Namun segala kemanisan ini tidak dapat membendung panasaran saya. Masih lagi tidak tahu kenapa sebabnya. Seolah-olah jiwa serta raga tiada dalam jasad. Ibarat kuih tart tanpa jem nenasnya. Adakalanya segala kenikmatan itu harus dilihat secara halus.. mungkin ianya satu dugaan dari Allah. Kenikmatan menyebabkan kita sentiasa sibuk. Kita sentiasa mengejar masa. Kita sentiasa bergerak pantas. Semuanya kita nak di dalam dunia ini. Kita lupa untuk mengingatkan kembali diri akan asal usul kita, tanggungjawab kita serta lain lain hal yang berkaitan dengan keluarga,sahabat dan insan tersayang. Merbahaya!.
Semuanya bermula dengan kehadiran saya di rumah seorang kawan baru2 ini. Tujuan utama adalah untuk memberi kunjungan ke rumah barunya..Cantik! Besar! dan semestinya mahal rumah tu..(berdekatan rumah Linda Onn). Rancak perbualan kami...tapi entah macamana perbualan terpesong ke arah agama. Seterusnya menuju kepada topik kepada hari yang paling digeruni... Kiamat. Masing2 bertukar ilmu agama yang cetek ini untuk sama2 menyumbang kepada pengetahuan kami tentang kiamat. Tentang bagaimana untuk menjadi muslim sejati. Kami juga pakat2 berikrar untuk tidak mahu lagi membeli beg2 berjenama. Tidak mahu mengumpat,berbuat baik, pergi ke masjid,mendengar kuliah agama serta pergi ke Mekah untuk menunaikan haji buat kali ke dua.(bagi menyambut umur saya yang ke 40,tahun depan di sana). Ya 40 tahun! 40 juga merupakan angka yang selalunya dijadikan pengukur untuk seseorang itu berubah ke arah yang lebih beriman dan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke dunia seterusnya. Saya mungkin berjaya di mata manusia. Saya juga mungkin sudah berjaya membina Wisma Rizalman di dunia. Tapi apakah saya sudah berjaya membina Wisma sendiri di akhirat?
Perbualan juga diteruskan dengan menilai segala tanda2 kiamat yang sudah terlihat sekarang ini serta menconggak tentang tarikh hari itu sebenarnya..
Keadaan yang meracau ini menjadi semakin buruk apabila saya juga telah menerima berita tentang pemergian seorang sahabat saya,iaitu seorang model wanita (beliau adalah anak didik saya di dalam bidang peragaan) iaitu Mimie Aziz. Pemergian beliau secara tiba2 menyebabkan keadaan bertambah sayu... Kecanggihan teknologi manusia seperti blog,facebook ataupun sistem komunikasi yang lain tidak dapat menjadi alat untuk meramal perkara2 tentang maut dan ajal.. Allah jua yang mengetahuinya. Namun tidak dapat disangkal,dengan adanya facebook juga berita kematian beliau dapat diketahui oleh sahabat2 yang mengenali beliau dalam sekelip mata.. Buat allahyarham..semoga Allah ampunkan dosa dan menerima segala kebaikan beliau di atas muka bumi ini serta menempatkan roh beliau bersama orang2 yang beriman.
Kita yang masih hidup ini harus meneruskan kehidupan. Kehidupan untuk menjamin kehidupan satu lagi. Buat masa sekarang saya masih dihujani kerja yang berlambak! Terasa sangat untuk bercuti sekejap ke luar negara! Paris, London, Rom, New York. Tapi pada masa yang sama agak kecut dengan kematian yang mungkin akan muncul secara tiba2..Bukankah lebih elok kalau ke Mekah saja?? Memang niat di hati menunaikan umrah pada bulan ini tapi memandangkan kerja yang bertalu..terpaksa ditangguh.
Namun saya kira pahala itu ada dimana2.. bangun pagi mengejutkan Umar untuk bangun sembahyang subuh pun sudah dikira pahala.. Cuma di Mekah itu pahalanya berganda. Bercakap tentang Umar pula, anak teruna saya tu da besar. Besar bersama kepalanya sekali. Belangnya juga kadang menguji kesabaran. Banyak lagi yang harus saya tempuhi dengan telatahnya. Asam garam seorang bapa.
