Tuesday, September 13, 2011

sewaktu kau ku tinggalkan

let me tell you guys one thing....i am terribly BUSY!!!!!!..., so kalau tak muncul lama tu maknanya memang tengah bersilat dengan kerja yang bertimbun ni..kejap jadik designer baju, kejap jadik tukang buat rumah, kejap buat kerja kahwin...macam-macam!

Jadi untuk tidak mengeciwakan para pembaca..so i leave behind some feast to your eyes. Dua buah majalah dekor yang ada rumah i (untuk mereka yang tak sempat saya jemput ke rumah untuk berhari raya..jadilah belilah majalah2 sambil berangan anda berada di rumah saya sambil makan kuih2 raya). Cepat! they might run out of copies..maklumlah.

Secondly.., video highlights from the recent fashion show (pun untuk mereka yang tak terjemput jugak). So enjoy guys!!

I nak pergi sambung buat kerja.














p/s: relevan ke lagi pertandingan ratu cantik pada abad sekarang?? (tiba-tiba statement camtu).

Monday, August 15, 2011

berzakat ilmu
















sila ambil perhatian! fesyen skirt kain net tingkat2 dah berlalu..silalah cuba idea yang baru
p/s: mood gambar sengaja begini..agar sukar diterjemahkan.

Saturday, August 13, 2011

sembilan

sembilan tahun bukan satu masa yang singkat.... dah besar dah budak ni! pejam celik,pejam celik..tak lama lagi dah nak kahwin...haha! (nampak sangat babah dia tak sabar nak buat baju pengantin untuk menantu)

Umar..babah ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran..doa babah agar Umar akan menjadi anak yang soleh, dilimpahi hidayah dan keberkatan dari Allah s.w.t senantiasa.

Amin.


p/s: Umar selalu tanya bila dia nak ada adik... GULP!

Saturday, August 6, 2011

Friday, July 8, 2011

pengumuman! pengumuman!



fuhh!! korang kalau pasal mengata..memang suka kan??. setelah di amati dan dikira ke-lahar-an mulut masing2, penyertaan kini ditutup dan keputusannya sebanyak 8 orang blogger telah terpilih untuk menghadiri peragaan fesyen nanti. Pemenang-pemenang, sila hubungi Sabariah/ Deena di talian 03-21416149 bagi tujuan rsvp. See u guys soon!

para pemenang:

1. rilla
2.baaqiyghazali
3.shareh
4.lakebuyan
5.balqisilhan
6.emmil's mummy
7.hatim a.r (ada lagi muka mamat ni)
8.mia zara


p/s: bagi mereka yang tak menang untuk tahun ini...cuba lagi (mungkin anda juga patut mula meniru kelaharan mulut para pemenang)

Sunday, July 3, 2011

saya masih hidup


berita baik! sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman menghadiri pertunjukkan fesyen saya..seperti biasa, lengkapkan slogan untuk mendapat jemputan!!. tarikh tutup jumaat, 8hb julai 2011 jam 3 petang.

"rekaan rizalman kerap ditiru kerana............" (tidak melebihi 20 patah perkataan).





p/s: boleh? buat slogan macam tu?

Sunday, April 3, 2011

mari belajar mengira

hari ahad minggu ini dipenuhi dengan aktiviti mengemas serta acara pre moving to my new house. Oh by the way am moving to my new house soon..like another two more weeks. Excited giler!. i hope finally this house should be the last one. Sumpah penat betul pindah memindah ni..till to the latest counts..ini adalah kali ke 14 tau. Apa nak buat..setiap kali i buat rumah baru cantik2 ada je orang nak belinya..yes part of it is my business jugak to buy houses and reinvent them into new properties and sell it at a new price. So hopefully takdelah pulak orang yang akan berminat nak beli rumah baru ni nanti. tapi i tak jamin kot..(u all pun dah boleh agak that it is surely stunning..)

perkara yang paling memeningkan kepala bukanlah dari segi mengemas,membalut perabut..tapi mengemas khazanah beg2 tangan i yang berlambak ni..so i was thinking why not i invite some of you reader ni, to come to my house for the house warming nanti..Nak?
but before that, in order for you to get invited, let us do games here.
kalau ada sesiapa yang bole meneka berapakah bilangan kesemua beg2 ini dengan tepat akan menerima jemputannya.. sedia menerima cabarannya??

Mula!











p/s: hamik kau! juling mata?

Tuesday, March 1, 2011

i still remember what you did last summer

setahun dah berlalu...cepatnya masa berjalan. Pejam celik,pejam celik dah pun berjumpa semula dengan hari sukan sekolah Nail..(umar suruh panggil dia Nail sekarang). Am really sure you all ingat lagi kisah tahun lepas pabila ahli rumah sukannya kalah, dia terus naik hantu dan lari keluar padang tanpa mengambil bahagian langsung dalam acaranya!!. pada masa yang sama saya mengejarnya dari belakang sambil naik hangin jugak dengan tindakannya yang begitu drastik dan bersifat pra dewasa.

