keindahan seni ini melalui seni pembuatan pakaian yang seratus peratusnya menggunakan hasil kerja tempatan. Dengan wujudnya fenomena ini, bidang rekaan fesyen telah diterima sebagai satu profesion dipandang tinggi serta bersifat komoditi.


Pandangan tentang pereka fesyen baru pada masa kini?


Ketika industri ini rancak berkembang namun terdapat juga pelapis pereka yang telah tersasar jauh dari landasan. Ilmu yang ditimba semasa pengajian serta kurangnya pengalaman dan rasa jati diri untuk memajukan diri telah menyebabkan ramai antara mereka cuma berada di dalam profesion dalam masa yang singkat. ‘in fashion,one day you are in, the next day you are out!’ jika kita tidak pandai membawa diri serta tidak menunjukkan identiti serta keaslian kita. Masyarakat akan cepat menghidu kelemahan seseorang pereka itu. Plagiat serta kurangnya mentelaah bahan rujukan akan menyebabkan rekaan kita kelihatan seperti mencedok dari pereka yang lain. Ini sudah semestinya membawa kepada kecenderungan hasil kerja seseorang pereka itu tidak akan diterima seterusnya membawa kepada kerugian dan jalan penghujung kepada kariernya. Mengambil jalan pintas untuk berjaya serta terlalu enak dibuai dunia glamor juga menyumbang kepada kehancuran. Intipati kepada kejayaan seseorang pereka itu apabila menghasilkan sesuatu rekaan yang boleh diterima masyarakat serta dapat pula menghasilkan pulangan yang lumayan.


Adakah mereka sudah bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya pereka fesyen seperti anda bersara tiba-tiba?


Inilah yang amat saya takuti. Pereka pelapis seakan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya mungkin mempunyai rancangan yang besar selepas ini dalam bidang lain. Mungkin saya juga ingin bersara lebih awal jika melihat perkembangannya begini rupa. Rekaan fesyen yang dihasilkan rata-rata tidak mencerminkan identiti bangsa apatah lagi disogokkan untuk para pembeli untuk diguna pakai. Tiada elemen ‘fashion forward’ diketengahkan. Idea masih di takuk lama sedangkan mereka sepatutnya hadir dengan idea-idea lebih bernas sebagaimana yang kita dapat lihat di Barat. Pereka juga kerap beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu berada di luar negara, ia sudah cukup membuktikan seseorang itu berjaya sedangkan di tanah air kita sendiri ‘it’s already a gold mine’ kalau kita bijak mengatur langkah. Bukankah itu sumbangan yang sepatutnya pada ada pada satu jiwa yang merdeka?


Pandangan anda apabila pereka fesyen baru ini tiada identiti sendiri dan masih mengambil jalan mudah meniru rekaan pereka fesyen senior?


Mengambil idea atau mencedok dari pereka yang lain tidak seratus peratusnya salah. Malah saya juga sentiasa meneliti hasil kerja orang lain untuk dijadikan panduan. Tapi apa yang digeruni apabila mencedoknya tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri. Kesannya saling tidak tumpah terhadap apa yang terjadi pada industri muzik kita. Industri tidak berkembang malah pereka fesyen pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak. Sepatutnya pereka lama dan baru bergabung tenaga untuk menghasilkan idea-idea jitu serta menarik bagi menyemarakkan selera fesyen tempatan dan bukannya menjadi lanun seni.


Khabarnya pernah merajuk dengan industri fesyen tanah air?


Saya tidak merajuk apatah lagi untuk berlagak pandai. Kesan dari senario yang terjadi sekarang seolah-olah mencerminkan anak didik bangsa yang hilang arah tuju. Saya jenis orang yang suka menegur jika terdapat apa-apa yang kurang saya senangi berlaku terhadap bangsa sendiri. Masakan tidak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi idola saya. Saya khuatir jika ini dibiarkan berlarutan, kita mungkin akan hilang identiti bangsa kita yang memang terkenal dengan kesungguhan serta kesenian untuk berjaya. Kita mungkin akan ditindas serta pertumbuhan ekonomi pada masyarakat Melayu akan terjejas. Saya berpendapat media masa juga harus memainkan peranan dalam menulis secara lebih terbuka dan tulus bagi menyedari kelompok ini bahawa ada sesetengah hasil rekaan itu mempunyai cacat cela. Dan pereka baru juga sudah tiba masanya untuk menerima kritikan dengan lebih terbuka bagi memperbaiki hasil kerja mereka. Masyarakat kini sudah pandai menilai dan bukan lagi rela untuk disogok dengan rekaan yang berbaur sampah.


