Fabulous fc

Sunday, July 12, 2009

RIZALMAN dah bankrap


15 tahun bukan suatu masa yang singkat. 15 tahun juga bukan satu usia yang muda. Keringat yang di perah selama itu mungkin sudah boleh memenuhkan telaga. Fesyen adalah dunia saya. beauty is my forte; i love beauty, is not my fault. Bermulanya saya didalam bidang ini yang amat daif sekali ilmunya sehinggalah kini dijadikan ikon oleh golongan perantis muda..segala turun naik kerjaya saya menjadi benchmark kepada diri saya sendiri. Sedih,trauma,gembira,keterujaan,patah hati semuanya sudah menjadi rempah ratus kepada resipi kejayaan. Saya sudah merasa bagaimana peritnya menjadi perintis didalam industri ini.Munculnya saya ketika itu tiada siapa yang boleh dijadikan idola apatah lagi somebody for me to look up to, tiada bangsa sendiri yang mahu menolong (hanya beberapa kerat saja,terimakasih kepada  Zurilawati!). Keluarga tidak boleh dijadikan sandaran,kami bukannya keluarga kaya. Namun semangat saya lebih bernilai dari wang ringgit. Maruah saya ketepikan. Ijazah yang saya kejar tidak bernilai ketika itu (siapa yang mahu mengambil bekerja seorang tukang jahit)..apatah lagi menjaminkan masa depan yang gemilang. Suasana fesyen ketika itu dimonopoli oleh bangsa Cina, kalau adapun orang Melayu hanyalah mak2 datin yang punya duit dan mengisi masa lapang mereka dengan membuka butik sambil sang suami bermain golf. Arah tuju fesyen pakaian melayu ketika itu parah menanti kiamat. Saya lihat senario ini sebagai satu peluang bagi memperbaiki keadaan saya dan juga arah tuju fesyen tempatan. Dari institiusi melayu saya datang(UITM),ke dunia melayu juga saya ingin menerokai cabaran dari ilmu yang saya timba. Orang melayu kekeringan ide2 bernas yang mempunyai unsur ke-intelectual-an. Disitu saya terjah pasaran dengan rombakan pada fesyen melayu pada tahap yang ekstrem serta menyegarkan!. Tahun demi tahun saya mengecapi kejayaan serta kepuasan yang optima. Berderet anak melayu kini memasuki institusi pengajian tinggi serta mengambil jurusan fesyen hanya kerna mahu menjadi RIZALMAN. Saya mampu menarik nafas lega kerana bukan sahaja industri ini dikocak oleh saya ke arah yang lebih fashion forward, malah anak2 bumiputera kita juga ditanam semangat untuk berjaya walau apa bidang sekalipun diceburi, jika ada minat dan kesungguhan..kita pasti berjaya.

Namun disebalik setiap kejayaan, pasti adanya kawat berduri sepanjang perjalanan. Hasad dengki, cemburu serta tohmahan tidak lari dari menghantui. Tidak dinafikan saya berbangga dengan orang melayu kita yang rata2nya memilih saya sebagai ikon, sebagai petunjuk untuk berjaya di dalam bidang ini (saya sedekahkan selama ini rekaan saya untuk diterjemahkan kembali oleh mereka, atau lebih telus, plagiat.). Tapi saya berpendapat, jika maruah serta fakta sudah dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan saya sudah bankrap, berhutang disana sini, tidak membayar gaji pekerja, sudah menutup perniagaan serta menempah pakaian di butik saya memerlukan puluhan ribu ringgit ditambah lagi dengan mengatakan saya adalah pereka yang paling sombong...ini sudah pastinya menyirap darah saya yang sudah sememangnya tinggi ini (..ini belum lagi diambil kira menghantar 'ilmu halus' untuk menutup periuk nasi saya). Maka saya mengambil medium blog sebagai mahkamah pengadilan. Sudah bertahun saya berdiam diri dengan fitnah serta sogokan ini, tapi apabila ianya sendiri sampai ke telinga ini..saya tidak mampu lagi bertahan. Sayu rasanya kerana kadang2 apa yang telah saya curahkan kepada masyarakat (ilmu serta naiktaraf fesyen melayu kepada tahap yang sepatutnya.., tidak dihargai). Malah saya dipermalukan sebegini rupa. Tidak ingatkah mereka siapa yang telah memperkenalkan kembali kebaya pendek renda, pemakaian korset, kurung berbelah di tepi, kebaya beriben di pinggang, batik mega mendung, kaftan serta banyak lagi...sehingga mereka sendiri mendapat keuntungan dengan menciplak ide tersebut bagi kepentingan sendiri?? Paling mulia mereka sepatutnya berterimakasih, dan bukannya berpaling dan menikam saya dari belakang. Maka dengan itu saya rasa harus mempertahankan diri serta membersihkan kembali nama ini yang sudah tercemar. 'rizalman' belum lagi terkubur..tapi 'rizalman' adalah suatu nama yang terbentuk dari sifat yang penuh kekentalan.

