Fabulous fc

Sunday, March 29, 2009

VrOOmMM!!

perut tu sapa nak jawab?? bukan setakat pungkoq dia saja tonggek, perut tu pun dah ke melenting ke depan! tapi ada hati nak naik kereta F1 jugak...(sure perut tu tersangkut kat stering punye)

yang padahnye babah dia...kena hempap dengan 30 kilo! nak naik jugak,tapi kaki tak sampai, so dia main game kat dalam kereta tu, minyak dan brake,babah yang tekan.
p/s LV tetap pose ye kat tepi kereta tu..

konon2 pemenang la tu..walaupun tiada pengalah sebenarnye..

Wednesday, March 25, 2009

rindu saya?

sekali sekala si debab ni datang lagi!. Gambar ni i ambil dari majalah TATLER, Umar jadi talent untuk kids cooking class di Mandarin Oriental KL. Masa ni dia umur 4 tahun..(siap dapat chef shirt top dengan chef punye topi yang siap ada initial nama dia sekali, cool kan! Fara Fauzana yang cakap dekat i gambar Umar ni keluar kat magazine ni, after three years this is the first time i dapat tengok gambar si  debab ni..

kalau nak sihat,kayuh basikal

kalau rasa2 segway tu tak menyihatkan, sebab tak membakar kalori..apa kata beli basikal GUCCI ni sebagai ganti. Rasanya taklah semahal segway Chanel..hari tu masa kitaorang(ngan Faizul) tengok basikal ni kat Paris, harganya dalam rm48,000 macam tu..ok what, dapat beg Gucci sekali.. siar2 kat taman best kan? kring2!  Alamatnye,tak boleh la parking sebarangan,silap2 kena angkut dek pencuri!  (dua kali pandang macam basikal posmen pun ada..)

Tuesday, March 24, 2009

Jom berSegway!

alangkah bestnyer kalau dapat beli CHANEL segway ni dan bawak pegi pasar tani..memang vogue,bukan beli satu, tapi dua..untuk Umar jugak. Bayangkan tengah sesak2 orang ramai kat pasar tu, kitaorang berdua naik benda ni(naik Chanel, tapi beli ulam segala..ok pe!) Janganlah berangan...! harga satu benda ni rm 270,ooo!!( baik beli beg..)

p/s : faizul cakap diapun nak benda ni, tapi kaler putih..buat pergi jalan masjid india, beli kain.

Sunday, March 22, 2009

mari berGRAFITTI

akhirnye, setelah lama menanti my best friend balik dari Berlin untuk mendapatkan LV yang i pesan dari dia,telahpun berada ditangan! Peritnye menunggu,ibarat bulan tidak jatuh ke riba.. so lepas menghadiri majlis harijadi anaknye(also my god daughter)..LV and i,bertemu..

 agak lambat untuk i bergrafitti,sebabnyer mula2 tengok collection ni macam tak berminat sangat sebab terlampau menjerit rekaannyer. Tapi bila dah lama2 memerhati, cantik pulak! tapi tidaklah pula pada semua beg,kerana silap2 beli saiz besar,nampak macam im carrying the whole Berlin wall!. So just grab the smallest in the collection,which is the coin purse.

lining beg ni memang cantik! mcm full of suprises when you unzipped it.. just a nice purse for me to go buy groceries kat Giant or Jusco.

but of course., its LOUIS VUITTON!

old school look

dah lama i idamkan pengantin yang nak pakai baju2 tradisional untuk majlis persandingan. Semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah sepanjang i jadi designer, i berpeluang buat baju yang bercitarasa klasik macam ni, Best! i love her looks! 

p/s tapi cucuk sanggul dia tu tajam,tercucuk kepala i masa tangkap gambar ni.

kamasutra



i've ordered a kamasutra cupcakes for my best-est married girlfriend! haha..!! interesting toppings kan?!

Saturday, March 21, 2009

kerja tunang

...,.;'/.,;''.'....

