Wednesday, May 7, 2008

FAM- episod 2

Jangan tersalah anggap yang saya hanya ingin menunding jari pada pereka,kerana saya juga juga seorang pereka fesyen. Masinnya garam ini telah lama saya rasa. Lumrahnya, pereka akan menghasilkan rekaan yang tercetus dari idenya sendiri tanpa ada apa-apa rujukan dari sebarang personaliti artis ataupun mana-mana individu. Walaupun saya mengatakan barat itu adalah virus yang menggugat keharmonian fesyen artis kita,namun ada beberapa perkara yang kita boleh jadikan sebagai budaya yang sihat. Malaysia tidak mempunyai musim fesyennya sendiri (walaupun saya dah lama mempraktikkannya).Apabila kita tidak mempunyai musim,maka pereka lebih tergerak untuk melahirkan fesyennya melalui artis sebagai platform. Kalau di barat,setiap koleksi baru pada musim itu akan segera di hantar kepada individu yang bertanggungjawab untuk memakaikan kepada para artis. Nama kepada profesion tersebut adalah STYLIST!!. Halo! kenapa industri kita tak banyak orang macam ni? Disinilah penyambungan antara artis dan pakaian pereka berkolaborasi. Stylist adalah orang yang sangat penting dipentas industri hiburan di barat. Tiada stylist,tiadalah
Beyonce Knowles ataupun Madonna. Mereka inilah yang bertanggungjawab melahirkan bintang-bintang ini yang menyerlah bukan sahaja dari kebolehan artis itu tapi dari segi penampilan juga. Mereka juga yang arif lagi bijaksana dari segi menata gaya serta tahu apa yang terbaik buat pelanggan mereka. Senario tempatan berbeza sekali. Artis hanya diberikan sehelai rekaan dari pereka. Tiada pilihan.Tiada penata gaya. Mahu tak mahu,tugas dipikul oleh pengurus serta make up artis untuk menjayakan tugasan. Alamatnya.. bersambung rizalman

1 comment:

  1. ermmmm.... yeahh saya rasa aper yg diperkatakan itu sangatlah betul... MALAYSIA tiada stylist....

    ReplyDelete