Fabulous fc

Saturday, August 29, 2009

Sapelah mamat ni..

alamak!! terkejut saya pagi2 pergi ke pasar tani sambil membeli suratkhabar..tiba2 tup! tup!, HA! amik kau muka terpampang kat harian metro. Fuhh!! kelakarnye muka(kelakar sebab kedut di muka dah hilang..). terimakasih lah sesape yang meng-airbrush-kannya. Punyalah penat posing sampai beratus kali..last2 pose simple ni je yang dorang pakai.. tapi dua kali tengok ada serupa itu pose Jalaludin Hasaan kat paket beras Jasmine lak!


p/s: 30hb ni..hari jadi Faizul pulak.(Allah panjangkan umur dan murah rezekinya). Amin.

Thursday, August 20, 2009

berbaloi-baloi!..


 “Rizalman kan yang design baju tu? Sejak bila pulak dia buat interior deco ni,boleh ke dia?”. Ramai yang tak tahu kan. Sebenarnya jiwa saya lebih kepada bidang ini. ‘interior is my Love, fashion is my job’. Bagai pucuk dicita,ulam mendatang..semua ini Tuhan punya kerja. Mana nak disangka,keinginan saya untuk menebus kekecewaan  tidak diterima masuk ke dalam fakulti senibina bagi mengikuti kursus senihias dalaman tercapai akhirnya,malah peluang yang lebih cerah terpampang didepan mata. Memang saya sudah lama mempraktiskan seni ini (menghias rumah sendiri,butik serta rumah-rumah pelanggan yang inginkan sentuhan saya-psst! Katanya fara fauzana jugak akan mendapatkan khidmat saya). Inilah namanya rezeki dan impian..kalau tak datang sekarang,dalam jangka masa 15 tahun pun ianya tetap datang jugak..alhamdulillah.


 Tanpa disangka, panggilan pada pagi tu memeranjatkan. Celcom menyuruh saya pergi ke pejabat membincangkan pasal dekorasi bagi pelancaran kempen ‘deko! deko! deko! Celcom blue. Tugasnya bukan mudah,menyiapkan ruang tersebut dalam masa 3 jam dan masa diberikan untuk mencari barang2 hiasan kurang dari 2 hari,bayangkan!. Namun segalanya berjalan lancar. Dari situ,bos2 Celcom cukup berpuas hati. Apa lagi saya terus ditawarkan untuk menjadi penata hias dalaman( interior stylist) tetap bagi 10 buah rumah pemenang yang akan memenangi hadiah bernilai rm30 ribu bagi setiap rumah dan hadiah utamanya rm50ribu. Lumayan tu. Kempen ini akan berjalan sepanjang bulan puasa dan hari raya,sebab tulah hadiahnya pengubahsuaian ruang tamu..sebab ruang tamu yang selalunya akan dihias ketika menjelangnya Syawal. Lagipun inilah peluang saya untuk memperbetulkan sesetengah rancangan dekorasi tv yang kadang2 saya lihat tak begitu memaparkan dekorasi bijak (maaf ikhlas). Tapi masalahnya dalam bulan puasa ni jugaklah saya akan mula bekerja. Letihnya!


Saya ingatkan dah kira besar sangat lah rezeki tu..rupa2nya ianya lebih dari itu. Saya juga telah diminta menjadi the next face of Celcom campaign!! Alamatnya saya terpaksa lah juga menjalani sesi fotografi bagi iklan cetak dan juga berlakon dalam iklan televisyen.. bersepahlah muka saya lepas ni kat dalam tv dan suratkhabar..gementar pulak rasanya. Takut muka tak ensem. Macamane le agaknya lakonan kat dalam iklan tv Celcom tu nanti, ha! ha!(akan mula keluar hari puasa pertama). Takut!!. Tapi memandangkan bayarannya yang amaaaaattttt…..lumayan, saya kembali yakin dan cukup berpuashati.

 

 memang berbaloi-baloi!!



sebelum bermulanya sesi fotografi bagi iklan dalam media cetak..tgh dimekapkan. Garisan2 penuaan kena hilangkan ye..

studio dimana saya menjalani fotografi-kena make sure production buat airbrushing banyak2 sikit..

art director mahukan wajah ceria-seakan2 gerak wajah kejutan kepada pemenang2
sampai naik lenguh rahang saya membuat gelak palsu!

berbagai aksi kena cuba..sampailah art director puashati.

kat bilik mekap-tgh tunggu tukar setting

yang ni pulak kat lokasi tv commercial kat kota damansara..call time pukul 5 ptg,tapi shoot untuk segmen start pukul satu pagi!

dari langit terang sampailah ke malam..(talent sebelum saya ambil masa terlalu lama untuk puashatikan tuan director..sampai 50 take pun tak siap2!

from the director's view..(scene talent balik rumah dan terkejut rumahnya dah diubahsuai)

sambil2 tu,copywriter dan Celcom tgh bega2kan skrip untuk saya

'kejutan deco!deco!deco! Celcom blue,mungkin milik anda! Tambah nilai rm20 dan guna,tonton tv3. Sms blue kata kunci kad pengenalan ke 33399. Berbaloi-berbaloi!' .Saya kena sebut benda ni hanya dalam masa kurang dari 12 saat..berbelit2 lidah. Dahlah live audio recording,bila nak mula cakap je, ada anjing nyalak..dah kena cut! lagi.

set terakhir saya..pintu biru Celcom. malam tu habis lewat. Letih tapi seronok dan seram nak balik rumah sorang2 sebab dah pukul 3 pagi. Agaknya sebab tulah anjing nyalak2 kot?


