Thursday, December 31, 2009

tahun baru baju baru


agaknya mungkin kebanyakkan orang sudah pun tahu yang saya bakal mengeluarkan koleksi pakaian kepada para muslimah. "eh, bukan dulu Rizalman cakap dia tidak menyokong kepada konsep busana muslimah ke?". Benar. Namun apa yang bakal dipertontonkan di sini biarlah saya terangkan dahulu rasional di sebaliknya. Sahabat baik saya telah mengajak saya membuka sebuah butik yang memenuhi keperluan seseorang muslimah.. telekung, jubah, tudung serta lain2 alatan pakaian yang lebih cenderung kepada 'ala' Islam, bukannya 'ala fesyen' Islam. Maksudnya, pakaian saya yang akan dipasarkan di butik PUTEH ini adalah dari rangkaian koleksi yang boleh digunapakai oleh wanita2 bertudung. (sila rujuk post saya yang terdahulu, bertajuk to be or not to be). Jadi mereka yang mungkin beranggapan baju2 saya selama ini kebanyakkannya sendat dan ketat,jarang malah singkat..maka boleh lah berkunjung ke butik ini bagi pilihan yang lebih mesra agama. 

Setelah sekian lama saya tidak mengeluar advert seperti ini,maka untuk menghilangkan dahaga dan kerinduan pada para peminat serta pereka2 fesyen tempatan lain sekelian.. terimalah bingkisan ini.

















PUTEH 
akan mula dibuka pada 9hb Januari 2010.
unit A G 01 block A Neo Damansara No 1 Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 PJ
tel: 03- 77251041


p/s: kepada pereka2 lain di luar sana, jeles boleh.. tiru jangan. Berdosa. Lebih berdosa daripada dosa tak pakai tudung. :p

Tuesday, December 29, 2009

tiga q'ul


saya demam. Dah tiga hari saya demam. Disaat sibuk2 inilah badan nak demam. Apa nak buat, segala kerja terpaksa diteruskan.. lemah dan lenguhnya badan Tuhan saja yang tahu. Mana nak buat deko3 kat outstation lagi,mana nak buat deko kat rumah client lagi, mana nak buat baju2 lagi.. nak jawab soalan2 blogger lagi. Pastu agaknye yang paling menyumbang kepada penyakit ini mungkin juga apabila saya membaca komen2 Jahannam, eh silap eja, Jannah. Beliau terus melawat laman blog ini untuk terus mengutuk saya walaupun rancangan tangkap muat tu dah lama habis. Saya selalu membayangkan wajah Jannah ketika membaca blog saya ini saling tak tumpah seperti ketika Mona Fandey sedang mengerat Dato Mazlan kepada 18 bahagian (bole bayangkan tak? Horror!).

Tapi nasib baiklah kat rumah ni ada Umar. Bila dia tau je saya demam, dia terus suruh bibik amik air batu dan tuala untuk letak kat atas dahi saya..

"babah demam ke?, badan babah ni panas betul lah!

tak cukup dengan itu, Umar minta pulak sebesen air untuk buat jampi..
" biar saya baca  Alfatihah, 3 qul dengan selawat, pastu saya sapu kat dahi dengan kepala babah k?"

takde ubat doktor yang bole menggantikan kelegaan macam ni... Macammane Umar boleh buat macamni kat saya? Sebab saya pun buat benda yang serupa dekat dia.. 
 Selepas itu saya pun terus pandang muka Umar dan cakap kat dia, " Umar, kalau Umar macam ni sampai babah tua nanti... Allah akan janjikan Umar sebagai salah seorang ahli Jannah. InsyaALLAH.

Adakah kita sudah bertemu dengan ahli Jannah yag sebenarnya??

p/s: segala imej2 ini telah dirakam oleh kamera litar tertutup di bilik saya.

Saturday, December 26, 2009

me and my big mouth 3




Blogger iHazelynz said...

salam..
after all these years & after all that u have achieved, may i know what are the 'paybacks'/contributions that u have given to anak bangsa (if any)?

hmmm........ takleh jawab ni, nanti bunyinya agak riak.. i tau cukuplah. And am happy, so far. Cuma kekadang anak bangsa sendiri jer tak reti nak cakap terimakasih.. mengata lagi ada.

