kenapa saya rasa macam terkejar2 sangat sekarang ni?? masa berjalan begitu cepat,kerja bertimbun! suspen,terburu2,cemas..rasa macam lakonan dato sarimah dalam filem 'detik 12 malam' pulak. Rupanya..,hidup ibarat suatu profession. Kerja yang tak habis2,sibuk yang tak menentu. Apatah lagi anda berkerjaya seperti saya ni.. mengalahkan kak wirda Glam,sibuknya. sebagai bapa tunggal kepada budak kecik tu,kena tengokkan kerja rumah dia,kena beli seluar sekolah yang dah ketat walaupun hanya baru 5 bulan bersekolah sebab dah gemuk(termasuklah babah dia yang dah naik 5 kilo!dan taknak turun2),nak kena cari hadiah guru2nya lagi sempena hari guru..nak balut hadiah,nak kena beli alat tulisnya yang asyik hilang ja,beli pensil dgn pemadam ibarat beli roti kerapnya..beli pakai kilo.., kena baca yassin sebab periksa dia dah nak dekat,nak kena jerit suruh sembahyang tiap2 waktu..nak kena pujuk waktu dia naik angin,nak kena dengar cerita2 dari guru2 sekolahnya lagi pasal kenakalannya di dalam bilik darjah(Umar pernah tulis nama cikgunya dgn pen marker pada kasut cikgu tersebut,dgn alasan nanti cikgunya tak hilang kasut!/juga pernah menyergah guru besar dari belakang,sebab suka mendengar guru tersebut melatah!)-hasilnya guru2 tersebut diberi hadiah dari babahnya...rasuah hassanah namanya tu. Macamanalah orang yang anak ramai tu ye?. Sebagai ketua rumah pula, barang dapur nak kena isi selalu,pagi2 hari sabtu dah nak kena usung troli ke pasar tani..belacan,keropok,ikan ayam,sayur..kemudian ke giant pula-sabun,ubat gigi,bawang,roti,rempah,hishh! macam2 lagi la.. 'bapak! ini saos tomatonya habis lagi'! (bibik saya jerit kalau sos tomato Umar habis,memang orang indon panggil sos ,saos yer)),time ni lah jugak lampu bilik air yang mentolnya blow..nak kena ganti. decoder astro pun rosak juga,nak kena talipon,complaint.(nasib baik ada faizul). sebagai bos di tempat kerja pulak,nak kena sign cek2 supplier,nak kena sound pekerja yang datang lambat,nak kena siapkan baju2 yang urgent,nak kena check beadwork serta kualiti baju,nak attend client baru dan lama,nak kena tengok drama dalam butik, bila client bawak baju dari designer lain sambil meraung dan menangis..!, mintak tolong alter dress dia sebab tak lawa!(serius! mmg tak lawa sungguh baju dia,kesian client tu), nak jumpak contractor untuk mula start renovation butik baru,nak kena balas emel Suzie dari Glam untuk interview pasal fashion trends,nak kena update dengan beg2 baru di pasaran(ni mmg saja cari pasal untuk sibuk),nak kena attend wedding,buat pr2 sikit..aduh!pengsan!..(sebab tu lah tak leh berenti merokok lagi sampai sekarang,stress!. dan yang terbaru,nak kena update blog ni lagi..sebab followers yang dah semakin banyak ni,rasa macam satu tanggungjawab pulak kan..tq uolls..!
semuanya ini kerana mengejari masa yang hampir tiba..esok,masa untuk berangkat buat kali kelima ke tanah suci..mengerjakan umrah.
pesanan serta kerja2 yang tak sudah harus dipertanggungjawabkan pada orang2 ofis untuk menyelesaikannya..(faizul ikut sekali,jadi segala tempahan kena siap ontime). Umar nak kena disogok dengan mainan supaya tak buat perangai dan nak ikut sekali. Kesian dia, i'm gonna miss u sayang..!
namun semua itu terpadam akibat keterujaan saya untuk kesana. Rasa bertimbun doa yang nak dipinta,seronok kerana boleh mengajar Faizul utuk kali pertama dia melakukan umrah wajibnya,suka sangat. Dari kota paris yang suhunya 0 degrees, ke kota mekah di musim panas sehingga mencecah 43 degrees. Tapi apapun kami pasrah. Yang menjadi intipatinya,adalah ibadah serta rindu yang akan terubat pada Baitullah.. Doa kan kami selamat pergi dan pulang.
Ya ALLAH..syukur alhamdulillah Kau menjemput ku lagi.