Blog ini adalah cermin saya. Blog ini tidak akan menipu anda.Blog ini adalah terjemahan saya. Saya juga berkali mengatakan kepada diri saya sendiri bahawa 'if you not good,people will never talk about you,but if you are..be proud'. malah saya pinjam dari mendiang Yves Saint Laurent..'you are not a good designer,if others do not copy'. Maka dengan kesempatan ini..ingin saya war2kan kepada mereka2 yang selama ini terhasut pada hasutan yang lebih berbahaya daripada wabak selsema BABI!(sila sebut babi berkali2), kini..'rizalman' lebih teguh dari biasa..lebih kukuh dari sebelumnya.. Dengan penantian terhadap pembukaan butik serta Wisma Rizalman yang akan dibuka tidak lama lagi (bernilai hampir 2 juta)..moga2 akan melenyapkan segala prasangka serta dengki khianat manusia. Saya berjanji,akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan baru amnya,serta pelanggan yang telah sekian lama ini menyokong saya..khasnya. InyaALLAH... Maaf entry kali ini tiada unsur kelakar. Saya tengah beremosi.







terimakasih buat Zahita kerana telah sudi meminjamkan gambarnya.(tidak seperti model2 melayu lain yang sanggup menyaman saya). Pergghh!

99 comments:

khatijah said...

apa dah jadi tuan designer...ni sure ada angin, kalau tak takan pokok bergoyang. bykkan bersabar. Allah Maha Kaya. Semua perbuatan ada balasannya..Semoga terus berjaya..

daydeck86 said...

sabor jer ler bro.......

ms. diya said...

abaikan mereka. yang penting niat kita. teruskan perjalananmu wahai rizalman..

wow, wisma rizalman! i'm proud of u, wakil bangsaku.. ;)

myra_miracle said...

gud luck Rizalman.. U're the best Malaysian designer ever.. Bangga sebab salah sorg ex UiTM berjaya ke peringkat tertinggi.

Segenit Puteri Bunian said...

hayo..designer pun kena mandrem jugak ke..kira betul la kata² YSL tuh.

:: vErde+hAzizi :: said...

chill dude...
its part n parcel life ;D

perghhh sape model yg nak saman u tu?!?! sangatttt nak tau!
ape die dah level supermodel sangat kahhhh ;p
die dah berbuddy2 ngan tyra, iman, eva, cindy, adrina, gisele sangat keeee?!?!?!

rizalman atelier said...

oh verde! i to jwp this and i hv to salute you!! that is so true! berbuddy tu takpe lah jgk,ni muka tu..sama ke dgn giselle yang penting?? haha!..kepala lutut tyra bank pun tak lepas! Thats why i tak involve sgt dah fashion show or whatsoever..its getting bitchier till it hurts. And i hardly coming out wit new designs on media jst to prevent frm copied. anyway sory abt the chanel bidding thingy.

Filla ~ Kasih Aleeya said...

i'm so proud of you..fedulik lah aper org kata..mulut jahat tu sebenarnya hasad dengki..suker blog rizalman yg comel..anak yg comel..sumerlah!!! go rizalman we love u!!!!

All about my Life... said...

erm..byk kan bersabar ye...biasalah..bila kita dah berjaya..ada jer yang tak puas hati..mereka suka tengok kita jatuh..mereka hanya nak tunggu gelak kat kita..so, hope u kena kuat semangat..jgn kisah apa org nak kata..yg penting..be urself..n teruskan usaha..InsyaALLAH..kita ada Allah s.w.t..yakin n jgn lupa pada DIA..be strong bro..;)
Anyway..tahniah atas kejayaan u..

::@FiQ said...
This comment has been removed by the author.
::@FiQ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
LiLa said...