..;//';;.-faizul tgh wat hantaran

./';[]/.''

kepenatan setelah wat hantaran..(maaf diatas tiada kata2 terucap pada setiap gambar,kerna terlalu penat,ditambah lagi untuk menjauhi Umar dari mengacau kami).

Friday, March 20, 2009

dah jadi tunang orang

khabar terbaru dari paris, Marc Jacobs ngan temannyer Lorenzo telah mengikat tali pertunangan. Nak kahwinnyer tak tau bila?? Boleh macam tu kan? Ingatkan Elton John jer,rupanyer designer kepada Louis Vuitton ni pun feeling gak...berkenalan baru setahun..dah nak bertunang! Ni kalau raja Azmi ngan Erma Fatima tengok mesti suka ni.. nak buat drama la tu!! mesti beg hantaran dari Marc untuk Lorenzo,beg LV kan!! haha..
bagaimanapun, post ni sekadar gurauan..sila jangan meniru aksi ini maupun teruja melihatnya.. ini Barat..kita kat Malaysia ye..

hari2 yang memenatkan

hujung minggu ni banyak sangat benda2 yang nak dibuat, function yang nak kena attend, wedding yang nak kena pergi..fuhh..memenatkan! semalam bertempat di Carcosa ada pelancaran buku songket oleh DYMM Tuanku Permaisuri Agong..kesemua pereka yang terlibat dalam pembikinan buku tersebut telah dipanggil untuk membawa pakaian yang telah direka ke situ untuk dipamerkan. Penat2 pun sempat posing kat tepi my mannequin.. pereka lain punya baju i tak ambil gambar.. takut tak boleh tidur malam.

habis je majlis tersebut,bergegas pulak ke rumah pengantin...nasib baik ada Alex Eu,make up artis yang ditugaskan mekap my client ni, boleh jugak borak2 ngan dia. Banyak betul orang kat sini, maklumlah anak VIP(cantik sungguh pelamin ngan hantaran dia,tradisional giler! semua main tekad dari Perak).. Selamat pengantin Baru Sha! balik dari rumah dia dah pukul 12 malam, besok kena bangun pagi pulak untuk jadi ahli panel kat Perbadanan Kraftangan punya simposium..,pastu malam karang dah nak buat my 1st nephew punya hantaran..,pagi esok pergi rombongan meminang, malamnye pulak nak kena pegi Shangri La,untuk reception my client ni..(tak ke mengalahkan jadual ketat Kimora Lee tu namanyer!).Besoknye,ada pulak birthday party my god daughter..Ya Allah berikanlah ku kekuatan untuk menempuh ini semua..

Tuesday, March 17, 2009

TRIVIA- siapa,APa,BiLa,MENgaPa

kalau nak tahu apa makhluk ni..tunggu sehingga kami reveal kan post ni in the near future..sementara tu LAYANNN..!!



bosan..cuti sekolah

Monday, March 16, 2009

surat peminat


sedang leka melayan tetamu tiba2 loceng butik berbunyi,tercegat seorang posmen atau penghantar surat menghulurkan dokumen yang dihantar melalui pos laju,,..kebiasaannya kalau pos laju tentulah sesuatu yang penting dan perlu dibaca segera!(seperti cek customer,order dari customer,etc)saya terus memberikan sampul itu kepada bos saya,rizalman....

SURAT PEMINAT!!ini bukan pertama kali rizalman menerima surat daripada peminatnya tetapi hampir berpuluh2 pucuk diterimanya dan yang terbaru(surat ni lain daripada yang lain) adalah daripada peminatnya yang berasal dari kelantan darul naim!terima kasih adik idayu yang bersusah payah menghantar surat,sungguh besar cita2nya sehingga sanggup melakar rekaannya untuk ditunjukkan kepada rizalman( yang saya kira lakarannya sebagai seorang kanak2 yang baru mula mahu bertatih)tetapi dengan minat dan kesungguhan daripada adik, insyaallah impian adik untuk menjadi pereka fesyen terkenal seperti rizalman akan tercapai suatu hari nanti!!kalau dulu ibu bapa mengharapkan anak2 mereka menjadi seorang doktor,peguam,guru tetapi kini kerjaya pereka fesyen telah dibuktikan oleh beberapa pereka fesyen terkenal malaysia seperti dato' bernard chandran,Dato'tom abang saufi dan dato' rizalman...ehh?tersalah taip ke aku ni?!!hehe belum lg kot..dan En rizalman sendiri yang mana pereka fesyen juga mempunyai pengikut dan aura nya tersendiri dan mampu menggegarkan arena perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa!!insyaallah....


