Fabulous fc

Thursday, October 29, 2009

hadiah harijadi


Macamana kalau saya katakan anda semua dapat peluang bertemu kami(saya & Umar) secara live?! Mahu tak?. Senang saja caranya... Tepat pukul 9.30 malam pada esok hari (jumaat,30hb Oktober) di TV9 di dalam rancangan Semanis Kurma secara langsung, saya dan Umar akan diwawancara. Jangan lepaskan peluang ini! Especially kalau anda semua nak tengok Umar yang tembam lagi dekat di hati ni...


saksikan kami! jangan lupa!!

dan bersempena harijadi saya semalam, Umar ada membelikan saya satu hadiah yang sanggatt..cantik! Beg Gucci!!

beg kepit yang sungguh 'rock chic'!!

lagipun memang lama sangat saya dah
tak dapat beg baru... Umar ni macam tau2 saja babah nakkan hadiah macam beg ni..

'babah!! suka tak?' Suka sayangggg...thank you!

p/s: sesapa yang nak percaya cerita di atas...itu adalah pilihan sendiri..
pak aji dah buat hal lagi

Wednesday, October 28, 2009

tua!


kadang2 rasa hairan dengan fenomena'rizalman' ni. Sampaikan blog saya ni mendapat perhatian dari ramai pihak! ramai sungguh pembacanya...melayu,cina  dan india pun ada..kadang2 tu orang2 yang tidak saya agak untuk membaca serta mengikutinya pun turut serta. Ke mana saya pergi..semua bertanya tentang blog. Ada yang kata ikut resepi saya menjadi..tidak kurang pula yang bertanyakan pasal Umar dan aktivitinya.. ada pula yang terserempak dengan saya ketika berjalan..terus mengomen ke dalam blog! Seronoknye rasa dihargai..begitulah agaknye kalau kita selalu berdoa supaya ditingkatkan pangkat dan darjah kita daripada Ilahi. Amin. Bayangkan pukul 11 malan saya poskan entri terbaru..besok paginya dah berpuluh-puluh komen yang masuk! Apa korang ni tak tidur ke?? 
Tapi yang bestnya sekarang ni saya dah pandai mengodek2 komputer..kalau dulu nak tekan butang pun takut..takut komputer tu meletop!. Terimakasih kepada faizul yang banyak dah ajar saya pasal benda2 ni..kerana dia juga anda semua dapat menjadi sebahagian daripada fenomena ini....

apa pun..hari ini Allah telah memanjangkan umur saya ke kali yang 38 tahun dan kita masih lagi dapat berbual di alam maya dengan keizinannya..

semalam,berakhirnya rakaman episod terakhir 'tangkap muat'. Bertempat di salon Jamu Mak Dara,ramai rakan2 wartawan berkumpul untuk celebrate birthday boys!(boy ke?). Kat sebelah saya tu Niezam Kringg Kring! dari Utusan Malaysia yan menyambut harijadinya semalam.

lepas tu bila balik rumah pulak Umar belum tidor lagi untuk berikan saya kad harijadi ni..(sweet kan?). Ini kerja dia dengan Faizul la ni..(patut la hari tu hilang sekejap pergi klcc senyap2)

thank you sayangg!!


dia surprise kan saya kat dalam bilik dia..(siap tunggu dalam bilik ni diam2 dengan lilin terpasang kat kek). Am so blessed!

Monday, October 26, 2009

an Atelier

tanggal 28hb oktober bukannya satu tanggal keramat. Ianya cuma hari biasa yang akan dilalui. Selain ianya hari ulangtahun kelahiran saya yang ke- 38, ianya juga merupakan hari yang paling bermakna apabila ambang hari itu akan disambut saya dengan kebanggaan yang amat bernilai. Kebangaan memiliki sebuah bangunan milik sendiri yang beroperasi sepenuhnya atas nama perniagaan fesyen di atas landasan Haute Couture(bagi siapa yang tidak faham maksud H.Couture,sila google sendiri). Bangunan yang telah lama saya miliki ini telah melalui fasa penguahsuaian secara berperingkat..dan kini bagi menyambut hari ulangtahun saya,akhirnya detik2 tamatnya proses ini telahpun tiba ke penghujungnya pada hari ini..setelah hiasan dalamannya siap sepenuhnya. Bagi meraikannya, ingin saya mengajak semua peminat serta pembaca blog yang telah sama2 mendoakan kejayaan serta perjalanan karier ini, menjenguk ke