Blogger cik sapphire said...

try..

sebelum mereka sesuatu pakaian.apa yg u titik berat kan dulu??warnanya ke??material nya ke??kos nya ke??atau kesesuaian dengan si pemakai ke?? 

tq..

semua yang diatas.. segalanya mesti diambil kira sekali gus. kalau tak nanti, sebab tulah kita tengok kat majlis red carpet kat tv tu banyak yang macam dapat penyakit diabetes.


Blogger Suzie said...

mcm mana menangani isu plagiat dlm rekaan?yes it's subjective tapi setiap designer kan ada karakter sendiri dlm mempersembahkan hasil rekaan masing2 supaya tak jadi lambakan yg serupa...kat mana2 pun org tgk benda yg sama,so mcm mana nak stand out from other designers?ni dah dua soalan kot :-)

panas! panas!   ini sume bergantung kepada pereka itu sendiri samada mahu mempunyai maruah diri atau tidak? tidak bermakna apabila kita meminati seseorang itu kita harus mengikut gaya serta lenggok rekaannya, tiru hanya pada sikapnya bukan pada stailnya. bentukkan peribadi tersendiri serta buat penyelidikan yang agresif bagi meletakkan stail pada platform yang berbeza. Juga harus diingat,jangan terlampau ingin dingati sehinggakan anda membuat sesuatu yang teramat pelik hinggakan tiada siapa mahu memakainya, kerana setiap helai pakaian itu adalah punca rezeki, serta jangan jadikan rekaan sebagai medium ekspressi anda( syok sendiri). Tepuk dada tanya selera.

Blogger ~ n0ra ~ said...

My question::What is the biggest gift [in ur opinion] you've been given your parents? It does'nt matter secara materials or not. Or should i ask your parents on this?

Thank you.

ini kes tak khatam blog i la ni..tak sukala... my parents dah takdela. Dont let me start on this..(nanti i nangis). they were gone yearsss before i even made my 1st degree of success. i guess a lot of yassin recites and do nice thing to their friends and love ones is a much more better chance in order for me to pay them back. InsyALLAH.


Blogger Che Kay said...

Assalam

Sekarang ramai sungguh pereka muda di Malaysia semakin mencipta nama. Sudah semestinya ada antara mereka yang membuatkan En.Rizalman terkenangkan zaman2 awal kemunculan En.Rizalman. Soalan saya, jika diberi peluang, siapakah yang En.Rizalman nak jadikan anak didik untuk menurunkan segala ilmu yang ada? =)

the best part is boleh dikatakan sumenya mengingatkan saya pada zaman awal kemunculan saya!  Get the joke? 

for your information, i dont want my legacy to be duplicated. that is so Avatar!

Blogger yusrina said...

dear mr rizalman...
i would say u hv everythings now, good business,great life,a cute son, friends,a 'crazy' fans n im sure u will get a very good wife, insya allah...n beside that..i would like to ask u...'whatelse in ur life that u want??'apa lagi mr rizalman?? dont tell me that u want dato'title,it is not a brilliant answer!! :)

my journey is still far ahead. Health, Umar's future, syurga/neraka ke?? byk lagi yang tak settle sampai la kita tutup mata. Dah tutup mata pun belum tentu lagi bole jawab soalan mungkar nangkir. What i want, as i said earlier is a simple life, good health, good house, clean toilet, and a good maid. takpayah sibuk2 lagi nak beli beg2.. half portion of my life will be dedicated to after life. Mintak umur panjang je supaya sempat bawak bekal. Tapi kalau ada nak bagi Dato', apa salahnye. (tapi tak sedap la bunyi Dato' Rizalman).

Blogger Shue said...

Rizalman,

1.Where else (which country other than our beloved Malaysia) would like to open your next boutique?

2. Are you launching your 2010 Spring or cruise or bridal collection soon? and what will be your inspiration this time around? (I know it'll be gorgeous)

Thanks

1. at the moment i am too bz to think about expanding the label to a higher and wider market. Nanti tak terlarat dik.. penat tau badan. Yang satu ni kat kl pun tak terjaga,apatah lagi melata2 kat tempat lain. Kalau i buat macam tu nanti impian saya untuk jadi macam jawapan kat atas tak tercapai.. perlahan2 saya akan dibawa oleh arus kealpaan terhadap agama bangsa dan keluarga. itu yang saya paling takut.