Kini, hari sukan muncul lagi. Habislah aku!. Nail, please dont do this to me again.. peristiwa tu masih terpahat lagi sampai ke saat ini tau. Nampaknya bukan saya saja yang cuak pada hari itu..cikgu2 sekolahnya juga sama. So, sebagai langkah bijak..mereka letakkannya di hadapan sekali..supaya kalau dia lambat pun bukan salah orang dihadapan tapi salah dia sendiri. We shall see..

i know, i know his tshirt is too big! sungguh bukan anak fashion designer.. "kau pakai baju kedah ke apa ni Nail?"

saya tanya dekat kawan sedarjahnya..."Nail nakal tak dalam kelas?" yes, jawapnya.
Lepas tu saya nampak Nail kejar budak tu keliling padang..sambil cakap.."kenapa kau cakap yes?...dibalas jawapan oleh kawannya.."tak baik menipu kan,ustaz cakap."

u better perform dear,coz i still remember what you did last summer!

" ya Allah berilah aku kekuatan untuk menahan malu.."

wisel ditiup..! permulaan yang agak bagus.. syabas!

tetapi!... bila tiba acara berlari didalam gelung je..Nail dengan penuh tertipnye berjalan ala 'catwalk' di atas padang!! Halo! this is sukan ok bukannya fesyen show anakku!..cepat sikit..!
Maaf takde gambar ketika itu sebab saya berlari ke-malu-an menyembunyikan diri!

tahu tak kenapa gambar ni kelihatan macam dia sorang je atas padang?? Sebab bebudak rumah sukan nombor dua yang lain semuanya dah berlepas pergi!..

anak sapelah ni?





p/s: if u guys could excuse me.. i need to find my favorite black shoes..where did i put it??


p/s: this was taken at my clients walk in wardrobe....kalau ada sesape yang yang ada cuma dua tiga pasang kasut tu..itupun entah2 dah empat lima kali tampal tapak..sila gigit kasut2 anda sekarang tanpa segan silu!!

Tuesday, February 1, 2011

COKELAT TORA KEMBALI LAGI..!!







Tu la pasal! orang buat blog, dia pun nak buat jugak...padan muka! dah jadi macam satu kewajipan pulak kalau tak memblog...kecoh satu malaysia blog saya tak berupdate(ada yang khatam sekali lagi sebab takde bahan bacaan baru)..rintihan,pujukan,sindiran..macam2 cara orang memaksa saya berblog dengan secepat mungkin ,sampai ada terjumpa di luar siap cakap kat depan batang hidung lagi..malah ramai juga yang seakan merajuk..konon.

Blog ni pun dah sampai sejuta lebih dah pelayarnye..ribuan follower..tapi kesibukan kerja mengatasi excitementnya..Balik dari bercuti pun tak sempat nak bercerita dengan kamu semua..perangai Umar semasa bercuti pun banyak keletahnya. Sibuk tu sibuk juga..tapi part nak mengupload gambar2 mengikut susunan cerita tu yang buat pak aji malas sikit nak buat.

But what makes me rajin untuk muncul untuk sekian lamanya menghilang disebabkan oleh sebuah perkahwinan yang telah dimeterai baru2 ini..as always a beautiful one brought to you by rizalman. Buat Syukri & Sarah..,selamat melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang kekasih dan juga sebagai suami dan isteri.. Kepada Dato' Maznah and Tuan Sheikh..it has been my pleasure to serve you.. indeed you guys are the cutest couple i've ever met..Allah has granted you with beautiful life, beautiful children and a beautiful hearts.



i bet u guys still remember these pictures taken from their engagement

mungkin ramai juga yang dah tarik gambar2 dari majlis pertunangan ini (especially the hantaran yang ada epal hijau tied with little grey ribbons) for personal keepings and rujukan kan?
well this couple had their wedding last month..
so i was hired to design the wedding. The reason why i took the job, was simply because of the family values that still exist in this modern world..(memang susah dah nak cari sekarang ni anak-anak serta ibubapa yang tahu tanggungjawab masing2).
Please enjoy pictures taken from their wedding..(dan sebenarnya malas nak buat caption).




























hadiah perkahwinan dari ibubapa pengantin perempuan- A4!





































pengantin lama.





p/s: sekalung tahniah buat senior saya Radzuan Radzi kerana dianugerahkan gelaran Datuk.
gegambar yang cantik2 tu are from Qippy photography. Thanks dear!