Fabulous fc

Wednesday, January 20, 2010

ALAT MENCANTIKKAN RUMAHHH!!!! (sila baca dalam nada Doraemon pleasee!)

Wahai pembaca sekelian, Rizalman dah timbul ni...(ramai sekali yang menghantar mesej supaya dipercepatkan entry terbaru). Ada yang menyeru yang sampai bunyinya macam seniwati Normadiah panggil ikan kaloi dalam cite bawang putih bawang merah. Kadang2, yang meletihkan ni sebab nak upload gambar2 yang berzaman ambil masanya..lebih2 lagi masa tu lah rasa nak terberak terkencing..tension!. Anyway... post kali ni saya nak tunjukkan segala penat lelah merantau satu Malaysia dengan satu tujuan..mencantikkan rumah2 di negara ini yang amat nazak sekali keadaannya! Setelah semua pemenang2 Deko3 Celcom diumumkan, saya telah pergi ke seluruh Malysia dan menjadi Doraemon untuk melaksanakan tugas ini. Bukan senang tau, dahlah jauh.. sesat lagi.. menahan supaya tidak buang air di rumah mereka(atas sebab2 tertentu)..malah terpaksa pula menyiapkan setiap rumah itu dalam masa kurang daripada 6 jam. Banyaklah juga pengalaman yang saya kutip dengan kerenah manusia ni sepanjang terlibat dalam program ini..macam2! tak tercerita..

Tapi ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak2 terimakasih kepada keluarga 'angkat' saya di trengganu, kerana telah melayan saya dengan cukup terhormat dan memberi makan serta hadiah2 untuk dibawa pulang!. Satu perkara yang tidak akan lupa bila makcik tu dengan tulus ikhlasnye cakap kat saya-
"makcik tak kisah ni semua, Celcom nak bagi hadiah ni ke,apa ke..tapi yang penting Rizalmang (makcik ni orang trengganu oi..) datang dan makan kat rumah makcik".

jadi dibawah ini saya paparkan rumah2 yang telah didoraemonkan..

 " Alat untuk mencantikkan rumahhh"!!! TTINGG!!

parit jayus,batu pahat






ttinggg!!!





semerah,batu pahat





ttiinnggg!







taman dato' harun, petaling jaya





tinnngg!!!








beserah,kuantan






tttinnnnggg!










kemaman, terengganu




tttiiinnnggg!!!








bentong,pahang




tttiiinngg!!!










yan, kedah



tttiiinngg!!!






kesemuanya, 10 rumah.. dua rumah dah dipaparkan sebelum ini..so tinggal 8 rumah je.. tu pun satu  rumah lagi terdelete.. Tapi apa yang penting satu pengajaran yang pasti disini ialah saya amat bersyukur kerana rumah saya sudah cukup indah dan selesa..(kalau faham maksud saya) alhamdulillah.
 Saya pergi dulu, nak kena jahit baju untuk Butik Puteh... hari pertama bukak je, baju2 kaftan tu licin disapu pelanggan!!

p/s: rasa2 Eric Leong kena carik kerja lain tak? "tutup mata, tutup mata... surprise"!!