Mr. Designer,

Kejayaan selalunya akan datang pada mereka yang betul2 berusaha dan bertawakal padaNya. Dan Rizalman, anda telah membuktikannya! Pasti halangan yang ini juga akan dapat anda hadapi. Take Care!

xoxo

snowiffy said...

pembetulan..namanya zanita wilson , typo error tu . nnt zanita kecik ati pulak...ish karut la local model ni ek nk saman2 da tahap dewa sgt ke diaorg tu?!?!?!

ira abadi said...

you go mr. rizalman! pedulikan mereka yang 'tarik-tarik' untuk menjatuhkan kita, pedulikan kata-kata mereka kerana ia tidak menjadi kudis bagi kita. jangan simpan dalam hati kerana lama-lama dipendam jiwa kita akan mati. percayalah, satu hari mereka akan penat dan berlalu pergi..

dan saya berbangga kerana belajar di 'sekolah' yang sama dengan en. rizalman walau lain pengkhususan tapi saya juga buktikan bahawa anak didik MARA juga boleh berjaya!

Nor said...

Salam Tuan Haji -

inilah namanya WARNA2 kehidupan.i amat yakin, you sudah terlalu matang nak deal dgn isu2 PHD bangsa sendiri (plus bangsa lain). I selalu ingat pesan my mak, biar orang buat kita, jgn kita buat orang . sbb saperlah kita utk membalas,itu kerja ALLAH.Selalu ingat, kita ada agama,ada TUHAN YANG MAHA MENDENGAR, yang akan selalu dengar keluhkesah hamba nya....Percayalah, ALLAH uji you sbb ALLAH tahu kekuatan & kelemahan you..ALLAH MAHA ADIL, takan sekali ALLAH uji melainkan ALLAH tahu you mampu tanggung semua ujian itu. ..ALLAH sayangkan you,that's y ALLAH uji you.ALLAH nak dengar suara you berdoa...merayu2 mintak tolong. Pertolongan ALLAH itu selalunya dtg bila you dah mula berputus asa. Doa i semoga you diberikan hati yang tabah,iman yang mantap utk berdepan dgn semua ujian.Ingat, kalau kita buat baik/jahat, sama ada kecik/besar TETAP akan ada balasannya. Kalau bukan balasannya didunia, jumpalah diakhirat nanti. Selalunya berniat utk melakukan kebaikkan & berusaha melakukan yang terbaik.Selebihnya you bertawakkal kpd ALLAH. Wallahualam....

suzzee said...

you're a true talent. an original. i believe in you and i'll always support you no matter what.

Tun Teja said...

Dear Rizalman,

I've been your fan for ages!!! But of course, can't really afford your pieces. Maybe someday... Insyaallah.

Anyway, I'm proud of your achievements and I'm sure the best is yet to come.

If it doesn't kill you, it will only make you stronger.

Keep making beautiful clothes! I heart Rizalman!

Tun Teja

Lil' Sue said...

All the best bro...eventho I din know much about fashion..n sumtimes I dun even know how fashion myself...hahhaha..but I do believe that you are TALENTED.N you have become yourself today because of your own effort. Dont stop,Malaysia need people like you to bring local gestures to the eyes of the world..

Ganbatte Kudasai!!!! (^__^)

Princess Creations said...

o0ohhh...
rizalman bukannya designer yang sombong.
rizalman sangaaaaattt bessttt!
i enjoy practical at rizalman's boutique for 5months.=)

*omg! rumah oren jadi wisma rizalman..?*

rara said...

all the best!

deloress said...

Encik Rizalman

Alhamdulillah.. di atas usaha u and semangat kental & tidak berputus asa.. u sampai ke tahap ini... harap² u tidak sombong + bongkak + eksen walaupun u dah mampu berdiri di tahap begini (wisma sendiri tuu.. perghh *salute*)..

syukur pada Allah ... Im so proud of u..

pSst.. org² kebanyakan mcm i ni.. boleh afford ke busana² u Incik Rizalman ? ;)

rose said...

tahniah utk pencapaian tuan designer..hehehe..xper, byk kan sabar dan doa..semua tu ujian dr Tuhan..between, sukee sgt tgkk design u..bilee laaa dpt pakai baju rekaan u nii..hehhhe..

Malaywood said...

jealous and envious.

hang on.not jealous.jealous is not good.

yeah.i envy you.

wisma rizalman?

that is so amazing.15 years and wisma rizalman,

MAN, i am so proud of you.

Youre doing really well.
and i mean it.

YOU LIVE.

P/S : would love to get one of your pieces one day.esp if you have to chance to do for high street collection.
like RIZALMAN for TOPMAN or RIZALMAN for H&M or RIZALMAN for ZARA.

X

irdawatys said...

