Fabulous fc

Sunday, August 8, 2010

masihkah kau ingat?



nama saya rizalman, rizalman ibrahim. Seorang pereka fesyen yang mempunyai blog yang diberi nama 'fabulousity'. Juga seorang bapa tunggal yang memelihara seorang anak yang bernama Umar Nail (sekadar sedikit flashback untuk mengingati kisah dua beranak ni). Lama sungguh tak melewati laman blog ni kerana bukannya sakit atau demam, maupun merajuk kerana hasil rekaan kian ditiru orang..cuma kesibukkan terlampau akibat rezeki yang mencurah dan kepercayaan pelanggan terhadap barangan asli!

hari ini,waktu ini saya bergagah menaip. Menaip hanya untuk pembaca setia yang menanti bagai menantinya bazar ramadhan bermula. Sekiranya saya tidak mula memberitakan perkembangan terbaru, mungkin kisah hidup ini sudah boleh dibukukan. Terlampau banyak yang nak diceritakan, dikongsi bersama. Semuanya indah.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bertuah. Semua yang dirancang,semuanya menjadi. Dari satu perkara ke satu perkara yang lain, tiada cacat celanya. Gembiranya hati ini tidak terkata. Saya mulakan dengan kisah beberapa bulan yang lalu bilamana saya dijemput menjadi pereka jemputan untuk malam tenun diraja dibawah pengelolaan Yang Amat Mulia Tg. Puan Pahang.


keadaan disebalik tabir ketika menunggu sebelum peragaan bermula.
(m0del semua pakai 6 inch heels, thats why saya nampak pendek!)

tiba2 je rasa malas nak menulis seterusnya.... sebab gambar banyak sangat. Dahlah kena pikir ayat2 power lagi.. so untuk menyebabkan saya tak membuang keringat yang nak disimpan untuk berpuasa esok, maka selepas ini anda semua pandai2lah tengok gambar dan buat ayat sendiri kerana selepas ini hanya gambar serta caption saja. Boleh macamtu?



membuat pelamin pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)



set up untuk dessert buffet table( jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)


persada pertunangan di waktu siang(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa2 ni)



antara barang2 hantaran pertunangan(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)


antara barang2 hantaran(jangan tiru,tak baik bulan2 puasa ni)



bertemakan putih dan rona perak(jangan tiru, tak baik bulan2 puasa ni).
boleh pulak taip ayat tu berulang kali?


bergegas pulak buat interior and construction work untuk my client's house dekat bangi



pergi pulak ke jakarta bagi menjadi pengarah seni untuk iklan kosmetik Sri Mawar yang akan muncul di tv tidak lama lagi


sampai pukul 3 pagi tak habis shooting lagi.


berbincang bagi mendapatkan shot terbaik


jangan marah... saya pun masuk sekali dalam iklan tu




seorang sutradara in action




masa ni dah rasa nak tercabut bijik mata tu,sebab dah mengantuk sangat



temankan puan Aniza (pengasas kosmetik Sri Mawar)ni shopping kat Jakarta beli kasut Christian Laboutin yang harganya boleh beli kereta proton saga dua kali bayar je.



masih lagi di Jakarta, urusan membuat kad perkahwinan untuk pelanggan.


dah balik ke kuala lumpur,lepas tu pergi lagi sekali bagi menuntut ilmu dari orang2 jakarta bagaimana nak buat pelamin yang gah macam ni untuk dibuat pada pelangan saya di kuala lumpur nanti


salah satu dekorasi di majlis perkahwinan tersebut




balik ke kuala lumpur sambung kerja buat mekap pengantin




amacam cantik tak kereta baru saya? old school sangat kan? (usah terpedaya)



bersulam pulak kerja mengubah suai rumah pelanggan satu lagi di setiawangsa




hujung minggu tu peragaan fesyen PUTEH. (untuk pengetahuan,semua baju habis dijual sehari selepas peragaan).
tak menangis dibuatnye pereka lain dengar statement ni....
















gemuk! gemuk! gemuk!



antara blogger yang hadir

due to popular demand,peragaan terpaksa dibuat dua hari kerana tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang ingin hadir.


