Fabulous fc

Thursday, June 7, 2012

TERIMA KASIH...


biar betul???!!! baju Rizalman sudah boleh dibeli di semua cawangan Tesco di seluruh negara! Sudah pasti fenomena ini akan mengocak pelbagai pertanyaan,ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Ada yang bersetuju serta ramai pulak mengeji. Rasionalnya? 

tahun ini saya meraikan pembabitan saya selama 20 tahun di dalam bidang fesyen. Bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak yang terlalu mengingini memiliki baju rekaan saya,sudah pasti anda kini boleh membelinya pada harga yang amat berpatutan. Mengapa tidak saya raikan ulangtahun ini dengan sama2 memberi peluang kepada warga Malaysia dari berbilang bangsa serta peringkat umur yang selama ini menyokong serta membantu  saya di dalam karier hingga sampai ke tahap ini. Telah saya ketepikan segala pendapat yang mengatakan saya berlaku tidak adil untuk meletakkan harga sehelai rekaan sehingga ke harga yang begitu mampu milik, namun pada hakikatnya itulah satu pemberian saya yang paling bermakna sehingga kini. Saya akui bukannya mudah untuk melahirkan rekaan yang begitu 'rizalman' tetapi pada harga yang sedemikian. Tapi berkat kegigihan ini..akhirnya lahirlah 12 jenis rekaan yang memilki unsur-unsur RIZALMAN pada setiap helaian. Jadi pada anda semua yang selama ini kerap 'meniru' stail rekaan saya kerana faktor harga, kini sudah boleh memiliki yang asli.

perlu diingatkan kolaborasi ini hanya akan berlaku sekali sahaja..ini bukannya rangkai pakaian sedia pakai saya tapi adalah satu koleksi himpunan 'collector's item' yang julung2 kali dilakukan. Ianya akan mula dijual pada 7hb julai. Syawal tahun ini saya merasa amat berbesar hati kerana bukan  sahaja dapat meraikan ulangtahun ke 20 tetapi juga dapat merayakan Hari Raya dengan anda semua! Pastikan anda berada di depan pintu Tesco yang berdekatan untuk memilikinya.


p/s: now everyone can wear Rizalman!


Monday, May 7, 2012

Tuesday, September 13, 2011

sewaktu kau ku tinggalkan

let me tell you guys one thing....i am terribly BUSY!!!!!!..., so kalau tak muncul lama tu maknanya memang tengah bersilat dengan kerja yang bertimbun ni..kejap jadik designer baju, kejap jadik tukang buat rumah, kejap buat kerja kahwin...macam-macam!

Jadi untuk tidak mengeciwakan para pembaca..so i leave behind some feast to your eyes. Dua buah majalah dekor yang ada rumah i (untuk mereka yang tak sempat saya jemput ke rumah untuk berhari raya..jadilah belilah majalah2 sambil berangan anda berada di rumah saya sambil makan kuih2 raya). Cepat! they might run out of copies..maklumlah.

Secondly.., video highlights from the recent fashion show (pun untuk mereka yang tak terjemput jugak). So enjoy guys!!

I nak pergi sambung buat kerja.














p/s: relevan ke lagi pertandingan ratu cantik pada abad sekarang?? (tiba-tiba statement camtu).

Monday, August 15, 2011

berzakat ilmu
















sila ambil perhatian! fesyen skirt kain net tingkat2 dah berlalu..silalah cuba idea yang baru
p/s: mood gambar sengaja begini..agar sukar diterjemahkan.

Saturday, August 13, 2011

sembilan

sembilan tahun bukan satu masa yang singkat.... dah besar dah budak ni! pejam celik,pejam celik..tak lama lagi dah nak kahwin...haha! (nampak sangat babah dia tak sabar nak buat baju pengantin untuk menantu)

Umar..babah ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran..doa babah agar Umar akan menjadi anak yang soleh, dilimpahi hidayah dan keberkatan dari Allah s.w.t senantiasa.

Amin.


p/s: Umar selalu tanya bila dia nak ada adik... GULP!

Saturday, August 6, 2011

Friday, July 8, 2011

pengumuman! pengumuman!



fuhh!! korang kalau pasal mengata..memang suka kan??. setelah di amati dan dikira ke-lahar-an mulut masing2, penyertaan kini ditutup dan keputusannya sebanyak 8 orang blogger telah terpilih untuk menghadiri peragaan fesyen nanti. Pemenang-pemenang, sila hubungi Sabariah/ Deena di talian 03-21416149 bagi tujuan rsvp. See u guys soon!

para pemenang:

1. rilla
2.baaqiyghazali
3.shareh
4.lakebuyan
5.balqisilhan
6.emmil's mummy
7.hatim a.r (ada lagi muka mamat ni)
8.mia zara


p/s: bagi mereka yang tak menang untuk tahun ini...cuba lagi (mungkin anda juga patut mula meniru kelaharan mulut para pemenang)