Fabulous fc

Friday, February 6, 2009

day three-london

hari ni kita orang nak pegi naik london eye,tapi sempat bergambar kat big ben!


kalau dah sorang bergambar,sorang lagi pun wajib jugak..


di hadapan hotel sebelum menaiki black cab


pagi2 lagi dah sampai kat london eye,kalau lambat alamatnye kena beratur panjang..


ni kat design museum,ada xhibition 'hussein chalayan'-pereka yang paling genius bagi saya..he is 'the thinker'!


hari ketiga masih buat tawaf kat harrods,pastu 'ter'beli beg D&G ni pulak..


dah alang2 tawaf,melekat pulak kat perfume dpmt..beli flowerbomb,sbb kat kl takde..buat stok..


kat sebelah harrods ada Zara Home. Beli room perfume untuk boutique..Wangi giler scent ni..


Thursday, February 5, 2009

day two-london

rizalman with regular customer-julia robert
we share same birthdate!
two geniuses met-warhol & ibrahim

patung lilin terbaru- rizalman


   justin timberlake dan kembarnya-faizul timba

ratu elizabeth, prince philip dan cucu2 mereka

jean-paul gaultier,naomi,kate moss,dan tukang jahitnya

 jim carey bersama mariah carey

kasut prada-limited edition
ralph lauren spring/summer 2009


longchamp spring/summer 2009


longchamp spring/summer 2009'the it bag'

mulberry spring/summer 2009


impian untuk bertemu selebriti hollywood akhirnya tercapai apabila kami tiba madame tussauds,muzium patung lilin pada awal pagi hari kedua..walaupun sekadar patung lilin tetapi memang sama! dari segi ketinggian,bentuk dan rupa..banyak yang ada seperti david and victoria beckham,beyonce,kylie minoque,queen of england,dan yang terbaru zac efron dan barrack obama!..wah,mengujakan apabila berdiri disebelah mereka...cuma tak boleh salam dan bercakap,hehe..seterusnya kami berjalan terus ke oxford street,untuk shopping...penat sungguh kaki berjalan kerana sepanjang oxford street adalah syurga membeli belah..apa lagi boleh buat di situ, shopping je lah...dari segi harga lebih murah berbanding malaysia..sebab tuh rizalman banyak borong bag(rizalman memang gila bag-lebih 50 bag pelbagai jenama dalam simpannanya di rumah)hehe.. terbaru rizalman dengan gigihnya mencari bag yang tiada pasarannya di malaysia!!berjalan dan terus berjalan kami dari satu kedai ke satu kedai membeli belah...baju,kasut,dan souvenier untuk diberikan kpd kawan2..(key chain jer)hehehe...selepas hampir 6 jam berjalan dan shopping,destinasi seterusnya adalah MALAYSIA HALL,(tempat makan pelancong dan pelajar dari malaysia-juga kedutaan malaysia)disini kami terus melantak dengan gigihnya makanan2 yang ada, memang sedap!!!semua ada roti canai,mee bandung,satay ermm mcm2 lagi lah..tapi kami memilih nasi campur sebagai pilihan-bersambung pada hari ke-3

Wednesday, February 4, 2009

day one-white london


0 darjah celcius
pemandangan dari bilik hotel-tgh ribut salji
kat green park;bergambar ngan snowman!

'white'buckingham palace

science museum

rizalman with rashid hamid

kejap2 amik gambar :)-trafalgar square

me and rizalman at gloucester road
(masa ni tengah ribut salji)
hotel kami menginap-ashburn hotel

..... ketika saya menulis kami masih di kota london. sudah masuk hari ke-2 kami berada disini.wah!!mcm tak percaya hari pertama kami tiba,salji turun melitupi pelusuk kota london(setelah 18 tahun kota london tidak bersalji),seperti di malaysia,kalau ada sesuatu isu baru seperti tanah runtuh semua orang bercerita,siaran langsung berita,Tv juga akhbar,begitu juga london dimana kebanyakan mereka tidak dapat untuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian...bayangkan semua jenis kenderaan termasuk keretapi tidak dapat bergerak!..tetapi bagi kami hari pertama di london dipenuhi dengan keriangan yang mengujakan !hehe biasalah macam saya pertama kali menjejakkan kaki di kota london!  lainlah rizalman dah banyak kali..hehe-terima kasih daun keladi bos- :) hari pertama kami mulakan dengan berjalan2 di HARRODS, di sini rizalman sudah mula tabiat semulajadinya, shopping! walaupun besarnya mcm pavilion kl,tapi kat harrods semua ada..kalau nak beli gajah atau harimau pun boleh!menakjubkan..oh terlupa nak bercerita tentang tour guide kami-RASHID HAMID-(famous zaman2 majalah RIAS dulu dan salah satu drpd anak ayam rizalman )sekarang ni dia menetap kat london,so sampai2 je terus call dia.so dialah yang bawa kami naik turun masuk keluar train,bukan senang nak paham train kat london ni, bercabang2 tapi bila dah paham memang senang nak kemana2 cuma menaiki train(walaupun naik train pada hari pertama je,hari kedua dah tak larat terus naik teksi)hehe..then lepas harrods,rashid bawa kami ke V&A MUSEUM-besar sungguh muzium ni ...so kat muzium ni kami cuma masuk bahagian fesyen shj so dapatlah tengok kostum dulu dari kurun 19..(sebenarnya ada lebih 10 bahagian tapi tak larat)..lepas jalan2 kat muzium,ktorang menuju pulak ke GREEN PARK untuk bermain salji,so mainlah ktorang salji macam budak2(tak percaya korang kalau tgk rizalman main salji(macam umar)hehe..so lepas main baling2 snow ngan buat snowman ktorang terus menuju ke BUCKINGHAM PALACE untuk bergambar dan ktorang berjalan dan terus berjalan..-lebih kurang 3 kilometer berjalan kaki melihat kota london yang dilitupi salji(tak rasa penat sebab tak berpeluh).!seterusnya apabila jam menunjukkan jam 5 ptg waktu London,suasana terus gelap sebab musim sejuk waktu siang pendek kami terus menuju ke BONDA CAFE-antara restoran malaysia kat london(ramai yang mengenali rizalman di situ).. so makanlah nasi goreng n sup walaupun rasanya hurmm... bolehlah...-bersambung untuk hari kedua.



