Friday, December 18, 2009

me and my big mouth

takde kerja cari kerja...dah kena menjawab soalan2 ni pulak...rasa macam kat Astro Awani pulak dalam segmen wawancara...Tapi takpe ,berbekalkan semangat waja.. saya sanggup untuk menjawab KESEMUA soalan2 ini (tapi secara berperingkat2 la..(saja la tu nak naikkan rating blog)..). Aikk! dalam kurungan bole ada kurungan lagi?

Lagipun kita berblog2 ni bukan saja nak cerita pasal cerita2 ntah apa2 je (beli beg la,makan laksa la ,hari ni tak boleh berak la..) tapi juga untk berkongsi ilmu jugak kan? So saya cuba juga  untuk menjawab dengan jawapan yang paling terbaik,yang paling bernas!

p/s: sila pastikan otak anda juga bernas untuk memahami jawapan2 ini. 
(soalan2 ini                diterbitkan tanpa mengikut turutan huruf, maupun turutan   kebernasan soalan tersebut).
Blogger bbpink_90 said...

hmmm...
s0aLn bjksne..
did wrLd 0f fhi0n inv0Lve dgn p0Litik??
n adakah dnia fsyn prLukn p0Litik ntk brdri mgh??
bjksne x??
ngeee...
abg 4LL0w bL0g k=ite k kLu adew mse..
bbpink90.bLogspot.com

bijaksana la jugak.. ok,pertama sekali bukan setakat dunia fesyen je yang perlukan elemen politik,malah semua jenis bidang pun sama..tetapi fesyen dalah antara yang paling kuat dipengaruhi oleh politik. however,politik fesyen adalah berbeza. Ianya banyak bermain dengan elemen psikologi manusia,sbg contoh: naluri manusia,keadaan setempat,keadaan ekonomi serta budaya sesebuah lokasi. Sebenarnya politik fesyen adalah lebih kuat dari ertisebenar politik itu sendiri- ianya mampu mengubah sesebuah budaya,ekonomi,kekuatan serta prinsip sesebuah masyarakat itu tanpa disedari dan juga tanpa bercakap  berdekah2 depan makropon,ataupun melaungkan sesuatu slogan untuk menyatukan sesebuah negara. Hanya dengan mengeluarkan sesuatu barangan yang dikehendaki oleh sesuatu masyarakat pada masa dan harga yang sesuai...maka tercetuslah satu ikutan yang kita namakan sebagai trend. Trend ini tidak ada jauh bezanya persamaannya dengan sesuatu pucuk pimpinan yang diterajui oleh mana2 parti politik. apa yang lebih baiknya,trend @ pucuk pimpinan fesyen ini bertukar dalam masa 6 bulan sekali (lebih cepat dari kita melihat pertukaran pucuk pimpinan pemerintah)...so takdelah boring sangat,ataupun bila2 masa saje kita boleh 'reject' trend tersebut kalau kita tak menyukainya,berbeza dengan pucuk pimpinan negara.Ada pahamm?

Blogger hatim a.r said...

kalau i jadi jannah memang SENTAP hahahaha.ok i nak tanya satu soalan.who do u think is the best designer in the world? for me uncle karl is the best hands down walaupun he's a bit cocky kdg2 hehe thats what makes him so cool!


korang ni sudah2la menyakat jannah tu...sian dia.(tapi teringin nak tengok muka dia lah)..

tau le duduk kat oversea..ckp omputih je ko ni jang!. Disebabkan matapelajaran matematik sekarang diajar dalam bahasa malaysia,maka segala soalan akan dijawab dalam bm jugak(jangan nak ngada). 

ok,sape ek yang saya paling suka?? susah nak cakapla..plenty or none at all. Banyak designer even  yg oversea skali pun byk yang takde originality,termasuk la yg sedang menaip ni..sebabnya?? Sebabnye kiaorang banyak terpengaruh dengan history,pendedahan ini yang selalunya menyebabkan lab photographic memory kitaorang menghasilkan imajan2 yang pernah kitaorang nampak untuk menghasilkan rekaan. Berbeza dengan tamadun dulu2 yang tumbuh tanpa sebarang refference..sbg contoh- sape yang reka stail toga,korset,bustle,kolar dll tu. Sapekah pereka2nya? Dan bagaimana mereka mereka sesuatu fesyen itu tanpa mengambil atau melihat sebarang rekaan terdahulu untuk dibuat persamaan ataupun r&d. Sadly,they(the designers) never been recorded as part of the history of civilization. "Start smacking my name on the wall of Fame"!!. Now.. it is them whom i really respect..the Inventor! (cikgu! dia jawab dalam bahasa inggeris!).