Selamat berpuasa! (tiba2 tersedar yang saya dah lama tak beli bag).

Tuesday, August 18, 2009

13 ogos


Terlalu banyak rahmat diutuskan. Terlalu banyak rezeki diturunkan. Terlalu banyak kelapangan dilimpahkan. Allah maha besar. Tanggal 13hb Ogos terlalu banyak juga membawa makna. Arwah emak pergi menemui Pencipta..Umar dilahirkan pada tarikh yang sama…pembukaan Wisma Rizalman juga mula beroperasi pada haribulan seiras. Mengambil keberkatan malam jumaat,ke akhir penghujung bulan Syaaban serta Ramadhan yang hampir tiba.. doa serta sujud kesyukuran kami panjatkan padaNya supaya hari2 yang mendatang akan sentiasa diberkati dan mendapat perlindungan. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar,dan pastinya pembukaan pintu butik baru nyata mampu membuat para tetamu yang hadir(rata2nya orang2 masjid serta keluarga terdekat) memuji2 keindahan serta kemegahan suasana di butik ini..malah saya sendiri terlalu kerap bertasbih di dalam hati mengucap kesyukuran kerana dikurniakan umur yang panjang hingga dapat bertemu dengan suasana yang begini(alfatihah buat arwah Ustaz Asri). Dua individu yang teramat ingin saya berterimakasih..Faizul serta puan Bibi,yang selama ini menjadi orang kuat disebalik kejayaan dan kerjaya saya..budi anda hanya Tuhan saja yang bisa membalas. Penat lelah selama ini berbaloi,fitnah dan tohmah bertukar menjadi putik2 yang akan berbunga.. mungkin pada pandangan anda saya mempunyai segalanya..apa yang dihajati,tertunai; semua yang yang dicita,tercapai..tapi Allah itu maha adil dan lebih mengetahui. Dalam ramai2 tetamu yang hadir(banyak kelibat pakcik2 tua dari masjid) yang seolah2 mengimbau saya kepada seorang insan yang sudah agak lama tidak saya berjumpa..arwah bapak. Saya kira di dalam majlis sebegini,tidak akan ada dua insan yang akan paling merasa lebih bertuah dan bangga selain kedua arwah emak dan bapa. Tergiang di telinga saya.. ‘Maman..hang memang bagi kami bangga…’. Maman adalah nama timangan saya. Malah saya pasti topik ini bakal menjadi perbualan hangat bapak di surau bersama kawan2nya di kampung…jika bapa masih hidup. Saya kira juga tetamu melihat saya mengalirkan airmata kesyukuran..tapi ia sebenarnya airmata kerinduan..(Tuhan saja tahu betapa saya terlalu ingin berkongsi saat ini bersama emak dan bapak). Bapak yang sanggup bertahan dengan gajinya seorang pesara iaitu hanya rm500 sebulan menyara saya selama 4 tahun di Uitm, tidak sempat menuai saat ini.. Deraian airmata saya terhenti bila melihat mulut Umar terkumat kamit membaca surah Yasin walaupun dia hanya tahu sepatah dua ayat ... Kelaziman kitaran hidup,patah tumbuh hilang berganti..hilangnya kedua emak dan bapak,diganti dengan anak yang petah dan comel.. itu hikmahnya. Moga Umar juga satu hari nanti merindui saya seperti saya merindui ‘tok’ dan ‘wan’ nya. Biarlah dia yang akan merindui saya,dan bukan sebaliknya. Semoga Allah memanjangkan umur kita bersama...selamat hari ulangtahun Sayang…saya beremosi sekali lagi....

 

Alfatihah buat Hajjah Aisya dan Haji Ibrahim.



















Sunday, August 16, 2009

MASJID BARU-ajai dan liza dalam sepersalinan dari rizalman



liza mendapat sentuhan mekap juga dari rizalman

kredit pic to murai.com




tahniah kepada ajai dan liza!!

Tuesday, August 11, 2009

ButikBARU,tangkapMUAT,umar,WEDDING,080809,dekoDeko-DEKO!!!!

