nama saya rizalman, rizalman ibrahim. Seorang pereka fesyen yang mempunyai blog yang diberi nama 'fabulousity'. Juga seorang bapa tunggal yang memelihara seorang anak yang bernama Umar Nail (sekadar sedikit flashback untuk mengingati kisah dua beranak ni). Lama sungguh tak melewati laman blog ni kerana bukannya sakit atau demam, maupun merajuk kerana hasil rekaan kian ditiru orang..cuma kesibukkan terlampau akibat rezeki yang mencurah dan kepercayaan pelanggan terhadap barangan asli!
hari ini,waktu ini saya bergagah menaip. Menaip hanya untuk pembaca setia yang menanti bagai menantinya bazar ramadhan bermula. Sekiranya saya tidak mula memberitakan perkembangan terbaru, mungkin kisah hidup ini sudah boleh dibukukan. Terlampau banyak yang nak diceritakan, dikongsi bersama. Semuanya indah.
Tahun ini merupakan tahun yang amat bertuah. Semua yang dirancang,semuanya menjadi. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain, tiada cacat celanya. Gembiranya hati ini tidak terkata. Saya mulakan dengan kisah beberapa bulan yang lalu bilamana saya dijemput menjadi pereka jemputan untuk malam tenun diraja dibawah pengelolaan Yang Amat Mulia Tg. Puan Pahang.
keadaan disebalik tabir ketika menunggu sebelum peragaan bermula.
(m0del semua pakai 6 inch heels, thats why saya nampak pendek!)
tiba2 je rasa malas nak menulis seterusnya.... sebab gambar banyak sangat. Dahlah kena pikir ayat2 power lagi.. so untuk menyebabkan saya tak membuang keringat yang nak disimpan untuk berpuasa esok, maka selepas ini anda semua pandai2lah tengok gambar dan buat ayat sendiri kerana selepas ini hanya gambar serta caption saja. Boleh macamtu?
membuat pelamin pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)
set up untuk dessert buffet table( jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)
persada pertunangan di waktu siang(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa2 ni)
antara barang2 hantaran pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)
antara barang2 hantaran(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)
bertemakan putih dan rona perak(jangan tiru, tak baik bulan2 puasa ni).
boleh pulak taip ayat tu berulang kali?
bergegas pulak buat interior and construction work untuk my client's house dekat bangi
pergi pulak ke jakarta bagi menjadi pengarah seni untuk iklan kosmetik Sri Mawar yang akan muncul di tv tidak lama lagi
sampai pukul 3 pagi tak habis shooting lagi.
berbincang bagi mendapatkan shot terbaik
jangan marah... saya pun masuk sekali dalam iklan tu
seorang sutradara in action
masa ni dah rasa nak tercabut bijik mata tu,sebab dah mengantuk sangat
temankan puan Aniza (pengasas kosmetik Sri Mawar)ni shopping kat Jakarta beli kasut Christian Laboutin yang harganya boleh beli kereta proton saga dua kali bayar je.
masih lagi di Jakarta, urusan membuat kad perkahwinan untuk pelanggan.
dah balik ke kuala lumpur,lepas tu pergi lagi sekali bagi menuntut ilmu dari orang2 jakarta bagaimana nak buat pelamin yang gah macam ni untuk dibuat pada pelangan saya di kuala lumpur nanti
salah satu dekorasi di majlis perkahwinan tersebut
balik ke kuala lumpur sambung kerja buat mekap pengantin
amacam cantik tak kereta baru saya? old school sangat kan? (usah terpedaya)
bersulam pulak kerja mengubah suai rumah pelanggan satu lagi di setiawangsa
hujung minggu tu peragaan fesyen PUTEH. (untuk pengetahuan,semua baju habis dijual sehari selepas peragaan).
tak menangis dibuatnye pereka lain dengar statement ni....
gemuk! gemuk! gemuk!
antara blogger yang hadir
due to popular demand,peragaan terpaksa dibuat dua hari kerana tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang ingin hadir.
sesi raptai untuk lokasi yang kedua.
penganugerah anugerah pereka fesyen terbaik oleh majalah Eh!
bersama pemenang2 anugerah yang lain
fara fauzana juga antara pemenangnya.
pastu mekap pengantin lagi..
jadi disebabkan kesibukkan seorang bapak yang gilakan harta serta mengejar glamer yang tak berkesudahan maka..anak sendiri terbiar
p/s: rizalman: "umar! mari sini babah nak ajar niat untuk puasa..., nawaitu saumaghadin..."
umar: "nawaitu saudi arabia..."
rizalman: " HEI!"