'Atelier'



the facade of my atelier...(kalau tak faham atelier,pun google lah sendiri)

berkonsepkan -traditional french building+contemporary. Window display and main entrance

24 is the address....

french doors and manicured plants

the lobby..

waiting area..(especially for drivers and bodyguards)

twin ottomans for more seatings


ready to wear areas..

shoes corner

more shoes...

discussion area..

dressing area

another seating area



restroom..

tangga menuju ke tingkat atas..(vvip area)




kita sekarang berada di tingkat satu

more seating area...

my lovely fireplace...



another dressing room..

so.. ?? what do you think? 
macam kat Paris tak? this is what i called ' mimpi menjadi kenyataan'...

p/s: dah saya nak pergi buat kek untuk harijadi sendiri ni.

Thursday, October 22, 2009

peristiwa-peristiwa


vvvoooommmmmm.......!!!!!( bunyi vacuum cleaner tengah sedut sawang kat blog ni). Haha!maaflah wahai readers semua sebab dah lama tak meng update blog ni. Biasalah kalau da lama tak menulis tu..sebabnye terlampau banyak masa dah dicuri oleh waktu kerja yang berlambak ni. Settle satu kerja,kerja lain datang lagi. Apapun,alhamdulillah ada kerja tu maksudnya ada la jugak rezekinya. Banyak benda nak dicerita,tapi sebab malas nak ambil gambar(kadang-kadang terlupa bawak kamera) jadi apa ada jelah yang sempat kita berkongsi.

masih ingat kepada pelanggan saya yang memberi saya hadiah kamera Leica tu dulu? Baru2 ni assistantnya datang ke kedai untuk menempah baju buat 'bos'nya. Katanya, 'puan sri suruh buat dua helai baju untuk matching kasut2 ni'(bagus! memang lebih senang membeli kasut dulu,kemudian baju instead of vice versa).Tapi kasutnye, Ya Allah...

halloo!!! kalau ada peminat kasut yang tengah baca ni...EAT YOUR HEART OUT!!! its Roger Vivier SHOES!!! 6'' stilettos 

look at this beauty! (anda boleh berjalan dalam kasut begini?) it tooks a pro to walk in this awesome shoes ok.

nak tahu harga sepasang kasut macam ni? 900 pounds!! (go figure!)

next shoes- christian louboutin! 

these shoes are so HAUTE!

antara penyumbang utama kepada kesibukkan saya juga adalah rakaman sebanyak 13 episod Tangkap Muat. Habis semua pelusuk kampung,bandar,pinggir bandar,rumah pangsa...semuanya kami terjah! Penat giler buat rancangan macam ni. Kena pulak calon tangkap muatnya boring habis dan tak reti nak berinteraksi. Pening!. 

dekat rumah salah seorang peserta, di Semenyih.. best jugak suasana kampung camnie.

dalam sibuk2 tu sempat jugak menghadiri perasmian my best friend punya function. Her dad owns this building!! say no more.

bangunan ni memang selamba gila. Simple yet stunning!

tengok je la landscape design dia! nice!!. Am so gonna do my next show here.(for your info- Rizalman will be launching its Muslimah wear very soon..very very soon)

bangunan ni,masa dia bukak semua lampu.. macam siang jadinya courtyard dia.


and this the Big Boss penthouse! (office tan sri ni siap ada dining pavilion). Dan Faizul tengah curi api lilin untuk cucuh rokok. The view from here was so breathtaking!

Me with my bbff- beloved best friend forever! (yang pakai tudung tu la!...yang lelaki tu suaminya). 
her dad la yang punya bangunan ni...

this is the inside of the dining pavilion which i will be decorating soon. Tan Sri nakkan sentuhan deko! deko! deko!
 
dan bercakap pasal deko!deko!deko! ni, pemenang kedua peraduan ini dah pun siap rumah nye diubah suai. Bertempat di  bandar baru bangi.

cute jer rumah dia...belum pindah pun lagi. baru dapat kunci.



TTTTIIIINGGG!
dahla dapat kunci rumah baru, dapat pulak hadiah ubahsuai rumah!








BERBALOI! BALOI!