Hi Mr. Designer :-)

banyakkan bersabar yer....Allah swt sentiasa bersama dgn mereka2 yg teraniaya....

perrgghh Wisma Rizalman tu..vangga giller sbb bangsa i berjaya sampai ke tahap ni..congrats ya...

teringin giller pakai ur design for my wedding......tercapai kah impian i ni ek...hahahhah kena gigih kumpul duit ni.......doa kan i ek... :-) amin....

salam kt umar....so cute anak u tu...

-watie

afdni said...

incik rizalman..
jgn emo yer..DIA tahu per nak buat tuk org2 yg JAHAT nie..nway u're d best bro!!!

KaY FaiZaL said...

wah.......! sungguh kagumku rasa....

KV said...

tahniah!! Moga makin maju.

Suzie said...

walaupun secara peribadi mmg sy tidak mampu memakai rekaan rizalman tp sy sgt hargai kreativiti rizalman sbb mmg tak dinafikan menjadi perintis.

byk baju kat magazines kalo ada design rizalman mmg sy kagum.u r totally different from others.*clap*

Suraya Hani said...

sabar jelar RI .. sesungguhnya setiap ape yg berlaku ade hikmahnya... ingatlah Allah maha mengetahui atas segalanya...

Really 3x proud 4 da opening of "Wisma Rizalman".. keep on success !!!...

Suraya Hani said...

Sabar ajelah RI... setiap yg berlaku ade hikmahnya.. sesungguhnya ALLAH maha mengetahui... kami sentiasa menyokong RI... Congratulation 4 da opening of "Wisma Rizalman".. keep on Success dude!!!

Hani said...

Bersabarlah RI.. sesungguhnya Allah maha mengetahui... setiap yg berlaku ade hikmahnya... Congrat 4 da opening of "Wisma Rizalman".. keep on success dude !!..

Khairulius said...

I luv the quotes

1- if you not good,people will never talk about you,but if you are..be proud

2- 'you are not a good designer,if others do not copy"

so Rizalman...u should be proud!!!

naza said...

Salam abang designer,

Bawak2lah bersabar. Dalam kehidupan ni macam2 nak kena rasa. Tapi saya percaya abang cukup kuat dan tabah untuk melaluinya.

Dugaan datang dalam pelbagai bentuk kan? Kalau org yang ternama, gini rupanya. Kalau orang biasa2, lain pulak caranya. Setiap manusia tu ada dugaannya masing-masing. Yang penting, cara nak handle :).

Teruskan berkarya dan saya doakan agar sentiasa sukses dan dirahmati Allah.

||alis|| said...

percaya dan yakin dunia ini bulat ya tuan haji..

ada rezeki umar dan staff2 haji tuh..

doa, tawakkal...

insyaallah... doa org teraniaya tidak akan terhijab depan Yg Esa

;)

Liyana said...

Saya bukan fashionista, belum mampu juga memakai pakaian designer. Tapi sudah mengenali Rizalman dari jauh sejak zaman lepasan ITM (belum UiTM ketika itu). Masa tak ramai anak Melayu dalam dunia fesyen tanahair. Mak saya yang duduk kampung pun kenal Rizalman (dia suri rumah, tapi ayah selalu belikan majalah wanita setiap bulan). Life is a roller coster. Enjoy the ride.
p/s: Oh, tiba-tiba teringat Rizalman zaman pakai spec frame besar..hehe

Umihannie said...

sape yg jahat sgt hitam hatinya tu?
gamp%#%$^#%$ betul....
sabarlah...Tuhan bersama orang-orang yang sabar.
yang jahat tuh pasti akan kene langgar lori...takpun kereta dia baru beli kene seret dgn lori sampah.

AmyMizzunderstood said...

Gud luck Rizalman...semoga terus success..coa before this i heard sumthing not nice bout u too..but..ade aku kesah??Rizalman tetap no.1!
cayookk!

nanimastura said...

salam bro,

sabar la..ada sesetengah makhluk Allah tu tak senang kalau tengok orang senang...pedulikan apa orang kata asalkan kita tahu apa yang kita buat..

apa2 pun, all the best..bcoz u r already the best bro...i'm proud to have a successful malay like u..

nanimastura said...

salam bro,

sabar la...kekadang tu memang ada makhluk Allah yang tak senang bila tengok orang lain senang..pedulikan diorang, asalkan kita tahu apa yang kita buat...

apa2 pun, all the best...bcoz u r already the best bro...and i proud to have a successful malay like u in this industry...

era zainal said...

suspend giler bace tajuk post u, newey dun worry,
we'll always support u, bekerja dgn org ramai memang mencabar, susah nak puaskan hati semua org, perasaan hasat dengki, cemburu, busuk hati, semua tue la, kite tak boleh halang. orang yang tabur pasir dlm periuk nasi org lain xkan lepas di akhirat nanti !

the anThropologist said...