Antara perkara lain yang merunsingkan saya juga ialah tentang rumah saya yang agak berselerak! Berselerak sebab saya terpaksa pindah buat kali ke 13! Rumah emper ini dah dijual,tapi rumah baru belum siap. Maka terpaksalah berteduh di rumah sewa semetara. Menguruskan perpindah juga urusan yang memeningkan. Dan tinggal di dalam rumah sementara juga melecehkan. Satu percaturan masa yang paling gagal pernah saya lakukan dalam portfolio perniagaan hartanah saya.
Semalam saya ke majlis harijadi Farah Fauzana yang ke 30!. (sebenarnya saya cukup malas untuk keluar malam hari,apatah lagi kalau sudah selesa bergelumang di atas katil). Majlis diserikan dengan kehadiran kanak2 dari sekolah tahfiz Al Quran.. serta sembahyang berjemaah dan doa buat si Farahnya. Saya puji beliau, sebab itu juga saya agak rapat dengan beliau. Beliau antara artis yang punya karisma tersendiri. Dan juga ibubapanya juga mendidik beliau dengan baik, saya kira. Satu tindakan yang amat baik untuk meraikan hari ulangtahunnya. Namun saya agak tersentak apabila beliau muncul untuk menyambut kami.. "bila pulak aku buat baju kat Farah colour ni?" Farah mengenakan busana 'ala' Rizalman malam itu..'ala baju untuk Puteh'. Siap beadingnye pun sama pattern. Cepatnya,dorang ni meniru. "bukanke aku dah pesan ke kat dalam blog hari tu?". "cantik baju!...sape buat Farah?"
"oooo...baju ni dia yang sponsor farah.. designer dia *** ***** *****...
Saat itu juga saya berharap sangat kiranya tindakan saya untuk tidak merasa geram terhadap lanun fesyen ini dan menganggapnya sebagai sedekah,ianya akan mendatangkan pahala yang besar dan berganda.. dan kiranya di dalam Al Quran ada menyatakan bahawa salah satu tanda2 hampirnya kiamat itu apabila rekaan fesyen akan ditiru tanpa segan dan silu serta pantas, maka sedarlah wahai umat manusia bahawa tanda itu sudah nyata dan kita sudah amat hampir kepadanya....
p/s: bagi peminat yang bertanya kod nombor cat bagi rumah di beserah,kuantan..ini kodnya
warna gelap- dulux 70YY 26/137 warna terang-dulux70YY 43/113.
(at least dorang mintak dengan jujur dan tak meniru semborono).
amin..Allah akan balas pahala u dgn berlipat ganda~
ReplyDeleteplagariat yang tak dapat dibendung :(
ReplyDeletesemoga rezeki anda bertambah murah
ReplyDeletesyukur alhamdulillah...
ReplyDeletesbg umat islam adalah perlu kita yakni sedara sesama islam utk saling ingat-mengingati di antara satu dengan yang lain...
alhamdulillah
ReplyDeleteBoleh Join ESQ 165. Pengalaman yg sgt menarik :)
ReplyDeletehaha finally update jugak..sama2 lah kita mendoakan sesama sendiri yek..biasalah tu umar dh besar sikit ragam nye betambah la jugak.my brother dulu waktu skolah menengah pun rebel tak tentu pasal tp my mom tak berhenti bdoa.last2 sekarang jadik anak paling soleh antara semua haha
ReplyDeleteSalam Abg Rizalman,
ReplyDeleteIa kiamat makin hampir, semoga kita sama-sama tingkap amal Ibadah kita didunia & semoga saham akhirat kita naik dengan berganda-ganda. Sampaikan Salam Dayah pada Umar ya. Dia sangat comel ^_^
Mampukah abg rizalman menahan keinginan membeLi beg2 berjenama? hihihi...