sesi raptai untuk lokasi yang kedua.



penganugerah anugerah pereka fesyen terbaik oleh majalah Eh!



bersama pemenang2 anugerah yang lain



fara fauzana juga antara pemenangnya.


pastu mekap pengantin lagi..


jadi disebabkan kesibukkan seorang bapak yang gilakan harta serta mengejar glamer yang tak berkesudahan maka..anak sendiri terbiar

"babah ni asyik balik lewat jer....sampai i kena masak sendiri tau!"




p/s: rizalman: "umar! mari sini babah nak ajar niat untuk puasa..., nawaitu saumaghadin..."
umar: "nawaitu saudi arabia..."
rizalman: " HEI!"

Friday, May 21, 2010

1,2,3....mula!


rizalman& puteh

raya 2010 fashion show

26th june 2010

3pm

sesiapa yang berangan selama ini untuk mendapat peluang menyaksikan fashion show Rizalman Ibrahim...anda boleh merebut peluang ini! 
5 tempat duduk disediakan bagi pembaca khas blog yang akan dipilih apabila anda berjaya menghantar slogan yang paling menarik

saya ingin pergi menonton pertunjukkan fesyen Rizalman Ibrahim kerana.....
....................................
(slogan tidak lebih daripada 20 patah perkataan).
*tarikh tutup- 15hb,june 2010.
pastikan anda boleh dihubungi bagi tujuan undangan

tunggu apa lagi? 1,2,3...mula!


p/s: jangan pulak ada yang tulis- "....saya ingin pergi menonton pertunjukkan fesyen rizalman ibrahim kerana saya hendak meniru rekaannya..."(itu memang nak kena ). Mungkin anda juga berkesempatan bertemu Umar.

p/s: segala komen tidak akan disiarkan bagi tujuan mengelakkan peniruan antara satu sama lain. harap maklum.

Sunday, May 2, 2010

di suatu Maghrib


petikan ini setelah selesai menunaikan sembahyang maghrib berjemaah bersama Umar.

babah: "nanti dulu Umar..jangan bangun lagi. Tunggu sampai babah wirid dulu,pastu kita doa".

Umar: "sigh..."

babah: "angkat tangan tu betul2..nanti Allah tak terima doa kita.. Ya ALLAH, selawat serta       salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw......ampunkan dosa kedua arwah ibu dan bapaku.....dosaku.......etc........dosa anakku....etc......dosa seluruh kaum keluargaku....etc.....seluruh penghuni2 rumah ini...etc....panjangkan umur kami...etc...ya ALLAH...rabbana atina.....Amin ya Rabbal Alamin..."

Umar: "Amin ya Rabbal Alamin. Babah ni selalu je lupa nak doa untuk Blacky (ikan peliharaan dia). Kesian dia.."

 babah: "Eh! apasal pulak babah nak doakan untuk dia pulak?? Itu kan you punya pet? You jelah yang doakan".

Umar: (sambil menadah tangan yang montok2 ruasnya)..."Ya Allah ya tuhanku, ampunkan lah   dosa ikan ku..."






agak2nye apalah dosa2 yang telah dilakukan oleh ikan ini **???**


p/s: inilah akibatnye membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa.... segala benda di rumah ni di buatnya saudara. (Umar pernah menyangka yang pembantu rumah itu emak dia!).

Thursday, April 29, 2010

riang ria


dah berlapuk, dah berkulat. Riang ria cuti sekolah yang telah lama berlalu barulah terhegeh2 nak cerita (sampaikan cuti sekolah yang baru pun dah nak tiba). Tolong jangan ingatkan pasal cuti sekolah! sebab pada tanggal itu lah nanti saya punya CEO rumah(my maid) nak balik cuti!! Sapelah nak basuh baju2 yang akan berlonggok2 tu!. Tapi takpe at least budak 'gebu' tu tak pergi sekolah time tu. 

oleh sebab terperap je kat rumah, saya serta Faizul(founder of this blog)  amat ketagihkan peralihan angin,maka kami bersetuju membawa Umar ke negara jiran- Singapura untuk bawak diri kitaorang makan angin sekejap bersama satu lagi sahabat sekeluarga. Arah tujunya ke Sentosa Island sebab kononnya Universal Studio dah mula beroperasi.

