Fabulous fc

Tuesday, February 1, 2011

COKELAT TORA KEMBALI LAGI..!!







Tu la pasal! orang buat blog, dia pun nak buat jugak...padan muka! dah jadi macam satu kewajipan pulak kalau tak memblog...kecoh satu malaysia blog saya tak berupdate(ada yang khatam sekali lagi sebab takde bahan bacaan baru)..rintihan,pujukan,sindiran..macam2 cara orang memaksa saya berblog dengan secepat mungkin ,sampai ada terjumpa di luar siap cakap kat depan batang hidung lagi..malah ramai juga yang seakan merajuk..konon.

Blog ni pun dah sampai sejuta lebih dah pelayarnye..ribuan follower..tapi kesibukan kerja mengatasi excitementnya..Balik dari bercuti pun tak sempat nak bercerita dengan kamu semua..perangai Umar semasa bercuti pun banyak keletahnya. Sibuk tu sibuk juga..tapi part nak mengupload gambar2 mengikut susunan cerita tu yang buat pak aji malas sikit nak buat.

But what makes me rajin untuk muncul untuk sekian lamanya menghilang disebabkan oleh sebuah perkahwinan yang telah dimeterai baru2 ini..as always a beautiful one brought to you by rizalman. Buat Syukri & Sarah..,selamat melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang kekasih dan juga sebagai suami dan isteri.. Kepada Dato' Maznah and Tuan Sheikh..it has been my pleasure to serve you.. indeed you guys are the cutest couple i've ever met..Allah has granted you with beautiful life, beautiful children and a beautiful hearts.



i bet u guys still remember these pictures taken from their engagement

mungkin ramai juga yang dah tarik gambar2 dari majlis pertunangan ini (especially the hantaran yang ada epal hijau tied with little grey ribbons) for personal keepings and rujukan kan?
well this couple had their wedding last month..
so i was hired to design the wedding. The reason why i took the job, was simply because of the family values that still exist in this modern world..(memang susah dah nak cari sekarang ni anak-anak serta ibubapa yang tahu tanggungjawab masing2).
Please enjoy pictures taken from their wedding..(dan sebenarnya malas nak buat caption).




























hadiah perkahwinan dari ibubapa pengantin perempuan- A4!





































pengantin lama.





p/s: sekalung tahniah buat senior saya Radzuan Radzi kerana dianugerahkan gelaran Datuk.
gegambar yang cantik2 tu are from Qippy photography. Thanks dear!

Tuesday, November 9, 2010

london-paris-rome

siapa yang tidak suka bercuti kan?. Kalau boleh semua orang ingin melihat dunia. Allah jadikan muka bumi ini untuk dijelajahi oleh hambaNya bagi diperlihatkan kehebatanNya mencipta alam semesta, manusia, lantas sekaligus kebijaksanaan yang dikurniakan pada setiap insan untuk memperindahkan tamadun serta budaya masing2. Tidak dapat saya nafikan, bumi eropah antara yang paling menonjol dari segi ketamadunan,lanskap,senibina,budaya dan sudah semestinya reka hias pakaian(fesyen).

Maka dengan sebab itu saya kerap berkunjung ke sana. Kalau boleh setiap tahun harus menjejak kaki di situ. Fashion was born there. Gaya mereka, pereka2 fesyen mereka..semuanya handal2 belaka. kenapa ya?. Pastinya kerana fesyen adalah ruji masyarakat di sana. Fesyen dianggap sungguh sacred, hingga ianya adalah suatu tradisi yang tidak boleh dibuat bahan mainan maupun gurauan. Maka dengan sebab itu, lahirlah dunia 'haute Couture'. Saya pasti ramai yang pernah mendengar perkataan Couture? Ya, kini di malaysia pun perkataan itu memang sudah terang2 digunakan di sana sini. Tapi adakah anda tahu maksudnya??
Couture yang membawa maksud jahitan, adalah satu tradisi pembuatan pakaian mewah yang memang sudah begitu sinonim dengan negara perancis, khususnya Paris. Pembuatannya amat berkualiti dari segi jahitan yang kemas, fabrik yang bermutu, potongan yang flawless serta sudah semestinya rekaan yang dramatik. Walaupun saya ketika belajar tidak didedahkan sangat dengan teknik sebegini, namun dengan inisiatif sendiri, kerap berulang alik ke Paris bagi mendapatkan ilmu teknik pembuatan hanya dengan melalui window dressing beberapa couture house disana. kagum! terpesona serta hormat yang tidak terhingga kepada para couturiernya. Kerajaan Perancis juga mewujudkan satu badan untuk memantau para pereka fesyennya yang bernaung dibawah sebarang label couture bagi menjamin kualiti serta tradisi negaranya. Hebat kan?