ReplyDeletep/s: seronok baca entry abg rizalman... Terlepas rindu akhirnya..
semoga dimurahkan rezeki. bakat amanah ALLAH.
ReplyDeleteorg kita belajar tinggi2, x rasa nak fikir tinggi. *sigh
ReplyDeletemudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan mu, dan Allah murahkan rezeki mu.. AMIN..
ReplyDeletesabar ye Rizalman..
ur entry this time moved me abit especially on fara's way of commemorating her year of maturity...
ReplyDeletesame age, nearing the big threeO...
i thought of having a blast one this year...bet now i need to seriously think about it again...
n yeah, i'll make sure i will not be wearing my 'rizalman-mega-mendung-inspired-design' for my bday...(yes! i hv a copy of ur mega mendung design ;p n yes made by other designer...pengakuan berani mati ok direct to u...huhuhu)...n please jgn bom rumah i...*emoticon muke cute*
saya mahu muhasabah diri juga n terkejut bila dgr berita model tu,terus terbayang2 selalu tgk dlm mags.Al-Fatihah
ReplyDeleteSalam Rizalman,
ReplyDeleteSaya rasa kiranya, niat yang suci murni untuk mengerjakan umrah itu adalah paling balik dan disegerakan. Mmg masa itu panjang, tapi adakah kita tahu..berapa panjangkah lagi hayat kita didunia ini. Sebenarnya, kerja2 yang menimbun itulah seringkali melalaikan kita. Adalah lebih baik dan bersegerahlah tunaikan hajat dan impian untuk ke Mekah sekali lagi...dan bawa bersama-sama Umar agar beliau dapat melihat Kaabah dgn lebih dekat.InsyaAllah....Semua urusan dunia boleh dilakukan kemudian, tiada guna wang bergunung....sedangkan hanya setitik kasih pada Illahi..Semoaga Rizalman terus success..
Well,
ReplyDeletecome to think about it abg rizalman,
'hanye design2 yang menarik aje orang tiru'
hehe. memang mencori mereka itu, but in a sense..mereka 'mengrecognized' ur design. :)
salam....
ReplyDeletedunia ni semakin hampir dgn kiamat...byak petanda dh ditunjukkan oleh Allah.....
abg, just nk mintak tips...
camne fesyen yg sesuai tuk wanita yg umo 30 tp still nmpk muda....
n lg 1, abg rizalman ade fb x??
kalo ade senang la nk behubung,...
apa punca mimie aziz meninggal ???????????
ReplyDeleteastaghfirullah.... we are human, mudah alpa dengan dunia...thank you for the reminder...
ReplyDeleteerk...katak_ayu terkedu...semoga kita sama2 beringat..bagus entry macam ni...
ReplyDeletei support u
ReplyDeleteAlhamdullilah, this is what we called Hidayah. As hambaNya, we are always 'terlalai'....but as long as 'kita pelihara our solat'...Insyaallah, we'll find 'the way out', Amin
ReplyDeletesalam incik abang rizalman...
ReplyDeletesaya ingin memohon izin untuk menggunakan warna cat yg diberikan tersebut untuk rumah saya...
Boleh ke...?
Thanks for sharing.. :)
LEBIH BAGUS KALU KE MEKAH..DI SANA ADA KETENANGAN....BAWAK LAH UMAR SEKALI...
ReplyDeletebercerita tentang ajal, pg tadi saya menghantar ibu ke hospital. di sana saya bertemu sepasang suami isteri yg menunggu anak mereka didalam wasd kecemasan dimana keadaan 40-60.
ReplyDeletebapa yang saban hari menghantar anak ke sekolah, entah bagaimana hari ini membenarkan anaknya menunggang motosikal sendiri kesekolah pada usia 13 tahun. dan dengan takdir Allah anaknya terlibat dalam kemalangan. sekelip mata, dalam kita berjaga2, bila sampai waktunya KUN FAYAKUN.
Jadi peringatan buat saya sendiri, agar saya dapat terus menjadi hamba ALLAH yang terus bersyukur dan patuh pada NYA.
