Wednesday, September 30, 2009

entry terpanjang

hari ini saya meraikan hari raya 'puasa enam'. hari ini juga kami di RIZALMAN mula masuk bertugas setelah cuti sekian lama. naik bengong juga kepala hotak setelah lama tak bekerja. sebelum bercuti raya juga saya serta staf semua berjanji nak buat majlis hari raya di ofis secara 'pot luck'(selalunya saya saja yang masak segala juadah). Tapi kali ini semua bersetuju nak bawak makanan masing2. Tapi masalahnya kami lupa yang semua staf di Rizalman ada 22 orang kesemuanya..alamatnya ada 22 jenis makanan(tidak termasuk 3 jenis dari saya). sebab tulah makan dah meliputi seluruh meja!
siapa nak jawab?!
"tolong baca doa makan, Umar".

dengan segala berbesar hatinya kali ini saya berkongsi sedikit ilmu masakan dengan anda semua. ini pun disebabkan segala juadah yang saya bawa habis licin dibedal dek dorang yang macam tak pernah makan setahun(semuanya macam baru balik dari luar negeri dan tak pernah jumpa rendang ,laksa dan ayam masak merah). 

tapi sebelum memasak,pastikan anda mempunyai kelengkapan memasak seperti dibawah serta bahan2nya. Arahan memasak seterusnya akan dikelolakan dalam bahasa utara(survey mengatakan versi utara saya sungguh mengasyikkan).

sapa sangka rhumah pereka peshen ada pereghiuk lagu ni? hangpa jangan tak tau

menu pertama- rhendang pak brahim. Mola2, nyoq kukoq sebijik untuk nak buat keghisik( cheq tak main keghisik beli na, tak pior)
 
lepaih tu goreng jintan putih,jintan maneh dan bijik ketumbaq. Toksah boh minyak..goreng sampai naik bau.

dah angkat,tumbuk bagi haluih. (nampak kerisik tang tepi tu? tu kaler paling perfect untuk buat keghisik,jangan bagi ghentong,nanti dia pait)

daging 2 kilo

bahan2 untuk di mishin- serai,lengkuaih,halia,daun limau pughut dan daun kunyit(oghang lain tak mishin daun2 tu,tapi percayalah mishin saja..lagi sedap.

bahan2 lain untuk dimishin jugak-bawang putih,besaq,merah dengan cabai melaka.

dah mishin semua,terap ataih daging tadi. lepaih tu bubuh cabai mishin dalam 5 camca besaq.

goi bagi rata..dan buh tokyu sikit. Biaq dia sat, buat benda lain dulu.

buh belanga ataih dapoq, masak santan (dalam sebijik setengah lagu tu) sampai naik minyak sikit. jangan lupa kacau! satgi dia jadi berkepala.

bila santan tu nampak macam likat sikit,buh daging tadi. api kena pelan..baru dia pecah minyak elok.( masa ni cheq dan pi tidoq sat,dan suruh maid cheq tulung jaga).

masa dok rhendang daging tu, lepaih masuk lagi daun limau dengan daun kunyit lagi. Buh jugak asam gelugoq dalam dua tiga keping,perah ayaq asam, buah keraih sikit dan ayaq gula merah serta garam secukup rasa.

bila dah nak masak ni,jangan dok pi bersembang ka,pi panchoq ka.. sebab dia senang hangit..kena dok kacau selalu. Kacau punya kacau sampai la dia jadi lagu ni.
okey, dah siap da!



menu kedua- laksa sungai nibong. bahan2 dia..bunga kantan,bawang merah,putih dan bawang besaq,asam gelugoq pun.

daun cenohom( kl panggil daun kesom). kalu takdak daun ni toksah dok buat laksa langsung.

otak udang yang dibancuh dengan ayaq hangat

ayaq asam jawa- lagi banyak lagi sedap. biaq dia masam sampai berpinau

belacan bakaq. Laksa ni kalau sapa2 ada ghesedong, memang mampuih lepaih ni garu idong!

mishin semua bahan2 tadi dan buh dalam peghiuk besaq. Lepaih tu mishin jugak sardin satu tin kecik.

ikan termenung rebuih (ikan yang macam mata cheq). Amik isi dia saja,dan lepaih tu mishin bagi hanchoq.

buh ikan tadi dalam peghiuk jugak,dan mishin sebijik nangnaih..pun lempaq masuk dalam peghiuk.

dua senduk cabai mishin.

masukkan otak udang,ayaq asam,daun cenohom dan last sekali tauk masuk bunga kantan lagi dua kuntum yang dibelah dua. Garam dan gula secukup rasa. Rebuih naik sampai la satu ghumah bau laksa..kalau tak bau,maknanya hangpa punya laksa tak jadi.



amboi penat pak aji taip menu ni tengah2 malam.. kita punya last menu- ayam masak cabai idup mak esyah (mak cheq). 2 ekoq ayam,maknanya 20 bijik cabai idup(cili merah), dimishin.