Malah dari peringkat institusi fesyen lagi para pelajar sudah didedahkan dengan perkara ini, yang fesyen bukannya suatu bidang gurauan tetapi adalah satu profesyen yang dipandang mulia (jika anda berjaya). Para pengkritik fesyen juga lantang bersuara demi atas alasan bagi menjaga budaya dari pudar menjadi rekaan yang murahan. Setiap pereka disana akan menggigil ketakutan menunggu respon serta berita di dlam suratkhabar smada rekaan mereka dipuji atau dikeji..sehingga Valentino yang sudah bergelar couturier hingga berdekad lamanya tetap akan merasai perasaan seperti itu. Begitulah betapa besarnya suara pengkritik fesyen serta penggunanya yang akan menentukan pasaran bagi setiap musim rekaan. Fashion Week merupakan medan bertarung untuk kekal di dalam bidang ini. Samada anda mampu menjual koleksi kepada gedung2 besar(bagi koleksi pret a porter) ataupun mengumpul pelanggan2 yang mampu membayar ratusan ribu ringgit untuk sehelai gaun(bagi koleksi couture). itu adalah satu pertaruhan. Apatah lagi dunia serta pasaran fesyen didominasikan oleh wanita yag begitu berpengaruh-Anna Wintour(pengarang majalah american Vogue). pengaruh beliau amat besar hingga kesemua pereka akur dengan segala komentar beliau bagi mendapat review yang baik darinya,sekaligus meningkatkan jualan barangan fesyen mereka.

TETAPI!( tolong tukar mood dan baca laju sikit).

keadaan sebaliknya disini. Di Malaysia negara ku tercinta. Fesyen menjadi bahan jenaka. U must be joking! designers.. What on earth are you guys were thinking!!. Masing2 berebut2 mendabik dada mengelar diri masing2 couturier..cuba selak sikit baju, oh my goodness!! kemasan dalam seiring dengan ketidakkemasan di luar baju. This is what you called Couture?? you must be kidding fellows!. and yet they dare to parade the creation on a runway?.(to make things worst,ada pulak yang bawak gambar sendiri dalam frame..haloo! this is not a funeral or an obituary moments. please take things seriously. Kenapa terjadi macam ni??. Kepada para media pulak langsung tidak mengkritik rekaan..semuanya cantik belaka! have a bit of opinion and jangan takut berkata benar..kerana kebenaran saja yang akan membawa kebaikkan kepada semua pihak. Come on.. we need to wake up dreamers.. have some respects to this field. I've come a long way untuk jadikan orang melayu sebaris dengan bangsa lain dalam bidang ini..You can me Dajjal Fesyen( devils wears Prada), but this devil has put a lot of effort to make our bangsa dipandang tinggi dalam bidang ini..i have right to say things yang i rasa tak kena kepada bangsa sendiri, bukan untuk menjatuhkan ,tetapi untuk memberi kesedaran bahawa we have a mission. Think about what u guys did to your own bangsa? Do you know that people are laughing about malay designers' creations?? jangan hanya setakat menerima pujian dari sahabat anda yang dua tiga kerat itu,menandakan anda sudah berjaya mengeluarkan rekaan yang menarik. That is not the benchmark. Sebab itulah minggu fesyen sudah menjadi ibarat rumah terbuka hari raya.(tempat berkumpul para pereka fesyen). Fashion is business. And also for those who is taking advantage on the designers..please find your own league. And please dont let me start on peniruan..design tiru,tapi workmanship tak tiru sekali. Kepada penternak baka pereka2 fesyen yang gila glamor sebegini..i have one peribahasa for you, cikgu kencing berdiri,anak murid kencing berlari.