That's the spirit En Rizalman. I think I should invite you to give a talk to my students. Students nowadays are daymn lazy and tada arah tujuan!! :D

eyda said...

Walau pun post kalini bukan post kelakar, tapi saya terketawa jugak bila baca selsema babi( dan bila u suruh sebut BABI berkali-kali)..hehehe...tengah beremosi pun still kelakar lah you ni...

ape pun i tetap kagum ngan U, and kadang2 berangan, bestnye kalau boleh berjaya cam rizalman..achewah...

.fatin nabila. said...

go go rizalman. uitm uitm. :)

xseronok idup if orang xjeles.

bila org jeles, ok, proud. :)

tia said...

uitm kampus melaka diserang h1n1..takut!

dana said...

hi....
saya selalu jd pembaca je kt blog u nih...
tp hari ni rasa nk tinggalkan komen...

doa saya moga rizalman terus sukses.... jadikan semua fitnah tuh sebagai cabaran

RoSe_ViOleTE said...

salam...

sy hanyalah insan biasa yg hnya mampu mengungkap kata2 kesabaran...
~~sabar yea~~

gambate oo!!
aja2 fighting!!

moga en.Rizalman terus berjaya...

rizalman atelier said...

Ya Allah...! tak sangka saya terdapat ramainya mereka yang menyayangi lebih dari yang membenci..menitis airmata saya(betul ni) membaca kata2 uoll yang cukup menjadi penawar;that sounds so ikhlas. Moga malaikat turut meng aminkan doa kalian. one quote from my friend that i should share wit u guys after he read the entry- "rizalman..often copied and imitate but never can be duplicate" how sweet.

Nor said...

Salam -

Tuan Haji, now u can smile....be strong k...

loveedxanna said...

mr rizalman,datuk saya selalu pesan.
dugaan tu sentiasa ada dalam setiap perniagaan.semakin banyak dugaan yang diterima,sebenarnya akan lebih banyak rezeki yang Allah kurniakan.

semoga terus maju jaya!

p/s-tlg designkan baju untuk azwan ali.kesian die.

AhmadFaiz said...

terus teguh n bertahan bro..
Allah will bless u
Allah will help people yg di zalimi..
sesunguhnya tiada sape yg faham dengan ape yg kita mahu kecuali diri kita sendir..
so keep it up bro..
xperlu pikirkan tohmahan orang lain
ok

from
Faiz
Love D'heart Wedding Planner

~*sofiah shahuddin*~ said...

mr. rizalman,

"maaf tiada unsur kelakar dalam entry kali ini"? yang "(sebut babi berkali-kali)" tu pun dah buat i gelak kuat-kuat. hahahahaha

u are the one and only. persetankan mereka-mereka yang jealous itu.

bubbles said...

Hi Rizalman,

I've come into a conclusion that, in this world, there's an immortal species that hates to see other peoples' success.
Even in my business line, this kind of people will try so hard to pull u to the ground and hope for your failure.
Jenis org yg tak senang tgk org senang, suka menyebok hal org & perasan mcm diri dia tu bagus sgt, padahal mcm hampeh!

I've been thru this situation. And it will never end. We'll come across this same stupid problem from time to time..
To me, this kind of people won't go far. Like what my hubbs tell me: biarkan lah apa org nak cakap pasal kita, satu hari nanti kebenaran akan timbul jgk,
And pada masa tu nanti, org akan tau jugak siapa yg betul, siapa yg salah, siapa yg baik, siapa yg jahat. And, org yg buat kita tu akan terima balik apa yg dia buat pd kita.

And guess what? Allah maha kaya. Mmg the person that talked bad romurs abt me terkena balik kat batang idong dia exactly what she talks abt me!
God is great, rizalman. But we need patience, a lot of patience to go thru the process of 'pekak kan telinga' tu!! It hurts, upsetting & annoying rite?

Tapi kan, yg sedihnya, golongan org yg mcm ni (tak senang tgk org senang), bukannya bangsa lain tapi bangsa kita sendiri! *sighhh*...

