Fabulous fc

Sunday, February 8, 2009

day three-paris:author-rizalman

pagi2 lagi kita orang dah terpacak kat cafe di ecole militaire untuk melihat french morning marche..lebih kurang pasar tani la..


kat sini barang2 dia fresh giler,pastu cara diorang susun barang2 jualan pun cantik


kitaorang yang tak berapa makan sayur pun jadi terliur jadinya..


bunga2 dia pulak jangan cakaplah cantiknyer..kalau kat kl bunga plastik,kat sini bole tengok versi yang real,spt peonis dan tulip..




typical french breads.. 


dari marche,pergi pulak muzium yang paling besar..musee de louvre


bahagian courtyard louvre..


masa tgh beratur ni,suhu memang sejuk sangat..tak tahan..-2 degrees C


'
cari punya cari,jumpa juga 'kak mona' kita sorang ni..


macam sama je senyuman  dengan kat belakang tu..
muka nampak je senyum,tapi kaki sebenarnye sakit sangat sebab banyak berjalan..


kat depan Chanel boutique dan ateliernye di rue Cambon,kat sini la tempat king 'Karl' buat design untuk house of Chanel..tapi tak terserempak dengan dia pun..


avenue montaigne-fashion street..semua label ada kat sini..keluar je dari Gucci, salji pun turun..


setiap kali pergi paris mmg tak terlepas beli macaroon ni dari Laduree ni,sedap sangat! packaging dia pun cantik..sesapa nak minum di cafe ni kena beratur..the Dior version of patisseries..


chocolate macaroon..really melt in your mouth!


ni bukan saya punya yer..ni penulis blog ni yang punya(faizul)


bukan satu dia beli tapi dua ok! his first Louis Vuitton..duit main kutu..


* sebenarnya banyak lagi gambar2 yang cantik,tapi memerlukan masa untuk di muat dalam blog,especially the B/W pic,sebab size dia besar..so stay bersabar ye..kami akan usaha kan secepat mungkin..-rizalman menulis....

Saturday, February 7, 2009

day two-paris

waktu pagi hari kedua-paris,feeling2 tgk bunga,jual tepi jalan jer...

lanskap yang teratur,FYI kebanyakan pokok kat cni semua di cantas dalam bentuk square

ada matahari tapi suhu tetap negatif 3 darjah celcius

welcome to paris-eiffel tower

eiffel tower-lama tower ni tahun 1899 dah dibina-so dapatlah tau macammana dan kenapa tower ni dibina seba sedikit

pemandangan dari atas eiffel tower-sebenarnya banyak bahagian boleh naik tapi tgh2,view lagi cantik

tetap jugak nak amik gambar mamat nih

paris bike tour-jauh jugak lah mengayuh,dalam 10 km dalam masa 3 jam,dapat melawat byk tempat menarik -seperti ecole militaire (akademi askar),musee de l'armee (gereja kot),musee du louvre(muzium dengan senibina yang menakjubkan) 

ni suruh abang salleh yang amikkan gambar @champ de mars

ramai jugaklah yang amik bahagian dalam 25 orang

break setelah penat mengayuh-feeling minum hot chocolate dgn apple crepe @jardin des tuileries park

selepas aktiviti bike tour,ktorang melawat opera national de paris-garnier,kalau kat kl istana budaya tapi jauh bezalah mcm langit dan bumi-architecture dia menakjubkan!!
feeling lagi........

lobi je dah macam ni



itu je untuk aktiviti kedua ktorang selain melawat shopping mall galleries lafayatte,(walaupun ada membeli belah sedikit,hehehe)lagipun kat cni tgh soldes(sales),lepas tu ktorang pergi makan kat restoran indien -pakistani,confuse takde tanda halal tapi bila tanya tauke dia ckp halal siap tunjuk bungkusan yang ada tanda harga tulis halal dari dapur!!-faizul


bonjour!!-day one london/paris

hari ke-4 di london,hari terakhir..kami menaiki eurostar ke paris di st.pancras station


kami sampai awal,tengah menunggu keretapi..beg yang pada mulanya ringan dah jadi berat..


di lobi boutique hotel ares,paris..cantik interior hotel ni.


bila tengok lobi hotel ni,rindu pulak kat rumah..


bilik hotel ni kecil sangat,tapi elegant..tvnya B&O okay!,bilik airnya pula dari kemasan jubin Versace,pili serta vanity top dari Duravit..so me!


cantik kan?


dan yang paling tak tahan,ni ha toiletteries nya HERMES!
very french..!


champs elysees-the famous avenue!


winter pun banyak orang jugak kat sini..


susah kalau berdue aje travel,satu lagi posing satu lagi kena amik gambar..


datang ke champs elysees ni pun bersebab,shopping Louis Vuitton la!


LV 'carry all' monogram bag


LV 'beauborg' monogram bag


LV charms keychain,kat kl ni harganya double!






saje repeat gambar ni,jangan gigit jari yer..

Friday, February 6, 2009

a very treasured photographs

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..gambar-gambar hitam putih yang u all tengok ni semuanya kami ambil sendiri..arwah ayah saya serta abang sulung saya adalah jurufoto profesional,jadi tak hairanlah kalau saya juga meminati serta mewarisi bakat yang sama..dari dulu lagi saya amat meminati imajan hitam putih..apatah lagi dengan lanskap kota london sebagai subjek..muka kami yang kurang hensem pun nampak macam ok..tak rugi usung kamera ni,walaupun berat tapi hasilnya cantik. Boleh kata macam bawak Bustamam dari White Studio pulak..hope u guys enjoy the picture!

london-black&white