Fabulous fc

Tuesday, June 9, 2009

sediakan troli sebelum hujan

perbualan antara saya dan Prince Court Hospital

P/C: Gud Afternoon! Prince Court Hospital..
RI   : Gud Afternoon..Whom am i speaking to?
P/C :Shana here..boleh saya bantu?
RI    :Hai,nama saya Rizalman..saya nak tanya kat situ buat circumcision tak?
P/C :Ohh..en.Rizalman..(dalam nada yang dah gementar..sbb saya yang telepon).
          ada..kami ada buat..tapi doktor perempuan yang available.
RI    :Oh ok..i nak buatkan for my son..
P/C : Apa? ohh..for myself..
RI    :  Hei!! apa pulak for myself! i cakap for my son la.. I nak bersunat nak buat apa lagi?!haha
P/C : Oh sori2! I tak berapa dengar tadi..(kalau ye pun..kau ingat aku ni mualaf? br nak          
          bersunat..?!)hehe :)


disebabkan oleh peristiwa tadi saya terus menuju ke hospital lain untuk menyambung niat.

Dah teruna pun anak saya ni..Cuti sekolah baik ambil kesempatan buat benda ni.Lagipun biar dia duduk diam2 skit cuti2 ni,takdelah asyik nak bergaduh dgn bibik aje..Semalam Umar da selamat diterunakan.Lega rasanya..lepas satu tanggungjawab. Jadi malam sebelumnya saya ngan Umar main olok2 doktor2. Nak bagi dia tak fobia dgn situasi hospital..


Dr.Asmadi(budak ni kalau di suruh berlakon memang layann jer..!!!)

last2 saya tempah kat hospital ni..

kat lobi hospital..sampai punyalah awal..kaunter pun tak bukak lagi


menuju ke bilik durjana..

rasakan kau..!

'babah, baju ni kenapa terbalik'?
'nanti nampak buntut i macamane'?

'seronok jugak kat sini..sejuk macam syurga'!(Umar kalau tempat tu sejuk je,dia ingat syurga)

dengan babah kau sekali kena tukar baju..

'sebelum sunat kita main psp dulu'!!
kos hospital-rm1077 
             harga psp-rm1100   +       
              total-rm2277     

tidakk!!!! doktor dah datang!!

maaf,scene 18sx tidak dibenarkan tunjuk atas permintaan empunya kemaluan

alamak Umar! macamane babah nak angkat you dari carpark,pastu naik lif sampai tingkat 32?
dah la you ni berat 30 kilo!! You pulak takleh jalan..kita bukan ada wheelchair mcm kat hospital..



think!





think!










AMBIK KAU!!!!!


Friday, June 5, 2009

untitled

setelah enam hari pulang dari tanah suci,ni lah baru adanya masa nak bercerita..mana nak punggah begnya,mana nak dibagi2kan ole2nya lagi pada sedare mare,mana nak habiskan baju2 customer yang nak disiapkan lagi..aduh! semuanya terkejar2,saling tak tumpah macam berlari2 anak di lampu hijau ketika bersaie..(cuma tak berihram jer).
Walauapapun,alhamdulillah..selamat pergi dan selamat pula dikembalikan kami ke tanah air pada sanak saudara serta anak yang comel ini(yang terlalu dirindui..). 
Seperti biasa saudara terdekat menghantar kami ke airport.. Umar dipeluk,di cium untuk buat bekalan nanti kat sana bagi melepaskan gian rindu..( toy untuknya dah standby,takut dia nangis,tapi yang nangis bukannya dia..tapi babahnye).

bukannya ini kali pertama saya ke sana,tapi sudah kali ke lima..tapi perasaannya kali ini sungguh berbeza..kerana ada sesuatu yang amat menyentuh hati.... Allah swt saja yang mengetahui..
Untuk meninggalkan Umar yang sudah tahu erti rindu(serta tahu ber sms melalui telefon bibik nya),melepaskan tanggungjawab terhadap butik yang tempahannya bertimbun,membawa satu hajat yang amat saya dambakan kepada Allah swt, serta membawa Faizul untuk bersama2 mengerjakan umrah tak dapat nak digambarkan perasaannya..
saya juga sempat bertanya kepada Umar jikalau dia inginkan seorang 'adik'?(kerna Umar juga lahir selepas saya meminta doa di hadapan Kaabah, 8 tahun lalu). Jawapnya 'ya'. Apa nama yang nak diberikan? 'Ah Meng'!.