Congrats on your great achievement. Bukannya byk melayu yg kuat utk compete dlm business line yg dimonopoli oleh chinese people..
Keep up the good work.

makcik rokiah said...

jangan lupa..bile ade 10 orang yang menyukai kita .. akan ada 10 orang lagi yang membenci..

macamana nak menghadapi 10 orang itu? biarkan mereka sebab kita bukan malaikat yang boleh mengembirakan semua pihak...

go rizalman go...!!

caramel said...

once a diamond alwiz a diamond....irregardless what people say about u or against u

ameeza77 said...

bersabar n banyak2 berdoa, Allah pelihara mereka yang teraniaya ....

Ana Joe said...

From the bottom of my heart, Rizalman is entitled for a Datukship because you have done so much for the industry and for the country. You are the Siti in fashion. Your designs are classy and elegant, which are rare in our land. "If you have the lyrics, it doesn't mean that you can sing" -- by looking at your designs in the magazines, it doesn't mean that they can produce a Rizalman. Congratulations on your achievement and by reading your writings I think I know what kind of person you are -- A kind hearted being, that is.

Abdul said...

Well done my friend

NuRuLeRnAdEwI said...

You go bro!~ teruskan perjuangan!~ Take care...

Nor Baizura Hj Abu Bakar said...

Salam Rizalman,
kita takkan dapat menutup mulut orang, tapi adakalanyakita perlukan orang lain untuk menutup mulut dan niat jahat mereka.
Anda perlu teruskan niat untuk membawa mereka ini ke muka pengadilan demi untuk menjaga maruah anda supaya tidak dipijak2 sewenangnya.
Bkan untuk mendabik dada, cuma rasanya mereka ini perlu diberi pelajaran agar tidak ambil mudah perasaan dan jerih perih orang lain.
Walaupun hanya segelintir yang menyokong dan banyak yang mengeji (vice versa), saya yakin, jika kita bekerja kerana ALLAH SWT, Insyaallah rezeki kita tetap ada, kerana yang empunya rezeki hanyalah ALLAH bukan mereka dan mereka yang penuh dengan sifat PHD.
teruskan usaha anda. kami pengemar anda akan terus menyokong anda.

BeMiE said...

ermm camni laaa rizalman.. saya pun merupaka seorng ahli perniagaan.. memang tak dapat dinafikan kesulitan apatah lagijadik org yg terawal... pada saya pedulikan apa org lain nak kata walaupun kadang2 leh buat kiter moral down.. ataupun dalam bahasa kasar.. pegi gasak la ngan korang yg cakap bukan2 tu.. kiter tau apa yg kiter buat. ini bidang kiter.. sekira nya kita ikhlas dan terus berusaha.. insyallah hasilnya akan nampak kelak.. saya merupakan salah seorang dari peniaga bumiputera yg suka melihat bangsanya sendiri maju.... kepada sesiapa yg hasat dengki dan tak puas ati tu..renung2kan lah.. apa yg awak dapt.. jealous?.. sebenrnya jealous ni bagus sekiranya di fikirkan dengan cara yg betul maksud saya positif.. kalau nampak org lain maju mengapa nak dengki dgn cerita yg bukan2 lebih2 lagi bomoh membomoh ni... cuba la bila tengok org lain maju.. tanya ngan org tu camner leh maju/berjaya atau fikir apa kurangnya kiter.. bersaing la dengan sihat.. jgn laa jadi BODOH.. apa2 pun saya tetap meyokong anda rizalman...

SEmoga berjaya.. dan buktikan kepada musuh2 u tu.. yg u tak gentar dan tetap berdiri sebagai seorang wira...

p/s nyaris beli your 3 series... kekek

Afeeqa said...

melayu mmg suka tutup periuk kaum & bangsa sendiri. otak mereka masih xmaju. dorg masih xberani nk bersaing secara sehat!

mmg rmi yg menyayangi dari membenci sebenarnya. so, u just smile if dorg nk mengata u ke hapew. dorg dpt dosa, u plak bertambah2 pahalanya. :)

zai said...

Don't worry.. I'll always be your number one fan! Kuatkan semangat!!

nurlys said...

hmm...byk2 la bersbar..yg ptg kt tau ape yag kita wat..
'nyway alwayz wish u all da bes..

nurlys said...

hmm...byk2 la bersbar..yg ptg kt tau ape yag kita wat..
'nyway alwayz wish u all da bes..

azieazah said...

Saya sebagai insan biasa, jauh dari kelompok artis, tp tahu juga sikit sebanyak dunia artis yg penuh cabaran..

Saya tak pandai mengulas, tetapi sebagai seorang insan (Muslim) berbangga dengan seorang RIZALMAN.

*lain kali kalu nampak Kak AZIE kuar masuk di ofis tu tegur sapa gak ekk... kita nak tegur awak pun tak pernah lak nampak. Harap2 terus maja jaya..

