Fabulous fc

Thursday, April 29, 2010

riang ria


dah berlapuk, dah berkulat. Riang ria cuti sekolah yang telah lama berlalu barulah terhegeh2 nak cerita (sampaikan cuti sekolah yang baru pun dah nak tiba). Tolong jangan ingatkan pasal cuti sekolah! sebab pada tanggal itu lah nanti saya punya CEO rumah(my maid) nak balik cuti!! Sapelah nak basuh baju2 yang akan berlonggok2 tu!. Tapi takpe at least budak 'gebu' tu tak pergi sekolah time tu. 

oleh sebab terperap je kat rumah, saya serta Faizul(founder of this blog)  amat ketagihkan peralihan angin,maka kami bersetuju membawa Umar ke negara jiran- Singapura untuk bawak diri kitaorang makan angin sekejap bersama satu lagi sahabat sekeluarga. Arah tujunya ke Sentosa Island sebab kononnya Universal Studio dah mula beroperasi.

kami menginap di hotel Hard Rock di pulau tersebut. Cantik jugalah hiasan dalaman hotel tersebut(maklumlah hotel baru). Jadi kalau mana-mana sudut yang rasa2nya agak menarik tu memang tak dilepaskan peluang untuk mengambil gambar..(masa ni taklah segemuk sekarang..kalau diambil gambar yang sama masa badan tengah naik ni harus bulatan tingkap tu dah tak nampak!!).

time cuti sekolah ni lah saje Umar dapat main psp dia...kalau tidak jangan harap saya nak bagi. Saya cakap kat dia kalau nak main psp mesti kena masanya- cuti sekolah, dapat keputusan peperiksaan bagus ataupun sunat lagi sekali! (boleh?).

hotel ni kira gempak jugalah..mengadap swimming pool yang direka seolah2 kawasan pantai. Kebersihan bilik-ok!  hiasan dalaman -ok! keempukkan katil-ok! 
tempat cebok- Ayooo! takde? (sah lepas melepas kena mandi terus).
Hairan betul manusia2 ni, negeri sikit punya maju.. berak macam lembu (dah habis,kibas dengan ekor, pastu terus jalan). Patut la si Faizul tak makan sup ekor.

jangan percaya pada gambar ni (Umar turut gemuk sekarang).

bak kata saya tadi kononnya datang sini nak masuk ke Universal studio, tapi tak bukak lagi (masa kitaorang nak balik baru la dia bukak,tak hangin?). Jadinye ambil gambar kat globe berasap ni jelah. Dahla tempat ini dijadikan sebagai rasuah kepada Umar untuk dia tak membebel ketika saya bershopping di Orchad Road nanti.

konon2 muka happy..tapi hakikatnye penat giler melayan dia ni

ini pulak kat dalam lif hotel Hard Rock

this is my playground.. masuk kedai keluar kedai! seronok! Si Umar pulak main sampai tak ingat dunia dengan anak2 sahabat saya ni sehinggakan dia terjatuh kat tangga Prada! (fabulous kan? jatuh pun nak kena tangga yang class!). Pastu bila dia dah penat dan jemu ikut kitaorang, dia cakap "babah! kenapa you asyik masuk butik je pastu tengok baju perempuan? You nak jadi girl2 ek?". Sila jawap tuan2.

nak ambil mood dia balik terpaksa la segala zoo dan taman2 burung kami lawat..(bestnye kalau anak ramai2 macamni kan).

cubala tengok baby Hani ni..dahlah gebu macam anak jepun..nak pulak kat semua orang

mak dia ni kaki shopping..jadi kitaorang la gilir2 jaga dia. Tapi kalau gebu macam ni, bagi terus pun saya nak jugak

(mak bapak budak ni la yang punya Bentley tu).

kalau jumpa semut bagai nak gila dia lari ketakutan..tapi dengan ular sawa,selamba pulak?


Umar ni pulak semenjak saya tukarkan ke sekolah islam antarabangsa..banyak sangat pantang larangnye..bila disuruh pakai seluar renang pendek dijawabnye "Ayooo! tak bole...nanti haram" So kenalah belikan dia pakaian renang yang macam ni..tak ke paus biru kelihatannya? Tapi dia suka sebab katanya color blocking buat dia nampak kurus. Dan sekarang ni bila dimarahi saje..terus jawab "babah..marah bukan budaya kita".

saya terus menoleh kat dia dan cakap "habis tu, yang kau lari merajuk masa sukan tu, budaya apa pulak?!"


p/s: join me at my fanpage di facebook

Tuesday, April 13, 2010

kreatif gila!

menarik sungguh iklan maskara yardley ni!! simple tapi cukup best untuk buat saya ketawa dan kembali berblogging...hahaha!!! 

p/s : yes, ramai yang menangis tapi saya rasa akan ramai juga yang bertepuk tangan. bila la 'ricky martin' malaysia pulak nak buat annoucement?

'B' is for Bentley

penat lelah selama saya menghilang bukan main kepalang ganjarannya. Kerja kuat siang hingga ke malam hilang lesap apabila pada umur yang kini menjelang 40an, kereta idaman sepanjang hayat kini menjadi kenyataan. Puas menunggu untuk 'dia' tiba..berbulan lamanya(rasa bedebarnya lebih kurang perasaan anda semua menunggu entry terbaru saya). 
akhirnya....

kuncinya sudah tiba ditangan..

ruang dalam yang penuh kemewahan..

kereta yang tiada tandingan .....

apatah lagi bila dibawa oleh tuan yang tampan..

bak kata pepatah melayu..diam2 ubi berisi..diam2 saya selama ini beli kereta baru!
tolong jangan jealous please..






p/s:   sebenarnya 'B' is for BERANGAN!!!.. kereta ni customer yang punya. Dia park kat depan kedai. Sure korang sume cakap 'B' is for BEDEBAH! kan sebab percaya bulat2.
apa dah hilang akal ke nak beli kereta macam ni??