kami menginap di hotel Hard Rock di pulau tersebut. Cantik jugalah hiasan dalaman hotel tersebut(maklumlah hotel baru). Jadi kalau mana-mana sudut yang rasa2nya agak menarik tu memang tak dilepaskan peluang untuk mengambil gambar..(masa ni taklah segemuk sekarang..kalau diambil gambar yang sama masa badan tengah naik ni harus bulatan tingkap tu dah tak nampak!!).

time cuti sekolah ni lah saje Umar dapat main psp dia...kalau tidak jangan harap saya nak bagi. Saya cakap kat dia kalau nak main psp mesti kena masanya- cuti sekolah, dapat keputusan peperiksaan bagus ataupun sunat lagi sekali! (boleh?).

hotel ni kira gempak jugalah..mengadap swimming pool yang direka seolah2 kawasan pantai. Kebersihan bilik-ok!  hiasan dalaman -ok! keempukkan katil-ok! 
tempat cebok- Ayooo! takde? (sah lepas melepas kena mandi terus).
Hairan betul manusia2 ni, negeri sikit punya maju.. berak macam lembu (dah habis,kibas dengan ekor, pastu terus jalan). Patut la si Faizul tak makan sup ekor.

jangan percaya pada gambar ni (Umar turut gemuk sekarang).

bak kata saya tadi kononnya datang sini nak masuk ke Universal studio, tapi tak bukak lagi (masa kitaorang nak balik baru la dia bukak,tak hangin?). Jadinye ambil gambar kat globe berasap ni jelah. Dahla tempat ini dijadikan sebagai rasuah kepada Umar untuk dia tak membebel ketika saya bershopping di Orchad Road nanti.

konon2 muka happy..tapi hakikatnye penat giler melayan dia ni

ini pulak kat dalam lif hotel Hard Rock

this is my playground.. masuk kedai keluar kedai! seronok! Si Umar pulak main sampai tak ingat dunia dengan anak2 sahabat saya ni sehinggakan dia terjatuh kat tangga Prada! (fabulous kan? jatuh pun nak kena tangga yang class!). Pastu bila dia dah penat dan jemu ikut kitaorang, dia cakap "babah! kenapa you asyik masuk butik je pastu tengok baju perempuan? You nak jadi girl2 ek?". Sila jawap tuan2.

nak ambil mood dia balik terpaksa la segala zoo dan taman2 burung kami lawat..(bestnye kalau anak ramai2 macamni kan).

cubala tengok baby Hani ni..dahlah gebu macam anak jepun..nak pulak kat semua orang

mak dia ni kaki shopping..jadi kitaorang la gilir2 jaga dia. Tapi kalau gebu macam ni, bagi terus pun saya nak jugak

(mak bapak budak ni la yang punya Bentley tu).

kalau jumpa semut bagai nak gila dia lari ketakutan..tapi dengan ular sawa,selamba pulak?


Umar ni pulak semenjak saya tukarkan ke sekolah islam antarabangsa..banyak sangat pantang larangnye..bila disuruh pakai seluar renang pendek dijawabnye "Ayooo! tak bole...nanti haram" So kenalah belikan dia pakaian renang yang macam ni..tak ke paus biru kelihatannya? Tapi dia suka sebab katanya color blocking buat dia nampak kurus. Dan sekarang ni bila dimarahi saje..terus jawab "babah..marah bukan budaya kita".

saya terus menoleh kat dia dan cakap "habis tu, yang kau lari merajuk masa sukan tu, budaya apa pulak?!"


p/s: join me at my fanpage di facebook

Tuesday, April 13, 2010

kreatif gila!

menarik sungguh iklan maskara yardley ni!! simple tapi cukup best untuk buat saya ketawa dan kembali berblogging...hahaha!!! 

p/s : yes, ramai yang menangis tapi saya rasa akan ramai juga yang bertepuk tangan. bila la 'ricky martin' malaysia pulak nak buat annoucement?