sanggup mengeluarkan duit lebih semata-mata untuk menunjukkan hasil lakaran kepada rizalman-gud job dik!!
berbunga lagi sampul suratnya-

antara rekaan yang di hantar adalah gaun malam dan baju pengantin-

siap pandangan sisi lagi lakarannya

Sunday, March 15, 2009

Wartawan bLOG,anniVERsary,FARA fauzana,ABP09


rasanya sebulan saya tak menulis kat blog ni sebab busy dengan customer,biasalah banyak benda nak kena buat kebelakangan ni lagipun rizalman sendiri dah pandai tentang selok belok komputer ni,kalau dulu nak buka email pun tak pandai,kalau password tu sampai 3 orang disuruh untuk mengingatkannya,hehe :) tapi sekarang lebih teror dari saya,.so saya serahkan segala urusan untuk mengendalikan blog ni kat rizalman and dah nama pun BLOG RIZALMAN!hehe(sekarang saya hanya dibelakang tabir sebagai penerbit blog merangkap wartawan blog-mencari bahan2 sensasi untuk dipostingkan!)

..kalau x silap saya dah setahun lebih blog ni wujud dan  sambutan amat menggalakkan lebih2 lagi kalau posting tentang UMAR!(umar,uncle kena buatkan satu blog untuk u lah:)..memang ramai yang akan komen,tanx so much kepada semua fabulousity fc yang sentiasa mengikuti perkembangan rizalman ibrahim!

lupakan seketika tentang cerita blog,FARA FAUZANA,kisahnya..kalau u ols nak tau fara fauzana adalah peminat no1 umar nail!??eh terbalik ke statement aku nih??!! eh betullah hehe...begitu jugak ngan umar,dia adalah peminat fanatik fara fauzana,mereka ni kalau korang nak tau selalu bergayut malam2 kat hp..ada pape ker??hehee..baru2 ni fara telah datang ke rizalman sposa bersama kak mar(tq kak mar emailkan pic ) untuk sessi fiting baju yang akan dipakai di kota london untuk tujuan promosi penerbangan tambang murah AIR ASIA..baju itu akan dipakai ketika menghadiri majlis makan malam bersama putera edward,kerabat diraja england..
untuk pengetahuan korang sekali lagi fara fauzana akan menyarungkan busana untuk malam kemuncak ABP 09 yang akan berlangsung awal april nanti!tunggu dan lihat.....-faizul

Saturday, March 14, 2009

behind the scene

enough with my domestic stories kot(Umar!,jangan rampas populariti babah k) this time around i nak share with you guys about the team yang selama ni menjadi my strongest back bone. Behind every great designers,mesti ada team yang menjadi pendokongnye.., even Karl Lagerfeld has pun ada several designers,head cutter,sewers,beaders(of course from Lesage) yang team up dengan dia to produce great coutures..here's a bit of what normally happens inside my atelier..

this section ada kasut2 for models to fit my bajus..some other stuff shares this section such as zippers,thread,padding etc..(semak sikit,tapi memang kena macam ni baru nampak macam atelier)

herbs and spices of the garment. all sort all beads,semi precious stones,sequins..very useful to enhance the baju.(malaysians suka sangat beadwork!)

my dedicated six sewers..some of them da kerja dgn i for many2 years..my cutter tu lah yang paling lama,15 years!(tapi gambar dia tak boleh tunjuk,sebab dia ni pemalu,nak amik gambar dia memang susah! muka dia ada macam Sonia Rykiel sikit..haha!)

