Saturday, August 21, 2010

selingan ramadhan

rizalman : "cepat semua...dah nak berbuka ni!"

endang(pembantu rumah): "eh belum lah pak! ini baru pukul 6.45 ni!!?

rizalman : "habis tu kenapa jam meja ni dah tunjuk pukul 7.25? sape yang ubah jarum jam ni?

endang&rizalman : "Umarrrrr.....!!!!!!!!!"

Friday, August 13, 2010

8


umar: "babah...,besok saya tak payah pergi sekolah la.."

rizalman: "kenapa pulak..?"

umar: "besok saya nak cuti.....,besok kan harijadi saya..."

rizalman: "kau ingat kau Agong? harijadi nak cuti?!"

p/s: Syukur alhamdulillah selama 8 tahun pada tarikh 13 ogos, Umar saya jaga, masih hidup dan sihat lagi. Moga arwah ibu yang pulang ke rahmatullah pada tanggal ini juga 11 tahun yang lalu akan senantiasa dicucuri rahmat Allah akan rohnya..

Sunday, August 8, 2010

masihkah kau ingat?



nama saya rizalman, rizalman ibrahim. Seorang pereka fesyen yang mempunyai blog yang diberi nama 'fabulousity'. Juga seorang bapa tunggal yang memelihara seorang anak yang bernama Umar Nail (sekadar sedikit flashback untuk mengingati kisah dua beranak ni). Lama sungguh tak melewati laman blog ni kerana bukannya sakit atau demam, maupun merajuk kerana hasil rekaan kian ditiru orang..cuma kesibukkan terlampau akibat rezeki yang mencurah dan kepercayaan pelanggan terhadap barangan asli!

hari ini,waktu ini saya bergagah menaip. Menaip hanya untuk pembaca setia yang menanti bagai menantinya bazar ramadhan bermula. Sekiranya saya tidak mula memberitakan perkembangan terbaru, mungkin kisah hidup ini sudah boleh dibukukan. Terlampau banyak yang nak diceritakan, dikongsi bersama. Semuanya indah.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bertuah. Semua yang dirancang,semuanya menjadi. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain, tiada cacat celanya. Gembiranya hati ini tidak terkata. Saya mulakan dengan kisah beberapa bulan yang lalu bilamana saya dijemput menjadi pereka jemputan untuk malam tenun diraja dibawah pengelolaan Yang Amat Mulia Tg. Puan Pahang.


keadaan disebalik tabir ketika menunggu sebelum peragaan bermula.
(m0del semua pakai 6 inch heels, thats why saya nampak pendek!)

tiba2 je rasa malas nak menulis seterusnya.... sebab gambar banyak sangat. Dahlah kena pikir ayat2 power lagi.. so untuk menyebabkan saya tak membuang keringat yang nak disimpan untuk berpuasa esok, maka selepas ini anda semua pandai2lah tengok gambar dan buat ayat sendiri kerana selepas ini hanya gambar serta caption saja. Boleh macamtu?



membuat pelamin pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)



set up untuk dessert buffet table( jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)


persada pertunangan di waktu siang(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa2 ni)



antara barang2 hantaran pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)


antara barang2 hantaran(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)



bertemakan putih dan rona perak(jangan tiru, tak baik bulan2 puasa ni).
boleh pulak taip ayat tu berulang kali?


bergegas pulak buat interior and construction work untuk my client's house dekat bangi



pergi pulak ke jakarta bagi menjadi pengarah seni untuk iklan kosmetik Sri Mawar yang akan muncul di tv tidak lama lagi


sampai pukul 3 pagi tak habis shooting lagi.


berbincang bagi mendapatkan shot terbaik


jangan marah... saya pun masuk sekali dalam iklan tu




seorang sutradara in action




masa ni dah rasa nak tercabut bijik mata tu,sebab dah mengantuk sangat



temankan puan Aniza (pengasas kosmetik Sri Mawar)ni shopping kat Jakarta beli kasut Christian Laboutin yang harganya boleh beli kereta proton saga dua kali bayar je.



masih lagi di Jakarta, urusan membuat kad perkahwinan untuk pelanggan.


dah balik ke kuala lumpur,lepas tu pergi lagi sekali bagi menuntut ilmu dari orang2 jakarta bagaimana nak buat pelamin yang gah macam ni untuk dibuat pada pelangan saya di kuala lumpur nanti


salah satu dekorasi di majlis perkahwinan tersebut




balik ke kuala lumpur sambung kerja buat mekap pengantin




amacam cantik tak kereta baru saya? old school sangat kan? (usah terpedaya)



bersulam pulak kerja mengubah suai rumah pelanggan satu lagi di setiawangsa




hujung minggu tu peragaan fesyen PUTEH. (untuk pengetahuan,semua baju habis dijual sehari selepas peragaan).
tak menangis dibuatnye pereka lain dengar statement ni....
















gemuk! gemuk! gemuk!



antara blogger yang hadir

due to popular demand,peragaan terpaksa dibuat dua hari kerana tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang ingin hadir.


sesi raptai untuk lokasi yang kedua.



penganugerah anugerah pereka fesyen terbaik oleh majalah Eh!



bersama pemenang2 anugerah yang lain



fara fauzana juga antara pemenangnya.


pastu mekap pengantin lagi..


jadi disebabkan kesibukkan seorang bapak yang gilakan harta serta mengejar glamer yang tak berkesudahan maka..anak sendiri terbiar

"babah ni asyik balik lewat jer....sampai i kena masak sendiri tau!"




p/s: rizalman: "umar! mari sini babah nak ajar niat untuk puasa..., nawaitu saumaghadin..."
umar: "nawaitu saudi arabia..."
rizalman: " HEI!"