Fabulous fc

Tuesday, August 18, 2009

13 ogos


Terlalu banyak rahmat diutuskan. Terlalu banyak rezeki diturunkan. Terlalu banyak kelapangan dilimpahkan. Allah maha besar. Tanggal 13hb Ogos terlalu banyak juga membawa makna. Arwah emak pergi menemui Pencipta..Umar dilahirkan pada tarikh yang sama…pembukaan Wisma Rizalman juga mula beroperasi pada haribulan seiras. Mengambil keberkatan malam jumaat,ke akhir penghujung bulan Syaaban serta Ramadhan yang hampir tiba.. doa serta sujud kesyukuran kami panjatkan padaNya supaya hari2 yang mendatang akan sentiasa diberkati dan mendapat perlindungan. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar,dan pastinya pembukaan pintu butik baru nyata mampu membuat para tetamu yang hadir(rata2nya orang2 masjid serta keluarga terdekat) memuji2 keindahan serta kemegahan suasana di butik ini..malah saya sendiri terlalu kerap bertasbih di dalam hati mengucap kesyukuran kerana dikurniakan umur yang panjang hingga dapat bertemu dengan suasana yang begini(alfatihah buat arwah Ustaz Asri). Dua individu yang teramat ingin saya berterimakasih..Faizul serta puan Bibi,yang selama ini menjadi orang kuat disebalik kejayaan dan kerjaya saya..budi anda hanya Tuhan saja yang bisa membalas. Penat lelah selama ini berbaloi,fitnah dan tohmah bertukar menjadi putik2 yang akan berbunga.. mungkin pada pandangan anda saya mempunyai segalanya..apa yang dihajati,tertunai; semua yang yang dicita,tercapai..tapi Allah itu maha adil dan lebih mengetahui. Dalam ramai2 tetamu yang hadir(banyak kelibat pakcik2 tua dari masjid) yang seolah2 mengimbau saya kepada seorang insan yang sudah agak lama tidak saya berjumpa..arwah bapak. Saya kira di dalam majlis sebegini,tidak akan ada dua insan yang akan paling merasa lebih bertuah dan bangga selain kedua arwah emak dan bapa. Tergiang di telinga saya.. ‘Maman..hang memang bagi kami bangga…’. Maman adalah nama timangan saya. Malah saya pasti topik ini bakal menjadi perbualan hangat bapak di surau bersama kawan2nya di kampung…jika bapa masih hidup. Saya kira juga tetamu melihat saya mengalirkan airmata kesyukuran..tapi ia sebenarnya airmata kerinduan..(Tuhan saja tahu betapa saya terlalu ingin berkongsi saat ini bersama emak dan bapak). Bapak yang sanggup bertahan dengan gajinya seorang pesara iaitu hanya rm500 sebulan menyara saya selama 4 tahun di Uitm, tidak sempat menuai saat ini.. Deraian airmata saya terhenti bila melihat mulut Umar terkumat kamit membaca surah Yasin walaupun dia hanya tahu sepatah dua ayat ... Kelaziman kitaran hidup,patah tumbuh hilang berganti..hilangnya kedua emak dan bapak,diganti dengan anak yang petah dan comel.. itu hikmahnya. Moga Umar juga satu hari nanti merindui saya seperti saya merindui ‘tok’ dan ‘wan’ nya. Biarlah dia yang akan merindui saya,dan bukan sebaliknya. Semoga Allah memanjangkan umur kita bersama...selamat hari ulangtahun Sayang…saya beremosi sekali lagi....

 

Alfatihah buat Hajjah Aisya dan Haji Ibrahim.



















Sunday, August 16, 2009

MASJID BARU-ajai dan liza dalam sepersalinan dari rizalman



liza mendapat sentuhan mekap juga dari rizalman

kredit pic to murai.com




tahniah kepada ajai dan liza!!

Tuesday, August 11, 2009

ButikBARU,tangkapMUAT,umar,WEDDING,080809,dekoDeko-DEKO!!!!