"Umar! lets pack our things and have a great vacation in Europe..sini panas, sepanas asap Gunung Berapi Merapi".






"dah babah.. is Louis Vuitton alrite with you?"
"good boy,at least you have a good taste".


p/s: syukur dapat lagi pergi ke Europe..tak payah nak susah payah bawak portfolio untuk ditemuduga semata2 untuk ke sana. Inilah namanya rezeki bagi orang2 yang telah 'berhijrah' dari zaman gelapnya.

p/s: this picture is not from google,they are mine. bongkak.

p/s: a couture workshop is to have at least 40 artisans, bukannya hantar dekat tukang jahit bangla dan letak label couture. fyi.

Wednesday, October 27, 2010

40-1=39

umar telah memberikan saya sekeping yang berbunyi seperti di atas..
so i turunkanlah tandatangan dengan bangganya..

sekali kena tipu!

kurang asam punya budak! kecik2 da nak amik harta

so glad that i got these for my presents.. trip to london, iphone 4
and..

a Gucci ipad cover.. love!



p/s: tengah cabut uban.

Sunday, October 24, 2010

an early birthday present

kadang-kadang rezeki tak datang dalam bentuk wang ringgit tapi dalam berbagai. Tahun ini hadiah harijadi saya tiba lebih awal. Seorang sahabat menghadiahkan tiket pulang balik ke London!. BAHAGIA!.

Saya berangkat tanggal 3hb oktober hari tu bersamanya sekeluarga. Best! weather is very the baik..sejuk but ada matahari. Bersama dengan satu luggage dan satu hand carry.. off we went!
Tapi bila pergi tak bawak kawan banyak maka takdelah gambar2nye ada yang senonoh..coz most of the time i traveled (shopped) alone. So these are the photos in their random order:


we went to Paris for a day trip, to buy cars for her dad

this is my first time i datang europe in autum..luvly!

rasa macam nak tukar je my R class with new version of the same series

duit tak cukup nak beli ni!!

luv the autum colors!

thanks beb, for the holiday!

berbaris panjang nak masuk LV..nasib baik tak sejuk sangat kat luar ni


back in london.. sorang2 shopping kat oxford street
(kalau long shot mesti nampak paperbagS kat bawah tu)

kan dah nampak satu beg tu.. ehem2

my favorite eating parlor -LADUREE

the interior is so divine! rasa macam rambut blonde sekejap

pergi tengok teater Chicago..ok but so mengantuk sebab letih saie oxford street tiap2 hari

portobello market- kat sini saya beli banyak barang2 rumah untuk rumah baru- door knobs,drawer knobs,old maps and a few plates...

huge crowd on saturday

window display kat selfridges ...di drag nye patung lelaki ni

awesome food display at Westfield

artist jual lukisan kat Bayswater

siap ada biri2 kuning lagi untuk buat display kat dalam gedung Selfridges ni

Louis Vuitton in Bonds Street

this is gonna be my new house front door.. so British!
(bukan tiru..tapi ambil inspirasi)


p/s: pergi satu beg, balik 4 beg.

Sunday, September 26, 2010

wawancara




Pereka jangan jadi lanun seni - Rizalman
pancaindera,mingguan malaysia-26 sept 2010


SIAPA yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Menjadi ikon dalam industri fesyen tanah air, anak kelahiran Pulau Pinang itu pasti diingati apabila memberikan kejutan melalui rekaannya terutama fesyen tradisional kontemporari.

Itulah kehebatan lelaki berusia 39 tahun ini yang mampu menjadi contoh kepada anak muda lain terutamanya yang berminat memilih karier pereka fesyen.