Tuesday, January 20, 2009


bonjour!

rasanya semua orang dah naik jelak dengan perkataan 
'ala arab'...mawi punya kerja kahwin pun dah habis..bersepah tema malam seribu satu malam di semua dada akhbar dan majalah..apatah lagi saya dah menatap persalinan mereka selama sebulan. 'i'm so over it!'. Dan disebabkan Mawi juga percutian saya ke London dan Paris terpaksa ditangguhkan.
Rindunya pada pelusuk benua yang satu ni..bukan apa otak ni dah kempunan nak menghirup oksigen fesyen di sana. Nak bertanya khabar trend yang terbaru sambil membeli belah di gedung yang rata-rata ada jualan musim luruh! Akhirnya penangguhan itu berakhir..hari wilayah akan saya raikan di kota london seterusnya ke kota romantis pula.. sejuknya nanti bukan main,tapi seronok sebab boleh bergaya..but dan trench coat akan jadi pakaian seragam kami(faizul pun ikut).. Sekaligus trip ni akan kami jadikan sebagai lawatan untuk mendapat ilham bagi merekacipta butik 'pret a porter' nanti...

Monday, January 12, 2009

1001 malam-mawi n ekin in rizalman sposa

mawi memakai 'robe' dan kaftan untuk ekin

diarak dengan kereta kuda

segmen merenjis

rizalman memilih warna 'taupe' untuk ekin n mawi


rizalman

rizalman n ME (faizul) :)
20 minit sebelum siaran langsung

le marquee-dr suite hotel (6pm)


untuk pic2 lain nantikan post yang seterusnya....

sesi fitting Mawi dan Ekin @ rizalman sposa

ekin caftan inspirasi dari puteri balqis

baju untuk gimik
orang kuat disebalik baju untuk mawi-ekin

robe

sessi fiting oleh rizalman

putera arab &puteri balqis


TRIVIA MENGENAI BAJU MAWI-EKIN
-inspirasi baju mawi adalah dari filem ali baba and the forty thieves dan lawrence of arabia (pemenang oskar dan academy awards 1962)
-gaya puteri Ekin malam itu, diinspirasikan daripada puteri balqis
-sebanyak 2 kilogram manik dan batu digunakan untuk caftan ekin
-seramai 15 orang pekerja bertanggungjawab menyiapkan baju mawi dan ekin selama sebulan setengah
-baju mawi dan ekin masing2 mempunyai 3 lapisan yang berlainan fabrik.

Thursday, January 1, 2009

new year,new book,new atelier!

umar nail
hari suaikenal sesi petang(sekolah agama)
di royal selangor hard knocks school-tgh buat pewter

salam maal hijrah dan selamat tahun baru! agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya,tahun ini dimulakan dengan menemani Umar memasuki tahun persekolahan tahun pertamanya. He's a big boy now! betapa pantas masa berlalu, Umar sudah 7 tahun..segak berbaju melayu,menjalani hari pertamanya di sekolah. Habis sesi perkenalan,kami terus ke Royal Selangor dan mencuba kemahiran di 'hard knock school'-kebosanan,tak tahu nak pergi mana cuti-cuti ni..


Harap-harapnya tahun ini akan lebih bermakna,baik dari segi kehidupan peribadi mahupun professional. Dengan bermulanya perpindahan ke butik baru dan mulanya operasi di bangunan yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri,saya berazam untuk memberikan yang terbaik kepada industri fesyen tanahair,and i hope not too many people talking bad about me as well,dah penat nak dengar sebenarnya.. pada 11hb ni,Mawi dan Ekin akan memakai rekaan saya, I think its a great costume,yes,its a costume not clothes..sebab wedding Mawi tu sendiri tu pun dah kira macam pertunjukan! Dah macam2 research I buat,sampai cari filem2 Hollywood tahun 50an untuk cari guideline..finally it comes true.. am sure they will look fab!!


Tapi yang best sekali I punya butik dah di panggil  'atelier', lebih mesra dari 'boutique'. Dan di tingkat atas yang dah disiap renovate dikhaskan untuk bridal saje..and its called .....      'rizalman sposa'. I guess the name goes well with the interior..-rizalman