''faizul,bila blog rizalman nak update ni,..??..Sms saya terima dari writer majalah EH!-khairul,bukan satu tapi beberapa pertanyaan yang sama datang dari rakan2 dan juga customer tentang blog yang tak berupdate, :)tak sangka ramai juga peminat blog rizalman,yelah bayangkan sehari boleh mencecah hampir seribu pengunjung ke blog ni(kalau berupdate laa..)hehe juga kepada semua followers yang semakin hari semakin bertambah( TERIMA KASIH banyak2 kpd semua followers)-rizalman cakap dia nak adakan satu majlis di butik baru untuk semua bloggers2 yang setia dengan blog ni..:)insyaallah..

so sepanjang blog tak berupdate ni sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan rizalman terlampau sibuk dengan agendanya-antaranya pembikinan butik baru yang terletak di ground floor,wisma rizalman yang hampir 90 peratus siap-butik ground floor ni akan menempatkan koleksi dari 'ready to wear' dan 'made to measure' untuk koleksi raya manakala wedding pula di 2nd floor.so rizalman sendiri yang menjadi arkitek untuk butik baru ni,dialah yang lukis plan,buat design untuk interior dan juga memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang (nasib baik tak jadi kontraktor sekali -kalau boleh bancuh simen pun rizalman nak buat,) :) 

wisma rizalman

antara perabot yang akan mengisi ruang sudut di butik baru(ni baru setengah-yang lain belum sampai)..

ground floor yang masih dalam pembikinan



dan dalam bulan ni juga,seperti yang diwar2kan,rizalman dah mula penggambaran untuk rancangan tv-Tangkap Muat,jadual bermula seawal jam 10 pagi hingga ke 10 malam,boleh bayangkan?so pagi2 lagi seawal jam 7 rizalman dah terpacak kat workshop untuk melihat baju customer,check mana yang patut,mana yang dah siap (nasib baik order raya dah tutup,kalaw tak memang tiada masa untuk attend customer, :)....yelah sibuk2 juga,customer mesti didahulukan.....

dalam sibuk2 ni rizalman bercerita dengan saya dia rindu sangat dengan umar,yelah babah mana yang tak rindu -bayangkan balik jam 10 mlm umar dah tido,esok paginya pula umar dah kena pergi sekolah,jumpa pun sekejap je..(dalam pemerhatian saya,rizalman dan umar memang rapat-jenis tak boleh berenggang)..jadi bila TERjumpa dengan budak kat atas ni,terus hilang rasa rindu-agak2 ada mirip umar tak?sekali pandang macam umar........

dua kali pandang terus teringat budak yang ni.....:)so sebab rindu sangat rizalman plan untuk bawa umar bercuti di penang 14 hb ni,kebetulan rizalman kena pergi untuk wedding ajai n liza..(rizalman ditugaskan untuk menatarias ajai n liza )so sambil2 tu bawakla g makan angin...

tengah tunggu untuk terjah peserta bersama zulfadzli

tak kira anak sape,semua rizalman peluk-rindu kat umar katanya..

...dan shooting


dalam kesibukan,tanggal 8 hb ogos iaitu tarikh keramat dimana wedding terlalu banyak,antaranya berlangsung di PJ Hilton hotel, dan juga TTDI,seperti biasa rizalman dipertanggungjawabkan untuk membuat pelamin,dress untuk bride n groom dan juga event.alhamdullilah segala persiapan dan juga perjalanan majlis berjalan dengan lancarnya walaupun rizalman terpaksa berkejar2 antara wedding dan shooting-terima kasih kepada pengantin ZAMIRAH HJ KAMARUDDIN dan keluarga!!


wedding @ pj hilton


dalam pada itu juga,pada 10hb ogos yang lepas pula, berlangsungnya majlis pelancaran kejutan deko deko deko celcom blue anjuran celcom dan tv3-rizalman akan bekerjasama dengan celcom dan tv3 untuk kempen yang akan berlangsung pada bulan puasa dan juga aidilfitri nanti.untuk kempen ini,rizalman dipertanggungjawabkan menatahias kediaman para pemenang yang yang mengikuti kempen ini.

so,untuk majlis pelancaran ini,rizalman telah membuat set-up deko sementara untuk menjadi simbolik kepada pelancaran ini.

rizalman team hanya diberi masa 1 setengah hari untuk menyiapkan ruang yang diberikan dan juga mecari perabot yang bersesuaian untuk majlis pelancaran.

sebelum

centre tak ukuran?..


selepas


ketika majlis pelancaran

 rizalman bersama ketua pegawai pemasaran media prima,puan shareen ooi dan zalman aefendy iaitu naib presiden kanan pemasaran celcom (malaysia) berhad)

ketika press conference

kesibukan ini juga sebenarnya adalah satu rahmat yang diberikan oleh-NYA kepada bos saya,kerana segala kesabaran dan rintangan yang ditempuhnya selama ini telah dibalas dengan rezeki yang melimpah ..-ALHAMDULILLAH!! semua ini adalah hasil dorongan keluarga dan rakan2 rizalman juga khasnya kepada bloggers yang banyak memberi nasihat pada entry yang lepas!!! rizalman kirim salam pada semua bloggers!!!-faizul

Sunday, July 26, 2009

daddy is busy!!

babah is busy!!!!!! babah cakap nanti dia update blog...
sebab babah tgh shooting tv...-bumblebee (umar)

*sekarang nama umar bumblebee  

alFatihah

takziah kepada keluarga Yasmin Ahmad. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau,mengampunkan segala dosa2 beliau serta menempatkan rohnya bersama roh2 orang yang beriman. Amin. 
Negara telah kehilangan sebutir lagi permata.