Apatah lagi dia berjaya membeli bangunan tiga tingkat di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekali gus membuktikan kejayaan seorang anak Melayu di kawasan segi tiga emas itu.

Namun dalam diam, Rizalman memendamkan perasaan apabila melihat senario industri fesyen tanah air yang semakin menjadi tidak sihat.

Dakwanya, kini terdapat segelintir pelapis pereka fesyen dalam industri yang menggunakan jalan salah untuk cepat popular di mata masyarakat.

“Apa yang digeruni apabila segelintir mereka mencedok idea pereka lain tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri.

“Akibatnya, industri tidak berkembang malah terdapat pereka fesyen lain pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak," katanya berterus-terang.

Bagi mendapatkan gambaran jelas apa yang terbuku di hati Rizalman, wartawan ARIF NIZAM dan jurugambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN berkunjung ke butik mewahnya dan berbual panjang baru-baru ini.


Sebagai pereka fesyen senior, apakah pandangan anda tentang perkembangan industri fesyen pada hari ini?


Industri fesyen di Malaysia sudah banyak berubah dalam masa 15 tahun ini apabila pantas berkembang. Permintaan terhadap rekaan fesyen terkini serta percambahan pereka baru menyemarakkan lagi senario fesyen tempatan. Bukan setakat itu, pendedahan terhadap barangan berjenama sekali gus memberi kesedaran terhadap mutu rekaan yang lebih tinggi. Kehadiran barangan serta jenama antarabangsa memberikan satu persaingan sengit serta sihat kepada masyarakat tempatan, pereka serta pengguna.


Tempoh 16 tahun berada dalam industri, adakah anda berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan?



Pengalaman hampir dua dekad ini memang telah membawa saya ke platform yang berbeza tahun demi tahun. Kecuaian yang sedikit pun mampu menjerumuskan saya ke arah tidak sihat. Namun saya sedaya upaya sentiasa memperingati diri sendiri akan tugas serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai anak jati Melayu untuk memartabatkan nilai serta seni budaya bangsa supaya dipandang tinggi. Sebagai contoh, rekaan tradisional itu telah diperbaiki dan diolah untuk kesesuaian peredaran zaman dan mencari jalan untuk menjana ekonomi masyarakat Melayu. Hasilnya, rekaan kita diterima masyarakat dan masyarakat pula dapat menikmati keindahan seni ini melalui seni pembuatan pakaian yang seratus peratusnya menggunakan hasil kerja tempatan. Dengan wujudnya fenomena ini, bidang rekaan fesyen telah diterima sebagai satu profesion dipandang tinggi serta bersifat komoditi.


Pandangan tentang pereka fesyen baru pada masa kini?


Ketika industri ini rancak berkembang namun terdapat juga pelapis pereka yang telah tersasar jauh dari landasan. Ilmu yang ditimba semasa pengajian serta kurangnya pengalaman dan rasa jati diri untuk memajukan diri telah menyebabkan ramai antara mereka cuma berada di dalam profesion dalam masa yang singkat. ‘in fashion,one day you are in, the next day you are out!’ jika kita tidak pandai membawa diri serta tidak menunjukkan identiti serta keaslian kita. Masyarakat akan cepat menghidu kelemahan seseorang pereka itu. Plagiat serta kurangnya mentelaah bahan rujukan akan menyebabkan rekaan kita kelihatan seperti mencedok dari pereka yang lain. Ini sudah semestinya membawa kepada kecenderungan hasil kerja seseorang pereka itu tidak akan diterima seterusnya membawa kepada kerugian dan jalan penghujung kepada kariernya. Mengambil jalan pintas untuk berjaya serta terlalu enak dibuai dunia glamor juga menyumbang kepada kehancuran. Intipati kepada kejayaan seseorang pereka itu apabila menghasilkan sesuatu rekaan yang boleh diterima masyarakat serta dapat pula menghasilkan pulangan yang lumayan.


Adakah mereka sudah bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya pereka fesyen seperti anda bersara tiba-tiba?