pelukan demi pelukan..serta airmata yang berjuraian..(mmg kaki nangis,tengok drama rashid sibir ngan rancangan bersamamu pun sama). Kami pun selamat berlepas. Tapi sebelum tu,masa di airport lagi saya dah siap2 pakai kacamata,supaya jemaah lain tak perasan sangat saya,,tapi hampeh! jejak kaki je  kat group yang dah berkumpul tu,terus masing2 berbisik2..rizalman! rizalman!. Sampaikan kakak saya pun terus menyamar,pergi duduk dekat dgn dorang,sambil pasang telinga. Antara yang dialognya- 'eh! dia dah nampak kurus skit..dulu bulat'!(sebab pakai jubah hitam kak oi..cuba timbang tengok). Ramai yang dah standby camera,tapi tak berani nak klik!.

antara ayat yang kerap diguna-'muka you ni macam pernah nampaklah?'. Jawap saya-'i kerap berlakun drama..' hehe.. 'nama saya rizalman'. 'OOhhh..! pesen designer tu ye..' Bagus2!.
kenal pulak? ke saje je buat2 tak kenal..
"baguslah...,rasanyer tak ramai designer yang nak pegi mekah kan?' kata seorang jemaah. Aikk? fashion designer ni agaknye tanggapan orang kuat sosial agaknye kut? sampai tak ingat akhirat.
Mungkin yang lain tak sampai seru lagi kut pakcik..

kumpulan kami ke madinah dulu selama 3 hari..buat ibadah sebanyak mungkin(dan shopping juga sebanyak mungkin). Di sini,saya dan jemaah lain dah mula menjadi kawan..best bersembang ngan dorang..hilang semua kerisauan pasal kerja.

perjalanan pergi ke Mekah dari Madinah. Singgah di restoran tgh2 padang pasir untuk makan dalam talam ramai2..yang pentingnye masa ni tgh berihram..duduk pula bersila. Tingkap jangan ada yang terbuka yer..tak termakan kang jemaah lain. (tangan yang tengah kepak kepala ikan tu mungkin si Faizul, tak pasti).

antara sebab saya pergi kali ini menggunakan pakej biasa bukannya vip, sebab untuk merasai pengalaman2 macam2 ni lah..lagipun Umar tak ikut,so takpayahlah nak special2 sangat. Kalau macam ni kita banyak bergaul dan dapat ramai kawan. Dah tua2 ni.. rasa nak bertukar angin la..

salah satu bukit dimana Nabi kita Muhammad saw pernah melakukan sujud syukur.(lupa nama tempat ni). Terdapat juga bekas tapak kaki Baginda pada batu bukit tersebut.

suhu di Mekah tidaklah sepanas yang kami jangka..(saya pernah merasai suhunya yang lebih panas drpd ini). Perasaan ketika di Mekah- priceless! Apatah lagi jadi lebih seronok sbb jadi tour guide pada Faizul. Bila tgk budak2 kecik yang comel2 kat sini,terus teringat  Umar.

amacam? pak arab campur jawa?? ok?

tak sangka time kitaorg pergi,Mekah ramai orang.. bersesak2 juga lah masa nak balik hotel setiap kali selepas solat. So langkah bijak-kita shopping dulu!

bermiqat sebelum mengerjakan umrah..

saya sukakan kesenian senibina Islam..

kalau la kat KL bole pakai jubah gi kerja,kan best..takyah nak pikir banyak. Cuma kalau angin bertiup dari depan je yang kurang enak pemandangannya.

berehat di ladang kurma,sambil beli kurma dan minum teh kurma.
Ada satu jemaah ni mmg tak senyum langsung dengan saya dari hari mula berjumpa,tapi tiba2 kat sini dia bole bukak cerita kat mutawif kami yang saya ni famous kat kl dan cerita2kan latarbelakang saya..kelakar! ingatkan tak kenal.

satu arab habshi,satu lagi arab baru nak jadi.
(tulah drebar bas kitaorg)

time jalan2..

kat Jabal Thur..

ni pulak kat muzium Mekah,kat belakang tu tangga ke pintu Kaabah

jengah sekejap ke ladang unta..
salah styling saya masa tu,pergi ladang unta tapi pakai jubah cokelat,dah sama kaler ngan unta tu. Terpaksa buat efek kat gambar ni.