Sunday, July 12, 2009

RIZALMAN dah bankrap


15 tahun bukan suatu masa yang singkat. 15 tahun juga bukan satu usia yang muda. Keringat yang di perah selama itu mungkin sudah boleh memenuhkan telaga. Fesyen adalah dunia saya. beauty is my forte; i love beauty, is not my fault. Bermulanya saya didalam bidang ini yang amat daif sekali ilmunya sehinggalah kini dijadikan ikon oleh golongan perantis muda..segala turun naik kerjaya saya menjadi benchmark kepada diri saya sendiri. Sedih,trauma,gembira,keterujaan,patah hati semuanya sudah menjadi rempah ratus kepada resipi kejayaan. Saya sudah merasa bagaimana peritnya menjadi perintis didalam industri ini.Munculnya saya ketika itu tiada siapa yang boleh dijadikan idola apatah lagi somebody for me to look up to, tiada bangsa sendiri yang mahu menolong (hanya beberapa kerat saja,terimakasih kepada  Zurilawati!). Keluarga tidak boleh dijadikan sandaran,kami bukannya keluarga kaya. Namun semangat saya lebih bernilai dari wang ringgit. Maruah saya ketepikan. Ijazah yang saya kejar tidak bernilai ketika itu (siapa yang mahu mengambil bekerja seorang tukang jahit)..apatah lagi menjaminkan masa depan yang gemilang. Suasana fesyen ketika itu dimonopoli oleh bangsa Cina, kalau adapun orang Melayu hanyalah mak2 datin yang punya duit dan mengisi masa lapang mereka dengan membuka butik sambil sang suami bermain golf. Arah tuju fesyen pakaian melayu ketika itu parah menanti kiamat. Saya lihat senario ini sebagai satu peluang bagi memperbaiki keadaan saya dan juga arah tuju fesyen tempatan. Dari institiusi melayu saya datang(UITM),ke dunia melayu juga saya ingin menerokai cabaran dari ilmu yang saya timba. Orang melayu kekeringan ide2 bernas yang mempunyai unsur ke-intelectual-an. Disitu saya terjah pasaran dengan rombakan pada fesyen melayu pada tahap yang ekstrem serta menyegarkan!. Tahun demi tahun saya mengecapi kejayaan serta kepuasan yang optima. Berderet anak melayu kini memasuki institusi pengajian tinggi serta mengambil jurusan fesyen hanya kerna mahu menjadi RIZALMAN. Saya mampu menarik nafas lega kerana bukan sahaja industri ini dikocak oleh saya ke arah yang lebih fashion forward, malah anak2 bumiputera kita juga ditanam semangat untuk berjaya walau apa bidang sekalipun diceburi, jika ada minat dan kesungguhan..kita pasti berjaya.

Namun disebalik setiap kejayaan, pasti adanya kawat berduri sepanjang perjalanan. Hasad dengki, cemburu serta tohmahan tidak lari dari menghantui. Tidak dinafikan saya berbangga dengan orang melayu kita yang rata2nya memilih saya sebagai ikon, sebagai petunjuk untuk berjaya di dalam bidang ini (saya sedekahkan selama ini rekaan saya untuk diterjemahkan kembali oleh mereka, atau lebih telus, plagiat.). Tapi saya berpendapat, jika maruah serta fakta sudah dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan saya sudah bankrap, berhutang disana sini, tidak membayar gaji pekerja, sudah menutup perniagaan serta menempah pakaian di butik saya memerlukan puluhan ribu ringgit ditambah lagi dengan mengatakan saya adalah pereka yang paling sombong...ini sudah pastinya menyirap darah saya yang sudah sememangnya tinggi ini (..ini belum lagi diambil kira menghantar 'ilmu halus' untuk menutup periuk nasi saya). Maka saya mengambil medium blog sebagai mahkamah pengadilan. Sudah bertahun saya berdiam diri dengan fitnah serta sogokan ini, tapi apabila ianya sendiri sampai ke telinga ini..saya tidak mampu lagi bertahan. Sayu rasanya kerana kadang2 apa yang telah saya curahkan kepada masyarakat (ilmu serta naiktaraf fesyen melayu kepada tahap yang sepatutnya.., tidak dihargai). Malah saya dipermalukan sebegini rupa. Tidak ingatkah mereka siapa yang telah memperkenalkan kembali kebaya pendek renda, pemakaian korset, kurung berbelah di tepi, kebaya beriben di pinggang, batik mega mendung, kaftan serta banyak lagi...sehingga mereka sendiri mendapat keuntungan dengan menciplak ide tersebut bagi kepentingan sendiri?? Paling mulia mereka sepatutnya berterimakasih, dan bukannya berpaling dan menikam saya dari belakang. Maka dengan itu saya rasa harus mempertahankan diri serta membersihkan kembali nama ini yang sudah tercemar. 'rizalman' belum lagi terkubur..tapi 'rizalman' adalah suatu nama yang terbentuk dari sifat yang penuh kekentalan.