''faizul,bila blog rizalman nak update ni,..??..Sms saya terima dari writer majalah EH!-khairul,bukan satu tapi beberapa pertanyaan yang sama datang dari rakan2 dan juga customer tentang blog yang tak berupdate, :)tak sangka ramai juga peminat blog rizalman,yelah bayangkan sehari boleh mencecah hampir seribu pengunjung ke blog ni(kalau berupdate laa..)hehe juga kepada semua followers yang semakin hari semakin bertambah( TERIMA KASIH banyak2 kpd semua followers)-rizalman cakap dia nak adakan satu majlis di butik baru untuk semua bloggers2 yang setia dengan blog ni..:)insyaallah..

so sepanjang blog tak berupdate ni sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan rizalman terlampau sibuk dengan agendanya-antaranya pembikinan butik baru yang terletak di ground floor,wisma rizalman yang hampir 90 peratus siap-butik ground floor ni akan menempatkan koleksi dari 'ready to wear' dan 'made to measure' untuk koleksi raya manakala wedding pula di 2nd floor.so rizalman sendiri yang menjadi arkitek untuk butik baru ni,dialah yang lukis plan,buat design untuk interior dan juga memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang (nasib baik tak jadi kontraktor sekali -kalau boleh bancuh simen pun rizalman nak buat,) :) 

wisma rizalman

antara perabot yang akan mengisi ruang sudut di butik baru(ni baru setengah-yang lain belum sampai)..

ground floor yang masih dalam pembikinan



dan dalam bulan ni juga,seperti yang diwar2kan,rizalman dah mula penggambaran untuk rancangan tv-Tangkap Muat,jadual bermula seawal jam 10 pagi hingga ke 10 malam,boleh bayangkan?so pagi2 lagi seawal jam 7 rizalman dah terpacak kat workshop untuk melihat baju customer,check mana yang patut,mana yang dah siap (nasib baik order raya dah tutup,kalaw tak memang tiada masa untuk attend customer, :)....yelah sibuk2 juga,customer mesti didahulukan.....

dalam sibuk2 ni rizalman bercerita dengan saya dia rindu sangat dengan umar,yelah babah mana yang tak rindu -bayangkan balik jam 10 mlm umar dah tido,esok paginya pula umar dah kena pergi sekolah,jumpa pun sekejap je..(dalam pemerhatian saya,rizalman dan umar memang rapat-jenis tak boleh berenggang)..jadi bila TERjumpa dengan budak kat atas ni,terus hilang rasa rindu-agak2 ada mirip umar tak?sekali pandang macam umar........

dua kali pandang terus teringat budak yang ni.....:)so sebab rindu sangat rizalman plan untuk bawa umar bercuti di penang 14 hb ni,kebetulan rizalman kena pergi untuk wedding ajai n liza..(rizalman ditugaskan untuk menatarias ajai n liza )so sambil2 tu bawakla g makan angin...

tengah tunggu untuk terjah peserta bersama zulfadzli

tak kira anak sape,semua rizalman peluk-rindu kat umar katanya..

...dan shooting


dalam kesibukan,tanggal 8 hb ogos iaitu tarikh keramat dimana wedding terlalu banyak,antaranya berlangsung di PJ Hilton hotel, dan juga TTDI,seperti biasa rizalman dipertanggungjawabkan untuk membuat pelamin,dress untuk bride n groom dan juga event.alhamdullilah segala persiapan dan juga perjalanan majlis berjalan dengan lancarnya walaupun rizalman terpaksa berkejar2 antara wedding dan shooting-terima kasih kepada pengantin ZAMIRAH HJ KAMARUDDIN dan keluarga!!


wedding @ pj hilton


dalam pada itu juga,pada 10hb ogos yang lepas pula, berlangsungnya majlis pelancaran kejutan deko deko deko celcom blue anjuran celcom dan tv3-rizalman akan bekerjasama dengan celcom dan tv3 untuk kempen yang akan berlangsung pada bulan puasa dan juga aidilfitri nanti.untuk kempen ini,rizalman dipertanggungjawabkan menatahias kediaman para pemenang yang yang mengikuti kempen ini.

so,untuk majlis pelancaran ini,rizalman telah membuat set-up deko sementara untuk menjadi simbolik kepada pelancaran ini.

rizalman team hanya diberi masa 1 setengah hari untuk menyiapkan ruang yang diberikan dan juga mecari perabot yang bersesuaian untuk majlis pelancaran.

sebelum

centre tak ukuran?..


selepas


ketika majlis pelancaran

 rizalman bersama ketua pegawai pemasaran media prima,puan shareen ooi dan zalman aefendy iaitu naib presiden kanan pemasaran celcom (malaysia) berhad)

ketika press conference

kesibukan ini juga sebenarnya adalah satu rahmat yang diberikan oleh-NYA kepada bos saya,kerana segala kesabaran dan rintangan yang ditempuhnya selama ini telah dibalas dengan rezeki yang melimpah ..-ALHAMDULILLAH!! semua ini adalah hasil dorongan keluarga dan rakan2 rizalman juga khasnya kepada bloggers yang banyak memberi nasihat pada entry yang lepas!!! rizalman kirim salam pada semua bloggers!!!-faizul