Salam, i really love the hantarans.. Simple yet so elegant.. :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa to you and Umar
that pic in jakarta tuh pelamin kah??!!macam masjid,giler grand.btw macam makin banyak jubah ala-ala puteh skarang nih haha.dah agak dah this would happen kan
ReplyDeleteoh,sehatnye kamu rizalman.lebih sehat dr umar nmpknye,hehe (jgn marah ye)
ReplyDeleteselamat berpuasa~
p/s;jgn tiru,tak baik bulan2 puasa ni ;p
selamat berpuasa rizalman dan umar. nak tanya, umar dh boleh puasa penuh ke atau puasa yang-yuk? pagi2 bukak periuk. hehehe... semoga rizalman berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan dan tahniah di atas segala pencapaian dan kerja keras anda. semoga semuanya baik-baik saja :)
ReplyDeletekahkahkah.. usolli saudi arabia?! memang style woh umar ni. memang terbaik ah rekaan rizalman ni. tabik spring toink2!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteselamat berpuasa.
umar sangat chumel. geram (^_^)
semoga terus maju rizalman..
ReplyDeletesalam ramadhan dan jgn puasa yang2 yok!! hehe..
Salam ramadhan utk Tok Aji & Umar :)
ReplyDeleteThat is so true! Ive seen a lot , I mean, a lot of your design on other designer's blog. and, sadly but true, those designer are quite big in the industry.why cant they think of something else?
ReplyDeletebut , on the brighter side, youre an icon! up till not just normal people wants to use your design, even designers wants too!
YOU are, by no doubt the Karl lagerfeld,of malaysia. i mean, seriously.look at the dresses on the stage, how they flow, the colours, amazing.absoultely, ridiculously gorgeous! I bet you will be big in jakarta soon! or probably already BIG!
SO glad youre doing really well, mister!
salaam ramadhan~!
Salam...
ReplyDeleteterubat terus rindu pada blog ni bila tgk gambar yang berjela tu. Ayat terbalik: (jangan tiru, tak baik bulan2 puasa ni) hahaha bikin saya gelak guling lepas sahur ni. =)
Semoga En Rizalman terus sukses!
p/s: ada masa update lagi. hehe
bestnya...
ReplyDeletecantik hantaran..
cantiknya baju rekaan u..
suka...suka..
saya suka ayat "jgn tiru bulan2 puasa ni"
heheheh...
collection utk mlm tenun diraja tu very nice especially yg the vertical stripes, Puteh pun cantik2. suka the first pink tu ;)
ReplyDeleteAlhamdulilah...antara pelayar tegar blog Rizalman dh masuk...huhuhu.. Sihat ke?
ReplyDeletekagum..mmg serba boleh la u ni...semua u buat menjadik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteselamat berpuasa...
bz sungguh lah mr designer nih..
apa pun puasa nih msti u n umar blh kurus..":)
wahhh mmg rindu entry terbaru daripada rizalman :)
ReplyDeleteselamat bpuasa :)
ReplyDeletesuka ayat trademark "bulan puasa tak baik tiru " :P
tahniah di atas segala kejayaan and you really deserve it. anyway.. very the comel riben kat atas rambut model tu..
ReplyDeleteizalman: "umar! mari sini babah nak ajar niat untuk puasa..., usolli saumaghadin..."
ReplyDeleteumar: "usolli saudi arabia..."
rizalman: " HEI!"
I love the conversation.. huhuh
haha lm betol tgg blog ini diupdate yer..haha.luv to see all da pictures.two thumbs up!!!
ReplyDeletepaling comel gmbr u n umar tue.ahhaha.:)tak ge pon la, tembam jek.boleh mcm tue?ngeh2.
oh mak engaku, umar terslh niat.haha,btw, comel jek.:)
luv d hantaran so muchoosssss!!!
