Fabulous fc

Thursday, November 26, 2009

SYOKNYA!!

dah lama tak menatap bendera negeri Pulau Pinang. Kalau dulu setiap hari isnin semasa perhimpunan sekolah di Penang Free School,selalu la jugak tengok bendera ni naik perlahan2 panjat tiang..(alamak! lagu negeri pun saya dah lupa melodinye!). Supaya tak jadi seorang anak jati Penang yang murtad.. serta sempena percutian seluruh syarikat RIZALMAN pada tahun ini..negeri ini menjadi pilihan! (kena tukaq loghat ni)....

bertarikhkan 21hb lalu,sempena jugak hari cuti sekolah yang pertama(ni sebab nak bawak si kecik tu la) maka seluruh warga kerja RIZALMAN pi Penang...naik bas hangpa tau! Sewa bas besaq,sebab 28 orang semua. Kalau ambik bas kecik2 takut tak celuih..

"ha! mai naik,mai naik!' kami semua pakat2 naik macam orang nak pi menyambut

bas dia cukup selesa..lega.. kaki pun boleh belunjuq! 
cuma drebar ja Hindu..(orang penang panggil kaum India, Hindu). Yang dok senget tu bukan drebar!(walaupun kaler dia nampak macam Hindu).

singgah sat kat R&R Tapah... makan (siap bawak bekai bihun)

penerangan daripada ketua rombongan..

dia la ketua rombongan, dia la jugak co drebar..

bila sampai ja Penang kami pun lapaq balik..apa lagi pi Hameediyah la sebelum check in hotel.. jenuh jugak la nak tunggu tempat kosong.. pekena nasi baryani ayam!

esoknya, pagi2 lagi kami pi tepi pantai kat Hotel Hydro (tempat kami tinggai).. best jugak hotel tu,pantai dia pun bersih!. Siap buat tshirt 'rizalman ' lagi..

"umar.. umar jangan nakai2 tau, kalau umar tak dengaq kata, nanti babah tauk hang dalam leut!"

ala.. nak ambik ati la tu!

habih pakat2 angkut beg Tesco!

Oi! pusat nampak!!

kami buat game tepi pantai.. acaranya- balut bos!

paling penat sekali main toi!
(orang kl panggil main galah panjang kot)

masa ni la depa nak pekena bos na... main kambuih dengan pasiaq! siap bubuh pisang lagi tang tu!! Lucahh!!

dah penat main game2 dan berkelah tepi pantai, malamnya makan kat hotel ja. Tak larat dah nak berjalan2..

hari kedua, kami pi Pesta Pulau Pinang..main kereta beghetuh dengan naik ndoi pusing.. best! rasa macam budak2 balik.. lamanya tak mai pesta ni.. rasa2 ada 25 taun kot..

punya la banyak orang kenai cek..sat ada yang pangge Deko3!, sat ada yang pangge Tangkap Muat! tak larat nak senyum ngan salam2 kat depa semua...nasib baik malam tu hujan, bole la tutup muka dengan payung..

lepaih balik pesta tu, ada satu staf ni yang teghingin nak menyanyi dalam bas.. Lagu dia lagu M.Daud Kilau..'cek mek molek'... patut lah...hang pun berkilau meghelit jugak!

hari ketiga ada persembahan khas dari staf2 semua.. ni semua tengah dok tunggu show la ni..

kami buat macam rancangan sehati berdansa...tarian2 depa ni semua akan dikomen oleh saya selaku juri.. dan Faizul pulak selaku pengacaranya..konon2 Fahrin dan Scha la ni..(tapi satgi cek tunjuk Scha nya na..)

tarian bunyi gitar ala2 60 an dari kumpulan pertama

kumpulan kedua..tema depa 70 an..

ending dia nak macam Noraniza Idris dalam juara lagu kan?

lepaih habih tengok show..kami buat pulak game kotak beracun!  ni la Scha!. Scha ke Syanie ni?