Harapan dan nasihat kepada pereka fesyen baru?


Walau bagaimana hebatnya teknologi di zaman ini untuk meraih kejayaan, saya masih lagi percaya kepada pengalaman yang ditimba. Bukannya hari ini kita keluar dari institusi, esok kita sudah bergelar pereka. Sebarang kejayaan harus di daki dan segala pengetahuan harus dicari kerana cita-cita harus datang bersama kepayahan dan kesabaran. Mungkin kita sudah cukup senang dengan pujian dari rakan sekeliling tentang kehebatan kita tapi kayu pengukur sesuatu kejayaan itu masih lagi pada diri kita sendiri. Tepuk dada dan tanya sama ada kita sudah cukup berbakti pada ibu bapa yang menghantar kita menimba ilmu atau pun pada negara yang meminjamkan segala kemudahan kepada kita. Juga tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita sudah bersedia untuk bergelar seorang pereka?



p/s: namun saya juga tidak pernah menyangkal ada sebilangan pereka yang mempunyai karisma tinggi dan berpotensi besar.

Saturday, September 18, 2010

rajin pulak aku update blog??

andakah anda selalu bersyukur?. Kita kena selalu bersyukur. Setiap orang yang Tuhan lahirkan di dunia ini mesti ada kepentingannya..(but in that indian lawyer case tu, i surrender..). Dulu masa muda2 dulu, saya selalu hairan? kenapa saya amat berlainan dari adik beradik yang lain? Anak pungut ke aku?. Kenapa aku suka mengemas rumah, membelek baju ibu,menolong beliau menjahit..sedangkan budak sebaya yang lain pergi bermain bola dan memanjat pokok?. Sampaikan saya naik segan nak mengaku saya anak Pak Brahim. Hinggakan selepas SPM pun mengambil jurusan di dalam seni ni pun tak sehebat jurutera dan doktor. Tapi tiada orang yang lebih mempercayai akan adanya hikmah serta nikmat Tuhan menanti.....iaitu kedua arwah orang tua saya. Saya menulis ni pun disebabkan kesan komen2 yang diberikan didalam blog. After reading them, saya merasa lebih bersyukur bahawasanya Tuhan memilih individu tertentu untuk diberikan kurniaan dalam berbagai cara..Walaupun dalam banyak detik kita tak menyedari atau dapat menggagak bahawa pada diri kita ini ada banyak kelebihan dari kelemahan.

am here for a reason. Reason being..am here to educate Malaysians to be more tasteful. Belajar cara2 mencantikkan lagi budaya kita,baik dari segi pakaian, kehidupan dan banyak lagi aspek yang lain (ramai juga yang mencemuh,mengatakan saya membangga diri dan berlagak pandai). Rasanya sudah tiba masanya rakyat Malaysia untuk lebih celik ilmu tentang seni dan keindahan serta elemen2nya. Biar kita dipandang cantik dari segala segi. Bagaimana saya mendapat ilmu yang sedemikian, saya pun tak tahu..its in my DNA. Sebab dari kecik lagi saya sudah tahu menilai kecantikkan. Ibu dari dulu lagi mengajar cara melihat kesempurnaan. Malah kakak2 saya akan disindir jika kuih karipap dikelim tidak kemas.."hang ni kelim karipap dengan kaki ka, lagu ni punya kasaq?".

