Sunday, July 26, 2009

daddy is busy!!

babah is busy!!!!!! babah cakap nanti dia update blog...
sebab babah tgh shooting tv...-bumblebee (umar)

*sekarang nama umar bumblebee  

alFatihah

takziah kepada keluarga Yasmin Ahmad. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau,mengampunkan segala dosa2 beliau serta menempatkan rohnya bersama roh2 orang yang beriman. Amin. 
Negara telah kehilangan sebutir lagi permata.

Sunday, July 12, 2009

RIZALMAN dah bankrap


15 tahun bukan suatu masa yang singkat. 15 tahun juga bukan satu usia yang muda. Keringat yang di perah selama itu mungkin sudah boleh memenuhkan telaga. Fesyen adalah dunia saya. beauty is my forte; i love beauty, is not my fault. Bermulanya saya didalam bidang ini yang amat daif sekali ilmunya sehinggalah kini dijadikan ikon oleh golongan perantis muda..segala turun naik kerjaya saya menjadi benchmark kepada diri saya sendiri. Sedih,trauma,gembira,keterujaan,patah hati semuanya sudah menjadi rempah ratus kepada resipi kejayaan. Saya sudah merasa bagaimana peritnya menjadi perintis didalam industri ini.Munculnya saya ketika itu tiada siapa yang boleh dijadikan idola apatah lagi somebody for me to look up to, tiada bangsa sendiri yang mahu menolong (hanya beberapa kerat saja,terimakasih kepada  Zurilawati!). Keluarga tidak boleh dijadikan sandaran,kami bukannya keluarga kaya. Namun semangat saya lebih bernilai dari wang ringgit. Maruah saya ketepikan. Ijazah yang saya kejar tidak bernilai ketika itu (siapa yang mahu mengambil bekerja seorang tukang jahit)..apatah lagi menjaminkan masa depan yang gemilang. Suasana fesyen ketika itu dimonopoli oleh bangsa Cina, kalau adapun orang Melayu hanyalah mak2 datin yang punya duit dan mengisi masa lapang mereka dengan membuka butik sambil sang suami bermain golf. Arah tuju fesyen pakaian melayu ketika itu parah menanti kiamat. Saya lihat senario ini sebagai satu peluang bagi memperbaiki keadaan saya dan juga arah tuju fesyen tempatan. Dari institiusi melayu saya datang(UITM),ke dunia melayu juga saya ingin menerokai cabaran dari ilmu yang saya timba. Orang melayu kekeringan ide2 bernas yang mempunyai unsur ke-intelectual-an. Disitu saya terjah pasaran dengan rombakan pada fesyen melayu pada tahap yang ekstrem serta menyegarkan!. Tahun demi tahun saya mengecapi kejayaan serta kepuasan yang optima. Berderet anak melayu kini memasuki institusi pengajian tinggi serta mengambil jurusan fesyen hanya kerna mahu menjadi RIZALMAN. Saya mampu menarik nafas lega kerana bukan sahaja industri ini dikocak oleh saya ke arah yang lebih fashion forward, malah anak2 bumiputera kita juga ditanam semangat untuk berjaya walau apa bidang sekalipun diceburi, jika ada minat dan kesungguhan..kita pasti berjaya.

Namun disebalik setiap kejayaan, pasti adanya kawat berduri sepanjang perjalanan. Hasad dengki, cemburu serta tohmahan tidak lari dari menghantui. Tidak dinafikan saya berbangga dengan orang melayu kita yang rata2nya memilih saya sebagai ikon, sebagai petunjuk untuk berjaya di dalam bidang ini (saya sedekahkan selama ini rekaan saya untuk diterjemahkan kembali oleh mereka, atau lebih telus, plagiat.). Tapi saya berpendapat, jika maruah serta fakta sudah dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan saya sudah bankrap, berhutang disana sini, tidak membayar gaji pekerja, sudah menutup perniagaan serta menempah pakaian di butik saya memerlukan puluhan ribu ringgit ditambah lagi dengan mengatakan saya adalah pereka yang paling sombong...ini sudah pastinya menyirap darah saya yang sudah sememangnya tinggi ini (..ini belum lagi diambil kira menghantar 'ilmu halus' untuk menutup periuk nasi saya). Maka saya mengambil medium blog sebagai mahkamah pengadilan. Sudah bertahun saya berdiam diri dengan fitnah serta sogokan ini, tapi apabila ianya sendiri sampai ke telinga ini..saya tidak mampu lagi bertahan. Sayu rasanya kerana kadang2 apa yang telah saya curahkan kepada masyarakat (ilmu serta naiktaraf fesyen melayu kepada tahap yang sepatutnya.., tidak dihargai). Malah saya dipermalukan sebegini rupa. Tidak ingatkah mereka siapa yang telah memperkenalkan kembali kebaya pendek renda, pemakaian korset, kurung berbelah di tepi, kebaya beriben di pinggang, batik mega mendung, kaftan serta banyak lagi...sehingga mereka sendiri mendapat keuntungan dengan menciplak ide tersebut bagi kepentingan sendiri?? Paling mulia mereka sepatutnya berterimakasih, dan bukannya berpaling dan menikam saya dari belakang. Maka dengan itu saya rasa harus mempertahankan diri serta membersihkan kembali nama ini yang sudah tercemar. 'rizalman' belum lagi terkubur..tapi 'rizalman' adalah suatu nama yang terbentuk dari sifat yang penuh kekentalan.