masa ni deni kena kotak beracun untuk urut badan bos!

pelan lama pelan kecik la bulatan dia.. ni semua depa yang tak kena naya lagi..

pi kat Chowrasta pulak pekena cucuq udang dengan ayaq sarbat

tengokla mamak mee ni..punya la tua. mula2 ingat nak oder mee dia, tapi dia nyeh hinguih dia tepi belanga mee tu! Teruih tak jadi oder..

gerai dia tepi merket chowrasta..dari dulu sampai la hari ni, dok ada lagi..

lepaih tu pi pulak kat jalan Gurney..pekena nasik kandaq pulak..

dah kenyang..pi taman bunga Waterfall, kat sini banyak kera.. tapi kat dalam tramp ni ni pun ada lebih kurang adik beradik kera jugak la kiranya..

macam tak percaya ja bos 'Rizalman' perangai macam ni!

posing sakan!

time untuk balik kolumpo esoknya.. tangkap gambaq ramai2 kat hotel..
Untuk semua staf2, mintak2 hangpa semua enjoy!!



besok, raya haji... cek tengah dok masak ni..masak rendang! Ada tak sapa2 yang masak resipi cek untuk raya haji ni?

dan untuk raya haji ni, cek ada beli beg baru.. beg Raya!

selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA

Friday, November 20, 2009

ke mana saya selama ini (serius! entry ni lagi panjang)

nak tahu kemana saya menghilang selama hampir 3 minggu ini? Apa lagi kalau bukan penyebabnye kesibukkan yang amat terlampau.. ke sana ke mari, saling tak tumpah macam lipas kudung..lipas kudung yang di spray dengan Shelltox pun tak ligat tertungging terbalik macam saya sejak kebelakangan ni.. dalam sibuk2 tu memang teringatkan blog yang dah lama tak ter update..(matilah aku,semua pembaca blog setia akan menyumpah akan bila masa kah entry terbaru akan muncul??). Namun bagi tidak mengecilkan hati anda semua, sekali lagi entry yang penuh dengan kegiatan saya yang amat sibuk giler ni di kumpulkan bagi menebus segala kerinduan serta kedahagaan anda! 
Dimulakan dengan persiapan perkahwinan seorang pelanggan yang berbisan dengan keluarga YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib.. saya ditugaskan untuk menyiapkan 15 dulang hantaran serta membuat pakaian persandingan mempelai..

tema bagi hantaran pertunangan- autumm, 

hantaran bagi upacara pernikahan

ketika di rumah pengantin perempuan.. sebelah perempuannya(yang berwarna gold) di reka oleh Pak Abu..

bersama jurudandan pengantin perempuan- Khir Khalid 

pakaian pengantin perempuan ketika majlis resepsi.. kain songket tu dah ditempah oleh ibu pengantin perempuan semenjak 20 tahun yang lalu..ketika pengantin masih kecil lagi.

perarakan masuk pengantin ke dewan..

dari menjahit baju kita ke hiasan dalaman pulak.. bilik kepunyaan Tan Sri Mustapha Kamal di menara beliau ini harus ditata gaya oleh saya..jadi saya pergi untuk melihat tempat ini sebelum memulakan kerja.. mission?- menjadikan ruang ini sebagai ruang makan untuk melayan tetamu beliau.
 
lepas tu pergi pulak ke rumah beliau di mana menempatkan pejabat(untuk di make over kan) di salah satu 'wings' di rumah nya..( guys! you never want to know how big his house is!) clue- airport!

dari deko patah balik pulak ke dunia fashion.. saya meluangkan masa menghadiri Gala Mifa fashion week bertempat di Pavilion KL. Bertemu dengan salah sorang pembaca setia.. (luv your Lady Gaga looks!).. tapi yang tak laratnye show tu punyelah panjang sampai lenguh duduk kat kerusi.. sinopsis kepada fashion show malam tu- 2012! We were warned! its the extinction of designers!!
perasaan saya malam tu kira macam poster ni la jugak.. go figure!


kerja gila tak saya ni? habis fashion.. galas pulak balik tanggungjawab untuk berdeko2! Kali ni saya menuju pulak ke Parit Jayus & Semerah, Batu Pahat..untuk pergi mengukur serta melihat rumah2 pemenang Celcom deko3!

