Fabulous fc

Tuesday, August 18, 2009

13 ogos


Terlalu banyak rahmat diutuskan. Terlalu banyak rezeki diturunkan. Terlalu banyak kelapangan dilimpahkan. Allah maha besar. Tanggal 13hb Ogos terlalu banyak juga membawa makna. Arwah emak pergi menemui Pencipta..Umar dilahirkan pada tarikh yang sama…pembukaan Wisma Rizalman juga mula beroperasi pada haribulan seiras. Mengambil keberkatan malam jumaat,ke akhir penghujung bulan Syaaban serta Ramadhan yang hampir tiba.. doa serta sujud kesyukuran kami panjatkan padaNya supaya hari2 yang mendatang akan sentiasa diberkati dan mendapat perlindungan. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar,dan pastinya pembukaan pintu butik baru nyata mampu membuat para tetamu yang hadir(rata2nya orang2 masjid serta keluarga terdekat) memuji2 keindahan serta kemegahan suasana di butik ini..malah saya sendiri terlalu kerap bertasbih di dalam hati mengucap kesyukuran kerana dikurniakan umur yang panjang hingga dapat bertemu dengan suasana yang begini(alfatihah buat arwah Ustaz Asri). Dua individu yang teramat ingin saya berterimakasih..Faizul serta puan Bibi,yang selama ini menjadi orang kuat disebalik kejayaan dan kerjaya saya..budi anda hanya Tuhan saja yang bisa membalas. Penat lelah selama ini berbaloi,fitnah dan tohmah bertukar menjadi putik2 yang akan berbunga.. mungkin pada pandangan anda saya mempunyai segalanya..apa yang dihajati,tertunai; semua yang yang dicita,tercapai..tapi Allah itu maha adil dan lebih mengetahui. Dalam ramai2 tetamu yang hadir(banyak kelibat pakcik2 tua dari masjid) yang seolah2 mengimbau saya kepada seorang insan yang sudah agak lama tidak saya berjumpa..arwah bapak. Saya kira di dalam majlis sebegini,tidak akan ada dua insan yang akan paling merasa lebih bertuah dan bangga selain kedua arwah emak dan bapa. Tergiang di telinga saya.. ‘Maman..hang memang bagi kami bangga…’. Maman adalah nama timangan saya. Malah saya pasti topik ini bakal menjadi perbualan hangat bapak di surau bersama kawan2nya di kampung…jika bapa masih hidup. Saya kira juga tetamu melihat saya mengalirkan airmata kesyukuran..tapi ia sebenarnya airmata kerinduan..(Tuhan saja tahu betapa saya terlalu ingin berkongsi saat ini bersama emak dan bapak). Bapak yang sanggup bertahan dengan gajinya seorang pesara iaitu hanya rm500 sebulan menyara saya selama 4 tahun di Uitm, tidak sempat menuai saat ini.. Deraian airmata saya terhenti bila melihat mulut Umar terkumat kamit membaca surah Yasin walaupun dia hanya tahu sepatah dua ayat ... Kelaziman kitaran hidup,patah tumbuh hilang berganti..hilangnya kedua emak dan bapak,diganti dengan anak yang petah dan comel.. itu hikmahnya. Moga Umar juga satu hari nanti merindui saya seperti saya merindui ‘tok’ dan ‘wan’ nya. Biarlah dia yang akan merindui saya,dan bukan sebaliknya. Semoga Allah memanjangkan umur kita bersama...selamat hari ulangtahun Sayang…saya beremosi sekali lagi....

 

Alfatihah buat Hajjah Aisya dan Haji Ibrahim.



















32 comments:

AmyMizzunderstood said...

Al-Fatihah buat semua..my mum too...

Afeeqa said...

alhamdulillah. berkat kesabaran & usaha gigih dr u sungguh membuahkan hasil. :)

ratna said...

smlm adalah kenangan, hari ni adalah kenyataan dan esok adalah harapan. jdkan kenangan smlm bersama kedua arwah parents sbg perangsang utk hari ini & esok.

kuatkan semangat..

cikt said...

selamat hari lahir umar!!!

luluchen said...

Semoga dilindungi Allah dan mendapat keredhaanNya...

Salam ramadhan!

p/s: Selamat ulang tahun sayang juga untuk umar dan takziah untuk arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

syukur & alhamdullilah for all the success uve got...ur parents definitely proud if u...no doubt!

happy birthday darling umar!
wish u wonderful years ahead bless with gd health, wealth & happiness :D

Suzie said...

Al-Fatihah,semoga roh mereka yg telah pergi dicucuri rahmat Yg Maha Esa.

Fara mmg ur best fren ye?Bagusnya mmg dia bg moral support ;-)

happy birthday juga utk Umar Nail

Norr said...

Salam Tuan Haji;

sure Umar bangga dgn you....ajalmaut ditgn Tuhan.kita buat amal yang terbaik sajer,semoga diterima.

For sure - mcmana perasaan you terhadap Umar,mcm tu jugak perasaan parents you terhadap you. Penuh rindu & kasih-sayang.Didik Umar dgn pelajaran agama secukupnya. Ada agama,kita ada segala2nya,tanpa Agama, harta bertimbun pun tak guna.Last but not least...Semoga lebih berjaya dan bahagia.Wallahu'lam.