Blog ini adalah cermin saya. Blog ini tidak akan menipu anda.Blog ini adalah terjemahan saya. Saya juga berkali mengatakan kepada diri saya sendiri bahawa 'if you not good,people will never talk about you,but if you are..be proud'. malah saya pinjam dari mendiang Yves Saint Laurent..'you are not a good designer,if others do not copy'. Maka dengan kesempatan ini..ingin saya war2kan kepada mereka2 yang selama ini terhasut pada hasutan yang lebih berbahaya daripada wabak selsema BABI!(sila sebut babi berkali2), kini..'rizalman' lebih teguh dari biasa..lebih kukuh dari sebelumnya.. Dengan penantian terhadap pembukaan butik serta Wisma Rizalman yang akan dibuka tidak lama lagi (bernilai hampir 2 juta)..moga2 akan melenyapkan segala prasangka serta dengki khianat manusia. Saya berjanji,akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan baru amnya,serta pelanggan yang telah sekian lama ini menyokong saya..khasnya. InyaALLAH... Maaf entry kali ini tiada unsur kelakar. Saya tengah beremosi.







terimakasih buat Zahita kerana telah sudi meminjamkan gambarnya.(tidak seperti model2 melayu lain yang sanggup menyaman saya). Pergghh!

Wednesday, July 8, 2009

AWas!!! saya mungkin akan berkunjung ke rumah anda..!

Macam Sarimah je tu??.. Memang Sarimah pun. Petang tadi kami semua(Zulfadzli dan krew2 Astro) berhimpun di butik i untuk membincangkan projek terbaru. Suatu rancangan realiti televisyen berkonsepkan fesyen akan ke udara di Astro Ria tidak lama lagi. Tapi kenapa saya terlibat?

Macam seronok je kan meeting ni.. Memang seronok sebab kitaorang tengah brainstorming macam mana nak berikan ide terbaik untuk menjayakan rancangan realiti ni. Sambil2 tu buat lawak dan mengumpat sikit2..(banyak jugak la)

info rancangan ini:
1. anda perlu nominate calon2 sesuai untuk dicalonkan sebagai peserta  dalam rancangan ini sebagai calon yang ingin diubahsuai imejnya (mungkin ahli keluarga/kawan/guru/maid/sesiapa saja,kecuali binatang) yang anda rasa  sudah tiba masa untuk berubah
gaya serta penampilan(Azwan Ali;sbg contoh)
2. Sarimah,Zulfadzli dan Rizalman akan datang ke rumah atau ke tempat kerja peserta tersebut lalu menerjah mereka sambil menyelongkar almari serta pakaian2 mereka, atau membuangnya(jika perlu).
3. peserta kemudian akan dibawa membeli belah,berdandan serta diberi rundingan imej yang lebih baik dari para pakar:- Rizalman& Zulfadzli
4. cepat bertindak sekarang!,kerana teaser program ni dah pun keluar di astro ria dan juga cara2 nak menyertainya.
5. program ini akan mula rakamannya sebelum bulan puasa,dan akan disiarkan selepas hari raya puasa.
6.cuma 13 orang sahaja akan dipilih..lebih menarik perwatakan peserta,lebih cerah peluangnya untuk muncul di dalam program ini..

Sekali diingatkan ini adalah sebuah rancangan realiti, apa yang akan dipaparkan adalah benar belaka..terutamanya apa yang akan keluar dari mulut kami ini yang amat terkenal dengan ke'longkang'annya...AWAS!