Mel said...

i tabik spring kat you rizalman, nama you mmg besar...i tabik lagik sebab menaikan nama orang melayu.Congrats to you and may Allah bless you alwayz

Mary said...

I have been your ardent fan. I adore the dresses you design, much more its intricacy. Your forte has always been your attention to detail. Less is always more to you. For that, you deserve every credits given to you.

You had also made me - an average looking girl - a dazzling princess both on my akad and wedding nights. For that, I forever thankful to you.

But, and please don't take this in a wrong way, diplomacy is a foreign concept to you. I am not surprised if you receive unfavorable comments in so far as your disposition is concerned.

Like any other successful lawyers, doctors, artists, designers will attest to the fact that diplomacy is of paramount importance if you want to excel.

Perception can be wrong but reputation must be gained, Rizalman. Think about it.

Arief halim said...

It's okay sabar2...itulah kehidupan. I believe that you can get what you want in the future..and pics Zahnita tue looking "great" & "gorgeous" Congratulation..=)

i.am.belle said...

syabas dan tahniah pada Rizalman the one & only. wah! belle happy dengar Rizalman dah ada WISMA sendiri :}


MELAYU memang BOLEH!

Orked said...

dear mr rizalman, always do have faith in whatever u do..may allah bless you and your career always. make others of the malaysian proud with what you will bring the industry to.....me myself will always pray for your success, insyaallah...amin

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

everyday passing by 'zahita'... :D

genny da bomb said...

salam..rewang2 skali jumpa blog awak..nice blog n ur stories pun tak boring nk baca..keep it up..

wow!fabulousity!mcm Kimora lah! heheh

abaikan saja cakap2 org..the truth always win!

.::amissa::. said...

firstly..congratz wif opening wisma Rizalman..congratz yea...proud of you..
bout org yg x senang hati ngan kerjaya you tue, just leave it..tak menjejaskan lgsung reputasi you sbgai famous designer in m`sia nie..ramai lg org yang masih menghargai kerjaya you,titik peluh you selama nie dan sentiasa mahu kan yg terbaik daripada you..dun worry..be chill..
we love you..& i percaya you sentiasa tabah untuk menghadapi dugaan dariNya..
gud luck~

lowfan78 said...

me...proud to be UITM product!!keep it up bro...i'm support you.

aina_amirah said...

sedih bila baca entry abg rizalman kali ni..da lama tak bukak blog ni..usually bila buka ada aje cerita kelakar yg tak kering gusi..tup2 kali ni beremosi..tabahkan hati cekalkan diri..manusia tak lepas dari perasaan hasad dengki yang maha keji..kena pekakkan telinga janji keje kita jalan..:)cayo2 abg rizalman!!~

The Writer said...

Salam...

Abg Rizalman, I've been following your work, your life and your blog for quite sometime (p/s I'm not a stalker >_< ) and I have to say that you do really shape up the fashion industry. Your contributions towards the industry is enormous and I applaud your for being able to bring fresh views and giving new life to certain element in fashion.

Eventhough I'm just a young lad steering away from the fashion industry due to my incapability to draw nicely, I've always follow the industry especially "what's next?" among malay designers especially Rizalman.

Thank you for being my role model both professionally in your work and personally especially being a "baba" towards Umar (^O^) and thank you for being just Rizalman in creative driven industry...

In the end, be strong and Allah will always be with His servants...
Salam...

Abrahyn said...

i totally agree with your fren "rizalman..often copied and imitate but never can be duplicate"...u never can be duplicated even designer muncul mcm cendawan lps hujan...kalau i byk duit sure i dah buat baju dengan u...

btw, the moment you took Umar as your kid, i dah tau kemurnian hati you...biasela orang melayu nih, kalau bab PHD tu mmg NO. 1...bisnes husband i penah kena mandrem sampai dia balik pun dah tak kenal i...:( banyakkan berdoa dan amalkan ayat kursi ye...insyaAllah...

u have my 100% support dude...:D

Kak Naz said...

Salam Rizalman...
Moga dirahmati Allah sentiasa.

Yakinlah.. Allah bersama orang yang taat kepadaNya..