Blogger [z@ck] said...

Susah tak nak bahagikan masa antara karier dan family since you have that little cute boy? Tambahan pula, sekarang you bukan saja fashion designer, but also interior designer.Pernah tak rasa lose faith in the middle of your career?

=)

sungguh NONA sangat bunyi soalan ini. Soalan bertepatan sangat dengan keadaan saya sekarang ini. Memang hujung tahun ni rasa macam nak jadi ulat beluncas je( sebab bole rehat dan makan dan jadi gemuk..pastu senang2 je bole jadi rama2). Kesibukkan yang terlampau!!!. Sape kate saya kena juggle between karier dan family je? habih tu yang gatal tangan pegi buat blog ni pun saje je cari bala...dah kena juggle tiga benda dah skang. Kadang tu memang rasa macam dah tak bole cope lagi dah..(like now). Penat otak satu hal,penat tenaga satu hal..penat senyum lagi satu hal(bila jumpa peminat), not that i am complaining..cuma dalam masa sehari tu terlampau banyak kerja yang nak disiapkan..masa berdetik terlampau cepat..(lainlah kapir takpayah nak berenti sembahyang)..hubungan kita dengan tuhan pun nak kena jaga jugak. Kadang2 kita kena lihat jugak bahawa rezeki yang Allah bagi tu jika idak diterima dan dijaga dengan baik juga akan mendatangkan keburukkan..jadi awas lah,kita mungkin akan lalai. Time rasa macam ni..yang paling mudah,doa je banyak2.."rabbi yasir walla tu assir". semoga dipermudahkan urusan kitaaaa..renung2kan dan selamat beramal!


Blogger nabila said...

you have said before that interior design is ur passion and fashion design juz ur other passion..have u ever think to do both business at ur new wisma??? :D

Oh! telah saya mulakan pun...sekarang ni kalau ada orang datang butik , kitaorang dah tanya siap2.."nak buat baju ke rumah?" We already planned to dedicate certain area kat dalam butik tu untuk buat samples of interior deco yang dah di buat. anyway my interior of the boutique is clearly shown that we are also serious in this business..and the waiting list for interior project is getting longerrrr..." Fara Fauzana, tunggu ye...nanti i datang buat rumah you,tunggu kejap je".


Blogger Syaida said...

okay let me give a try... :D

Q: Kalau untuk baju akad nikah, sesuai tak kalau pkai baju kurung pahang. Warna putih for baju and untuk kain, pakai songket (biru)?

Hope I'll get reply from you :D

nasib baik mood i baik untuk jawab ni.. see jannah, i ni baik hati tau nak jawab soalan2 orang yang memerlukan pertolongan ni. Ok. rekaan tu mmg dah menarik dah..lagipun i pernah mempopularkan kurung pahang tu untuk pernikahan..ntah2 ramai lagi yang ikut stail tu. Berkenaan dengan padanan warna putih dan biru tu i tak jelas..lebih berhati2 dengan warna biru tu..sebab putih dan biru? biru? putih?..hmmm..pakai tudung tak?? Beg sekolah matching tak nak buat sekali? AWASS!! usah silap memilih padanan. maaflah kalau terlambat jawab, dah tempah ke? Tidakkk....!


Blogger K~UN said...