Puteri Satu said...

selamat hari jadi umar.... umar pasti mengingati dan merindui orang yang memberikan kasih sayang pada dia..insyaallah...

al fatihah untuk mak dan ayah rizalman....

||alis|| said...

alis x tahu pon mak dan abah en. rizalman dah takde..al-fatihah buat keduanya.

jgn risau, insyaAllah jika begini didikan abah Umar hingga Umar besar dan dewasa, Umar takkan lupa jasa, budi, dan terpenting kasih sayang abahnya :), amin.

Filla said...

~Al-Fatihah~ oh saya terharu dgn entry kali nie.. hmmm....happy b'day Umar!! so touching ngn ayat "Biarlah dia yang akan merindui saya,dan bukan sebaliknya".. saya juga ada anak..dan saya sgt faham perasaan itu.. alamak teremosi plak.. wish u luck abg rizalman!

eyda said...

Happy birthday Umar. Anak awak memang cute sgt lagi2 bila dia pakai jubah dan ketayap macam tu. Cukup comel.

Anonymous said...

Tersentuh hati bila membaca entry kali nie. Semoga Allah memberkati segala usaha gigih rizalman.... al-fatihah to both your parents.. And happy birthday cute Umar

QillaTheCurve said...

Al-fatihah buat arwah..
semoga rohnya dicucuri rahmat.amin

to abg rizalman..
this entry make me cry..seriously.='(
berkat kesbrn dan berkat doa..
ini la hasilnya.
i always pray for ur success.

p/s:happy belated birthday to umar!!=)

sincerely:aina..

diyadeary said...

alfatihah buat kedua-duanya...

congrats rizalman. semoga ini akan menjadi pemangkin untuk lebih berjaya di masa hadapan! :)

selamat ulang tahun umar.. jaga babah baik2.

@liefRahieman said...

salam...ucapan tahniah diatas pembukaan Wisma Rizalman....

Al-fatihah pd yg telah pergi...

hepi besday kat umar...

faiz said...

Al-Fatihah buat semua yg tlh pergi meninggalkan kita..n my abah too.. dan tahniah atas pembukaan Wisma Rizalman..& hepi b'day to Umar too :)

Nor Baizura Hj Abu Bakar said...

Assalamualiakum,
tahniah... kerana pembukaan wisma Rizalman
Tahniah ... Umar menyambut ulangtahun ke 7
Tahniah untuk segalanya. Patah tumbuh hilang berganti...

pss... Fafau kat situ bagi support kat Umar or kat babah Umar?? :)

FAZLIN said...

Al-Fatihah...
sangat terharu bila baca 'hang memang buat kami bangga' sebab abah i selalu cakap macam tu jugak... walaupun keluarga tak mewah tapi berbangga kerana dapat anak2 yang success...

Ya Allah panjangkan lah umur abah dan mama ku, serta adik2 ku... Amin...
dan Ya Allah berikanlah kejayaan yang sempurna buat kami dan Rizalman...

Norr said...

Salam -
Tuan Haji, if i'm x mistaken - you r now 37thn, Fafau = 27thn, Umar = 7 tahun. according to my Ustaz, this angka 7 = time kita akan diuji...hanya empunya diri yang tahu dan rasa bentuk ujian tersebut.wallahua'alam....

Utk soalan Nor Baizura - support sure utk Senior Bumblebee...junior tu nak cover-story jer...kan Faizul????...

How about you guys?... teka..teka..
hehehehehe.....

minamie said...

syukur di atas keberkatan umur n rezeki.setiap manusia ada bahagian masing2,sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL n MENGETAHUI

salam tahniah n jaga kesihatan.

farahk said...

HAPPY belated umar..
suke gambar fafau n umar.cute:D.

kaseh said...

Salam,

Bergenang air mata saya membaca entry ini..menyentuh hati dan jiwa. Kerana kesabaran, kegigihan dan diiringi doa maka Allah kurniakan semua ini buat u. Semoga rezeki, kebahagian sentiasa bersama anda, RIZALMAN IBRAHIM.

Kepada ayahnda & ibunda tercinta yang u cintai, moga Allah tempatkan mereka di kalangan hambaNya yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

aina_amirah said...

ermmm.....only one word..."touching" ;( .....

La Mode Parisienne said...

heyy!I missed you!I haven't got time to blog or read yours. but I'm BACK! :)

LiLa said...

We're in the same situation. Especially lebaran yang akan datang nanti, lagilah kita akan teringatkan 'mereka'. u make me cry :( Anyway...proud of u too.

Aety Hassan said...

Setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. I'm sure your parents bangga dgn apa yg abg rizalman ada sekarang.

success to u all the way.. Insya Allah

Unknown said...

mcm happy family lak tgk u dgn fara dan umar.suka betul tgk you all....Happy Bezday Umar!

typoERRor said...

the great RIZALMAN!!Umar soooo cute..

azieazah said...

Alfatihah buat arwah ayah bonda U...

Hidup ini memang penuh dgn emosi, gembira suka duka..

Chaiyokk...! Chaiyokk...! Chaiyokk...!

Diana Jamil said...

sob..sob..sedey..T__T

FazMelati said...

Alfatihah buat Hajjah Aisya dan Haji Ibrahim, semoga Allah menempatkan umatnya dalam golongan orang-orang beriman...