Fabulous fc

Thursday, June 7, 2012

TERIMA KASIH...


biar betul???!!! baju Rizalman sudah boleh dibeli di semua cawangan Tesco di seluruh negara! Sudah pasti fenomena ini akan mengocak pelbagai pertanyaan,ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Ada yang bersetuju serta ramai pulak mengeji. Rasionalnya? 

tahun ini saya meraikan pembabitan saya selama 20 tahun di dalam bidang fesyen. Bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak yang terlalu mengingini memiliki baju rekaan saya,sudah pasti anda kini boleh membelinya pada harga yang amat berpatutan. Mengapa tidak saya raikan ulangtahun ini dengan sama2 memberi peluang kepada warga Malaysia dari berbilang bangsa serta peringkat umur yang selama ini menyokong serta membantu  saya di dalam karier hingga sampai ke tahap ini. Telah saya ketepikan segala pendapat yang mengatakan saya berlaku tidak adil untuk meletakkan harga sehelai rekaan sehingga ke harga yang begitu mampu milik, namun pada hakikatnya itulah satu pemberian saya yang paling bermakna sehingga kini. Saya akui bukannya mudah untuk melahirkan rekaan yang begitu 'rizalman' tetapi pada harga yang sedemikian. Tapi berkat kegigihan ini..akhirnya lahirlah 12 jenis rekaan yang memilki unsur-unsur RIZALMAN pada setiap helaian. Jadi pada anda semua yang selama ini kerap 'meniru' stail rekaan saya kerana faktor harga, kini sudah boleh memiliki yang asli.

perlu diingatkan kolaborasi ini hanya akan berlaku sekali sahaja..ini bukannya rangkai pakaian sedia pakai saya tapi adalah satu koleksi himpunan 'collector's item' yang julung2 kali dilakukan. Ianya akan mula dijual pada 7hb julai. Syawal tahun ini saya merasa amat berbesar hati kerana bukan  sahaja dapat meraikan ulangtahun ke 20 tetapi juga dapat merayakan Hari Raya dengan anda semua! Pastikan anda berada di depan pintu Tesco yang berdekatan untuk memilikinya.


p/s: now everyone can wear Rizalman!