1 soklan~
apakah yang ciri2 yang perlu dititikberatkan semasa memilih baju pengantin?
kot2la pakai baju yang berkelip-kelap mengundang jannah menyampah nak tengok ke..
haha.terikut abg rizalman la nih.

ni lagi sorang...bernas ke beras bernas?. Pakailah baju ikut selera masing2..nak yang hodoh pergi le beli kat indon,nak yang cantik datanglah kat saya. satu je kena ingat...buat baju yang lagi 20 tahun kita tengok pun masih cantik lagi kat dalam album gambar tu..takdelah nanti anak cucu kita cakap kat kita "what were u thinking grandma?"(masa ni pelajaran matematik dah diajar semula dalam bahasa inggeris,sebab tukar menteri pelajaran).


Blogger J.U.L.I.E said...

hi,
as a fashion designer yg berjaya, u have everything, i mean u ada career, anak, ur own building, dah pegi Mekah, dah cantikkan rmai org. So apa target u utk jangka masa 5-10 tahun akan dtg?adakah u akan terus jadi fashion designer hingga usia tua, atau u ada the next plan cthnya buka business lain..?

memang rasa nak pencen dah..tapi disebabkan fenomena tren fesyen di malaysia masih lagi tak tentu arah ni,rasanya khidmat saya masih diperlukan. Tugas saya sebenarnya mendidik masyarakat malaysia untuk lebih waras tatkala berfesyen. Selagi korang pakai baju tak senonoh,selagi tu la saya masih disini. Dan sekarang bidang saya dah bertambah..iaitu menjadikan dekorasi rumah di Malaysia sebagai negara yang menjadi contoh dimana rumah2 di malaysia akan menjadi antara negara yang rakyatnya menitikberatkan elemen dekorasi yang betul(setelah eric gagal menjalankan tugasnya). "tutup mata,tutup mata..suprise"!!

Kalau nak ikutkan hati nak je bila dah tua2 nanti bukak satu kedai runcit dan jual kelapa parut dan rempah2. Kedai pulak depan rumah supaya senang nak balik rumah..kerja pun tak rumit,dosa pun tak banyak! (berdosa jugak kalau timbang kelapa parut tu tak sampai sekilo tapi caj sekilo).


Blogger grow2g3th3r said...

salam...
saya juga teruja nak bertanyakan soalan yang bernas.

Seperti mana yg kita semua sedia maklum, remaja di malaysia minat dengan fesyen pakaian barat iaitu ranggi. (ranggi merujuk kepada potongan pakaian yang mempunyai ciri2 elegant, menarik, trendy dan bergaya). Oleh itu:-

1- Bagaimanakah ianya boleh dikaitkan dengan kesan pembangunan dan modenisasi di Malaysia?

harap2 bernas lah nie...) Mohon maaf ye kalau kurang kebernasannya....

Ini semua kerja Barat dan Yahudi... salah satu senjata mereka untuk menjahanamkan umat2 lain ialah melalui fesyen(termasuklah saya yang kerap membeli LV),tapi kalau beli LV tapi tak tinggal sembahyang ok kot..? Namun demikian, bukan itu yang kita khuatirkan..tetapi dari segi moral yang acapkali menjadi ikutan. Tapi kalu dah pakai baju separuh dan bertindik kat idung tu yang kita tak nak. Bukan semua elemen fesyen itu berunsur keyahudian, jadi waspadalah dalam memilih fesyen. ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Sebagai contoh,janganlah jadi macam Dubai tu..namanya negara Islam, tapi masyarakatnye tak ubah macam kat New York.. (dulu2 pun saya pun jahilliah gak!).

bersambung.....


16 comments:

  1. i like read ur entries. u mmg creatif la. n ur writing intelligent, witty, humorous. no wonder u many fans. count me in.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi menjawab walaupon dalam keadaan busy :)

    ReplyDelete
  3. Thank u sbb sudi menjawab...hehehe.nway, baju belum tempah g...heheh
    thank u thank u!

    I met u at IKEA td...tp segan nak tegur coz i was so selekeh. nnti kena tangkap muat pulak...hahah :D

    ReplyDelete
  4. Biler la nak jawab soklan sayer nih..
    X sabor rase nyer....tapi masalahnyer soklan nyer bernas ke?? haha..ader aku kisah? kater 'si jannah'..opppsss!! terlebeyh suda..hikhik.. :)

    ReplyDelete
  5. ada bakat jadi pengacara NONA tak? Ahahaha..thanks for answering my question..

    psst..suka tgok gandingan rizalman dengan yang lagi sorg tu dalam Tangkap Muat..

    laseerrr you all..

