Wednesday, May 14, 2008
Monday, May 12, 2008
Majlis Cukur Jambul Alana
....baru2 ni berlangsungnya majlis cukur jambul Sharifah Alana anak kepada teman rapat saya, Fazwina Tan sri MK di kediamannya,damansara..so saya dipertanggungjawabkan untuk membuat dekorasi hiasan pada majlis tersebut..seperti biasalah kalau ada majlis2 sebegini semestinya kelainan harus difikirkan supaya majlis ini nampak berbeza dari mana2 majlis sebelum ini, jadi saya diberi kepercayaan sepenuhnya oleh fazwina untuk mencari idea sendiri dan hasilnya.........
Wednesday, May 7, 2008
FAM- episod 2
Jangan tersalah anggap yang saya hanya ingin menunding jari pada pereka,kerana saya juga juga seorang pereka fesyen. Masinnya garam ini telah lama saya rasa. Lumrahnya, pereka akan menghasilkan rekaan yang tercetus dari idenya sendiri tanpa ada apa-apa rujukan dari sebarang personaliti artis ataupun mana-mana individu. Walaupun saya mengatakan barat itu adalah virus yang menggugat keharmonian fesyen artis kita,namun ada beberapa perkara yang kita boleh jadikan sebagai budaya yang sihat. Malaysia tidak mempunyai musim fesyennya sendiri (walaupun saya dah lama mempraktikkannya).Apabila kita tidak mempunyai musim,maka pereka lebih tergerak untuk melahirkan fesyennya melalui artis sebagai platform. Kalau di barat,setiap koleksi baru pada musim itu akan segera di hantar kepada individu yang bertanggungjawab untuk memakaikan kepada para artis. Nama kepada profesion tersebut adalah STYLIST!!. Halo! kenapa industri kita tak banyak orang macam ni? Disinilah penyambungan antara artis dan pakaian pereka berkolaborasi. Stylist adalah orang yang sangat penting dipentas industri hiburan di barat. Tiada stylist,tiadalah
Beyonce Knowles ataupun Madonna. Mereka inilah yang bertanggungjawab melahirkan bintang-bintang ini yang menyerlah bukan sahaja dari kebolehan artis itu tapi dari segi penampilan juga. Mereka juga yang arif lagi bijaksana dari segi menata gaya serta tahu apa yang terbaik buat pelanggan mereka. Senario tempatan berbeza sekali. Artis hanya diberikan sehelai rekaan dari pereka. Tiada pilihan.Tiada penata gaya. Mahu tak mahu,tugas dipikul oleh pengurus serta make up artis untuk menjayakan tugasan. Alamatnya.. bersambung rizalman
Tuesday, May 6, 2008
fesyen artis malaysia (FAM)- episod 1
Kalau nak tunggu kak Wirda Glam menjemput saya untuk memberi pandangan dalam majalah beliau setiap kali saya ada perkara untuk diperkatakan,mungkin ada yang irihati. 'Takde orang lain ke kak Wir ni nak jemput?'. Oleh kerana tiada medium untuk saya meluahkan pendapat serta mengadili mereka yang saya iktiraf sebagai penjenayah fesyen,maka ruangan ini dijadikan gelanggang kehakiman saya.Perasaan ni berkobar2 setiap kali ada malam penganugerahan untuk para artis tempatan. Bukannya kerana saya ni tercalon,tapi kerana pasti saya terpaksa menelan panadol untuk bersiap sedia menonton acara karpet merah dan gaya artis menghadiri acara2 begini. Saban hari penganugerahan muncul bagaikan kulat selepas hujan;seiras munculnya artis baru. Bila artis dah bertaburan,muncul lah lambakkan pereka muda yang menghidu kehadiran para artis untuk dijadikan medium oleh mereka mempromosikan rekaan. Fesyen dan artis itu tidak dapat dipisahkan,ibarat irama dan lagu. Jika sumbangnya irama,maka rosaklah lagu. Jika sumbangnya rekaan,maka gonjengla si artis. Saya juga di suatu ketika dulu berpaut pada golongan artis untuk mempamirkan karya saya. Saya akui bahawa artis banyak membantu meningkatkan populariti, malah itu juga nasihat yang saya berikan pada pereka muda untuk mengikut jejak yang sama. Namun saya kira nasihat saya yang selebihnya belum sempat diberikan, nasi sudah menjadi bubur.. 'Ingat, berikan hanya yang terbaik !'. bukannya konsep tangkap muat diguna pakai. Saya kira para pereka kebanyakkannya tidak bersaing dengan diri sendiri,malah lebih suka bersaing dengan orang lain yang seangkatan. hasilnya tiada peningkatan kepada diri sendiri serta mencabar keupayaan sendiri untuk lebih menggapai kejayaan. Malah lebih teruk lagi apabila plagiat dijadikan alat untuk survive dalam industri ini. Mungkin ada tertanya apa kena mengena dengan fesyen artis kita? Setiap masalah ada akar umbinya; inilah akar umbinya- 1. pereka memerlukan artis sebagai medium unntuk mempromosikan label. 2. artis tidak mahu berbelanja untuk pakaian,maka mengambil tajaan sebagai alternatif. 3. persaingan pereka untuk 'sapa punya baju lagi cantik'. 4. kedaifan ilmu fesyen kedua-dua pihak. 5. pendandan artis tidak membuat homework tentang final look penampilan seseorang artis. Satu lagi! 6.penajaan jenama barang kemas yang melampau. Mungkin pedas lagi berbisa tulisan ini, tapi saya ingin memperbetulkan senario ini sebelum terlambat dan melekat menjadi budaya kita. Pereka sudah tidak lagi boleh menyumbat idea mereka seratus peratus ke dalam hati masyarakat. Peminat sudah tahu menilai mana yang baik, mana yang buruk. Apa yang barat lahirkan tidak boleh menjadi kiblat fesyen kita. Artis kita adalah artis kepunyaan rakyat Malaysia. Meniru bulat-bulat resipi barat bakal memesong kita kepada kehancuran dalam berfesyen,sekaligus artis diperdagangkan bagaikan melelong trend. bersambung.. rizalman