Inilah yang amat saya takuti. Pereka pelapis seakan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya mungkin mempunyai rancangan yang besar selepas ini dalam bidang lain. Mungkin saya juga ingin bersara lebih awal jika melihat perkembangannya begini rupa. Rekaan fesyen yang dihasilkan rata-rata tidak mencerminkan identiti bangsa apatah lagi disogokkan untuk para pembeli untuk diguna pakai. Tiada elemen ‘fashion forward’ diketengahkan. Idea masih di takuk lama sedangkan mereka sepatutnya hadir dengan idea-idea lebih bernas sebagaimana yang kita dapat lihat di Barat. Pereka juga kerap beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu berada di luar negara, ia sudah cukup membuktikan seseorang itu berjaya sedangkan di tanah air kita sendiri ‘it’s already a gold mine’ kalau kita bijak mengatur langkah. Bukankah itu sumbangan yang sepatutnya pada ada pada satu jiwa yang merdeka?


Pandangan anda apabila pereka fesyen baru ini tiada identiti sendiri dan masih mengambil jalan mudah meniru rekaan pereka fesyen senior?


Mengambil idea atau mencedok dari pereka yang lain tidak seratus peratusnya salah. Malah saya juga sentiasa meneliti hasil kerja orang lain untuk dijadikan panduan. Tapi apa yang digeruni apabila mencedoknya tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri. Kesannya saling tidak tumpah terhadap apa yang terjadi pada industri muzik kita. Industri tidak berkembang malah pereka fesyen pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak. Sepatutnya pereka lama dan baru bergabung tenaga untuk menghasilkan idea-idea jitu serta menarik bagi menyemarakkan selera fesyen tempatan dan bukannya menjadi lanun seni.


Khabarnya pernah merajuk dengan industri fesyen tanah air?


Saya tidak merajuk apatah lagi untuk berlagak pandai. Kesan dari senario yang terjadi sekarang seolah-olah mencerminkan anak didik bangsa yang hilang arah tuju. Saya jenis orang yang suka menegur jika terdapat apa-apa yang kurang saya senangi berlaku terhadap bangsa sendiri. Masakan tidak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi idola saya. Saya khuatir jika ini dibiarkan berlarutan, kita mungkin akan hilang identiti bangsa kita yang memang terkenal dengan kesungguhan serta kesenian untuk berjaya. Kita mungkin akan ditindas serta pertumbuhan ekonomi pada masyarakat Melayu akan terjejas. Saya berpendapat media masa juga harus memainkan peranan dalam menulis secara lebih terbuka dan tulus bagi menyedari kelompok ini bahawa ada sesetengah hasil rekaan itu mempunyai cacat cela. Dan pereka baru juga sudah tiba masanya untuk menerima kritikan dengan lebih terbuka bagi memperbaiki hasil kerja mereka. Masyarakat kini sudah pandai menilai dan bukan lagi rela untuk disogok dengan rekaan yang berbaur sampah.


Harapan dan nasihat kepada pereka fesyen baru?


Walau bagaimana hebatnya teknologi di zaman ini untuk meraih kejayaan, saya masih lagi percaya kepada pengalaman yang ditimba. Bukannya hari ini kita keluar dari institusi, esok kita sudah bergelar pereka. Sebarang kejayaan harus di daki dan segala pengetahuan harus dicari kerana cita-cita harus datang bersama kepayahan dan kesabaran. Mungkin kita sudah cukup senang dengan pujian dari rakan sekeliling tentang kehebatan kita tapi kayu pengukur sesuatu kejayaan itu masih lagi pada diri kita sendiri. Tepuk dada dan tanya sama ada kita sudah cukup berbakti pada ibu bapa yang menghantar kita menimba ilmu atau pun pada negara yang meminjamkan segala kemudahan kepada kita. Juga tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita sudah bersedia untuk bergelar seorang pereka?



p/s: namun saya juga tidak pernah menyangkal ada sebilangan pereka yang mempunyai karisma tinggi dan berpotensi besar.