saloma,my sewer tengah fit kan baju untuk check kekemasan. At this point selalu i akan dipanggil untuk memastikan semua jahitan dan proses dijahit betul..kena buat betul2, baju2 ni semuanya mahal2..so kenapastikan workmanshipnye kemas dan cantik! baru customer puashati..

ironing area,one of my favorite area..i suka lihat baju yang kemas di seterika. (note the apron,siap ada jenama i lagi)

the cuting area,ni crucial stage ni..sometimes i kena explain my sketches to the cutter banyak kali sampai dia faham betul2 design tu.. doing fashion show baju is easy sebab you deal with perfect body statistic,but for real people, susah.. so kena hati2 pasal calculation(i called it fashion engineering)..nampak tak siku my cutter kat belakang dummy tu? (dia ni macam Charlie kat dalam Charlie's Angel tu la..muka tak nak tunjuk).

bagi sesape yang merindui penulis blog yang dah lama tak muncul, ni ha dia! buat featuring kat dalam gambar ni..(tengah menunjuk cara2 nak buat beadwork kat tudung Dato' Seri Shahrizat Jalil), Faizul juga merupakan senior designer kat Rizalman(he's the only one Nescafe's kick start contestant yang berjaya memenuhi impian dia untuk bekerja dengan Rizalman), harap2 dia pun macam my cutter la, kontrak sampai mati.. :p!
p/s sebenarnya, dia paksa i amik gambar ni..

ni pulak my office kat level workshop(i have two offices,satu lagi kat bahagian admin),this area untuk i buat sketches2 before masuk ke production. so its easy for me to communicate dengan production and also to supervise the flow.
for those yang suka sangat this industry,macam ni lah kitaorang kerja..penat,tapi best sebab tak tension..buat benda yang kitaorang enjoy every second of it..
this is very exclusive, not many designer willing to open their door untuk benarkan orang lain melihat keadaan production area(walaupun hari tu,tanpa disangka2..Y.A.M Tengku Puan Pahang telah mencemar Duli, melawat kawasan ini untuk melihat sendiri bagaimana baju beliau dibuat).

p/s a good brand must have their own atelier,bukan hantar tailor lain buat..(just for your info)

Friday, March 13, 2009

cookies anyone?

seperti selalu,bila nak hujung minggu je mesti rasa jemu nak habiskan weekend dengan aktiviti2(seriously! i rather work than stay at home and doing nothing). Apatah lagi si kecik ni pulak cuti sekolah seminggu,so kena create activities for him. lepas kerja i terus pergi Merchato kat pavillion to buy some groceries..pastu ternampak Betty Crocker punya instant cookies..(ni bagus ni kalau ajak Umar buat sekali).

lepas maghrib,kitaorang terus bancuh adunan ni..senang je,cuma masukkan mentega ngan telur sebijik,kacau rata dan spooned kan dia..

tingg!! buka oven,dalam 8 minutes,benda tu pun masak!

i bought vanilla frosting and asked Umar to decorate it with coloured choc rice(part ni memang dia suka sangat),menyibuk is his second name!!

another forte of him, makan...!

cookies anyone?

Tuesday, March 10, 2009

black magic

saya saja jer nak share this image which i curi from other blogger from German. Kelakar jugak benda ni, a vodoo doll untuk mereka2 yang berpisah ngan boyfriend! kalau ada jual kat sini sure laku bagi mereka yang berendam airmata dan makan hati selama ini..(note the areas to be pinned ngan kata2 yang kelakar),  i wonder if this thing comes with a matching pins?.. kalau saya dapat, sure buat jadi bantal tempat cucuk peniti..