ReplyDeletep/s : umar ader berangan nk soh babah dier bwk g arab saudi kottt..
wow!awesome gila pelamin pertunangan tu.Thumbs up!Mesti ada manusia tiru punya nanti,,haha
ReplyDeletebest entry kali ni,
ReplyDeletethumbs up!!
Luv the hantaran plus yr design!
ReplyDelete(ye,tak baik meniru bulan puasa ni)
;)
Salam dan selamat berpuasa.. setelah sekian lama baru dapat story mory yg fabulous gituu ;) design hantaran nice.. i like :D
ReplyDeletesuke dgn jawapan/reaksi spontan anak2 dlm conversation mcm tu hehe
ai abg rizalman...i like your kasyaf design..teringin nak milikinya...hantaran2 nye membuatkan thumbs up r!!!!terbaek pnyer...dah lama tgu abg rizalman update blog...
ReplyDeletebaik2 cakap yang u abaikan umar tu, nanti orang take it seriously... tak pasal2 lagi tambah glamer and fofular....
ReplyDeletewahh nice gubahan hantaran kan....
cemana u dapat idea tu...
salam ramadhan..ringkasan yg tepat ringkas & padat :) i like
ReplyDeletenext event?
alololoorrr... comelnye umar... :)
ReplyDeletemmg hebat..sehari lepas show bh abes dijual...mmg cantik smua bj tu
ReplyDeleteSalam Ramadhan.
ReplyDeleteRizalman! tak tau nak komen apa! reading your blog really makes my day. i dah baca berulang-ulang kali tengok pic yang sama selalu tak jemu langsung.
walaupun i kecewa tak dipilih untuk tengok fashion show tu i tak kesah. i still can see your design dalam blog u. fantastic.
i boleh resign kalau u nak i jagakan Umar oke! jadi maid, im oke with it. serious!
Elok la wat balik2 kot durang paham..still ade yg xreti2 prlu tukar loghat kot nth2 xphm ckp mlyu @&%i# haha
ReplyDeleteselamat bpuasa 4 u and umar...kat sini suk ari khamis bru puasa adusss
Cian umar layan sendiri,Geram gak tgk umar dah la tgn gebu masak pula..
niat puasa tbaru umar la tu saudi arabia :)
of course masih ingat... ingat kat umar he he
ReplyDeleteyour kaftan dah merata... depa tiru sebelum bulan posa kut... pelamin dan hantaran brand rizalman mmg so different and unique
cannot wait to see the reno project in bangi and setiawangsa sbb mestinya fabulous...
cm
salam, lama been waiting for ur post. just love your designs saw the boutique at damansara perdana tapi segan nak masuk...takut tak mampu...huhuhu...love the majlis tunang decoration...tiru sikit2 boleh la kan...hehehe but definitely nothing beats the original!
ReplyDeleteSalam -
ReplyDeleteTuan Sheikh....kata bz,tp nampak makin T.E.M.B.A.M...huhuhuhu.
oooo...itu budak dah pandai masak...tabik spring lah.Umar - Selamat Berpuasa...
salam..haha comelnya umar.. takpe babah kerja utk umar juga..rasanya dpt pakai baju abg ni dlm mimpi sajelah..takpe dlm mimpi, yg penting tak suruh tailor tiru, tak baik bulan posa..
ReplyDeletesemoga berjaya selalu dan diberkati allah sentiasa
cantiks cantiks belaka! btw, happy ramadhan n happy iftar.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteya Allah...
i was waiting too long for rizalman new entry!!!
happy gilerrr dpt baca entry terbaru!!!
rindu dgn umar yg semakin tembam..
anuway..slmt berpuasa both of u!!
ahaks! cantik gler lahh kereta antik tuhh... huhuhu...
ReplyDeleteTq 4 updating. sentiasa menunggu entry yg baru esp pasal umar..
ReplyDeleteSaya juga suka hantaran2 tu & the pelamin. simple yet Elegant !! LIKE it !!
HAHAHAHAH part niat puasa tu... ending post terbaik!