Moga namamu terpahat kukuh dipersada fesyen dunia... Aaamin..

eiffa akmal said...

first and foremost-APPLAUSE for such a good work..especially for Malays..susah nak jumpa Malay designer yg kuat semangat like u..(ada tapi rare..sigh..) if i'm not mistaken u are from kuala kangsar rite? lagi bangga org kg becomes famous with such beautiful arts..keep up designing and creating pretty clothes..boleh jadi inspiration ni..hehhe..

rizalman atelier said...

cik eiffa oi.. cek mai dari penang la..yang kola kangsar tu radzwan radziwill la cek..

eiffa akmal said...

hahah..sowwii ya cek...terconfuse sekejap naa..jgn marah naa..apa2 pun, all the best..may Allah bless u in whatever good deeds that u do ye..chaiyok!!

zetck said...

UiTM di hatiku..

i heart Rizalman.

dulik sama pendurjana itu semua..

Si Anggerik said...

rizalman! i heart u~ u r truly an inspiration. glad dat i found this blog. all da best in wuteva u plan.

Jezmine Blossom said...

Hi Rizalman, that was a really great post, and yes, working in the fashion scene, sometimes international models are better to deal with. Hari tu i wanted to use your baju for Marie Claire Malaysia, tp u pg umrah... just keep the semangat going. Bitter people akan buat anything to make u unhappy, so jangan bagi tu kat diaorg.. Buat tak tahu, and happy... lagi diaorg sakit hati...

Nor said...

Salam -

Tuan Haji...bz tahap dewa k? atau still bertapa ?...

era zainal said...

org kalau dah ade perasaan busuk hati tue, mmg willing to do anything asalkan orang yang di mandrem tue merana

Lil^GriZzLe A said...

Rizalman The Fabulous. Sama macam macam Alexander The Great.

Kamu warrior dalam bidang fashion. Apa jadi industri fesyen Malaysia kalau rizalman merajuk? haish.

Keep da fabulos work dude :)

sayalahfaizul said...

sir, keep it up. i'm not a big fashion fan, but i really admire your achievement... sabarkan hati... teguhkan semangat. banggakan anak-anak melayu...

you rock, sir!!!

bulan said...

Good luck... semoga tercapai segala impian. Suka baca your writing and I boleh jadikan semangat untuk majukan diri mcm u... tp dlm bidang yg lain.
Tak ramai yg kreatif macam u and I really2 admire person yang selalu think out of the box...
Semoga terus berjaya!

nonieUzaine said...

suke your design....tapi x mampu...so tgk dalam mag aje lah...

nur said...

may Allah bless u....be da best amaomg da best,k!!!!!!!!cayo!cayo!

Invisible_authoR said...

so proud & wish u all da best in ur life.
alaaa, model kmpung murahan je yg sbok nk saman menyaman ni. desperade nk cr duit cepat.

Jay Ismail said...

u merupakan kebanggaan malaysia !


jay

hanna said...

hai rizalman....i nak recoment kn my mom 4 rancangan tangkap muat...coz my mom kalau keluar jalan die dressup simple....i hope u can help my mom....

MADABIKAS said...

salam... biasalah tu saudara sat bangsa tu kalau tak menipu tak dikenali sebagai bangsa tu, bangsa melayu kalau tak dengki tak dikenali sebagai bangsa melayu...orang juai cucoq pisang pun ada org dengki, ni kan pula beniaga besaq2 punya....kalau main sihir biasa la, banyakkan solat dan doa....

MADABIKAS said...

salam... biasalah tu saudara sat bangsa tu kalau tak menipu tak dikenali sebagai bangsa tu, bangsa melayu kalau tak dengki tak dikenali sebagai bangsa melayu...orang juai cucoq pisang pun ada org dengki, ni kan pula beniaga besaq2 punya....kalau main sihir biasa la, banyakkan solat dan doa....

FAIZAL said...

Hi Rizalman,

Just perjuangkan apa yang anda percaya, teruskan berusaha demi maruah bangsa kita di bumi tercinta.

Terus dan tegapkan semangatmu menjadi Usahawan terbilang Muslim..

cik puan besar said...

people perceptions are always hard to predict ,in the end it is how we handle it ,and i can see (along with others who look at you with heart & mind) that you are more than meets the eyes...encik sudah pun melalui pelbagai pahit manis ,susah dan senang dengan penuh kesabaran untuk sampai ke tahap encik sekarang...dan saya percaya kisah encik ini bisa menjadi sumber inspirasi bukan saja kepada mereka yang ingin mengceburi dalam bidang fesyen tetapi juga dalam apa jua bidang supaya tidak berputus asa dan sentiasa berusaha...

doa daripada kami untuk encik untuk sentiasa sukses dan gembira~keep it up!:-)

theotherstorytotell said...

there is no one can design like yours. simple,elegent. i love u. keep up!!!!!:)