Thursday, July 2, 2009

Manolo vs LV bah!


masih ingat pada perempuan yang harus dicemburui itu?? that _itch who owns a pair of manolos yang sebijik sama mcm Carrie pakai kat dalam sex&the city the movie? Well she's married last week, dan i pun turut serta pergi ke sabah untuk meraikannya sambil mekap dia sekali.. i kat sana 4 hari..dua hari kerja,dua hari jalan2.. penat bah!!(kenapa orang sabah cakap bah bah ek?) ntah2 bedebah kot?



introduction! Manolo Blahnik!!(walaupun kasut tu jadik basah sebab tukang buat hantaran tu letak kasut tu kat atas span bunga yang basah dan tak lapik ngan aluminium foil..i pulak yang sampai tgh malam mengeringkannya dgn hair dryer... itu baru bedebah! namanya.

kat sabah kami menginap di Magellan Sutera Harbour(wedding dia pun buat sini..)

meletop kan sunset dia dari bilik kami..

kitaorang(faizul ikut sekali) sampai pagi2 lagi..pas unpack petang tu terus pergi ke rumah pengantin untuk mekap dia untuk acara akad nikah..bilik pengantin dia sweet sangat..especially headboard dia..(tak terkata..)

master at work..jgn kacau..

pengantin da siap,tgh tunggu pengantin lelaki sampai(suaminya orang Australia..)
maaf gambar tak sempat amik banyak..
sebabnye??

biasalah i dikerumuni peminat!!

dan peminat..

dan peminat..'bole saya ambil gambar sama kamu bah?'
yang bestnyer..pengantin berarak ke pelamin..tapi kamera ke arah saya kat belakang pengantin.. haru!

besok malamnya pulak,pagi2 lagi i dah siap2 baju untuk ke majlis resepsi.Dah pening nak bawak handbag apa?
memandangkan pengantin tu ada kasut Carrie dlm SATC, i pun tak nak kalahlah, nak tunjuk i pun ada bag mcm Carrie dlm SATC

mana satu you all rasa i pilih??

majlis resepsi- baju kurung moden dari renda perancis..inilah dia Shabreena!
i like her dress color!! (dusty pink)

perarakan masuk pengantin ke dalam dewan..siap ada runway untuk pengantin parade lagi..
theme- 'an evening in Paris..'  Nas (si pembuat pelamin kata..)katanya..

i dengan Rudy(wartawan hiburan dari Harian Metro)

kedua pengantin bersanding di atas pelamin..

ini bukan Gong Li atau Zang Zhi Yi..tapi adik bongsu kepada Shabreena..i buatkan rambut dia ala2 40's..klasik kan muka dia?

bole jadik model budak ni..

ha tu dia! manolo dah tersarung pada kaki si pemakainya..(sesi tukar baju untuk upacara potong kek)

amacam? baju dia pun inspired frm SATC jugak tau..tapi i panggil baju ni baju bawang putih..


she looks stunning kan?but of course,its rizalman..

dengan husbandnye (Abdullah Andrew)..tgh praktis their first dance.

malam tu ramai penyanyi..salamiah hassan,azlina aziz,dj dave dll...
gambar hitam putih ni buat gambar ni nampak macam dalam cerita P.Ramlee pulak..
(kak salamiah nampak macam Nurkiah Hanum,penyanyi kelab malam kat silver tortoise dalam cite masam2 manis..)


wishing u guys living Happily Ever After!!


esoknye kitaorang lunch ramai2...




PART 2

alang2 dah ke sabah ni kan..trus ambik kesempatan pergi bercuti ke pulau Manukan..dekat dengan hotel je..

dalam 10 minit je perjalanan ke pulau tu..dari jeti di hotel.
apasal gambar ni nampak macam polis2 kat dalam cite Gerak Khas ek?

dah sampai pun..

look at the water dear!!

crystal clear giler kan?

macam kat pulau payar di langkawi tapi kat sini lagi best sebab dia banyak kemudahan dan bersih lagi..

yang terlentang tu bukan i ngan faizul tau..!

mula2 kitaorang pegi snorkeling.. tapi badan gatal2 sebab ada sejenis species yang menyengat badan..obor2 kot agaknye.. apa lagi, pakat lari naik balik ke pantai!
tapi pastu kitaorang jumpa satu benda yang kelakar sungguh bentuknye..

mini submarine! atau namanya scooba doo..kelakar! macam 'kancil perodua laut' je bentuknye!
best giler experience benda ni..masuk kedasar laut sambil bagi ikan2 makan..pastu boleh rekod kat dalam dvd.. awesome!
bila tgk balik dvd tu balik,kelakar nampak kitaorang.!

dah mandi2 ,lapar lah pulak..apa lagi selongkar lah!

dah makan..kenyang la pulak..pastu rasa macam nak buang air kecik..toilet jauh..

nak tak nak..,buat pose berendam.
ni lah namanya pepatah melayu,'sambil menyelam sambil buang air'..
fuhh...!! panasnye air laut ni bahh!