Fabulous fc

Saturday, February 20, 2010

i knew it!

hari ini hari sukan sekolah Umar. Hari yang paling ditunggu2 oleh saya. Tiada apa yang lebih menyeronokkan dari melihat anak anda membesar tahun demi tahun serta melalui fasa perubahan hidup didalam hidupnya.. dari alam bayi kepada alam persekolahan yang penuh dengan elemen suka dan duka. Kegelisahan juga tertanam pada hati saya..(anda akan tahu kenapa), mesti hari ini akan penuh dengan rakan2 Umar serta ibubapa masing2. Umar seperti biasa hadir hanya bersama dengan seorang 'ibubapa'. Suatu 'kekurangan' pada dirinya. Saya juga merasakan keadaan ini seakan pelik bagi dia dan saya sendiri. Tapi apakan daya.. ini 'takdir' kami. Pilihan saya dan pastinya bukan pilihan Umar.
 Kami tiba di padang tepat pukul 7.30 pagi. Guru2 masih lagi membuat persiapan. Pelajar2 yang lain masih berkeliaran (mata ibubapa pelajar yang lain juga berkeliaran memerhati kami..dengan niat "kejap lagi aku nak ambil gambar dengan Rizalman la!")..

Umar didalam rumah kuning (rumah Khandak). Berjumpa dan bermain dengan rakan2nya. Perut babahnya berkeroncong..nak pergi makan sarapan nanti kang Umar ntah berlari kemana2 pulak kang.. Cikgunya cari ke?..Sukan dah nak start ke? Kot2 dia nak terkencing ke?(payahnya kalau single parent ni..). Untuk tidak membuang masa saya layan dulu sesi mengambil gambar dengan peminat! :p.
Panas matahari makin membahang.. Acara Umar masih lagi belum mula( oh god! do i really belong here??) Nak keluarkan kipas tangan malu.. Nak bermain dengan blackberry, casing blackberry penuh bling2 pulak..

tunggu punya tunggu..pukul 11 pagi barulah Umar punya game slot. Hati saya berdebar sangat,kamera dah siap2 letak mode 'sports'. Umar you can do it!. (sedikit sejarah latar belakang Umar kalau pasal bertanding ni.. Umar ni tak tahulah jenis perangai apa, kalau main lawan2ni dia memang tak boleh langsung kalah dalam apa2 pertandingan sekalipun. Not that he is good either. Tapi memang dia tidak boleh menerima kekalahan. Kalau dia kalah, dia akan terus meninggalkan segalanya dan berlari sejauh2nya untuk merajuk menunjukkan ego toknenek dia tu. Masa tu takpayahlah nak cakap apa lagi dah,dia memang tak akan dengar cakap orang lagi..walaupun ubatnya hanyalah sedikit cubitan dari babahnya.)
 So, sebelum bermula saya dah berpesan awal2 pada Umar jangan buat perangai macam tu kat sini.. sebab ini adalah permainan berkumpulan dan markah adalah dikongsi bersama..lagipun malulah babah kalau dia buat perangai macam tu kat ibubapa yang lain,kat mana la aku nak letak muka ni. Kenalah jadi ostrich sekejap membenamkan kepala kat dalam padang tu nanti.

"Ok semua ready?.. Go!" Pasangan dihadapan Umar lambat sedikit bermula dan melakukan banyak kesilapan. "ohOh! this is not good!" Umar dah mula tepuk dahinya..dimarahinya pasangan dihadapan. Saya dah mula kecut perut. Bila tiba turn dia dan pasangannya,Umar melontarkan bola itu terlampau kuat hingga pasangannya tak dapat menangkap bola itu. Dan...... Umar pun dengan perangai yang tak tahu saya copy dari cerita kartun mana, telah memperlihatkan sifat ke'mutant'tannya pada ketika itu. Dia menjerit,berlari dan merajuk!!!!!(harap faham kalau tanda seruan tu ditaip banyak,geramnya aku..).
Terkulat2 si pasangannya itu. Game tak dapat diteruskan..cikgu2nya cuba menangkap tangan Umar, tapi terus berlari kearah tepi padang. Dan pada ketika itu juga ibubapa yang lain lantas berpaling kearah saya dalam koreografi yang sama. 

No, my name is not Rizalman.


p/s: cerita di atas telah diolah supaya lebih berbentuk komedi,walaupun apa yang dirasai sebenarnya begitu melodrama. Lepas balik ke rumah saya terus periksa kadar tekanan darah saya : 148/100. (nasib baik tak stroke).

