Fabulous fc

Sunday, September 27, 2009

rezeki syawal kak ina






ingat lagi rumah pemenang pertama di bukit beruntung yang saya ubahsuaikan sebelum hari raya hari tu? Inilah keadaannya. Nama pemenang serta tuan rumah ni, kak ina. Kata kak ina  dia memang tak sangka sungguh untuk memenangi peraduan deko!deko!deko! ni..dia masuk peraduan ni pun main2 je, tup2 dapat! Seminggu sebelum tu saya berkunjung ke rumahnya untuk membuat persiapan mengubahsuai dan berlakon sikit2 untuk promo nanti di tv3. Sampai je saya kat pintu rumah, anak kecik dia dah menjerit2, 'Mak! mat deko! mat deko! dalam tv tu!'



pada 17hb,hari khamis, saya dan team terus tercegat di pintu rumah seawal 9 pagi(sebab kena siapkan sebelum pukul 6 petang). Tuhan saja yang tahu betapa penatnye buat kerja macam ni  dalam bulan puasa!! Ampun tak nak lagi (saya ada lagi 9 buah rumah lagi nak kena deko kan).
















hasilnya.....

Friday, September 25, 2009

album raya-versi utara


nak raya,nak raya..dah pun raya. raya taun ni ada yang sronok,ada yang tak berapa sronok. Yang sronoknya, macam biasa semua benda yang cek masak menjadi. Rendang daging, ayam masak merah,dan tomeh nasi tomato,menu wajib. Lepaih tu laksa pulak masak untuk hari kedua. Masak punya banyak macam nak bagi orang yang mai makan,tapi sebenaqnya untuk kami yang dirumah ni nak balun(cek makan macam dah posa setaun,lepaih geram pasai cek tesangkut dalam jem nak balik kulim,dari 3jam jadi 6 jam!,bebai bukan main dalam kereta). 



dua beranak tengah dok masak dibelakang rumah
(jangan dok perhati betih pak aji). Hangpa perasan dak kukoq nyoq tang bawah sinki tu?

dalam periuk masak ayam, dalam belanga masak rendang(daging liat sikit..mesti lembu tu ketegaq)

baru la puaih main bunga api di kampung,tapi bila orang main mercun,dia pulun lari..takut

anak terona cek dah besaq da aih..(segak bukan main)


kalau anak terona dok pelan besaq, pak dia pun dok pelan tua la kan

raya ketiga kami turun pi penang..pi cari nasik kandaq(pasai tak larat masak dah)

ingat lagi jalan ni masa kecik2 dulu dok ikut arwah bapak pi beli nasik kandaq

ni la restoran hameediyah,orang penang mesti kenai kedai ni

lepaih pekena nasik kandaq kami pi singgah di kuboq arwah2. sebelum tu masuk tengok masjid sg. nibong,masjid lama dekat rumah cek di penang.

'babah,kesian dekat orang mati ni kan,babah'? Kesian kalau dia berdosa..kalau dia baik, dia lagi beruntung dari kita..Umar.

tu abang ipaq cek, kami dok baca tahlil kat kuboq bapak,mak,tok dengan wan(belah bapak).

masa di kulim,dalam dok tengok album2 lama keluarga,cek jumpak satu gambaq.
gambaq lama cek masa kecik2. Mata cek besaqnya macam ikan termenung.


p/s kalau tak gheti nak baca entri ni dalam loghat utara,cari la kawan2 yang bole tulong translatekan. Cek nak pi sambong posa enam. (bila da start posa,barulah kuih raya yang buat tak endah tak endah tu..,teringin nak mampuih).

Friday, September 18, 2009

jom Raya




selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI...kepada semua bloggers yang tak jemu2 menjengah dan menghantar kiriman pesanan kepada kami, diucapkan jutaan terimakasih!!(saya mahu pulang ke kampung di Kulim ,Kedah). 
maaf zahir dan batin

baloi-Baloi Raya lah kita!

Sunday, September 13, 2009

membentuk rebung


Lazimnya kanak2 akan diberi ganjaran(dalam bentuk wang) sekiranya ingin mereka berpuasa penuh. Itu kanak2 sekarang..saya dulu jangan katakan ganjaran, baju raya pun kadang2 miss. Namun sebagai bapa,segala bentuk tingkah yang boleh membawa kepada kebaikkan,maka itulah yang saya nak terapkan kepada Umar. Memang dari umur lima tahun lagi Umar sudah mula berpuasa..tapi waktu itu dia belum lagi mengenal erti nilai wang..jadi sekarang bila dia dah mula berurusan di kantin sekolah( Umar di darjah satu)..dia sudah tahu kegunaan duit itu. Saya telah menawarkan dia dengan jumlah rm5 sehari untuk meneruskan niat murninya untuk berpuasa penuh..boleh juga dia dapat duit raya lebih,atau belanja kawan2nya disekolah nanti. mungkin kita sebagai orang dewasa senang untuk menjalani ibadah puasa ini..tetapi pada kanak2, sukar. 

Dibawah antara gambar2 yang sempat dirakam....








ada satu hari tu dia penat sangat..sampai saya lipatganda kan duit pun, tak memberi kesan..(alhamdulillah puasanya hari tu kekal sampai ke azan maghrib).

Kesian tengok Umar..main bunga api dahla sorang2, main kat balcony je pulak tu, so tak raya mood!