yang ni pun bahan2 untuk dimishin (hangpa tengok sendirilah,tak larat nak taip nama depa).

bahan2 untuk tomeh- bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu maneh,serai dan sikit daun pudina

buah badam dan buah keraih yang ditumbuk

tomeh bahan2 tomeh sampai naik bau..tutup peghiuk masa lepaih tomeh,jangan bagi bau dia laghi. (tomeh guna minyak sapi tau).

bila dah naik bau dia,buh pulak cabai idup tadi,sikit cabai kering mishin, tomato soup(brand heinz saja..brand lain tak sedap) dan biaq sampai dia masak. Lepaih tu bubuh ayam(elok digoreng sedikit supaya tak hancoq). Bila dah pekat sikit, masukkan santan,susu cayaq,ayaq asam,asam gelugoq,buah keraih dan badam. Masak sampai pecah minyak.

dah pun masak. sebelum tutup api dapoq tu,buh sikit lagi daun pudina ataih ayam,tutup api dan tutup periuk tu(bagi bau dia tak keluaq). Tapi jangan tutup bagi habih..nanti basi pulak!

selamat mencoba dan mentekedaghah!
kalau sedap, cheq pun nak buat buku resipi.

p/s: nak habaq bagi,masa cheq pi market kat keramat tu,abang juai ayam tu siap tanya panggil lagi cheq dengan nama deko!deko!deko! :0

Sunday, September 27, 2009

rezeki syawal kak ina






ingat lagi rumah pemenang pertama di bukit beruntung yang saya ubahsuaikan sebelum hari raya hari tu? Inilah keadaannya. Nama pemenang serta tuan rumah ni, kak ina. Kata kak ina  dia memang tak sangka sungguh untuk memenangi peraduan deko!deko!deko! ni..dia masuk peraduan ni pun main2 je, tup2 dapat! Seminggu sebelum tu saya berkunjung ke rumahnya untuk membuat persiapan mengubahsuai dan berlakon sikit2 untuk promo nanti di tv3. Sampai je saya kat pintu rumah, anak kecik dia dah menjerit2, 'Mak! mat deko! mat deko! dalam tv tu!'



pada 17hb,hari khamis, saya dan team terus tercegat di pintu rumah seawal 9 pagi(sebab kena siapkan sebelum pukul 6 petang). Tuhan saja yang tahu betapa penatnye buat kerja macam ni  dalam bulan puasa!! Ampun tak nak lagi (saya ada lagi 9 buah rumah lagi nak kena deko kan).
















hasilnya.....

Friday, September 25, 2009

album raya-versi utara


nak raya,nak raya..dah pun raya. raya taun ni ada yang sronok,ada yang tak berapa sronok. Yang sronoknya, macam biasa semua benda yang cek masak menjadi. Rendang daging, ayam masak merah,dan tomeh nasi tomato,menu wajib. Lepaih tu laksa pulak masak untuk hari kedua. Masak punya banyak macam nak bagi orang yang mai makan,tapi sebenaqnya untuk kami yang dirumah ni nak balun(cek makan macam dah posa setaun,lepaih geram pasai cek tesangkut dalam jem nak balik kulim,dari 3jam jadi 6 jam!,bebai bukan main dalam kereta). 



dua beranak tengah dok masak dibelakang rumah
(jangan dok perhati betih pak aji). Hangpa perasan dak kukoq nyoq tang bawah sinki tu?

dalam periuk masak ayam, dalam belanga masak rendang(daging liat sikit..mesti lembu tu ketegaq)

baru la puaih main bunga api di kampung,tapi bila orang main mercun,dia pulun lari..takut

anak terona cek dah besaq da aih..(segak bukan main)


kalau anak terona dok pelan besaq, pak dia pun dok pelan tua la kan

raya ketiga kami turun pi penang..pi cari nasik kandaq(pasai tak larat masak dah)

ingat lagi jalan ni masa kecik2 dulu dok ikut arwah bapak pi beli nasik kandaq

ni la restoran hameediyah,orang penang mesti kenai kedai ni

lepaih pekena nasik kandaq kami pi singgah di kuboq arwah2. sebelum tu masuk tengok masjid sg. nibong,masjid lama dekat rumah cek di penang.

'babah,kesian dekat orang mati ni kan,babah'? Kesian kalau dia berdosa..kalau dia baik, dia lagi beruntung dari kita..Umar.

tu abang ipaq cek, kami dok baca tahlil kat kuboq bapak,mak,tok dengan wan(belah bapak).

masa di kulim,dalam dok tengok album2 lama keluarga,cek jumpak satu gambaq.
gambaq lama cek masa kecik2. Mata cek besaqnya macam ikan termenung.


p/s kalau tak gheti nak baca entri ni dalam loghat utara,cari la kawan2 yang bole tulong translatekan. Cek nak pi sambong posa enam. (bila da start posa,barulah kuih raya yang buat tak endah tak endah tu..,teringin nak mampuih).