Wednesday, February 17, 2010

bengong

hari ini saya jadi bengong. Bengong sebab telalu lama terperap di rumah. Macam tapai basi.Cuti selama 5 hari merupakan satu penyeksaan. Malaysia memang negara yang makmur,makmur dengan cuti perayaan. Walaupun 'satu' Malaysia tapinya hari cutinya 'beribu'. Sebagai seorang majikan ini adalah satu ancaman. Gaji jalan,tapi takde pekerja datang bekerja. Disebabkan itu juga saya jadi macam mak yang kehilangan anak kecil. Kerja berlambak di pejabat dan bengkel menjahit tidak dapat diatasi kerana cuti2 ini. Ini tak termasuk dengan cuti tahunan yang hampir 21 hari seorang.(itu belum lagi makcik,nenek,atuk bapa saudara meninggal serta cuti-cuti sakit yang selalunya berlaku pada hari jumaat sebelum hari minggu tiba,,pandai sungguh kuman tu menjangkitinya..hmmmm???)

Sejak dari dulu lagi saya memang tidak suka pada cuti. Cuti adalah musuh. Musuh utama.(nasiblah saya tak jadi perempuan,kalau mengandung pastu cuti bersalin selama 2 bulan,alamatnya saya bukan jadi bengong lagi, mungkin bengong bin baghal,takpun gila meroyan).

hari jumaat 26/2/10, cuti lagi. (hari maulud nabi muhammad saw).

BERSEDIA UNTUK MENJADI 'BENGONG'.

Friday, February 12, 2010

ralat

"hei abang! baju yang farah pakai malam tu bukan si 'dia' tu yang sponsor.. tapi si ***** ******tu yang sponsorlah!" jerit farah fauzana melalui perbualan kami di telefon. La.... apasal la tak cakap awal2.? Kesian si *** ***** *****. Tak pasal2 kena fitnah ngan semua orang. Maaf ye..

 Sape designer tu? Nama pun tak kenal? Yang pentingnya mlm tu sume orang ingat baju tu baju Rizalman.. No! No! No! (sebut macam Fara selalu sebut).