2. sebenarnya saya tengah bereksperimen dari tahun sudah lagi untuk tidal mengeluarkan apa2 unsur advert bagi menangani masalah plagiatism. Nampak gayanya bagi sesiapa yang ingin melihat karya2 terbaru saya, kenalah datang sendiri ke butik k. Of course they are gorgeous!

Blogger contengconteng studio said...

saudara rizalman..bila saya memerhatikan para pereka fesyen muda kini. rata-rata nampak hebat dalam dunia glamor masing-masing. tetapi setelah saya melihat hasil kerja anda sendiri. tidak keterlaluan saya katakan bahawa ada sesetengah pereka muda yang terang - terangan menciplak hasil kerja anda. atau mungkin secara kebetulan? mungkin sebagai idola. tetapi...dimanakah limit mereka tentang originaliti sebagai seorang pereka..yang hairannya mereka cukup sombong untuk mengaku anda sebagai references...tapi hasil rekaan mereka sebaliknya...apakah pandangan anda dan nasihat anda buat golongan pereka yang sedang meningkat naik ini..

terimakasih kerana bersikap begitu peka. I lovee you! sila rujuk jawapan anda pada soalan di atas. 

my piece of advice- "get a life!"  

nanti kita sembang2 lagi k...

Wednesday, December 23, 2009

me and my big mouth 2


Blogger ~ShaFeRLicioUS~ said...

HeyLOw mr FAb DesigneR!

Err..susah nak define/tanya "soalan bijaksana" to fashion genius like u..(Gosh, im your freakin big fan!!!!) OH.. suker sgt2 purple caftan yg Fara pkai di ASK09 last nite!!! Ok enuf!Ehem..

My Question is:

1) wat say u..if i said our dress can tell us our age? i mean..i dont know..lately i notice that msian ladies choose to wear somthing aging lar..eventho they are far too young..

All the best for u, good luck for the new boutique (super Gojes-lah!), and keep up the good design!
Wink!

of course la dear... fesyen mmg boleh disguise age. Tapi jgn la melampau sampai dah tua kedaung pun nak pakai skirt pendek semata2 nak tunjuk kat orang kata kita ni muda ataupun berhati 'muda'. Banyak pelakon drama kita macam tu kan?.tak payahlah nak amik contoh orang lain,saya ni pun kalau pakai baju melayu bersamping bersongkok lengkap pasti nampak berumur sikit,nampak umur sebenar la jugak.. tapi kalau pakai tshirt dan jeans selamba pulak, orang akan ingat saya dgn umar tu dua beradik... perasan! so tips nya- pakai baju yang fesyennya 5 tahun lebih muda dan jangan mekap tebal giler2.. tu ja.  p/s jangan pulak nak nampak muda cakap manja2 sgt macam ella lak.


Blogger Teman Setia said...

atcually.. x taw lar soalan nie bernas.. u sendiri will decide kan...
u're the celebrity.. public icon...
fashion icon.. u have meet a lot people yg mcm2 kerenah, or even your clients sendiri... u dah merantau pelbagai ceruk dunia yang ada kaitannya dengan fashion n etc... u ada ramai follewers yang ikut blog u.. even your friends sendiri... and your models... dan tidak ketinggalan pekerja u sendiri... n esspecially umar...kan.. nie nak tanya, u reply or not, belakang kire.. macam mane u can handle each of people that u jumpe?? pernah x u terfikir (if ada lar) fashion is about human kan... also the psychology also about the human kan.. so, dua bidang nie macam related... walaupun dari field yg berbeza... n I just wanna know your eksperience jumpe n handle a different group that u have been meet.. t.q... =)

pening baca soalan ni..soalan bernas,tapi penyusunan ayat sungguh tidak bernas.haha!.. u tak macam jannah kan? cepat sentap?. Bab2 saikologi ni mmg penat kalau nak layan. Betul mcm u ckp you tu, lain orang lain cara kita nak handle dorang. pekerja lain ,client lain, keluarga lain, sebab tu la sebenarnya saya ni kat dalam tv je nampak pok pek-pok pek,tapi sebenarnya kat luar kurang bercakap sbb dah tak larat dah bercakap dengan berbagai orang dari berbagai latarbelakang,pastu setiap orang tu pulak kena ada pendekatannya pulak. But the thing is,kalau dah jadi orang popular ni, manusia yang berhadapan dengan kita ni sume akan terus menjadi plastik sumenyer,depan kita sumenye baik dan elok belaka. Ini samada dorang takut ataupun sengaja tunjuk baik depan saya..(lainlah jannah yang terus terang lagi ikhlas menghentam saya). Tak tau lah samada jawapan ni ok tak,sebab soalan dia pun macam tak clear sangat.