    =P

    ReplyDelete
  6. hi en.rizalman...thanks 4 answering my question...;)

    ReplyDelete
  7. Hehehe~
    That day tengok pakaian2 Anugerah Skrin yang kena komen~ LOL~

    Suka cara komen, pujuan dan kritikan yang diberikan~

    Yeay~

    bak kata adikku, kenapa lelaki berbaloi2 deko2 ada kat sini pula along?

    ^.^

    ReplyDelete
  8. i suka tgk stail u...
    gaya u..
    memang stail la...
    hehehehe...

    ReplyDelete
  9. abg rizalman ni first time saya masuk blog abg ni terus jatuh cinta githuuuu... hahaha... lawak lah abg ni.. apa2 pon I LIKEEEE... ni tengah gigih nak baca entry2 abg yang lepas2 manatau kot2 boleh bagi inspirasi kat saya... tak sabaq nak tunggu entry baru.. sila lah update cepat ya..

    ReplyDelete
  10. 'nak yang hodoh pergi le beli kat indon' - rizalman sengal! sesuke hati jek berkata2..mane lah si jannah tak sakit hati..aku baru balik bali..kain sutera dia cantik maaa...batik rayon dia pun sedap buat tidur...lembut gila, org buat pareo aku buat selimut tidur sebab kain dia selesa gila!murah dan berkualiti!..aku bukan nak promote bali or indon..tapi ayat rizalman tu..buat kecik hati jer..nasib baik aku bukan orang indon...huhu..aku rs rizalman ni mulut dia mmg puaka..tapi hati dia baik kot...ntah la..aku tak kenal dia personally..klu dia jahat takkan la dia nak bela umar??..pepehal klu korg dah puas jalan2 malaysia..jln2 la indon, takdenye hodoh..temberang rizalman jer..hehe..bro sorry..but good luck wth ur career!

    ReplyDelete
  11. salam abg rizalman..saya hendak bertanyer..bagaimana pilihan t-shirt yg seusai untuk lelaki yg mempunyai buah dada(breast flabby)?..sbb kekdg saya tgk lelaki pemakaian agak rumit..

    ReplyDelete
  12. ni bila nak hapdet ni?? tak sabaq nak baca. awat lama ngat? dok pi mana? :-)

    ReplyDelete
  13. salam bro rizalman...
    actually ini first time sy baca blog bro nie..sy tertarik dgn article kat utusan hari ni.koleksi terbaru Puteh, pd sy..design tu smua cantek..simple,unique and elegan.Congrats! But terkejutz jgk dgn komen2 org kat blog bro ni..ade yg membina ada yg sebaliknya, tp xpe..fikirkan dr sudut positif, sy pon designer, tp web designer la.pd sy design ade passion dia sndiri la..bergantung pd individu..ade certain people suka..ada yg x..pd sy u have talent.Ape2 pon teruskan usaha.Good luck bro.

    ReplyDelete
  14. i'am a drag queen....i really impress with your ability to successful life. U ever appeared in woman personality past years ago and now you totally manly look.What make u change ur style? and is it related with your career?

    ReplyDelete
  15. salam.. En.rizalman sya nak tnya klu umah flat bpe kos utk deko?warna aper yg sesuai utk rumah kecik?

    ReplyDelete
  16. dear uncle rizalman,
    saya seorang psakit kanser tulang dan paru2,berumur 20tahun.saya nak tnya pendapat uncle mcm mana nak cari fesyen yg sesuai untuk sya sebab tulang tangan saya telah dibuang dan diganti dgn besi dan skru,oleh krn itu tgn saya 2kali gnda besar dari tgn sebelah kiri..design uncle dari baju ke rumah semuanya sgt menarik hati..gudluck in ur carrier;)) askum..

    ReplyDelete