Sunday, February 7, 2010

kiamat

dua tiga minggu ini tak taulah kenapa saya rasa resah dan tak keruan. Segala kerja dibuat rasa tak betul. Duduk salah, bangun salah. Emosi berputar. Apatah lagi  semangat untuk buat entry baru untuk blog..lagilah jauh minatnya (walaupun dah ramai yang hint supaya dipercepatkan ini). Segala tanggungjawab untuk kerja deko3 dahpun habis..terimakasih diatas komen yang melimpah ruah tu.. Butik Puteh pun mampu tersenyum lebar kerana penjualan yang amat memberangsangkan!. di luar jangkaan. 
Namun segala kemanisan ini tidak dapat membendung panasaran saya. Masih lagi tidak tahu kenapa sebabnya. Seolah-olah jiwa serta raga tiada dalam jasad. Ibarat kuih tart tanpa jem nenasnya. Adakalanya segala kenikmatan itu harus dilihat secara halus.. mungkin ianya satu dugaan dari Allah. Kenikmatan menyebabkan kita sentiasa sibuk. Kita sentiasa mengejar masa. Kita sentiasa bergerak pantas. Semuanya kita nak di dalam dunia ini. Kita lupa untuk mengingatkan kembali diri akan asal usul kita, tanggungjawab kita serta lain lain hal yang berkaitan  dengan keluarga,sahabat dan insan tersayang. Merbahaya!.
Semuanya bermula dengan kehadiran saya di rumah seorang kawan baru2 ini. Tujuan utama adalah untuk memberi kunjungan ke rumah barunya..Cantik! Besar! dan semestinya mahal rumah tu..(berdekatan rumah Linda Onn). Rancak perbualan kami...tapi entah macamana perbualan terpesong ke arah agama. Seterusnya menuju kepada topik kepada hari yang paling digeruni... Kiamat. Masing2 bertukar ilmu agama yang cetek ini untuk sama2 menyumbang kepada pengetahuan kami tentang kiamat. Tentang bagaimana untuk menjadi muslim sejati. Kami juga pakat2 berikrar untuk tidak mahu lagi membeli  beg2 berjenama. Tidak mahu mengumpat,berbuat baik, pergi ke masjid,mendengar kuliah agama serta pergi ke Mekah untuk menunaikan haji buat kali ke dua.(bagi menyambut umur saya yang ke 40,tahun depan di sana). Ya 40 tahun! 40  juga merupakan angka yang selalunya dijadikan pengukur untuk seseorang itu berubah ke arah yang lebih beriman dan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke dunia seterusnya. Saya mungkin berjaya di mata manusia. Saya juga mungkin sudah berjaya membina Wisma Rizalman di dunia. Tapi apakah saya sudah berjaya membina Wisma sendiri di akhirat?
Perbualan juga diteruskan dengan menilai segala tanda2 kiamat yang sudah terlihat sekarang ini serta menconggak tentang tarikh hari itu sebenarnya.. 
Keadaan yang meracau ini menjadi semakin buruk apabila saya juga telah menerima berita tentang pemergian seorang sahabat saya,iaitu seorang model wanita (beliau adalah anak didik saya di dalam bidang peragaan) iaitu Mimie Aziz. Pemergian beliau secara tiba2 menyebabkan keadaan bertambah sayu... Kecanggihan teknologi manusia seperti blog,facebook ataupun sistem komunikasi yang lain tidak dapat menjadi alat untuk meramal perkara2 tentang maut dan ajal.. Allah jua yang mengetahuinya. Namun tidak dapat disangkal,dengan adanya facebook juga berita kematian beliau dapat diketahui oleh sahabat2 yang mengenali beliau dalam sekelip mata.. Buat allahyarham..semoga Allah ampunkan dosa dan menerima segala kebaikan beliau di atas muka bumi ini serta menempatkan roh beliau bersama orang2 yang beriman.
Kita yang masih hidup ini harus meneruskan kehidupan. Kehidupan untuk menjamin kehidupan satu lagi. Buat masa sekarang saya masih dihujani kerja yang berlambak! Terasa sangat untuk bercuti sekejap ke luar negara! Paris, London, Rom, New York. Tapi pada masa yang sama agak kecut dengan kematian yang mungkin akan muncul secara tiba2..Bukankah lebih elok kalau ke Mekah saja?? Memang niat di hati menunaikan umrah pada bulan ini tapi memandangkan kerja yang bertalu..terpaksa ditangguh.
Namun saya kira pahala itu ada dimana2.. bangun pagi mengejutkan Umar untuk bangun sembahyang subuh pun sudah dikira pahala.. Cuma di Mekah itu pahalanya berganda. Bercakap tentang Umar pula, anak teruna saya tu da besar. Besar bersama kepalanya sekali. Belangnya juga kadang menguji kesabaran. Banyak lagi yang harus saya tempuhi dengan telatahnya. Asam garam seorang bapa.
Antara perkara lain yang merunsingkan saya juga ialah tentang rumah saya yang agak berselerak! Berselerak sebab saya terpaksa pindah buat kali ke 13! Rumah emper ini dah dijual,tapi rumah baru belum siap. Maka terpaksalah berteduh di rumah sewa semetara. Menguruskan perpindah juga urusan yang memeningkan. Dan tinggal di dalam rumah sementara juga melecehkan. Satu percaturan masa yang paling gagal pernah saya lakukan dalam portfolio perniagaan hartanah saya.
Semalam saya ke majlis harijadi Farah Fauzana yang ke 30!. (sebenarnya saya cukup malas untuk keluar malam hari,apatah lagi kalau sudah selesa bergelumang di atas katil). Majlis diserikan dengan kehadiran kanak2 dari sekolah tahfiz Al Quran.. serta sembahyang berjemaah dan doa buat si Farahnya. Saya puji beliau, sebab itu juga saya agak rapat dengan beliau. Beliau antara artis yang punya karisma tersendiri. Dan juga ibubapanya juga mendidik beliau dengan baik, saya kira. Satu tindakan yang amat baik untuk meraikan hari ulangtahunnya. Namun saya agak tersentak apabila beliau muncul untuk menyambut kami.. "bila pulak aku buat baju kat Farah colour ni?" Farah mengenakan busana 'ala' Rizalman malam itu..'ala baju untuk Puteh'. Siap beadingnye pun sama pattern. Cepatnya,dorang ni meniru. "bukanke aku dah pesan ke kat dalam blog hari tu?". "cantik baju!...sape buat Farah?" 
"oooo...baju ni dia yang sponsor farah.. designer dia *** ***** *****...
Saat itu juga saya berharap sangat kiranya tindakan saya untuk tidak merasa geram terhadap lanun fesyen ini dan menganggapnya sebagai sedekah,ianya akan mendatangkan pahala yang besar dan berganda.. dan kiranya di dalam Al Quran ada menyatakan bahawa salah satu tanda2 hampirnya kiamat itu apabila rekaan fesyen akan ditiru tanpa segan dan silu serta pantas, maka sedarlah wahai umat manusia bahawa tanda itu sudah nyata dan kita sudah amat hampir kepadanya....




p/s: bagi peminat yang bertanya kod nombor cat bagi rumah di beserah,kuantan..ini kodnya
warna gelap- dulux 70YY 26/137  warna terang-dulux70YY 43/113.
(at least dorang mintak dengan jujur dan tak meniru semborono).