Monday, March 9, 2009

mimpi impian

sempena Maulidur Rasul ni,marilah kita banyak2 bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..moga ALLAH berselawat kembali ke atas kita. Bukan saja nak buat post kali ni berbau islamik,tapi kerana dua hari lepas baru je bermimpi satu mimpi yang telah lama diimpikan..berada didalam Masjidil Haram, Mekah. Dah lama tak pergi ke sana,kali terakhir tatkala menunaikan haji pada tahun 2005,pastu pergi umrah bersama Umar pada tahun yang sama juga.. Semejak hari tu kerap kali tertangguh untuk kesana lagi. selalu jugak bermimpi ke sana,tapi selalu bukannya di dalam kawasan Masjidil Haram..(kakak saya cakap kalau bukan didalam kawasan Masjid,alamatnye kita belum terpanggil untuk kesana). Tapi kali ni mimpi itu betul2 merasakan saya bersembahyang berhadapan Kaabah,rasa mcm real sangat..suasana dia macam betul2 menenangkan. Best mimpi macam ni. Kalau betul tafsiran ini,dan bukannya mainan syaitan akibat tak basuh kaki dan tak baca ayat Kursi sebelum tidur..saya tengah mengintip sekiranya ada peluang untuk kesana hadir dalam masa terdekat ini. InsyaALLAH.
p/s (sorilah gambar kat bawah ni,pak aji punya lutut ternampak! sebab duduk..)

Sunday, March 8, 2009

bihun free!

setiap kali cuti memang pening kepala! bukannya apa,dah mati akal nak bawak si Umar ni jalan2..so i decided to bring him to KLCC petrosains. Ramainya bebudak kat situ,seronok tengok pun ada,bising dan rimas pun ada. Agaknya kalau ramai anak macam ni lah keadaannya! anyway we had a great time together,especially him..the next malaysia's astronaut!

kadang2 when you are a celebrity designer,you cant run away from being spotted by the public..sebelum pegi ke petrosains,i brought Umar ke park dulu. there was this makcik and anak2nye yang macam tersipu2 senyum  dekat kitaorang(normally in this case,they probably recognize us) tapi macam malu nak tegur atau nak tanya to confirm. At last bila dah tak tahan,the makcik tanya juga 'excuse me,makcik nak clear the doubt,u seem look very familiar..do we know u, are u rizalman? (selalunya ayat tulah yang public guna kalau nak tegur i..macam kat supermarket pun macam tu lah juga,mana2lah..). I jawab, 'ye makcik,sayalah tu..'. Selang dua minit,makcik tu datang kat saya dengan anaknya sambil bawak bihun goreng' 'Makanlah,we brought plenty..(memang banyak makcik tu masak,macam untuk satu park tu..)' . Malunyer saya! nak makan sorang2..hehe. Umar sibuk main la pulak ,tak nak makan. Kalu tidak boleh jugak buat alasan,bihun tu habis dan nak tambah sebab Umar meraung nak lagi . Moral of the story- orang malaysia ni memang baik2 and am proud to be one!! Tq makcik and bihun tu sedap,nak makan banyak sebenarnye tapi malu,selebriti la pulak...!!

Saturday, March 7, 2009

a very scented day

hari ni lepas hantar Umar pergi tuition,saya terus ke klcc untuk basuh kereta..dah lama tak polish kereta kat situ. Sambil tunggu kereta siap,jalan2 la kat klcc tanpa tujuan..tiba2 teringat kat scented candle yang dah abis yang selalu saya guna for the room..so apa lagi jengah sekejap kat Gucci untuk beli yang baru! 

i've tried the black color,now am trying the red one..sedap jugak baunya yang ini.. i like anything in red!

tapi takkan bilik je dapat scent baru, i need one too!! not one but two!
new scents needed so much to boost up my mood..so i got myself dunhill desire and ferragamo..lovely.. totally!

Friday, March 6, 2009

miss langkawi la..

bulan ni memang busy sangat...kerja bertimbun! kalau dapat cuti 2 hari pegi pulau2 kan best!
that makes me missing Langkawi..went there last year and stayed at Langkawi Lagoon. memang tenang kalau dapat escape sekejap especially when your balcony view painted in this way..
(picture taken at langkawi lagoon resort/ni gambar betul tau,bukannya gambar kalendar)