Blogger Si Anggerik said...

rizalman, what is the biggest challenge u had when u involve in this industry? and how long does it takes for u to define yourself as successful?

hmm... the biggest? as climb you up the stairs, u will lose some of the xcitement being as a human being. kalau dulu saya ada banyak kawan,tapi kawan2 sekarang sekor pun tak de. dulu ada,tapi sekarang dah jauh(samada dorang rasa dah tak best,ataupun saya terlampau sibuk untuk berkawan). u akan getting lonelier and lonelier... kalau dulu saya bole keluar jalan2 tanpa perlu nak senyum2 kat public,tapi sekarang kena lenguhkan rahang ni untuk buat2 senyum i yang kuat tersimpul tu. So these are the challenges.. juggling between career,real life,make believe lifestyle,family,bloggers,dll lah. And to define myself as successful tu rasanya mcm tak bole nak jawab sangat..bcoz sekarang ni i really dont fit into that category yet,sbb i rasa my career towards akhirat investment doesnt jives yet.. but am trying my best still.


Blogger bakerina said...

Saudara Rizalman,
Sya mengikuti Rizalman semenjak dulu lg. Soalan saya : Sekiranya Rizal tak menjadi RIZALMAN IBRAHIM the fabulous fashion designer, apa agaknya kerjaya lain yang dirasakan sesuai dgn jiwa dan MENGAPA kerjaya itu yg jadi pilihan. 
Diharapkan soalan ni dpt jawapan yea...

as u you all knows... interior designing was my passion. So kalau tak jadi pesen designer hari ni,saya akan jadi pereka dalaman ler... tetapi dengan kuasa Allah,, tiba2 je tup2 saya dah jadi dua pakar dalam satu masa.. Sape nak jawab?? best kan? tapi there is a price to pay, penat dan komitmen nye tak payah lah saya nak gambarkan. At first i kind a like it, tapi kalau nak dipikir2kan..agak merbahaya jugak sebab lambat laun dia akan memakan diri..so  i am berhati2 sekarang supaya saya tak menemui ajal awal sebab kepenatan yang teramat!. Agaknya saya ni macam fairies kot, suka tgk benda2 yang bole  ditransformkan dari hodoh jadi cantik ( tingg!! menukarkan jannah jadi cantik)..


Blogger hazimnhariz's mommy said...

salam mr rizalman ..
tak tahu if this is a good enough q but here goes .. if u didnt have fashion in your life .. what else would you have been?
Tq

 sama seperti di atas........


Blogger okinokiyo said...

i remember last time u did mentioned that malaysia specifically - ketandusan designer ("its the extinction of designers!!")
so are you doing something to overcome that?

 (jawapan ikhlas)- let it be! supaya tinggal i je sorang.    (jawapan tak ikhlas)- semuanya bergantung kepada individu masing2.. kalau ada inisiatif lebih tu rajin2la buat kerja lebih sikit untuk menjadi pereka yang berWAWASAN, bukan berPERASAAN.. anyhow stars are born,not made.... cewahh..,sedap jugak ayat ni ek? you just need wait, they will come.. someday.


Blogger Hanisah anAk BiLaL OmaR said...

SALAM(>O<)V waahh!!! akhirnya saye jumpe juga blog uncle rizalman.. nama saya hanisah Omar dari Johor Bahru..  umur 17 tahun.. on the way 2 SPM.. tggal ag 1 paper jerk.. sebenarnya saye nak minta pandangan uncle la.. abg saye nie nak bertunang hujung bulan 12 nie.. mak saye nak guna tema merah putih.. saye x setuju sangat coz ramai yg guna merah putih.. baru2 nieyh saye tgok nona kt tv3majlis kahwin anak tan sri ( x ingat name dia).. uncle buat hantaran utk besan dia kn3x?? warna merah hati is so beautiful.. uncle ade cadangan x nak guna warne lain selain merah putih .. tema pertunangan abg saye ini ala tradisonal.. nak guna bakul rotan katenye.. tp kami tgah x de idea nak ubahan hantaran.(barang pon blom bli ag).. kalo uncle ade contoh brg2 hantaran or cadangan.. plz reply this comment k.. thanX a lot uncle!!  #lagi satu : mak saye kirim salam.. dia kate uncle wat deko3x 2cantik designnye!! he3~ WSSLM