di medan magnet. kat sini ada satu area tu,walaupun enjin bas diberhentikan,tapi bas akan tetap boleh berjalan pada kelajuan yang mencecah 120km/h! SubhanAllah..
Gemuknye aku!

budak2 arab..pandai berniaga dorang ni..

kat masjid terapung di laut merah
angin yang kuat menyebabkan jubah ni nampak mcm kurung pesak gantung pulak!

bergambar ngan unta2 dan peminat
dan peminat..

dan peminat..

dan peminat..(yang mencuri mengambil gambar saya dari jauh).
 Kat sini ustad kami cakap antara tempat yang mustajab untuk berdoa..tapi empat kali saya cuba berdoa tapi tak dapat,sebab jemaah sibuk nak mengambil gambar..Haha! Dan yang paling kelakar,antara jemaah2 tu..ada yang baca blog saya! 'pasni bole la update blog dgn gambar2 umrah kan'?
moga tanda di dahi ku,menandakan sujud dan ibadah ku diterima..Amin.

Monday, June 1, 2009

ana sudah balik..,ente apa khabarrr..?


tajuk aja..isinya nanti. Ana baru balik,mau punggah beg lahh..!

Sunday, May 17, 2009

jemputanNYA

kenapa saya rasa macam terkejar2 sangat sekarang ni?? masa berjalan begitu cepat,kerja bertimbun! suspen,terburu2,cemas..rasa macam lakonan dato sarimah dalam filem 'detik 12 malam' pulak. Rupanya..,hidup ibarat suatu profession. Kerja yang tak habis2,sibuk yang tak menentu. Apatah lagi anda berkerjaya seperti saya ni.. mengalahkan kak wirda Glam,sibuknya. sebagai bapa tunggal kepada budak kecik tu,kena tengokkan kerja rumah dia,kena beli seluar sekolah yang dah ketat walaupun hanya baru 5 bulan bersekolah sebab dah gemuk(termasuklah babah dia yang dah naik 5 kilo!dan taknak turun2),nak kena cari hadiah guru2nya lagi sempena hari guru..nak balut hadiah,nak kena beli alat tulisnya yang asyik hilang ja,beli pensil dgn pemadam ibarat beli roti kerapnya..beli pakai kilo.., kena baca yassin sebab periksa dia dah nak dekat,nak kena jerit suruh sembahyang tiap2 waktu..nak kena pujuk waktu dia  naik angin,nak kena dengar cerita2 dari guru2 sekolahnya lagi pasal kenakalannya di dalam bilik darjah(Umar pernah tulis nama cikgunya dgn pen marker pada kasut cikgu tersebut,dgn alasan nanti cikgunya tak hilang kasut!/juga pernah menyergah guru besar dari belakang,sebab suka mendengar guru tersebut melatah!)-hasilnya guru2 tersebut diberi hadiah dari babahnya...rasuah hassanah namanya tu. Macamanalah orang yang anak ramai tu ye?. Sebagai ketua rumah pula, barang dapur nak kena isi selalu,pagi2 hari sabtu dah nak kena usung troli ke pasar tani..belacan,keropok,ikan ayam,sayur..kemudian ke giant pula-sabun,ubat gigi,bawang,roti,rempah,hishh! macam2 lagi la.. 'bapak! ini saos tomatonya habis lagi'! (bibik saya jerit kalau sos tomato Umar habis,memang orang indon panggil sos ,saos yer)),time ni lah jugak lampu bilik air yang mentolnya blow..nak kena ganti. decoder astro pun rosak juga,nak kena talipon,complaint.(nasib baik ada faizul). sebagai bos di tempat kerja pulak,nak kena sign cek2 supplier,nak kena sound pekerja yang datang lambat,nak kena siapkan baju2 yang urgent,nak kena check beadwork serta kualiti baju,nak attend client baru dan lama,nak kena tengok drama dalam butik, bila client bawak baju dari designer lain sambil meraung dan menangis..!, mintak tolong alter dress dia sebab tak lawa!(serius! mmg tak lawa sungguh baju dia,kesian client tu), nak jumpak contractor untuk mula start renovation butik baru,nak kena balas emel Suzie dari Glam untuk interview pasal fashion trends,nak kena update dengan beg2 baru di pasaran(ni mmg saja cari pasal untuk sibuk),nak kena attend wedding,buat pr2 sikit..aduh!pengsan!..(sebab tu lah tak leh berenti merokok lagi sampai sekarang,stress!. dan yang terbaru,nak kena update blog ni lagi..sebab followers yang dah semakin banyak ni,rasa macam satu tanggungjawab pulak kan..tq uolls..!
semuanya ini kerana mengejari masa yang hampir tiba..esok,masa untuk berangkat buat kali kelima ke tanah suci..mengerjakan umrah. 
pesanan serta kerja2 yang tak sudah harus dipertanggungjawabkan pada orang2 ofis untuk menyelesaikannya..(faizul ikut sekali,jadi segala tempahan kena siap ontime). Umar nak kena disogok dengan mainan supaya tak buat perangai dan nak ikut sekali. Kesian dia, i'm gonna miss u sayang..!
namun semua itu terpadam akibat keterujaan saya untuk kesana. Rasa bertimbun doa yang nak dipinta,seronok kerana boleh mengajar Faizul utuk kali pertama dia melakukan umrah wajibnya,suka sangat. Dari kota paris yang suhunya 0 degrees, ke kota mekah di musim panas sehingga mencecah 43 degrees. Tapi apapun kami pasrah. Yang menjadi intipatinya,adalah ibadah serta rindu yang akan terubat pada Baitullah.. Doa kan kami selamat pergi dan pulang.