Sambil2 berdeko3! tu kitaorang sempat singgah di rumah kawan saya untuk bermalam.. Apa lagi Umar yang jarang jumpa suasana kampung terus melompat mengejar angsa dan ayam dan itik!! Jakun sungguh budak ni.. (termasuklah budak besar sorang tu)

rumah pemenang di Parit Jayus.. dalam kebun kelapa sawit tuu....

tengah poning macamana la nak buat rumah dia ni..

ingat ke aku nak datang ke sini lagi ni??

dah habis ukur rumah tadi..balik berehat pulak di rumah Pn Bibi... ingatkan nak berehat, dikerahnye suruh buat laksa penang kat dia.. masak pulak..!

tuan2 dan puan2.. inilah rumah pemenang utama peraduan ini yang berharga 50,ooo! Gulp!.. 
agak2 klw budget macam tu..bole buat rumah baru untuk dorang..

bila sampai je, saya terus terduduk kat tangga tu...risau memikirkan macamana nak ubah rumah ni! challenging giler ni! takpe hisap rokok dulu... pfuh! pfuh!

keadaan dalam rumah.. best jugaklahh.. da lama tak merasa rumah kampung macam ni

teringat kat rumah arwah nenek dulu

tapi yang bestnye, kat kepala simpang rumah tu ada jual  goreng pisang sedap sangat!! pisang benyek2,tapi sedap.. melantak saya sampai tak ingat dunia.. tapi,

tiba2.. kat tepi warung tu ada siap tampal servis lain lak.... ngeri!

perjalanan pulang tu jangan cakapla penatnye..macam2 hutan kami jumpa..dari kebun kelapa sawit sampai la ke kebun nenas.. bercakap pasal kebun dan hutan ni.. saya bergegas pulak pagi tu ke Tesco Ampang untuk majlis pelancaran Green Bag, designed by me!

bangga la jugak dapat contribute something.. so korang cepat2 beli beg ni. Sebab setiap pembelian, 50 sen akan didermakan oleh saya kepada Malaysia Nature Society..
Hurry!! Its limited

lepas launch tu ada pulak sesi bertemu peminat! dekat lima puluh beg la jugak di tandatangan.. lenguh tangan!!

satu beg harga rm4.99 jer! sekarang sebanyak 50 ribu orang dapat memiliki 'rizalman'.. konsep mampu milik tuu...

Celcom ni pulak last minit nak buat majlis penyerahan hadiah2 kepada semua para pemenang Celcom Blue Deko3! bertempat di menara Celcom.. ingat tak kotak seperti rumah yang dihias saya ketika permulaan kempen ini? Sekarang saya terpaksa menghiasnya mengikut kepada replika rumah pemenang 50,ooo tu tadi. Memandangkan rumahnye rumah kampung, saya nak jadikan konsep rumah kepada mirip asian tropical..


semuanya ini disiapkan oleh saya dalam masa kurang dari 5 jam saja..


harap2 kalau semua perabot ni diletakkan kat rumah pemenang tu..janganlah roboh rumah tu nanti... (kira celupar ke ayat ni,Jannah?)

sepanjang 15 tahun saya menjadi pereka fesyen, tiba2 penangan deko3! ni lebih kuat..sekarang ni semua panggil saya deko3! dan ingat saya yang nyanyi lagu dalam iklan tu.

ni lah dia pemenang utamanya- cik Suhaila.. cik ke? kalau buat calon tangkap muat ni best gak!
Rizalman.. jangan celupar!