ReplyDeleteAll the photos of hantarn, pelamin, fashion shows etc are amazing, but I truly love the photo of Umar cooking. It's classic and put a smile on my face.
ReplyDeleteAmazing work you've done there.
congrates for the show, n OMG! those designs are beautiful.
ReplyDeleteps- comel je Umar. saudi arabia, har har har.
Slamat berpuasa Rizalman n Umar!
ReplyDelete=)
ahh leganya baca entry nie..lama tgu *mcm lama tgu bukakanya bazaar ramadhannn* heehhe btw..Alhamdullillah..semua perancangan menjadi ?..syukur pada Nya~ :)
ReplyDeletesmua best!!! *tak bole taip banyak2 cos puasa*
ReplyDelete"gilakan harta serta mengejar glamer yang tak berkesudahan"
ReplyDeleteahahahaha..
xley blah statement uh.. XD
btw, cbe bce line "gemuk! gemuk! gemuk!" tu cm lagu "deco! deco! deco!" dlm iklan celcom blue tu..
(joking2)
ehehehehe~
v(^_^)v ;p XD :)
wah, satu post yang sgt padat dgn aktivit, bagus2 buat rumusan jer, newey, selamat menyambut bulan ramadhan and selamat berbuka puasa ;)
ReplyDeleteheart your umar...
ReplyDelete"nawaitu saudi arabia..."
huuu!!
you are one inspiration for many young Malaysians, I saw you one evening at parkson KLCC and you were with your team bekerja, hari ahad , Petang pulak tu. I am wishing for your continous success and my mum selalu cakap dengan I-nak buat apa -apa bersungguh -sungguh , tengok si Rizalman tu.
ReplyDeleteSelamat berpuasa Rizalman the multitalented man, take care :)- Azura
dah lama tgu entry baru, naseb baek i blom beranak lagi, kalau x meleleh air liur baby i. hehe. it was superb, like everything else that u do!!
ReplyDeleteCaieja Hassan likes this post.
ReplyDeleteteringat masa kecik² dulu, abah panggil lps sahur.. nak ajar niat puasa.. miss that moment..
ReplyDeleteselamat berpuasa to u and umar.. bz keja tapi jgn lupa jaga kesihatan ya..
cantiknya...first time jenguk blog ni..tapi betul ke yang cantik2 itu mahal2 belaka.like your design..
ReplyDeletekesian umar..sampai ke saudi arabia sana..haha..
Salam... tahniah diatas rezeki/kejayaan yang mencurah-curah.. sangat bangga kerana ada anak melayu yg berjaya mcm you.. Semoga terus suksess!!!!
ReplyDeleteSalam, cantik sungguh semuanya...dari hantaran hingga lah ke baju bajuan...menangis akak bila dengar semua baju dah habis dijual...tak terima tempahan ke?
ReplyDeleteHi Rizalman...
ReplyDelete1. wow,hantaran yg sangat2 menjulingkan mata...habis menangis pun i tak boleh nak bayar kot hantaran tu hehehehe
2. tahniah di atas majlis peragaan Puteh tu…it’s good when it sold out a day after…berkepuk duit masuk kan…anyway, tahniah…
3. kesian Umar kene masak sendiri…but it’s okey, you still have time for him and whatever you do pun memang berpaksikan kasih sayang untuk dia kan…that’s what the Father do for his son…huhuhuhu
Anyway, terus la berkarya sebab saya suka baca blog you,suka baca cerita Umar yg cumel n muntel tu, saya suka artwork you cume saya tak mampu hire you as my designer jek…you taknak sumbangkan idea ke untuk orang2 biasa nie?...hehehehe just kidding jek…
salam sdr. Rizalman,
ReplyDeletesaya ni silent reader aje, cuma nak komen sket je.. tentang rekaan baju, pelamin dan sebagainya tu kalau nak elakkan dari orang tiru, boleh mendaftarkan paten rekaan sdr. tu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) seperti yang telah dilakukan oleh pereka tudung Fareeda. bukan apa, kalau tak didaftarkan, orang akan senang2 tiru dan claim itu rekaan mereka.. sekadar cadangan.. :D
SALAM....
ReplyDeleteITU lah di namakan rezeki dari ALLAH SWT..