Blog ini adalah cermin saya. Blog ini tidak akan menipu anda.Blog ini adalah terjemahan saya. Saya juga berkali mengatakan kepada diri saya sendiri bahawa 'if you not good,people will never talk about you,but if you are..be proud'. malah saya pinjam dari mendiang Yves Saint Laurent..'you are not a good designer,if others do not copy'. Maka dengan kesempatan ini..ingin saya war2kan kepada mereka2 yang selama ini terhasut pada hasutan yang lebih berbahaya daripada wabak selsema BABI!(sila sebut babi berkali2), kini..'rizalman' lebih teguh dari biasa..lebih kukuh dari sebelumnya.. Dengan penantian terhadap pembukaan butik serta Wisma Rizalman yang akan dibuka tidak lama lagi (bernilai hampir 2 juta)..moga2 akan melenyapkan segala prasangka serta dengki khianat manusia. Saya berjanji,akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan baru amnya,serta pelanggan yang telah sekian lama ini menyokong saya..khasnya. InyaALLAH... Maaf entry kali ini tiada unsur kelakar. Saya tengah beremosi.







terimakasih buat Zahita kerana telah sudi meminjamkan gambarnya.(tidak seperti model2 melayu lain yang sanggup menyaman saya). Pergghh!

Wednesday, July 8, 2009

AWas!!! saya mungkin akan berkunjung ke rumah anda..!

Macam Sarimah je tu??.. Memang Sarimah pun. Petang tadi kami semua(Zulfadzli dan krew2 Astro) berhimpun di butik i untuk membincangkan projek terbaru. Suatu rancangan realiti televisyen berkonsepkan fesyen akan ke udara di Astro Ria tidak lama lagi. Tapi kenapa saya terlibat?

Macam seronok je kan meeting ni.. Memang seronok sebab kitaorang tengah brainstorming macam mana nak berikan ide terbaik untuk menjayakan rancangan realiti ni. Sambil2 tu buat lawak dan mengumpat sikit2..(banyak jugak la)

info rancangan ini:
1. anda perlu nominate calon2 sesuai untuk dicalonkan sebagai peserta  dalam rancangan ini sebagai calon yang ingin diubahsuai imejnya (mungkin ahli keluarga/kawan/guru/maid/sesiapa saja,kecuali binatang) yang anda rasa  sudah tiba masa untuk berubah
gaya serta penampilan(Azwan Ali;sbg contoh)
2. Sarimah,Zulfadzli dan Rizalman akan datang ke rumah atau ke tempat kerja peserta tersebut lalu menerjah mereka sambil menyelongkar almari serta pakaian2 mereka, atau membuangnya(jika perlu).
3. peserta kemudian akan dibawa membeli belah,berdandan serta diberi rundingan imej yang lebih baik dari para pakar:- Rizalman& Zulfadzli
4. cepat bertindak sekarang!,kerana teaser program ni dah pun keluar di astro ria dan juga cara2 nak menyertainya.
5. program ini akan mula rakamannya sebelum bulan puasa,dan akan disiarkan selepas hari raya puasa.
6.cuma 13 orang sahaja akan dipilih..lebih menarik perwatakan peserta,lebih cerah peluangnya untuk muncul di dalam program ini..

Sekali diingatkan ini adalah sebuah rancangan realiti, apa yang akan dipaparkan adalah benar belaka..terutamanya apa yang akan keluar dari mulut kami ini yang amat terkenal dengan ke'longkang'annya...AWAS!