Thursday, September 10, 2009

muka dia lagi



Ada kalanya kita harus berbakti. bukan setakat itu, sifat 'hijau' pun kena tumbuh dalam sanubari. Bersempena dengan wawasan pasaraya Tesco untuk mewujudkan persekitaran serta awareness terhadap bumi dan proses kitar semula,mereka telah bersetuju meminjam saya sebagai pereka yang akan berkhidmat untuk sama-sama menerajui kempen tersebut dengan meminta saya merekacipta beg kitar semula Tesco (limited edition) yang bakal dijual bermula bulan Oktober  ini. Tetapi yang manisnya kali ini saya telah dengan sukarelanya memberi khidmat bakti saya dengan menyumbang keuntungan jualan beg-beg ini kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Untuk kemunculan beg ini,sama-sama kita nantikan (saya dah tengok contoh beg ni,dan sangat cantik!). So for those who really wants to have a piece of me,maybe this could be a start. Dan bercakap pasal beg ni...saya rasa tak jadi nak beli beg baru dan cuma hendak kitar semula je beg-beg yang sedia ada. 
Boleh percaya ke?

Tuesday, September 8, 2009

takde tajuk

"eh Umar!, assalamualaikum..". Kami diterjah kat pasar ramadan Setiawangsa. 
Peminat la kot agaknya. Nak tegur umar ke.. babah dia?  Penuhnya orang!. Inilah kali pertama saya ke pasar ramadan sepanjang nak masuk 3 minggu kita berpuasa. Memang lumrahnya saya kurang gemar nak ke bazar2 ni,sebab makan bukannya banyak pun..setakat berbuka jer,umar pun setakat hanya makan roti canai untuk berbuka dan coco crunch je masa sahur. Saya pulak hanya minum soya aje. Mana tak kurus badan macamni,setakat ni dah hilang 6 kilo!(seluar lama dah punggah balik, Umar pun turun sekilo..tapi pipi dia tetap maintain). Seperti biasa waktu2 dah masuk minggu ketiga ramadan ni,saya dah jadi tak keruan..bila dengar lagu raya mula berputar kat radio, terus jadi gelabah! raya dah dekat!!.Baju2 client bertimbun2, semua orang nak baju dia siap sebelum raya..mana2 yang regular2 client yang manja2 tu baru lah terhegeh2 nak hantar kain untuk buat baju raya. nak tak nak kena terima sebab dah jadi kawan2..lagipun pulus jangan ditolak kan? Lagipun boleh jugak buat bagi duit raya anak2 sedara. Tapi dalam banyak tahun2 raya,inilah yang paling tak termampu saya nak habiskan tempahan. Baju2 tu pulak bukannya baju2 kurung bodoh tapi yang mampan design dan sulam maniknya. Ingatkan bila saya dah siapkan baju2 yang siap jahit untuk memudahkan pelanggan beli terus tanpa perlu menempah, tak payahlah saya nak sibuk menjahit..itupun meleset..rak saya dah kosong disapunya dek pelanggan2. Pada masa yang sama kena pulak buat deko untuk pelanggan Celcom berbaloi-baloi yang baru menang untuk minggu yang pertama bertempat di Bukit Beruntung. Nasib baiklah dekat jugak dengan KL, kalau dibuatnya pemenangnya di Kudat atau Tawau tak kena naya kena pergi ke situ! kalaulah pemenangnya rumah panjang kat Sarawak lagi haru!(sebab ruang tamunya dikira sepanjang2 rumah panjang tu). Kerja gila tu. 

Nasib baik jugaklah baju2 raya Umar saya sediakan awal2. Cuma tinggal baju bibiknye aje yang belum beli. Rumah pemenang Celcom tu pulak kena sediakan pada 18hb ni..(dah kira nak masuk petang raya tu),ntah2 saya mungkin beraya kat highway sebab tak sempat balik(mintak simpang sangat). Mana lagi nak perhatikan Umar lagi supaya dia tak curi2 makan di siang hari(hari pertama puasa saya jumpa balang kuih raya sampel kat dalam almari baju dia!!). Tapi semuanya ini mungkin rahmat Ilahi yang memberikan saya rezeki yang amat mencurah2..sehinggakan saya malu sendiri denganNYA kerana tidak dapat membalasnya dengan ibadah yang setimpal. Beberapa hari sebelum ini saya ada menerima beberapa keping kad raya dari blogger yang mengirimkan kepada saya..terimakasih! maaf sebab tak sempat nak membalas..kalau anda sedang membaca post ini..ni dah kira balasannye lah ye. Tak pun tengok aje muka saya kat akhbar untuk iklan Celcom yang keluar hari2 tu sambil imagine saya berkata 'selamat hari raya' instead of berbaloi-baloi! (boleh!).

Walaubagaimanapun saya ucapkan terimakasih pada semua kerana tak jemu2 menjenguk ke blog ni walaupun tak berupdate selalu. hajat hati memang nak nak letak gambar2..tapi nak angkat jari untuk petik punat kamera pun tak larat.... (melampau).

Wednesday, September 2, 2009

my first tvc! (ada ke lagi lepas ni?)



Dah keluar pun iklannye! Kelakar rasanya..apa tunggu lagi? kalau nak saya berkunjung ke rumah anda sambil menata rias ruang tamu bagi menyambut Lebaran, start sms-ing dear!  Layannn!
p/s. seronoknya kalau dapat rumah fabulous FC..boleh borak2. wishing u guys good luck!
BerBaLoi-BaLoi!