Ayah saya seorang jurugambar pada era 60an.. beliau salah seorang jurugambar melayu yang terawal ketika itu yang sudah mempelopori bidang ini (beliau juga sempat mengajar saya cara mengambil gambar yang cantik). Mungkin gabungan kesempurnaan ibu serta komposisi seni dari ayah, menjadikan saya seorang insan yang ditakdirkan untuk membawa nafas baru dalam kehidupan kita semua. Saya teruja untuk menulis begini apabila salah seorang blogger memberi komen, "rizalman, keep up the good works and keep on giving your readers inspirations..!". Am speechless.

remember, i wanted to show you the other house yang i dekokan dalam masa 2 minggu?
here it is...


this is before..(the living room, 2 weeks before raya)


tingg!!! kaching!!(bunyi cash register skali)

sila klik digambar untuk besarkan yer..

nampak tak? penggunaan warna serta reka letak yang berlainan dapat memberikan impak yang lebih mantap..

sibuk je Umar ni!







mirror fire place - from RIZALMAN's furniture line

mirror partition screens- from my own furniture lines too

dining area- before



Tingg!!!







mirror side buffet tables - RIZALMAN

plates display cabinet- RIZALMAN
(jangan tak tahu..saya sudah mengeluarkan rangkaian perabut sendiri tau).
amacam? seronok tak sambut raya kalau rumah anda macam ni?


p/s: kalau saya tak bersyukur lagi dengan nikmat yang Allah berikan ini tak taulah..jangan pulak satu hari nanti Dia tarik balik keistimewaan ini..(bak kata seorang 'teman baik' kepada saya).

Thursday, September 16, 2010

DEKO!DEKO!DEKO! kembali lagi..

selamat hari raya kepada semua blogger!! pertama sekali maaf lah beribu2 maaf sebab blog ni hilang di alam maya buat seketika kerana tugas2 yang datang bertimpa2 dalam satu masa..(lagipun nak tulis blog dalam bulan puasa ni ibarat disuruh bekerja di kantin makan pada masa berpuasa..letih dan menggoda!). Apatah lagi nak upload gambar2 yang berkoyan2 ni..lagi letihh!.

walaubagaimanapun... setelah penat beraya,penat jahit baju raya yang bertimbun,penat buat projek interior,penat drive balik kampung dalam keadaan jam yang teruk..malam ni sambil makan kuih2 raya yang sedap(saja simpan yang sedap2 untuk sendiri makan) maka, digagahi juga lah nak update blog ni. Now,sebelum raya hari tu, enam bulan sebelumnya..saya telah ditugaskan untuk mengubahsuai total uplifting pada sebuah rumah baru untuk pelanggan yang inginkan rumahnya menerima sentuhan saya dan siap sebelum raya lepas.

part yang paling tricky sekali bila bulan terakhir untuk penyiapan rumah ini iaitu bila tiba bulan ramadhan. Rumah ini siap pada malam 27 ramadhan, dan almaklumlah apabila pergi ke site di waktu kita berpuasa ni..dugaan! bila masuk tengok rumah dan para kontraktor makan nasi bungkus dalam polisterin dan gantung teh ais bungkus masing2..rasa macam nak juihkan lidah tadah air yang menitis dari plastik bungkus tu!!

tapi alhamdulillah..semua akhirnya siap..tuan rumah ni bagi sepenuh kepercayaan untuk mengubahsuaikan rumahnya. Dia cuma masuk bawak beg baju je..perabut serta kelengkapan lain sudah siap tersedia. Beruntung!.

jemputlah masuk....



ruang tamu


tinggg!!







foyer

tingg!!



ruang makan



tingg!!





ruang dapur kering


tingg!!




walk-in wardrobe-bilik utama


tingg!!


bilik air -bilik utama


tingg!!



bilik utama



tingg!!





bilik tidur anak perempuan sulung


tingg!!


bilik anak perempuan bongsu


tingg!!



laman


tingg!!


ruang tangga


tingg!!


ruang famili



tingg!!


facade rumah


tingg!!


nantikan rumah kedua yang akan saya uploadkan setelah diubahsuai dalam masa dua minggu sahaja sebelum aidilfitri!


p/s: agak2 eric leong tumbuh rambut tak lepas ni?