semua pemenang2 bergambar ramai2.. pastu saya ni asyik menyengih je..sebab semua pemenang beratur nak amik gambar dengan saya pulak..

dahla kerja punyalah berlambak2.. my bff pulak baru balik dari london,shopping le apa lagi dia ni..(tension betul!). Dia ajak datang rumah dia untuk tengok barang2 yang dia shopped kat sana..saja je nak menyakitkan hati saya.. tengok tu, kasut sampai 3 pasang!!
dari kiri- Gucci,Chanel,LV

tas tangan LV

of course with matching shoes! key chains and coin purse.. all from LV!

nasib baik ada jugak ole2 untuk saya.. Burberrys bag.. Love it! tq dear!
baru ingat macam nak putus sahabat,kalau takde ole2!

lepas pergi rumah my bff tu,pergi pulak rumah kawan saya..(Chef Zam!,yang dulu gemuk..tapi dah kurus giler!) untuk bagi consultation rumah baru dia..

kemudian harinya bertolak ke Felda Bentong,Pahang untuk ke rumah pemenang Deko3!
Mak oi! Lagi mencabar ni!! Kalau rumah2 sebelum ni saya lihat ada yang silingnye bocor atau terkopak,tapi yang ini langsung takde siling!! tinggal bumbung jer..

sabar..sabar...sabar...

dari bentong,saya bertolak ke kuantan pulak untuk ke rumah pemenang seterusnye..
not bad...rumah baru,senang sikit la nak dekokan

dengan bangganya dorang display kan plak Celcom ni

bila saya tanya kat tuan rumah ni, "akak nak konsep apa rumah ni?"..."apa2 je lah en. Rizalman..asalkan cantik.." Tapi bila kitaorang balik je, dia terus sms kat Faizul... "kalau bole akak nak contemporary english". English ye kak? 
 sesuai ke?

bila dah abis ukur semua,bergegas pulak majlis harijadi pasangan kembar puteri dan putera YAM Tg Ampuan Pahang dan suaminya YAM Tg Mahkota Pahang di bandar Kuantan

seorang raja yang berjiwa rakyat..pasangan ni

dah abis tiup kek, Tg Ampuan memangil saya untuk naik ke pentas sama2 menyanyi dengan beliau lagu 'mencintai mu'...  gila ke apa?
GULP!!
bersama Aizat and YM To'Puan Sri Hidayah

and Yuna! I love her style! very effortless..

bermalam di Hyatt Kuantan, view from my room! Calming kan?

keesokkannye, saya bersama YAM TPP bersma melawat ke tempat pembuatan kain tenun di Pekan.. Ya Allah,tekun betul budak2 ni menenun! berpinau mata tengok dorang buat kerja..



dari pekan,saya meneruskan perjalanan ke Kemaman Trengganu...rumah pemenang seterusnye. Aikk? rumah pun biru macam Celcom Blue?..

ahli2 keluarga pemenang ni memang best,kelakar giler.. hilang penat memandu. 

kakak sulong pemenang ni punya masakan nasi dagang memang sedap! dorang sanggup masak untuk sambut kitaorang..siap bagi keropok untuk bawak kl lagi..


balik je kl,terus pegi tengok kedai bff saya yang akan menempatkan rangkaian busana muslimah saya di damansara perdana.. saya turut mereka hiasan dalaman butik ini

masih lagi dalam proses pengubahsuaian..

letihnye...hidup sebagai seorang pereka yang nak buat macam2 dalam dunia ni..
untuk pengetahuan anda semuanya ini berlaku back to back..tanpa ada sebarang gap atau rehat selama sehari pun..bayangkan. Saya rasa ini menjelaskan kenapa dah lama tak membuat entry.. sehinggakan ke mana saya pergi semuanye bertanya tentang entry terbaru.. dah tak larat nak menjawabnye..

badan ni rasa macam nak tercabut semua sendi2nye...

nasib baiklah ada tukang urut kat rumah!




fuhhh!!  lega.......