Sunday, May 17, 2009

jemputanNYA

kenapa saya rasa macam terkejar2 sangat sekarang ni?? masa berjalan begitu cepat,kerja bertimbun! suspen,terburu2,cemas..rasa macam lakonan dato sarimah dalam filem 'detik 12 malam' pulak. Rupanya..,hidup ibarat suatu profession. Kerja yang tak habis2,sibuk yang tak menentu. Apatah lagi anda berkerjaya seperti saya ni.. mengalahkan kak wirda Glam,sibuknya. sebagai bapa tunggal kepada budak kecik tu,kena tengokkan kerja rumah dia,kena beli seluar sekolah yang dah ketat walaupun hanya baru 5 bulan bersekolah sebab dah gemuk(termasuklah babah dia yang dah naik 5 kilo!dan taknak turun2),nak kena cari hadiah guru2nya lagi sempena hari guru..nak balut hadiah,nak kena beli alat tulisnya yang asyik hilang ja,beli pensil dgn pemadam ibarat beli roti kerapnya..beli pakai kilo.., kena baca yassin sebab periksa dia dah nak dekat,nak kena jerit suruh sembahyang tiap2 waktu..nak kena pujuk waktu dia  naik angin,nak kena dengar cerita2 dari guru2 sekolahnya lagi pasal kenakalannya di dalam bilik darjah(Umar pernah tulis nama cikgunya dgn pen marker pada kasut cikgu tersebut,dgn alasan nanti cikgunya tak hilang kasut!/juga pernah menyergah guru besar dari belakang,sebab suka mendengar guru tersebut melatah!)-hasilnya guru2 tersebut diberi hadiah dari babahnya...rasuah hassanah namanya tu. Macamanalah orang yang anak ramai tu ye?. Sebagai ketua rumah pula, barang dapur nak kena isi selalu,pagi2 hari sabtu dah nak kena usung troli ke pasar tani..belacan,keropok,ikan ayam,sayur..kemudian ke giant pula-sabun,ubat gigi,bawang,roti,rempah,hishh! macam2 lagi la.. 'bapak! ini saos tomatonya habis lagi'! (bibik saya jerit kalau sos tomato Umar habis,memang orang indon panggil sos ,saos yer)),time ni lah jugak lampu bilik air yang mentolnya blow..nak kena ganti. decoder astro pun rosak juga,nak kena talipon,complaint.(nasib baik ada faizul). sebagai bos di tempat kerja pulak,nak kena sign cek2 supplier,nak kena sound pekerja yang datang lambat,nak kena siapkan baju2 yang urgent,nak kena check beadwork serta kualiti baju,nak attend client baru dan lama,nak kena tengok drama dalam butik, bila client bawak baju dari designer lain sambil meraung dan menangis..!, mintak tolong alter dress dia sebab tak lawa!(serius! mmg tak lawa sungguh baju dia,kesian client tu), nak jumpak contractor untuk mula start renovation butik baru,nak kena balas emel Suzie dari Glam untuk interview pasal fashion trends,nak kena update dengan beg2 baru di pasaran(ni mmg saja cari pasal untuk sibuk),nak kena attend wedding,buat pr2 sikit..aduh!pengsan!..(sebab tu lah tak leh berenti merokok lagi sampai sekarang,stress!. dan yang terbaru,nak kena update blog ni lagi..sebab followers yang dah semakin banyak ni,rasa macam satu tanggungjawab pulak kan..tq uolls..!
semuanya ini kerana mengejari masa yang hampir tiba..esok,masa untuk berangkat buat kali kelima ke tanah suci..mengerjakan umrah. 
pesanan serta kerja2 yang tak sudah harus dipertanggungjawabkan pada orang2 ofis untuk menyelesaikannya..(faizul ikut sekali,jadi segala tempahan kena siap ontime). Umar nak kena disogok dengan mainan supaya tak buat perangai dan nak ikut sekali. Kesian dia, i'm gonna miss u sayang..!
namun semua itu terpadam akibat keterujaan saya untuk kesana. Rasa bertimbun doa yang nak dipinta,seronok kerana boleh mengajar Faizul utuk kali pertama dia melakukan umrah wajibnya,suka sangat. Dari kota paris yang suhunya 0 degrees, ke kota mekah di musim panas sehingga mencecah 43 degrees. Tapi apapun kami pasrah. Yang menjadi intipatinya,adalah ibadah serta rindu yang akan terubat pada Baitullah.. Doa kan kami selamat pergi dan pulang.

Ya ALLAH..syukur alhamdulillah Kau menjemput ku lagi.

Friday, May 15, 2009

something NEW something RED





tak nak cakap apa2.. layan je lah cemburu anda terhadap saya.. Yeahh!! beg duit baru!(penuh dengan duit arab..)

Tuesday, May 5, 2009

jangan cemburu kepada perempuan ini

tengah2 tahun memang banyak yang nak kahwin..huru hara jugak i dibuatnyer nak menyiapkan tempahan2..kahwin tak jadi,kahwin mengejut,kahwin dgn orang lain dan tak kurang pula yang tak nak kahwin.. However,ada satu hari tu, i ada appointment fitting ngan customer yang memang fan no 1 i..everything about me she knows..my liking,my blog and my history!(for the past 15 years).. jst imagine! .She made 3 bajus with me(i know some of u girls mesti kecam dia sebab bole pakai baju kahwin RIZALMAN sampai 3 pasang kan)..tapi itu takpe lagi,yang bestnyer dia bole keluarkan wedding shoes untuk pakai dengan gown i, from MANOLOS!! and it is the same shoes that Carrie wore in the Sex and The City the Movie!! lawa giler!! (rasa macam am in contact with the character immediately) again,girls!  PLEASE DONT ENVY HER!! i do...

read my lips...! MANOLO BLAHNIK

lakaran original from the shoes gurus..

the real thing..sits nicely on my louis chair..awesome blue!

nak menunjukkan kata benda ni i tak kelentong..kena masuk muka i sikit..
(nasib baik saiz tak muat)


two shots where she wore this shoes..this and the walk in wardrobe scenes..
this june i nak pergi sabah mekapkan dia and am sure she will looks stunning!!(but of course..its rizalman).
sorry i cant show the fitting pictures..nanti lemau pengantin,kalau da selesai kahwin nanti boleh katanya kalau i nak masukkan dalam blog..tapi sebelum itu, dinch...!!

Saturday, May 2, 2009

labour day,bos yang lebih..

babah! tak nak beli LV ke ari nie?

semalam i ke LV,nak amik beg yang i booking di starhill- neverfull GM in Damier..tapi sadly bila i pegi cuba beg tu,nampak macam gonjeng lak..sebab tak proportion ngan badan i nie..too small..so i balik ngan frustnyer..so today keluar hunting lagi sekali for  bags! konon2 nak treat myself sempena labour day..(doesnt make sense pun). saja cari alasan,obviously! tak munasabah langsung.

dah jumpa!!
(sebelum masuk kedai ni,baru je marah Umar sebab dia muntah betul2 kat tengah corridor klcc, konon2 taknak bagi orang sedar tu muntah Umar,kitaorang terus lari masuk butik Mulberry.. haha!!

amacam?? drooling tak??

finally 'bayswater' is in my list of bags

denim and gold are so match made in heaven!!

i like the gold hardwares..so 80's yet so current..

interior yang tersangatlah roomynyer.. yeahh!! beg baru!!
selamat hari buruh.