 waalaikumsalam....nasib baik mak kau puji,nak lah aku jawab soalan ni. Apa susah dik, tiru jelah wedding tu.. merah hati dgn purple kan cantik? satu kombinasi baru kan.. nak letak bakul rotan ke,bakul mengkuang ke,bakul besi pun boleh... kim salam kat mak balik. p/s kalau nak nampak tradisional lagi letak je kuih2 tradisional kite..lagilah bangkit mood hantaran tu,lagi cantik kalau lapik hantaran tu dari songket..


Blogger aDie dALi said...

salam,

sy nk tnye tuan,
sy prinsip yg u pegang utk berjaya smpai skrg.

terima kseh

im a fan.

 prinsipnye senang je... kalau tak kerja nak makan apa? berjaya atau tidak itu semua usaha kita sendiri dan urusan Allah Taala... kalau Dia kata kita tak akan senang sampai bila2 pun itupun urusan dia, sebab dia tahu apa yang baik apa yang buruk.. walau apa pun kita harus gigih sendiri, disiplin mesti kuat! yang selainnya berdoa jelah kepada Dia untuk diberikan kejayaan dan kedudukan yang tinggi (eh bunyi macam doa lepas bang pulak). Jangan lupa menderma dalam bentuk apa sekalipun! benda baik akan dibalas baik..


Blogger Hani said...

Salam RI,

Soalan dari saya:

Apekah misi & visi RI di dlm dunia fashion atau dunia yg lain..

misi saya dah habis..nak jadi pereka yang dihormati, visi saya macam saya pernah cakap dulu..satu hari saya nak je pencen dari dunia ni..bukak kedai runcit jual kelapa parut ngan rempah2 kari..rumah biar dekat dgn masjid supay bole berjemaah, buat kenduri kendara, hidup sederhana, tak glamer, tak mulut jahat, mengaji kitab. (sunggupun bunyinya poyo,tetapi seriously! thats want my vision is). Pastu ada pulak menantu pompuan  sorang yang soleh,tutup kepala dan pandai masak..(isteri umar, macam cite nurkasih je). haaahhh... aman dunia akhirat


Blogger ** ZaReNa ** said...

Salam,

I hv been following karier anda dari time alam persekolahan till now (dah nak keje dah...aduhai~) ;p

but what i observe, most of the designer out there expecially guys hv gaya seperti wanita, percakapan seperti wanita, taste seperti wanita....(ni opinion sendiri ekk)

so i was wondering, adakah 'keadaan' ini adalah KEMESTIAN kepada setiap designer or their r born with it...

i hope it's included dlm soalan bernas bukan soalan bongek....hehehe...

chow~

keadaan ni sama la jugak dalam bidang2 lain pun.. Kewujudan sesuatu kaum itu mesti ada kegunaannya pada putaran hidup manusia.. so nak tak nak, kena la kita ngaku bahawasanya kewujudan ini adalah satu rahmat.. kalau tidak sapa nak mekap pengantin ngan design baju2 lawa2 kan? tapi, awas! lihat dengan mata hati..yang kita nampak dengan mata kasar tu adalah mereka2 yang berani untuk mengaku identiti mereka sendiri.. tapi di luar sana banyak lagi yang in the closet,, so pasni jangan ingat kalau pakai kemeja dgn tak cabut alis tu bukan dari golongan tersebut (ntah2 banyak abang2 ofis tu sebenarnya pandai mekap pengantin tak?).. pompuan pun banyak gak yang terbalik. yang penting kita buat kerja harus seiring dengan jiwa kita kalau tak ,binasa.. 


Blogger waneeda said...

I'm in design industry jugak..
but not fashion la..

nways.. just curious..
u are in fashion industry,
then mcm mana boleh dpt ideas on doing interior jugak? i mean itu belajar jugak kat uni or just from experience or books?

Thanks!

benda kalau gifted, takpayah nak cite panjang2.. itu semua Allah taala yang bagi..so i guna jelah. Dan kita pun kena banyak membaca supaya kita boleh keep up dengan trends dan buat keja tu kena ikhlas dan mengharapkan yang terbaik.. bila buat yang terbaik, akan jadi terbaik la jugak.. kan?


tunggu sat na..nanti cek jawab lagi..