AMIN....
SEMUA ATAS KEHENDAKNYA...
Tahniah Abg Rizalman...
pada rekaan
TENUNAN PAHANG DIRAJA..
MMG MELETOOP HABIS...
(masih ingat lagi dikala kita bergambar bersama di HQ kraftgn KL..)
BERPAKAIAN MELAYU HIJAU BERTON..
SERTA ABG RIZALMAN BERPAKAIAN SERBA HITAM
SAJE NAK IMBAS KEMBALI....
MUNGKIN SUDAH PASTI, RAMAI YANG TELAH BERGAMBAR BERSAMA PEREKA TERSOHOR NEGARA...
pengalaman yg cukup2 berharga bagi saya...
PEMINAT kpd PEREKA FESYEN TANAH AIR...
***RIZALMAN IBRAHIM***
akan MUNCUL BEBERAPA TAHUN LAGI...
PEREKA TENUNAN SONGKET SERTA FESYEN
***RAHMAN FUAD IBRAHIM***
P/S; INGAT...jgn tiru,tak baik bulan2 puasa ni..
bang klu x sempat update...suh je faizul yg taip....jgn lama sgt x update...syg rizalman & umar...
ReplyDeletesalam ramadhan..
ReplyDeletedh nk raya dh..^^
arghhhhhhh..BZ nyer
seorg insan yg digelar
RIZALMAN!
smoga anda sentiasa dicucuri rezeki yg halal...amin..
L.O.V.E rizalman always..
salam bang..saye amik gmba kat blog u letak kat blog page saye..dah link skali ye..maaf..xtahan tgk sbb cantik..nak beli xmampu..so angan2 pun jadikk =)
ReplyDeletechocolateandnut.blogspot.com/
thank you for your wonderful and entertaining blog. you've just made my day.. thanks again gorgeous!
ReplyDeleteKALAU I TIRU LEPAS HABIS PUASA BOLEH..AHHAHAH
ReplyDeletegood job abg rizalman..
ReplyDeletekamu kira seperti kimora malaysia,,
tahniah,,,:)
auwww comel :)
ReplyDeletesalam rizalman..
ReplyDeletei really love all ur design.. home deco pon sgt menarik..sungguh berbakat insan yg bernama rizalman ini...tahniah.. saya nak tanya, koleksi jubah raya puteh tu range harganya berapa ye?teringin pula nak pakai utk raya 2011..maklumlah, kerja gomen je, xmampu nak bli baju mahal2 ni selalu..so kene kumpul duit awal2..hehehehe... selamat maju jaya to u..:)
Hai Pak Rizalman... heheh ok u're not that old to call 'Pak' heheh.. btw, lamenye tak update BLOGGGGGGGGGGG!!!! miss ur touch, ur story and ur Fabulosity!!! dlm banyak2 entry, paling2 capture my eyes is ur hantaran nih!!!! wow... so simple yet elegance!!! eerrmmm... tapi kat bawah pict tu u tulis "tak baik tiru bulan2 puasa nih" hehehe tapi niat mmg nk tiru pon for my wedding hantaran... agak2 boleh tak? tapi for sure the results tak seElegance urs.. coz im not that rich to buy those expensive ribens n admire those "Dulang" hantaran.. errmm is it called 'Dulang??' huhuhu btw happy to have u back!!! at least i can have some idea for my wedding day.. well tak dpt same like urs pon at least can have the feel of it.. really waiting for ur next entry.. n u know wut?? i guess ive got the theme color for my wedding day.. thankS!! thanks!! Thanks!! dari dulu hingga la sekarang.. u have inspired me much!! one day nk 'chop' u buat my house pulak boleh?? hehhehe berape bayaran nye?? ade discount tak??
ReplyDeletehakhakhak kelas tul umar!lain diajar lain keluar. SAUDI ARABIA! gelak sensorang tak renti. Dari tadi silent je baca tetiba ni baru rase nak komen.
ReplyDeleteSort of sweet dad of you.. Umar must be glad and syukur to have you. Alhamdulillah
ReplyDeleteSort of sweet dad of you.. Umar must be glad and syukur to have you. Alhamdulillah
ReplyDelete