Ya ALLAH..syukur alhamdulillah Kau menjemput ku lagi.

Friday, May 15, 2009

something NEW something RED





tak nak cakap apa2.. layan je lah cemburu anda terhadap saya.. Yeahh!! beg duit baru!(penuh dengan duit arab..)

Tuesday, May 5, 2009

jangan cemburu kepada perempuan ini

tengah2 tahun memang banyak yang nak kahwin..huru hara jugak i dibuatnyer nak menyiapkan tempahan2..kahwin tak jadi,kahwin mengejut,kahwin dgn orang lain dan tak kurang pula yang tak nak kahwin.. However,ada satu hari tu, i ada appointment fitting ngan customer yang memang fan no 1 i..everything about me she knows..my liking,my blog and my history!(for the past 15 years).. jst imagine! .She made 3 bajus with me(i know some of u girls mesti kecam dia sebab bole pakai baju kahwin RIZALMAN sampai 3 pasang kan)..tapi itu takpe lagi,yang bestnyer dia bole keluarkan wedding shoes untuk pakai dengan gown i, from MANOLOS!! and it is the same shoes that Carrie wore in the Sex and The City the Movie!! lawa giler!! (rasa macam am in contact with the character immediately) again,girls!  PLEASE DONT ENVY HER!! i do...

read my lips...! MANOLO BLAHNIK

lakaran original from the shoes gurus..

the real thing..sits nicely on my louis chair..awesome blue!

nak menunjukkan kata benda ni i tak kelentong..kena masuk muka i sikit..
(nasib baik saiz tak muat)


two shots where she wore this shoes..this and the walk in wardrobe scenes..
this june i nak pergi sabah mekapkan dia and am sure she will looks stunning!!(but of course..its rizalman).
sorry i cant show the fitting pictures..nanti lemau pengantin,kalau da selesai kahwin nanti boleh katanya kalau i nak masukkan dalam blog..tapi sebelum itu, dinch...!!

Saturday, May 2, 2009

labour day,bos yang lebih..

babah! tak nak beli LV ke ari nie?

semalam i ke LV,nak amik beg yang i booking di starhill- neverfull GM in Damier..tapi sadly bila i pegi cuba beg tu,nampak macam gonjeng lak..sebab tak proportion ngan badan i nie..too small..so i balik ngan frustnyer..so today keluar hunting lagi sekali for  bags! konon2 nak treat myself sempena labour day..(doesnt make sense pun). saja cari alasan,obviously! tak munasabah langsung.

dah jumpa!!
(sebelum masuk kedai ni,baru je marah Umar sebab dia muntah betul2 kat tengah corridor klcc, konon2 taknak bagi orang sedar tu muntah Umar,kitaorang terus lari masuk butik Mulberry.. haha!!

amacam?? drooling tak??

finally 'bayswater' is in my list of bags

denim and gold are so match made in heaven!!

i like the gold hardwares..so 80's yet so current..

interior yang tersangatlah roomynyer.. yeahh!! beg baru!!
selamat hari buruh.