Pada Rizalaman, teruskan berusahaa dan moga ALlah bersama anda dan keluarga selalu. amin
salaam to u,
ReplyDeletegood post.!
tis is my first time here and i tot your entry is like a reminder to oneself.
we can have all the things in this world, but that is not enuf to help us in the hereafter.
good to ponder on such matter and may Allah guide us to the right path. ameen.
rizalman kenapa nak pindah?
ReplyDeletex dapat la jumpa awak n kid dkt seri maya lagi :(
wah.. sejuk ibu mengandung.
ReplyDeleteSatu penghijrahan yg baik apabila berikrar xbeli beg jenama.
terima kasih atas tazkirah ini, sy pun turut rasa penginsafan. Pahala byk ni coz ingat-mngingati org lain. Sgt brtambah respek:)
*knpe emel slalu gagal. Sy tahu xkan dijawab, cuma nk infrm yg mybe emel ada prblem kot. gagal memanjang. sy nk tunaikan janji je nk tnjukan bj yg sama itu. Sakan betul peminat ni:-)
nik erwan ke?
ReplyDeletehuh! bkn nk mengata tp kalau nik erwan tu mmg sy xsuka...
syukur alhamdulillah..
ReplyDeletesemoga kebaikan kita didunia diterima ALLAH..
salam,
ReplyDeleteHj Rizalman...you're the choosen ONE!
ALLAH Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...
semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dariNYA.
Tahniah buat Haji Rizalman!
semoga dengan usia yang makin meningkat ini, kita semua dapat mempertingkatkan IMAN & TAQWA &Amalan kita..bekalan kita ke hari akhirat yang kekal abadi..
wallahu a'llam
xperlu bimbang akan kiamat. kerana mati juga blh berlaku bila2 masa. entah kejap lagi, entah esok, entah lusa. lagi takut ngan bencana Allah. Banyak sangat dah maksiat zaman sekarang nih. Fikir sbgi perempuan aurat nih pun tak terjaga. Apatah lagi dosa2 lain.
ReplyDeleteSaya kagum dlm kesibukan Rizalman and friends, namun masih beringat tentang mati dan kiamat. tapi jgn la ikut trend few muslim yg buat pegi Mekah umpama a visit to sungai ganges, tempat kaum hindu utk cuci dosa. Balik dr umrah/haji.. balik ke perangai lama balik
ReplyDeleteLove Mimie in "Ilham Moulin Rouge", Majalah Rias. Superb posing she got there.. bit like a doll, bit dramatic and emotional exuberating. Last heard about her doing a show for a famous batik designer, also heard she went to HK after that.
ReplyDeleteRIP Mimie..
xoxo, Shanti.
en.rizalman, penulisan u betul2 fabulous! walaupun baru stat baca 4,5 entry... forgive me:) InsyaAllah akan dicuba khatamkan;)
ReplyDeleteBut i kenal u many2 long times ago melalui beberapa majalah, kenal blog je yang baru:) Dari u masih jahiliyah sangat2 tu (maaf), kini Subhanallah! perubahan yang umpama langit dengan bumi... dari u buat baju yang seksi, kini alhamdulillah dah ada Puteh, perubahan yang mulia.... dari tak pegi haji, kini MasyaAllah berniat mahu haji ke-2, tabik bro! Memang tak pernah tahu rizalman ibrahim dah berstatus haji! Dan InsyaAllah ini semua mungkin tanda2 penghijrahan yg baik sebelum hadirnya 40-an nanti. Harap semakin up lagi! Suka sangat! betul2 tak sangka begini rizalman ibrahim yang dulu! hehhe,i too excited terlebih... Moga pintu hidayahNya sentiasa terbuka untuk u:) Amin.
semoge abg rizalman berdoa pada ILahi, agar di tetapkan Iman...
ReplyDeletejgn memikirkan terlalu byk kerja yang harus di lunaskan.....
biar la ia ketepi.....
tunai kan ape yg patut di dahulu..
syabas... semoge abg rizalman di kurniakan cahaya keimanan...
amin....
berbanyak kan mengingati Yang Maha Esa...
ReplyDelete